Terima Barang Rosak Dari Portal Jualan Online Ini Caranya Untuk Dapatkan Semula Ganti Rugi


Selari dengan peredaran zaman, ramai orang kini lebih gemar menggunakan medium atas talian untuk sebarang aktiviti jual beli. Ini didorang oleh beberapa faktor antaranya kerana, pembelian secara online ini akan lebih menjimatkan masa, wang dan tenaga.
Perkara ini turut dibuktikan oleh kajian yang pernah dilakukan oleh Visa. Mereka menyatakan bahawa rakyat Malaysia menghabiskan purata sebanyak lima jam setengah setiap hari di dalam talian.
Malah, rakyat negara ini juga merupakan pembeli yang paling kerap melayari laman web luar negara berbanding negara lain di seluruh Asia Tenggara. Didapati bahawa sebanyak 83 peratus rakyat Malaysia membeli-belah dalam talian sepanjang tempoh 12 bulan.
Namun, setiap perkara pasti ada kekurangannya. Begitu juga dengan pembelian atas talian, kita akan berdepan dengan pelbagai risiko antaranya barang yang sampai itu tidak seperti yang kita harapkan dan mungkin ada yang rosak ketika dalam proses penghantaran.
Justeru, seorang peguam telah berkongsi pengalamannya menghadapi perkara tersebut dan cara untuk menyelesaikannya.
Pengalaman terima barangan rosak secara pembelian online. Cara-cara untuk selesaikan. Jumaat lepas saya ada terima bungkusan dari sebuah portal jualan online untuk pembelian sebuah Smart TV berjenama, harga termasuk dengan penghantaran adalah RM1,607.00.
Kalau barangan bersaiz besar begini, saya memang yakin dengan portal ini sebab sebelum ini sudah pernah beli TV bersaiz besar untuk rumah saya, rumah emak saya dan untuk kegunaan pejabat. Tidak pernah ada isu dan penghantaran cepat dan selamat dengan harga yang berpatutan. Memang puas hati.
Tiba-tiba kali ini saya terima TV tersebut sudah pecah dibahagian kiri. Pecah, retak dibelakang TV dan skrinnya juga sudah retak.
Jadi sebagai pengguna, saya akan mendapatkan hak saya semula. Saya kongsikan cara-caranya. Langkah 1 Masuk aplikasi Lazada anda dan lihat dibahagian akaun anda. Pergi ke bahagian senarai pesanan barang ‘View all Orders’.

 
Langkah 2 Pergi ke barangan yang dipesan tetapi rosak dan tekan ‘return’. Nyatakan komen dan masukkan gambar sokongan sebagai bukti. Kemudian hantar dan tunggu jawapan dari penjual atau pekedai yang menjualkan barangan dari portal online tersebut.
Pada peringkat ini penjual yang akan memberi maklum balas. Penjual akan memutuskan sama ada akan pulangkan atau tidak atas alasan.
Memandangkan aduan dibuat hari Sabtu, jadi masa menunggu saya 5 hari. Sama ada akan dipulangkan atau tidak. Saya pun tunggu. Sehinggalah semalam, saya mendapati jawapan yang penjual ENGGAN untuk menerima semula barangan yang rosak ini atas alasan kesilapan dari syarikat penghantar dan bukan penjual.

 
Langkah 3 Selepas terima maklum balas teesebut. Lihat dibahagian yang ditulis ‘Request Rejected’. Tekan perkataan tersebut.

 
Langkah 4 Anda akan lihat ‘view decline reason’ dan ‘dispute’. Tekan dahulu view decline reason, lihat jawapan mereka. Sama ada munasabah atau tidak. Bagi kes saya, pihak penjual menyalahkan syarikat penghantar.

 
Langkah 5 Tekan perkataan dispute (pertikaian) dan pilih sebab-sebab pertikaian dalam senarai pilihan. Kemudian sekali lagi nyatakan komen dan gambar sokongan sebagai bukti. Kemudian hantar dan tunggu jawapan dari Customer Service.

 
Dalam proses ini kita perlu tunggu. Sama ada mereka akan benarkan untuk kita memulangkan barangan dan mereka membayar semula wang kita.
Jadi sebagai langkah persediaan awal, andai kata mereka enggan menerima barang tersebut dan memulangkan barangan kita. Saya telah bersedia dengan langkah-langkah seperti berikut: [1] Mendapatkan nama penuh syarikat bagi portal jualan online, alamat dan nombor syarikat. [2] Mendapatkan nama penuh syarikat penjual, alamat dan syarikat. Butiran 1 dan 2 ini perlu untuk saya teruskan kepada nombor 3.
[3] Merangka saman bagi tuntutan kecil di mahkamah bagi menuntut semula nilai kerugian. Sebenarnya boleh juga adukan kepada tribubal pengguna tetapi memandangkan saya selalu ke mahkamah, saya akan memfailkan di mahkamah. Lebih mudah untuk saya. [4] Menuntut sehingga saya berjaya mendapat hak saya. Kita ini pengguna. Jangan kita berdiam diri tidak kiralah sama barangan bernilai puluhan ringgit atau ribuan ringgit, sekurang-kurangnya kita lawan.
Kuasa pengguna. Zaman ini, zaman pengguna, hak kita akan didengar. Tidak macam dulu, kalau mengadu pun tiada siapa ambil tahu.
Sumber: Nor Zabetha


