Khazanah Jual Lagi Terima Kasih Ph




Seperti dijangka, Khazanah sudah jual semua pegangan dalam satu dari dua projek di Singapura yang dirunding, dilancarkan dan dirasmi oleh saya masa saya PM.
Pegangan ini dijual kepada syarikat pelaburan Singapura.
Semasa mengumumkan penjualan dengan harga RM4.74 bilion ini semalam, Khazanah mengaku bahawa kejayaan projek DUO di Ophir-Rochor di Pusat Bandar Singapura (CBD) ini adalah jauh diluar jangkaan dan amat menguntungkan.
Oleh itu, perlulah dijual oleh kerajaan PH walaupun saya rasa ianya lebih baik jika masih dimiliki oleh kita dan kita mendapat pulangan dari sewa yang dikutip.
Bagaimanapun, Khazanah memilih untuk memegang semua kepentingan mereka dalam Hotel Andaz di projek yang sama itu.
Tapi semua ruang runcit, pejabat dan bangunan lain di projek itu yang kini memberi pulangan besar setiap bulan kepada Khazanah dah dijual.
Tak apa.
Banyak lagi aset-aset yang dibina oleh kerajaan BN masih boleh dijual oleh PH.
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/07/590504/ms-jual-ruang-pejabat-runcit-duo-rm474-bilion
Saya pernah menulis tentang asal-usul projek ini dengan projek Marina One. Boleh baca di sini:


