Tukar Jadikan Dan Berikan Kepada Terima Kasih Rahsia Doa Mustajab Mohon Anak Jadi Yang Terbaik
Setiap ibu dan ayah mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak. Bahkan tidak pernah putus doa buat mereka, agar mereka menjadi anak yang baik dan sentiasa diberi perlindungan oleh Allah SWT. Doa kita sebagai seorang ibu mahupun ayah, kita mahukan anak yang menjadi penyejuk hati. Usai selesai solat, tidak pernah lupa untuk kita doakan anak-anak. Pernahkah anda menilai semula erti doa yang anda mohon kepada Allah SWt? Anda sentiasa meminta, tetapi pernahkah bersyukur ada dalam doa?
Inilah yang dikongsikan oleh penulis bebas tentang ilmu keibu bapaan, Adlil Rajiah. Katanya sering mendapat soalan dari ibu bapa lain, bagaimana dia dan suami mendoakan yang terbaik untuk anak mereka. Berkongsi apa yang dia amalkan, kata Adlil dia sentiasa berterima kasih kepada Allah SWT kerana telah mengurniakan dia seorang anak yang mempunyai perlakuan yang baik-baik. Ikuti perkongsian Adlil ini:
So kat Q&A IG story semalam, ramai yang tanya apa amalan atau doa spesifik yang saya amalkan untuk Haikal.
.
To be honest, saya takde amalan atau doa spesifik.
.
Apa saje surah/ayat/doa dalam hadis dan quran yg khusus untuk kesejahteraan anak dan keluarga–
amalkan je mana2.
.
Tapi selalunya saya dan suami suka buat doa sendiri je.
Dalam bahasa melayu.
Cuma kitorang tukar sikit struktur ayat tu.
.
Biasa kan orang doa camni:
.
“Ya Allah jadikan anakku anak yang soleh, taat kepada ibu bapa. Berikan mereka akhlak yang baik. Bla bla..”
.
Tapi kitorang doa camni:
.
“Ya Allah, terima kasih sebab kurniakan kami anak yang soleh, rajin solat, taat kepada kami. Terima kasih kurniakan kami anak yang bijak berfikir, pandai buat keputusan. Terima kasih kurniakan kami anak yang rajin tolong kami. Bla bla..”
.
Just tukar ayat “Jadikanlah” atau “berikanlah” tu kepada “terima kasih sebab”.
.
Pastu masa baca doa tu, baca kuat2, sebut jelas2, dan guna perkataan mudah2 supaya anak faham.
.
So anak yang aminkan kat sebelah kita akan rasa berbunga-bunga dan berkobar-kobar untuk jadi seperti yang didoakan ibu bapa. Dan lama2, dengan izin Allah, anak akan betul2 jadi baik, penyejuk mata ibu bapa.
.
Dan sekarang, since Haikal pun dah pandai doa lepas solat, dia pulak yang–
.
“Ya Allah, terima kasih sebab kurniakan aku ibu bapa yang penyayang, penyabar dan pemurah.”
.
Wah dia pulak yang saiko mak bapak dia balik.
.
But this is the power of thank you yang kita selalu underestimate.
Thank you or gratitude is so powerful sampai ada kajian menunjukkan–
by saying thank you or being grateful,
you won’t feel sad, disappointed, angry.
You’ll be in the best state of mind and emotion.
.
Allah sentiasa ikut sangkaan kita, kan?
Bila kita banyak berterima kasih–
lebih banyak lagi nikmat diberi untuk kita terima-kasih-kan.
.
Malam ni masa baca doa tidur, boleh try doa kuat2 camni sebelah anak.
You’ll see the difference, insyaAllah.
Artikel Menarik: [Bila Rambut Isteri Banyak Gugur, Tandanya Kena Hiburkan Hati Isteri]
Banyak berterima kasih tandanya kita redha dengan pemberian Allah SWT. Tandanya kita bersyukur dengan kurniaan yang diberikan kepada kita. Perkongsian ini sangat menarik dan dapat memberi perspektif baru kepada ibu bapa yang mahu mendoakan anak-anak mereka. Semoga amalan ini dapat menjadikan kita sebagai ibu bapa yang lebih berjaya dan dikurniakan anak-anak yang membahagiakan.
Sumber: Adlil Rajiah
The post Tukar ‘Jadikan’ Dan ‘Berikan’ Kepada Terima Kasih. Rahsia Doa Mustajab Mohon Anak Jadi Yang Terbaik appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/tukar-jadikan-dan-berikan-kepada-terima-kasih-rahsia-doa-mustajab-mohon-anak-jadi-yang-terbaik/