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/07/26/terima-barang-rosak-dari-portal-jualan-online-ini-caranya-untuk-dapatkan-semula-ganti-rugi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menang Saman Fitnah Bekas Ceo Iksim Diarah Bayar Ganti Rugi Rm80 Ribu Pada Khalid Samad

Menang Saman Fitnah Bekas Ceo Iksim Diarah Bayar Ganti Rugi Rm80 Ribu Pada Khalid Samad

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 308 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Profesor Datuk Mahamad Naser Disa membayar ganti rugi berjumlah RM80 000 kepada Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad yang memenangi saman fitnah difailkannya terhadap bek...
Apandi Saman Lim Kit Siang Tuntut Ganti Rugi Rm 10 Juta

Apandi Saman Lim Kit Siang Tuntut Ganti Rugi Rm 10 Juta

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 350 hits
Bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali memfailkan saman terhadap Lim Kit Siang berhubung kenyataan penasihat DAP itu tentang peranannya dalam skandal 1MDB Apandi antara lain menuntut ganti rugi am berjumlah RM10 juta daripada Lim Menurut pe...
10 Tip Beli Barang Online

10 Tip Beli Barang Online

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 386 hits
Trend terkini ramai pengguna membeli barang secara online kerana ada sebab sebab tertentu mereka berbuat begitu Salah satunya adalah mudah cepat dan ringkas Adakah anda salah seorang pembeli barangan secara online Jika ya Anda perlu baca 10...
Jurukamera Rtm Cedera Ditembak Dapat Ganti Rugi Rm114 470

Jurukamera Rtm Cedera Ditembak Dapat Ganti Rugi Rm114 470

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 186 hits
Jurukamera RTM cedera ditembak dapat ganti rugi RM114 470 Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 19 Jul 2019 12 02PM
Pelaku Pelecehan Seksual Jis Diberi Grasi Keluarga Tuntut Ganti Rugi Miliaran Rupiah

Pelaku Pelecehan Seksual Jis Diberi Grasi Keluarga Tuntut Ganti Rugi Miliaran Rupiah

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 146 hits
Kuasa hukum keluarga korban Tommy Sihotang mengatakan pihaknya masih menjalani proses gugatan perdata terhadap Neil yang kini ditangani Pengadilan Negeri Jakarta Selatan Korban menuntut ganti rugi Mereka meyakini dengan pemberian grasi just...
Gugatan Ganti Rugi Pengamen Cipulir Salah Tangkap Ditolak Pn Jaksel

Gugatan Ganti Rugi Pengamen Cipulir Salah Tangkap Ditolak Pn Jaksel

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 151 hits
Permohonan gugatan ganti rugi salah tangkap pengamen Cipulir yang diajukan ke Pengadilan Negeri Jakarta Selatan dinyatakan ditolak oleh hakim Pengadilan Negeri Jakarta pusat
Microsoft Office Online Dijenamakan Semula Sebagai Office Sahaja Tanpa Perkataan Online

Microsoft Office Online Dijenamakan Semula Sebagai Office Sahaja Tanpa Perkataan Online

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 254 hits
Microsoft pada hari ini telah mengumumkan perubahan pada penjenamaan baru Office Online iaitu perkhidmatan Office yang dijalankan pada atas talian Bermula hari ini Office Online hanya akan dikenali sebagai Office sahaja tanpa penjenamaan On...
Tv Di Bangku Pesawat Rusak Garuda Indonesia Dituntut Ganti Rugi Rp 100

Tv Di Bangku Pesawat Rusak Garuda Indonesia Dituntut Ganti Rugi Rp 100

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 192 hits
Ketua Komunitas Konsumen Indonesia David Tobing melakukan gugatan terhadap PT Garuda Indonesia terkait tidak berfungsinya monitor di tempat duduk pesawat Garuda Indonesia dituntut memberi ganti rugi sebesar Rp 100 Menurutnya jelas ini melan...
Banyak Tinggal Solat Macam Mana Nak Ganti Semula

Banyak Tinggal Solat Macam Mana Nak Ganti Semula

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 561 hits
Saya tertarik melihat perkongsian yang telah ditulis oleh Ustaz Ebit Lew di laman sosialnya bahawa manusia sekarang tidak ramai yang menitik beratkan perihal solat sedangkan ia merupakan salah satu kewajipan yang wajib dilakukan Solat merup...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025