Sekali Pam Cuma Dapat 2oz Tapi Mampu Susukan Anak Hampir Dua Tahun


Kisah ibu gigih yang berusaha sehabis baik untuk menyusukan anak keduanya walaupun susu badannya tidak banyak. Tidak berputus asa, Asna Omar, 33, berusaha tanpa henti untuk meneruskan misi menyusukan anaknya secara ekslusif sehingga usia anaknya setahun lebih. Ketika ditanyakan tentang pengalamannya menyusukan Daiyan Hadif Mohd Razif, 2, dia mengatakan ia tidak mudah.
Artikel Perlu Baca: [Teruja JAdi Ayah Tapi Emosinya Selalu Diabaikan. Dalam Diam, Gugur Air Mata Jantan]
Memulakan cerita, Asna memberitahu dia nekad untuk menyusukan anak keduanya secara ekslusif selepas terlepas peluang melakukannya untuk anak sulung. Ketika anak pertama, susu Asna sangat meriah. Bahkan ada masanya sehingga bajunya lencun dek susu. Memandangkan dia tiada ilmu tentang penyusuan ekslusif, dia sendiri telah berhenti menyusukan anak sulungnya pada usia anaknya lapan bulan.
Susu Badan Sedikit, Anak Kelaparan
“Ketika anak sulung, susu saya banyak. Sekali pam boleh dapat sehingga 10oz. Masa tu saya sibuk cara ilmu untuk penjagaan diri selepas bersalin. Ada juga mengikuti kelas, tetapi tak ada satu pun yang menceritakan tentang kepentingan menyusukan anak secara ekslusif,” kata Asna memulakan bicara. Ketika bersalinkan Daiyan, Asna sangat yakin yang susunya akan banyak seperti anak pertama. Rupanya dia tersilap. Kali ini, susunya sedikit. Sejurus selepas melahirkan, Asna terus memberi susu badan kepada Daiyan.

Anaknya itu nampak seperti pandai melekap tetapi semasa dalam tempoh berpantang, si kecil itu selalu nampak resah dan najisnya juga cair. Seminggu pertama, anaknya kerap menangis kelaparan dan memaksa suami Asna untuk memberi Daiyan minum susu formula. “Waktu itu, saya fikirkan kerana pengambilan herba. Akhirya pada usianya tiga bulan, saya dah mula nak buat stok kerana anak akan dihantar ke nurseri bila saya mula bekerja semula. Bila lihat pada hasilnya memang stres, sebab hasilnya cuma 3oz untuk kedua-dua belah payudara,” tambah Asna.
Artikel Perlu Baca: [Isteri Stres & Penat, Rehat Saja Tak Cukup. Pelukan Suami Ubat Paling Mujarab]
Hasil perahan yang Asna perolehi ketika itu tidak cukup untuk satu kali sesi minum Daiyan. Ketika anaknya itu masuk usia empat bulan, Asna mula memperkenalkan teknik paced feeding kepada Daiyan. Untuk setiap sesi hanya 2oz susu akan diberikan tetapi Asna kerap menyusukan anaknya supaya Daiyan minum secukupnya.
Berulang Hantar Stok Susu Ke Nurseri
Ketika Asna menghantar anaknya ke nurseri, mereka minta bekalan 15oz setiap hari. Pun begitu, Asna tidak mampu menyediakannya. Dalam sebulan, boleh dikatakan banyak kali pengasuh akan telefon dan beritahu susu tidak cukup. Disebabkan itu, Asna berulang kali terpaksa ke nurseri bagi menghantar stok susu. Semasa Daiyan berusia empat bulan, semua stok susu beku Asna yang disimpan juga habis.

Bagi mencari ilmu penyusuan, Asna menyertai sebuah grup ibu menyusu. Dalam grup inilah Asna belajar untuk mempraktikkan kaedah menyusukan sedikit tetapi kerap. “Pengasuh beri Daiyan minum 4oz setiap sesi. Memandangkan susu saya sedikit, saya minta jasa baiknya untuk kurangkan kuantiti susu tetapi kerap menyusukan Daiyan. Memandangkan kesukaran pengasuh untuk mengikut cara ini jadi saya tukarkan Daiyan ke nurseri lain,” kata Asna lagi.
Grup Penyusuan Banyak Membantu
Asna bersyukur kerana dipertemukan dengan ahli grup penyusuan yang semuanya sangat positif dan membantu. Dia mengikut nasihat kaunselor laktasi dengan mengepam susu setiap dua jam. Walaupun hasilnya cuma 2-2.5oz setiap kali mengepam, tetapi cukup untuk memenuhi keperluan Daiyan. “Paling banyak saya pernah dapat 4oz ketika mengepam untuk kedua-dua belah payudara, tapi itupun boleh dikira dengan jari berapa kali sahaja, cerita Asna.
Artikel Perlu Baca: [Selalu Bawa Keluar Malam Antara Punca Anak Mudah Sakit, Ada Masalah Tidur]
Memandangkan Daiyan sudah besar, permintaannya juga meningkat. Dari pagi ke petang dia dihantar ke nurseri, sekurang-kurangnya 10oz setiap hari. Mujurlah Daiyan sudah boleh makan, jadi Asna cuba dapatkan stok susu untuknya yang mana mampu. Biasanya stok susu yang dibuat, memang untuk kegunaan hari esok.

Kata Asna lagi, memang sukar kerana ibu yang low supply harus berusaha lebih gigih berbanding mereka yang mempunyai susu banyak. Tambah Asna lagi, ketika usia anaknya setahun, dia cuba beri minum susu segar tetapi Daiyan tidak mahu. Masuk usianya setahun setengah baharulah dia mahu minum susu segar tetapi masih diselangseli dengan susu badan.
Semua Ibu Mampu Susukan Anak
“Saya lihat orang lain susunya meriah. Ada tu sampai terpaksa buang stok susu kerana sudah rosak. Itulah yang menjadi penguat semangat saya. Saya katakan pada diri, banyak mana susu saya, itulah rezeki anak saya. Sebagai ibu, kita harus yakin dan niatkan dalam diri untuk susukan anak. Usaha tanpa henti dan pilihlah untuk berada bersama orang yang akan memberi sokongan kepada anda.
Menyertai grup sokongan memang baik. Mereka sama seperti kita dan faham perjuangan ibu yang menyusukan anak. Ikut nasihat yang baik dan pratikkan ilmu yang kita dapat. Semua bu mampu menyusukan anak, positifkan diri. Luangkan masa untuk belajar lebih banyak supaya kita akan terus bersemangat untuk susukan anak,” akhiri Asna.
The post Sekali Pam Cuma Dapat 2oz, Tapi Mampu Susukan Anak Hampir Dua Tahun appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sekali-pam-cuma-dapat-2oz-tapi-mampu-susukan-anak-hampir-dua-tahun/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sehari Hampir 300 Soalan Anak 3 Tahun Ke Atas Tanya Kerap Tanya Otak Lagi Cerdik

Sehari Hampir 300 Soalan Anak 3 Tahun Ke Atas Tanya Kerap Tanya Otak Lagi Cerdik

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 294 hits
Ada kajian yang menunjukkan kanak kanak pada usia 3 4 tahun bertanya sehingga 288 soalan dalam sehari Selain buat tak tahu atau jawab ala kadar ada banyak perkara yang anda perlu beri perhatian dalam memahami psikologi di sebalik setiap per...
Mula Mula Macam Ada Kekurangan Tapi Lama Lama Rasa Hidup Bermakna 4 Tahun Tanpa Tv Buat Anak Lebih Fokus

Mula Mula Macam Ada Kekurangan Tapi Lama Lama Rasa Hidup Bermakna 4 Tahun Tanpa Tv Buat Anak Lebih Fokus

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 654 hits
Menonton televisyen bersama keluarga sudah menjadi aktiviti wajib di malam hari Begitu juga di hujung minggu Malah aktiviti menonton ini seakan menjadi pengerat kasih sayang di antara ahli keluarga Namun bukan semua beranggapan seperti ini ...
Tak Mudah Susukan Anak Kembar Sampai 2 Tahun Tawakal Minta Rezeki Pada Allah Ibu Ni Dah Buktikannya