Saya lihat ramai masih tidak tahu kebenaran tentang isu tanah KTM di Tanjong Pagar, Singapura dan menuduh saya telah jual tanah tersebut.
Biar saya jelaskan sekali lagi.
Perjanjian asal untuk menghentikan stesen KTM di Tanjong Pagar dan menukar tanah 271 hektar KTM di Singapura bukan di persetujui oleh saya tetapi dirunding dan ditandatangan oleh Menteri Kewangan kita pada tahun 1990.
Di bawah perjanjian 1990 ini, Malaysia bersetuju untuk memindah stesen di Tanjong Pagar kepada stesen baru di Kranji.
Sebagai pampasan, Malaysia akan membangunankan tiga pakej tanah milik KTM di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands bersama dengan Singapura mengikut nisbah 60% untuk Malaysia dan 40% untuk Singapura.
Selepas kerajaan PM4 menandatangani perjanjian ini, kerajaan PM4 juga tidak mahu menghormati perjanjian ini dan meminta untuk 3 pakej tanah di Bukit Timah milik KTM juga di masukkan.
Singapura pun bersetuju untuk memasukkan tanah Bukit Timah dalam rancangan pembangunan bersama tetapi Malaysia tetap tidak mahu menghormati perjanjian ini kerana masih bersengketa dengan Singapura dalam pelbagai isu pada masa itu.
Oleh itu, perjanjian dan tanah-tanah KTM terbiar begitu sahaja selama 20 tahun tanpa memberi hasil satu sen kepada kita.
Tanah-tanah ini asalnya diberi kepada KTM pada tahun 1918 mengikut Akta Keretapi pada masa itu.
Ianya tanah pajakan 999 tahun dan syarat guna tanah dihadkan kepada kegunaan keretapi sahaja.
Ia TIDAK boleh dibangunkan atau digunakan untuk projek-projek lain.
Kebanyakan tanah itu juga terlalu sempit untuk projek pembangunan kerana laluan landasan keretapi memang tidak luas.
Jika Singapura tidak bersetuju menukar syarat kegunaan tanah, tanah KTM itu akan terus dibiarkan begitu sahaja.
Tunggu lagi 999 tahun pun tidak akan memberi satu sen faedah kepada sesiapa.
Malah kita perlu membayar cukai tanah tahunan kepada Singapura.
Pada tahun 2010, saya pun berunding dengan kerajaan Singapura dan mencapai persetujuan baru di mana mereka akan memberi 4 pakej tanah di Marina Bay (dekat dengan Marina Bay Sands) dan 2 pakej di Ophir-Rochor sebagai tukaran kepada satu pakej tanah di Tanjung Pagar, satu pakej di Kranji, satu pakej di Woodlands dan 3 pakej di Bukit Timah.
Iaitu, 6 pakej tanah bertukar dengan 6 pakej tanah.
Sesiapa yang mengenali Singapura tahu bahawa tanah di Marina Bay ialah yang paling berharga manakala kawasan Ophir-Rochor ialah pusat perniagaan (CBD) baru Singapura.
Jauh lebih berharga berbanding tanah-tanah di Bukit Timah, Kranji atau Bukit Timah.
Pada masa itu, Singapura juga mahu Malaysia membayar S$1.47 bilion (RM4.5 bilion) sebagai caj pembangunan kerana tanah-tanah yang mereka bayar sebagai pampasan adalah sangat berharga.
Saya tidak setuju dan mengarah perkara ini dilawan di mahkamah dunia di The Hague, Belanda.
Pada tahun 2014, kita menang dan Singapura kehilangan RM4.5 bilion kepada kita.
Baca link ini:
https://mothership.sg/2014/11/spore-watched-1-47-billion-in-revenue-evaporate-before-her-very-eyes/
Saya rasa ini kali pertama Malaysia menang kes besar dengan Singapura dan pada masa itu ramai rakyat Singapura sangat marah tetapi itu hak mereka nak marah asalkan negara kita berjaya untuk dapat manfaat bernilai RM4.5 bilion.
Selepas itu, tanah-tanah yang kita dapat telah dibangunkan oleh syarikat perkongsian bersama antara negara Malaysia dan Singapura bernama M-S Pte Ltd di mana pemilikan 60% kita diletak di bawah Khazanah Nasional.
Projek di Marina Bay dinamakan Marina One dan bernilai S$7 bilion (RM21.3 bilion) manakala projek di Ophir-Rochor diberi nama DUO Residences bernilai S$4 bilion (RM12.2 bilion).
Kedua-dua projek ini telah berjaya disiapkan pada awal tahun 2018 dan kini amat berjaya, memberi pulangan besar kepada negara.
https://www.todayonline.com/singapore/pm-lee-najib-open-marina-one-and-duo-integrated-developments
Projek di Marina One sebesar 3.67 juta kaki persegi melingkupi dua menara 34 tingkat kediaman mewah, dua bangunan 30 tingkat pejabat gred A dan pusat membeli-belah “The Heart”.
Banyak syarikat terkenal seperti FaceBook, PWC, Grab, bank komersil dan sebagainya telah berpindah ke Marina One dan telah mula membayar sewa kepada syarikat milik Khazanah – pulangan berterusan jangka panjang untuk kita.
Pada masa ini, kedua-dua pembangunan yang bernilai RM33.5 bilion ini masih dipegang oleh kerajaan Malaysia tetapi besar kemungkinan ianya akan dijual oleh PH juga tidak lama lagi.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/08/23/khazanah-akan-jual-pegangan-dalam-2-firma-hartanah-kepada-temasek/
Sekali lagi, saya yang cuba menyelesaikan masalah legasi untuk kebaikan negara tetapi difitnah oleh PH pula bahawa saya telah derhaka kepada negara pula.
Najib Razak




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/07/30/khazanah-jual-lagi-terima-kasih-ph/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tukar Jadikan Dan Berikan Kepada Terima Kasih Rahsia Doa Mustajab Mohon Anak Jadi Yang Terbaik

Tukar Jadikan Dan Berikan Kepada Terima Kasih Rahsia Doa Mustajab Mohon Anak Jadi Yang Terbaik

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 277 hits
Setiap ibu dan ayah mengharapkan yang terbaik untuk anak anak Bahkan tidak pernah putus doa buat mereka agar mereka menjadi anak yang baik dan sentiasa diberi perlindungan oleh Allah SWT Doa kita sebagai seorang ibu mahupun ayah kita mahuka...
Terima Kasih Muhammad 17 Minggu Kuat Dalam Perut Mommy Ini Kali Ke 5 Keguguran

Terima Kasih Muhammad 17 Minggu Kuat Dalam Perut Mommy Ini Kali Ke 5 Keguguran

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 511 hits
Rezeki anak semuanya rahsia Allah Ada yang baru kahwin terus mendapat khabar gembira Namun tak kurang juga yang dah kahwin beberapa tahun tapi masih lagi berusaha Apa yang menyedihkan lagi adalah apabila dapat khabar gembira ada penghuni da...
Penantian 11 Tahun Akhirnya Blog Mamapipie Lulus Google Adsense Terima Kasih Wayne Harraz Sifu Adsense

Penantian 11 Tahun Akhirnya Blog Mamapipie Lulus Google Adsense Terima Kasih Wayne Harraz Sifu Adsense

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 302 hits
Penantian 11 Tahun Akhirnya Blog Mamapipie Lulus Google AdSense Terima Kasih WayneHarraz Sifu Adsense Syukur sangat sangat Macam tak percaya je bila buka blog ada iklan dari Google Adsense menari nari di situ Mama is excite OK Mama yang sud...
Terima Kasih Pemuda Pas Merbok Simpati Buat Ketua Pemuda Pas Kedah

Terima Kasih Pemuda Pas Merbok Simpati Buat Ketua Pemuda Pas Kedah

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 300 hits
Malam ini riuh di IPD Sungai Petani wakil daripada pemuda pas merbok membuat laporan polis berkaitan posting seorang pemilik FB bernama Wendy Loong yang menghina Allah yang maha pengasih Terima kasih kita ucapkan atas tindakan wakil pemuda ...
Merasa Terselamatkan Nunung Terima Kasih Ke Polisi

Merasa Terselamatkan Nunung Terima Kasih Ke Polisi

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 233 hits
Pelawak Nunung menganggap penangkapan dirinya bisa menjadi awal untuk berhenti mengkonsumsi narkotika jenis sabu Nunung pun menyampaikan terima kasih kepada jajaran Direktorat Narkoba Polda Metro Jaya yang telah menangkapnya Kepada bapak po...
Terima Kasih Tune Talk Untuk Vivo V15 Pro Coral Red

Terima Kasih Tune Talk Untuk Vivo V15 Pro Coral Red

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 618 hits
Alhamdulillah Rezeki dapat smartphone dari Giveaway yang dianjurkan oleh Smartphone tersebut adalah VIVO V15 PRO yang berwarna CORAL RED Kalau tak silap model VIVO V15 PRO ni telah dilancarkan dan mula di Malaysia pada hujung Februari lepas...
Ekonomi Negara Makin Tenat Ph Jual Lagi Kepentingan Kerajaan Dalam Khazanah

Ekonomi Negara Makin Tenat Ph Jual Lagi Kepentingan Kerajaan Dalam Khazanah

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 511 hits
Khazanah Nasional Bhd has disposed of 335 70 million shares in CIMB Group Holdings Bhd representing some 3 45 stake in the banking group valued at an estimated RM1 75 billion The transaction took place last Friday according to a stock excha...
Terima Kasih Tuhan 21 Tahun Meringkuk Dalam Penjara Tersalah Hukum Lelaki Bersyukur Akhirnya Bebas

Terima Kasih Tuhan 21 Tahun Meringkuk Dalam Penjara Tersalah Hukum Lelaki Bersyukur Akhirnya Bebas

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 261 hits
Seorang lelaki berusia 44 tahun bersyukur selepas dibebaskan daripada hukuman penjara seumur atas tuduhan membunuh Lelaki yang hanya dikenali sebagai Miller berasal dari Pennsylvania itu ditahan polis atas tuduhan membunuh seorang penjaga p...
Terima Barang Rosak Dari Portal Jualan Online Ini Caranya Untuk Dapatkan Semula Ganti Rugi

Terima Barang Rosak Dari Portal Jualan Online Ini Caranya Untuk Dapatkan Semula Ganti Rugi

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 331 hits
Selari dengan peredaran zaman ramai orang kini lebih gemar menggunakan medium atas talian untuk sebarang aktiviti jual beli Ini didorang oleh beberapa faktor antaranya kerana pembelian secara online ini akan lebih menjimatkan masa wang dan ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord