Kisah Gajah Umur 70 Tahun Yang Terseksa Tapi Disembunyikan Disebalik Kostum Warna Warni
Gambar dibawah menunjukkan gajah berusia 70 tahun yang kelaparan tidak sedarkan diri selepas berjalan berbatu-batu setiap malam di sambutan festival keagamaan.

Sumber: MetroUk
Kisah Tikiri telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan kumpulan hak 
asasi haiwan selepas kisah Tikiri yang kurus kering disembunyikan 
disebalik kostum yang berwarna-warni.
Tikiri merupakan satu  daripada 60 ekor gajah yang berarak di jalanan bagi sambutan Esala  Perahera, yang merupakan Festival Buddha di Kandy, Sri Lanka.

Sumber: MetroUk
*Amaran : Gambar-gambar yang bakal admin kongsikan ini mungkin sedikit menyedihkan
Salah
 seorang jurucakap kuil yang menganjurkan festival tersebut berkata, 
Tikiri menderita dari penyakit pencernaan yang menghalang haiwan itu 
untuk tambah berat badan.
Malah mereka dimaklumkan oleh pihak  tertentu yang penyakit itu tidak melemahkan kekuatan dan kebolehannya  untuk sambutan berkenaan.

Sumber: MetroUk
Bagaimanapun gambar terbaru yang menunjukkan Tikiri pengsan jelas 
bertentangan dari kenyataan yang dikeluarkan pihak kuil tersebut.
Malah
 ada juga rakaman yang menunjukkan gajah-gajah yang digunakan bagi 
Perahera festival sekitar Sri Lanka didera oleh penjaga dengan 
menggunakan kayu.
Gajah-gajah tersebut dilihat cuba mengelak dari  sebatan tersebut malangnya kaki mereka dirantai bagi mengelakkan mereka  dari melarikan diri.
Dalam satu kenyataan, jurucakap kuil berkenaan berkata pemilik Tikiri
 ada membuat permintaan penglibatan haiwan itu dalam upacara keagamaan 
tersebut mengikut kepercayaan dulu-dulu kerana ia mampu menyembuhkan 
haiwan yang sakit.
Namun…
Tikiri 
menyertai perarakan tersebut sejak awal petang hingga lewat malam selama
 10 hari berturut-turut ditengah-tengah bunyi bising, percikan bunga api
 dan asap. Haiwan itu juga berjalan berkilometer setiap malam”–Lek Chailert
Wanita itu yang juga pengasas Yayasan Selamatkan Gajah di Utara 
Thailand berkata malangnya tiada siapa yang melihat badan Tikiri yang 
semakin kurus dan lemah kerana disembunyikan disebalik kostum 
berwarna-warni.
“Tiada diapa yang melihat air matanya, 
kecederaan disebabkan lampu terang yang menghiasi topeng dipakainya, 
tiada siapa melihat kepayahan Tikiri setiap kali dia melangkah kakinya 
menggeletar”
“Bagaimana kita boleh katakan ini rahmat atau sesuatu yang suci sekiranya kita buat hidupan lain hidup menderita”
Kesiannya Tikiri, kenapa lah sampai nak dera macam ni.
LOBAKMERAH
The post Kisah Gajah Umur 70 Tahun Yang ‘Terseksa’ Tapi Disembunyikan Disebalik Kostum Warna-Warni appeared first on Media Serius.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mediaserius.my/kisah-gajah-umur-70-tahun-yang-terseksa-tapi-disembunyikan-disebalik-kostum-warna-warni/