Tak Mudah Susukan Anak Kembar Sampai 2 Tahun Tawakal Minta Rezeki Pada Allah Ibu Ni Dah Buktikannya

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 374 hits
Pengalaman menyusukan anak buat kali pertama terasa amat menyukarnya Dihimpit waktu demi waktu masa tidur yang tidak mencukupi ditambah pula dengan rasa kerisauan melampau kerana tidak cukup susu Makin stress bila mana anak menangis kerana ...
Jadi Dosen Kimia Di Usia 22 Tahun Herayati Anak Tukang Becak Cuma Butuh 10 Bulan Untuk Lulus S2 Cumlaude Di Itb

Jadi Dosen Kimia Di Usia 22 Tahun Herayati Anak Tukang Becak Cuma Butuh 10 Bulan Untuk Lulus S2 Cumlaude Di Itb

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 361 hits
Herayati si anak tukang becak mungkin beberapa orang masih mengingat kisahnya tahun lalu Pada tahun 2018 lalu Herayati si anak tukang becak berhasil lulus S1 berpredikat cumlaude dengan IPK 3 77 dari Institut Teknologi Bandung Belum ada sat...
Dah Bagitahu Nenek Tapi Tak Nak Percaya 6 Tahun Anak Kena C Bul Dengan Ayah Sebab Janji Nak Belikan Handphone

Dah Bagitahu Nenek Tapi Tak Nak Percaya 6 Tahun Anak Kena C Bul Dengan Ayah Sebab Janji Nak Belikan Handphone

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 372 hits
Sebagai seorang remaja yang berumur 13 tahun pada zaman moden ini handphone merupakan hadiah paling bernilai bagi mereka kan Disebabkan itu bapa durjana ni tergamak gunakan taktik ini sebagai umpan untuk melempiaskan nafsunya Nenek tak pern...
Jangan Sesekali Lukakan Hati Anak Lelaki Rajuknya Tak Ditunjuk Tapi Diingat Sampai Besar

Jangan Sesekali Lukakan Hati Anak Lelaki Rajuknya Tak Ditunjuk Tapi Diingat Sampai Besar

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 299 hits
Bukan satu rahsia anak lelaki sememangnya lantang aktif lasak dan sukar dijaga Sebelum anda naik darah berikut beberapa tip yang ingin Pa Ma kongsikan agar anda kekal waras ketika membesarkan mereka Artikel Menarik Sebelum mempunyai anak ki...
Bapa 70 Tahun Sanggup Guna Simpanan Haji Untuk Jamin Anak Perkongsian Peguam Ni Pasti Buat Korang Menangis

Bapa 70 Tahun Sanggup Guna Simpanan Haji Untuk Jamin Anak Perkongsian Peguam Ni Pasti Buat Korang Menangis

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 555 hits
Nak jadi peguam ni bukan mudah almost setiap hari ada je kes yang perlu diuruskan Tu belum lagi berdepan dengan kerenah manusia yang pelbagai so kenalah kuat mentally and emotionally Seorang solicitor berkongsi pengalamannya berdepan bermac...
Baru Darjah Dua Mampu Jana Rm700 Sebulan

Baru Darjah Dua Mampu Jana Rm700 Sebulan

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 391 hits
Beyblade kembali menjadi fenomena lepas kali terakhir menjadi trend beberapa tahun dulu Apa yang menarik sangat pasal beyblade ni admij pun tak sure sangat tapi admin pernah lah panggil dia gasing moden Okay apa yang kami nak share harini a...
Ibu Didakwa Terlelap Dalam Rumah Anak 2 Tahun Maut Tertinggal Dalam Kereta

Ibu Didakwa Terlelap Dalam Rumah Anak 2 Tahun Maut Tertinggal Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 364 hits
Satu lagi kejadian yang melibatkan kematian kanak kanak berusia 2 tahun yang didakwa lemas kepanasan di dalam kereta yang berlaku di sebuah kediaman di Tierrasanta San Diego California Mangsa yang berusia dua tahun dilaporkan meninggal duni...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip