Cesarean Risiko Dan Kesan Trauma
Buat korang yang tak tahu, bulan April ni adalah bulan kesedaran sempena Cesarean a.k.a beranak secara pembedahan. Jadi, artikel aku kali ni dah tentulah berkaitan bulan istimewa ni. Salah satu sebabnya adalah kerana aku pun salah seorang pejuang Cesarean. Si sulung tu ha la yang telah meninggalkan parut cinta kat perut aku ni ha tahun 2014 lalu. Wah.. Dah 10 tahun weh aku usung parut cinta tu. Hihi. Kisahnya korang boleh baca kat artikel Detik Kelahiran TMFS.
Sebenarnya, aku pernah tulis dah pasal awareness Cesarean ni dalam artikel Pengalaman Melahirkan Secara Cesarean tahun 2020 yang lalu. Saja la nak tulis lagi tentang Cesarean ni berdasarkan sedutan short film di bawah.
Kisah Benar : Kematian Selepas CesareanDikatakan sedutan drama ni adalah berdasarkan satu kisah benar. Kes ni berlaku disebabkan atas diskriminasi kulit selain faktor kecuaian doktor yang membuat pembedahan tersebut. Korang wajib tengok sampai habis dulu. Lepas tu baru baca coretan aku okay
Sedih kan sedutan dari drama The Residents ni? Aku yang spesis kememek ni memang merambu la air mata. Baru tengok sikit je sedutan. Kalau tengok the whole story, sepanjang cerita la aku duk menangis gamaknya. 😭😭
Sangat tak beretika doktor dan nurse kulit putih tu. Geram je rasa nak cepuk-cepuk. Haishhh.
Risiko CesareanGolongan terpaling mak suka kecam kata yang beranak secara Cesarean ni 'bukan mak' sebab tak merasa nikmat sebenar beranak. Tak rasa contraction katanya. Sengaja pilih nak Cesarean sebab taknak yang 'bawah' tu dah tak padu. Helloooo..tolonglah ye buang mindset camni. Herghhhh.. 😑
Takde nya mak-mak yang kena Cesarean ni sengaja pilih nak dibedah kalau tak disebabkan ada masalah kesihatan dan di syorkan oleh pakar sendiri. Ingat takde risiko ke? Dah tengok sendiri kan dalam sedutan drama kat atas? Haaa..itu salah satu risikonya ye.
Antara risiko yang akan dialami oleh ibu yang Cesarean ialah :- rahim pecah ketika proses kelahiran pada kandungan seterusnya- luka Cesarean terbuka semasa tempoh pantang dan terpaksa dijahit semula - luka Cesarean tak pulih dengan baik dan bernanah di dalam- berlaku pendarahan dalaman (macam dalam sedutan drama di atas) - organ dalaman lain berisiko untuk melekat antara satu sama lain- kematian disebabkan pendarahan semasa pembedahan atau selepas pembedahan
Seriau tak? Jadi, tolonglah buang jejauh mindset yang anggap Cesarean tu 'senang' je. Itu baru sikit je risiko yang aku kongsi. Rasanya macam ada lagi risiko lain yang aku sendiri tak pernah tengok atau alami.
Teringat masa nak beranak abang Adan. Tahun 2014. Takut sangat bila doktor cakap aku terpaksa emergency czer. Masa tu macam-macam rasa muncul. Takut tak dapat jumpa dah dengan suami, keluarga dan anak yang baru lahir. Sebab pengalaman pertama nak kena bedah untuk seumur hidup. Huhu
Tapi alhamdulillah semua berjalan lancar. Tapi lawak pun ada. Keluar je dewan bedah, encik CH serbu bini dia yang duk mamai lagi sedut gas tahan sakit banyak sangat nak tanya kenal dia ke tak. Hahaha. Kenangan betul.
Trauma Disebabkan Cesarean Masa tu, aku punya jaga luka czer tu sampai 44 hari pantang tak pernah bagi basah masa mandi. Cover dengan plastik pampers anak setiap kali mandi. Memang tak pernah kena air. Bahagian luka tu aku lap gitu-gitu je tau. Jalan pun kalah orang beranak normal luka kat bawah. Sebab rasa macam segala isi perut nak jatuh terkeluar. Lepas tu aku takut sangat luka bedah terbuka, bernanah dan macam-macam lagi la. Sebenarnya aku trauma tengok kakak sendiri kena czer tahun 2010 & 2013, luka bedah dia bernanah, terbuka dan kena jahit semula. 😭
Tiba giliran nak lahirkan si encem Iman (2016), cik Merah (2017), budak Ali (2021) memang doa sangat-sangat Allah izinkan beranak normal. Walaupun ada jugak risiko boleh berlaku bleeding sebab ada history czer dan mengandung jarak rapat. Alhamdulillah depa bertiga Allah izin dapat beranak normal tanpa sebarang komplikasi
Masa nak beranak baby Umar (tahun 2023) perasaan yang sama masa nak beranak abang Adan tu datang balik bila doktor kata kemungkinan akan czer. Trauma agaknya dengan perkataan czer. Memang doa banyak-banyak nak dimudahkan beranak masa kena warded secara tiba-tiba untuk pantau heartbeat baby. Takut nak masuk dewan bedah lagi untuk Ceaserean. 😢
Allah Maha Mendengar dan sebaik-baik perancang. Baby Umar paling mudah sekali lahir. Dapat melahirkan dia secara normal dalam sekelip mata tak sempat nak teran pun. Syukur.
InsyaAllah cukup dah 5 pengalaman yang berbeza sewaktu mengandung dan melahirkan. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Kan? Dapat merasa pengalaman melahirkan secara Cesarean dan normal adalah nikmat dan rezeki yang paling mahal untuk aku.
Hargai Pengorbanan IsteriTapi itulah isteri ni, cakap je takut nak beranak. Tapi bila direzekikan mengandung lagi, punya berbunga-bunga perasaan tu sebab dapat tambah bilangan zuriat untuk suami. Tak kisah dah kena hadap macam-macam 'penyakit' sepanjang tempoh mengandung.
Besar pengorbanan seorang isteri untuk beri zuriat buat suaminya kan? Ada yang rezeki mudah lekat. Ada yang bertahun usaha TTC (trying to conceive) tanpa jemu walaupun terpaksa hadap macam-macam proses menyakitkan dirinya punya nak beri khabar gembira untuk suami.
Jadi wahai para suami sekalian alam, hargailah isteri korang sebaiknya. Samada Allah izinkan dia melahirkan zuriat untuk korang atau pun tidak. Ketahuilah, takda isteri yang taknak 'korban'kan dirinya untuk beri 'permata hati' buat suami yang dicintai.
Hargai juga amanah yang Allah 'kirimkan' buat korang tu jika ada. Didik anak-anak menjadi hambaNya yang soleh solehah. Jangan culas beri nafkah juga. Itulah 'saham akhirat' buat korang sebagai nakhoda bahtera rumahtangga
Tahu tak? Normal atau Cesarean, kedua-duanya tetap menjadikan seorang wanita itu ibu yang melahirkan. Jadi tak perlu nak dibandingkan langsung. Ingat tu!
Bisik-bisik :: Czer atau normal, atas izin Allah belaka.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.shahadafauzi.com/2024/04/ceaserean-risiko-dan-kesan-trauma.html