Khasiat Dan Kelebihan Buah Oren


Anda suka makan buah oren atau minum jus oren? Kalau ya, artikel ini pasti menggembirakan anda. Oren merupakan buah yang sangat popular, mudah diperolehi, dan harganya juga tidak terlalu mahal.

Buah yang memiliki warna menarik ini selain daripada mempunyai rasa yang enak, ia ternyata mengandungi banyak khasiat yang baik bagi kesihatan dan pencegahan penyakit. Selain sangat kaya dengan vitamin dan mineral, ia juga mengandungi serat makanan yang sangat diperlukan oleh tubuh bagi pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang normal. Malah, khasiat yang terkandung di dalamnya juga membantu menurunkan risiko terkena beberapa jenis penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular dan kanser.



Selain merupakan sumber vitamin C yang baik, buah yang juga mengandungi karbohidrat, postasium, folat, kalsium, thiamin, niasin, vitamin B6, fosforus, magnesium, iron, riboflavin dan asid pantotenik ini juga sangat rendah kalori. Ini bermakna, ia selamat dimakan oleh mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan. Sebiji oren segar bersaiz sederhana cuma mengandung 60 – 80 kcal kalori.

Walaupun oren mengandungi karbohidrat, tetapi ia merupakan karbohidrat sederhana yang terdiri daripada fruktosa, glukosa, dan sukrosa. Karbohidrat kompleksnya berupa serat makanan yang baik untuk kesihatan. Serat makanan ini akan mengikat khasiat-khasiat yang larut di dalam air sehingga dapat memperlambatkan proses pengosongan perut serta proses pencernaan dan penyerapan khasiat makanan.

Ini bermakna ia akan membuatkan perut terasa kenyang lebih lama. Dengan mengambil sebiji oren bersaiz sederhana dalam diet harian, anda memperolehi serat makanan kira-kira 30g. Jumlah ini sudah mencukupi keperluan harian tubuh badan (jumlah yang disarankan ialah sekitar 25 g sehari).

Antioksidan yang sangat baik
Vitamin C merupakan vitamin yang paling terkenal daripada buah oren. Vitamin mudah larut air ini memainkan peranan dalam proses pembentukan kolagen yang merupakan komponen dasar pembentukan jaringan saraf di dalam tubuh badan. Pembentukan kolagen yang baik sangat diperlukan untuk pembentukan ligamen, tendon, kulit, pembuluh darah, dan tulang. Ia juga membantu proses penyembuhan luka.

Vitamin C juga berperanan dalam proses penyerapan zat besi bukan organik (zat besi yang bukan berasal daripada haiwan) sehingga dapat mencegah dan membantu penyembuhan anemia. Ada juga kajian yang mendapati vitamin C dapat membantu mencegah kerosakan sel akibat aktiviti molekul radikal bebas. Radikal bebas inilah yang boleh mencetuskan pelbagai jenis penyakit.

Secara signifikan, hasil penelitian terbaru ini menunjukkan bahawa penyerapan vitamin C yang tinggi daripada makanan, termasuk buah oren dapat mencegah kenaikan LDL (lemak jahat). Kadar LDL yang tinggi merupakan faktor utama terjadinya penyakit jantung. Beberapa penelitian memang telah membuktikan terdapat hubungan di antara pengambilan vitamin C dengan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular.

Tingkat pengambilan makanan dengan kandungan folat yang tinggi, seperti oren segar atau dalam bentuk jus, akan meningkatkan kadar folat. Peningkatan kadar folat akan menurunkan kadar ‘homocystein’, yang merupakan racun bagi dinding pembuluh darah. Dengan menurunnya kadar ‘homocystein’, risiko penyakit kardiovaskular juga menurun.

Vitamin C dalam buah- buahan, termasuk oren secara ilmiah juga boleh dijelaskan peranan positifnya dalam memberikan perlindungan tubuh terhadap kanser. Oren merupakan salah satu buah yang memiliki ejen perlindungan terhadap kanser yang tinggi. Malah ia lebih bagus daripada vitamin C yang diambil dalam bentuk tablet.

Untuk memelihara kesihatan dan menjaga keperluan vitamin C dalam tubuh badan, anda disarankan supaya mengambil vitamin C sebanyak 30 – 100 mg setiap hari. Keperluan ini sudah mencukupi dengan sebiji oren bersaiz sederhana kerana ia mengandungi sekitar 70 mg vitamin C. Anda juga boleh menikmati segelas (sekitar 225 ml) jus oren pada setiap hari jika tidak mahu makan oren dengan begitu sahaja.

Kulit pun cantik
Vitamin C yang terkandung di dalam buah oren bukan hanya bermanfaat kepada kesihatan, tetapi juga untuk kecantikan kulit. Ini kerana vitamin C dikenalpasti sebagai agen antioksidan yang sangat kuat dan mampu melawan radikal bebas. Sebagai antioksidan, selain melindungi kulit dari pengaruh buruk radikal bebas, vitamin C juga memperkuatkan sel-sel kulit, sehingga ia lebih cepat memperbaiki jaringan yang rosak.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://musafircyber.blogspot.com/2015/01/khasiat-dan-kelebihan-buah-oren.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khasiat Pokok Ajaib Buah Ajaib Synsepalum Dulcificum

Khasiat Pokok Ajaib Buah Ajaib Synsepalum Dulcificum

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 442 hits
Pokok Ajaib Buah Ajaib Synsepalum dulcificum Anak pokok tinggi 1 kaki RM 12 hanya di Famili Sapotaceae Negara asal Ghana Afrika Keperluan air Banyak Tahap pH 4 5 hingga 5 8 Ketinggian pokok 10 hingga 15 kaki Bunga Warna putih Buah Berwarna ...
Khasiat Buah Teen Dan Kesihatan

Khasiat Buah Teen Dan Kesihatan

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 213 hits
KHASIAT BUAH TEEN DAN KESIHATANBuan Teen adalah salah satu keajaiban alam kepada manusia Rasa buahnya yang tiada tandingan buah Teen telah menyumbang kebaikan yang banyak kepada manusia sejak beribu tahun yang lampau Ia tidak lokek untuk me...
Ajar Anak Makan Oren Sekali Empulur Putih Bahagian Ini Bagus Banyak Khasiat

Ajar Anak Makan Oren Sekali Empulur Putih Bahagian Ini Bagus Banyak Khasiat

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 301 hits
Buah oren antara yang menjadi kegemaran ramai Buah ini dikategorikan sebagai buah sitrus sama seperti buah lemon limau nipis limau mandarin dan lain lain Dalam sebiji buah itu ia kaya dengan serat vitamin C folat kalium dan antioksidan sert...
Manfaat Buah Oren Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

Manfaat Buah Oren Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 262 hits
Assalamualaikum pembacaku yg comel dan hebat sekalian oo hebat haha hari ni nita nak bagitau nita da baca satu chapter dalaam buku Rasulullah is my Doctor okey kredit nak diberikan kepada Alifah F pemilik buku ni mungkin org dah biasa denga...
Kenapa Biarkan Pokok Keriang Buah Anggur Malaya Pupus

Kenapa Biarkan Pokok Keriang Buah Anggur Malaya Pupus

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 351 hits
Kenapa biarkan pokok keriang buah anggur Malaya pupus BUAH keriang atau disebut juga sebagai anggur Malaya mungkin kedengaran agak pelik dalam kalangan anak anak kota namun anggur Malaya ini sebenarnya penuh nostalgia dalam kalangan kanak k...
Buah Jambu Batu Kampung

Buah Jambu Batu Kampung

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 374 hits
Berbalik cerita di kampung haritu Ada sepokok buah jambu batu sedang berbuah agak banyak jugak Banyak tak banyak sangatlah Masih boleh dikira dengan jari buah buahnya Lansung saya ambil gambar dulu Selama ni macam tak pernah nampak pokok ni...
Senarai Harga Buah Durian Popular Dari Pulau Pinang

Senarai Harga Buah Durian Popular Dari Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 394 hits
Musim durian kembali lagi di tahun 2021 Desas desus mengatakan disebakan oleh Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 harga jualan buah durian jatuh merudum disebabkan kesukaran untuk menjual selain berlaku lambakan bekalan Tetapi daripada peneliti...
Buah Kristal

Buah Kristal

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 279 hits
Treat kali ini aku nak kongsi tentang buah exotik iaitu buah kristal yang sedap Ini bukan kali pertama aku jumpa buah ini Menurut penjual buah ini di pasar minggu Buah ini hanya banyak di tanam di Sarawak dan sekarang adalah musim buah kris...
Buah Tebulus Engkalak Pembangkit Selera Makan

Buah Tebulus Engkalak Pembangkit Selera Makan

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 553 hits
Buah Tebulus atau Buah Engkalak merupakan salah satu buah eksotik yang ada di Sarawak kali ini aku nak share pula kisah buah Tebulus Buah Engkalak Buah ini merupakan buah bermusim juga sama seperti buah Dabai yang aku cerita semalam Namun b...
Dinner Di Grill Haven Ingatkan Kedai Jepun Rupanya

Wanita Tidak Berbaju Berkeliaran Di Sebatang Jalan Raya Di Jontien

Selepas Himpunan Turun Anwar Apakah Ada Langkah Seterusnya

Rush To Build In Penang High Density Projects Sprouting Without Gazetted Local Plan

The Rise Of Virtual Influencers Redefining Fame In The Digital Age

Aplikasi Web Yang Makan Bateri Telefon Korang Tanpa Sedar

Allah Tahu Segalanya Walau Tak Pernah Kita Luah

Kesihatan Lelaki Cabaran Kesedaran Dan Langkah Penjagaan Diri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rafizi 7 Perusahaan Sosial Ayuh Malaysia Mula Operasi September

Bayi Berusia Setahun Menggigit Seekor Ular Tedung Hingga Mati

Mrsm Seluruh Negara Diisytihar Cuti Esok

Turun Anwar A Protest That Stirs Headlines

Should Motorcyclists Be Exempt From Highway Tolls

Holiday For Mara Junior Colleges After Rugby Championship Victory