Bersatu Bakal Pecat Mahathir Dan Mukhriz




Senario terburuk Bersatu boleh pecat Dr M, Mukhriz – Sumber
Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu dijangka diadakan esok namun pengerusinya Dr Mahathir Mohamad dan timbalan presiden parti Mukhriz Mahathir tidak dijemput.
Beberapa sumber parti memberitahu Malaysiakini terdapat usaha menentang Dr Mahathir dan Mukhriz, dengan senario terburuk yang boleh mengakibatkan pemecatan kedua pemimpin ini.
Kem Muhyiddin Yassin telah mendapat alasan yang kuat untuk bertindak selepas Mahathir dan Mukhriz secara terbuka mengkritik keputusan presiden Bersatu itu meninggalkan PH dan membentuk kerajaan Perikatan Nasional bersama Umno, PAS, GPS dan parti-parti kecil lainnya.
Anggota MPT Bersatu Abu Bakar Yahya, yang berada di dalam kem penyokong Dr Mahathir membuat hantaran di media sosial mempersoalkan percaturan politik itu.
“Kami Anggota MPT Bersatu dijemput untuk hadir mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.
“Tapi dalam jemputan tersebut, Tun (Dr Mahathir) pengerusi dan timbalan (presiden) tidak dijemput.
“Agenda mesyuarat pun tidak dimaklumkan. Apakah mesyurat ini ada agenda untuk pecat-memecat?” Soalnya.
Jemputan itu, yang dilihat oleh Malaysiakini itu, mengatakan mesyuarat tersebut akan berlangsung di bangunan Persatuan Alumni Universiti Malaya pada tengah hari esok.
Seorang sumber yang dekat dengan kem Mahathir bercakap kepada Malaysiakini dengan syarat enggan dinamakan, memberitahu MP Langkawi itu juga telah menghidu langkah itu.
“Sekiranya mereka benar-benar melakukan itu (memecat Mahathir dan Mukhriz), adalah tidak adil dan gila untuk melakukannya tanpa membenarkan kedua-dua pemimpin itu membela diri mereka,” kata sumber itu.
Mesyuarat sebelum mesyuarat
Sumber parti yang lain pula memberitahu Malaysiakini bahawa anggota MPT Bersatu yang menyokong Muhyiddin telah mengadakan mesyuarat berasingan semalam untuk menggariskan rancangan percaturan politik mereka dalam pertemuan esok.
“Mesyuarat semalam tidak mengundang Syed Saddiq Abdul Rahman, Marzuki Yahya, Tariq Ismail Mustafa dan lain-lain yang berpihak kepada Tun,” kata sumber itu.
Sumber itu berkata pertemuan semalam bertujuan menggariskan agenda mesyuarat MPT esok dan kemungkinan keputusan dengan jangkaan bahawa pertemuan esok hanya untuk menuruti keputusan yang telah dibuat dalam mesyuarat semalam.
“Mesyuarat semalam untuk memutuskan keputusan yang akan dibuat esok,” kata sumber itu.
Sumber parti menambah bahawa Muhyiddin hadir pertemuan itu tetapi pemimpin kanan Bersatu yang keluar Umno selepas PRU14 yang menerajui mesyuarat itu.
Antara agenda yang dikatakan bakal dibincang oleh pemimpin kanan Bersatu adalah penentuan nasib Mahathir dan Mukhriz sebagai pemimpin dan ahli parti.
Bagaimanapun, semua anggota MPT Bersatu dijemput hadir ke mesyuarat esok, termasuk pihak yang bersekutu dengan Mahathir. Cuma Mahathir dan Mukhriz sahaja yang tidak dijemput.
Sementara itu, anggota MPT Bersatu A Kadir Jasin, yang berpihak kepada Mahathir, berkata beliau tidak tahu-menahu sekiranya terdapat rancangan untuk bertindak terhadap Mahathir atau Mukhriz.
Jelasnya lagi, walaupun terdapat langkah untuk menyingkirkan Dr Mahathir dan Mukhriz, namun MPT Bersatu tidak berkuasa berbuat demikian.
“Jika menurut perlembagaan parti, majlis tertinggi tidak mempunyai kuasa untuk memecat ahli.
“Segala tindakan disiplin termasuk pemecatan mesti dirujuk kepada jawatankuasa disiplin,” kata Kadir.
Desas-desus perubahan kerajaan Kedah
Menurutnya, beliau masih belum memutuskan untuk menghadiri mesyuarat itu lagi.
Spekulasi Bersatu bakal mengambil tindakan terhadap Mahathir dan Mukhriz berlaku di tengah-tengah langkah percaturan politik di Kedah dengan rancangan untuk menyingkirkan Mukhriz sebagai menteri besar negeri.
Awal hari ini, Adun PAS dan Umno di Kedah bertemu mengenai kemungkinan calon yang bakal menggantikan Mukhriz sebagai menteri besar.
Semalam, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan (gambar, bawah), yang juga menteri undang-undang, telah bertemu Ketua Polis Kedah Zainuddin Yaacob di ibu pejabat polis kontinjen negeri.
Langkah politik di Kedah berlaku selepas pesuruhjaya PAS negeri pada 7 Mei lalu berkata perubahan kerajaan di Kedah tidak dapat dielakkan lagi.
PAS mendakwa Mukhriz telah kehilangan sokongan lebih daripada separuh Adun Bersatu di Kedah.
Mukhriz yang juga timbalan presiden Bersatu, telah mengekalkan kerajaan PH di Kedah walaupun presiden parti Muhyiddin Yassin telah membawa Bersatu keluar dari gabungan itu untuk membentuk Perikatan Nasional bersama BN, PAS, GPS dan parti-parti kecil lain.
Mukhriz mempunyai majoriti rapuh di Kedah dengan 19 kerusi berbanding 17 kerusi yang kuasai oleh PAS dan Umno.
PH menyumbang 13 kerusi kepada pentadbiran Mukhriz yang merangkumi tujuh Adun PKR, empat Adun Amanah dan dua Adun DAP manakla Bersatu pula mempunyai enam kerusi DUN.
Muhyiddin telah memberikan lampu hijau untuk menggantikan pentadbiran PH kepada pemerintah PN di Johor, Melaka dan Perak tetapi masih belum bergerak di Kedah.
Bagaimanapun, perubahan di Kedah besar kemungkinan terjadi apalagi bapa Mukhriz, Dr Mahathir yang juga pengerusi Bersatu, nampaknya turut melakukan langkah politik terhadap Muhyiddin.
Bersatu kini berpecah antara dua kem, penyokong Muhyiddin dan Mahathir.
Kerajaan PH runtuh pada akhir Februari setelah Muhyiddin Yassin membawa Bersatu keluar dari gabungan itu dan bergabung bersama sekumpulan MP PKR yang berpaling tadah diketuai oleh bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali.
Bersama-sama pembangkang PAS, Umno, GPS dan parti kecil lain mereka menubuhkan kerajaan persekutuan PN.
Bersatu kini terpecah kepada dua kem, penyokong Dr Mahathir dan Muhyiddin.
Bagaimanapun, Dr Mahathir telah membayangkan rancangannya untuk kembali menguasai Bersatu pada pemilihan parti akan datang dan membawa Bersatu keluar daripada kerajaan PN.
Mkini




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/05/10/bersatu-bakal-pecat-mahathir-dan-mukhriz/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bersatu-bakal-pecat-mahathir-dan-mukhriz

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Mahathir Dan Mukhriz Tidak Dipanggil Mesyuarat Mpt Bersatu

Dr Mahathir Dan Mukhriz Tidak Dipanggil Mesyuarat Mpt Bersatu

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 426 hits
ARIF ATAN Bersatu difahamkan tidak memanggil pengerusi dan timbalan presiden parti untuk Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi yang dijadualkan berlangsung esok Mengikut notis yang diedarkan panggilan mesyuarat bermula dengan Presiden diikuti...
Bersatu Lebih Baik Bersama Pakatan Harapan Mukhriz Mahathir

Bersatu Lebih Baik Bersama Pakatan Harapan Mukhriz Mahathir

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 544 hits
Rentetan daripada Gerakkan Sheraton yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan telah memberikan satu tamparan hebat kepada pengundi Pakatan Harapan secara umum Meskipun bergitu ramai daripada kalangan ahli Bersatu bersetuju dengan ...
Krisis Mb Kedah Mahathir Bakal Tinggalkan Bersatu

Krisis Mb Kedah Mahathir Bakal Tinggalkan Bersatu

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 414 hits
Empat tahun lalu Mukhriz sebagai menteri besar Kedah bawah pemerintahan Umno hilang keyakinan ahli partinya selepas bapanya Dr Mahathir Mohamad semakin menekan perdana menteri ketika itu Najib Razak supaya berundur kerana hal 1MDB Tiga ming...
Bersatu Tiada Pilihan Lain Lagi Mukhriz Mahathir

Bersatu Tiada Pilihan Lain Lagi Mukhriz Mahathir

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 337 hits
Kebelakangan ini beberapa pemimpin Umno di peringkat nasional dan negeri telah membuat kenyataan mengenai Bersatu dan kerjasama politik antara Umno dan PAS dalam Muafakat Nasional Saya percaya ramai ahli ahli Bersatu dan Umno telah membaca ...
Why Debate Ge Seats Now As Gov T Focuses On Health Economic Crises Bersatu Man

Why Debate Ge Seats Now As Gov T Focuses On Health Economic Crises Bersatu Man

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 363 hits
Bersatu supreme council member Dr Muhammad Faiz Na aman took aim at fellow Bersatu leader and party deputy president Mukhriz Mahathir for allegedly politicking at a time when the Perikatan Nasional government was focussed on overcoming the ...
Dr Mahathir Pemimpin Utama Bersatu Ada Kuasa Mutlak Marzuki

Dr Mahathir Pemimpin Utama Bersatu Ada Kuasa Mutlak Marzuki

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 352 hits
Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Marzuki Yahya mengingatkan semua pihak bahawa pemimpin utama parti itu adalah Tun Dr Mahathir Mohamad dan beliau mempunyai kuasa mutlak untuk memimpin Bersatu Katanya ia ada selari denga...
We Established The Party To Replace Umno Dr Mahathir Reminds Bersatu Members In Special May 9 Address

We Established The Party To Replace Umno Dr Mahathir Reminds Bersatu Members In Special May 9 Address

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 443 hits
Parti Pribumi Bersatu Malaysia chairman Tun Dr Mahathir Mohamad today reminded his party that it was established to replace Umno as the latter has abandoned its responsibilities to the Malay and Bumiputera community In a special May 9 addre...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Sanusi Told To Name Those Sabotaging Kedah S Investments

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes