Khasiat Pokok Ajaib Buah Ajaib Synsepalum Dulcificum



Pokok Ajaib/ Buah Ajaib/Synsepalum dulcificum
Anak pokok tinggi 1 kaki >>>>RM 12 hanya di Ammar Zahraa Nursery


(Nama Botani :Synsepalum dulcificum) 
◊ Famili : Sapotaceae
◊ Negara asal : Ghana, Afrika
◊ Keperluan air : Banyak
◊ Tahap pH : 4.5 hingga 5.8
◊ Ketinggian pokok : 10 hingga 15 kaki
◊ Bunga : Warna putih
◊ Buah : Berwarna merah dan sebesar buah kopi. Sekira dimakan, semua makanan masam yang dimakan selepas itu akan berasa manis.Pokok berbuah selepas 2 hingga 3 tahun
◊ Bahan aktif (Dari buah) i. Glycoproteinii. Miraculin (Taste altering chemical)
Pokok Ajaib – Apa Ajaibnya?.


  Tumbuhan ini mempunyai 5 spesies yang berbeza dari segi bentuk daunnya. Pokok ajaib atau disebut juga pokok 1000 manis dan pelbagai nama dalam bahasa Inggeris seperti miracle fruit, miracle berry, magic berry atau miraculous berry. Pokok ini merupakan sejenis pokok yang mengeluarkan buah berbentuk beri yang bertindak meneutralkan sebarang kesan asid. Buahnya berasa tawar namun selepas memakan buah ajaib ini, setiap benda yang dimakan akan berasa manis
Sebagai contoh, apabila memakan buah dari pokok ajaib ini, kemudian minum air kosong, air kosong akan dirasa manis atau jika memakan buah mangga masam, rasa masamnya akan bertukar rasa manis
Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kandungan sejenis protein yang terdapat pada buahnya yang dipanggil miraculin yang berkesan sebagai sumber yang memberikan rasa manis secara semula jadi. Pokok ajaib yang dikatakan berasal dari Afrika Barat dan bagi masyarakat di kawasan beriklim tropika ini kerap menggunakan buah dari pokok ajaib ini untuk membaiki rasa makanan yang telah rosak atau basi
  Pokok ajaib atau nama saintifiknya Synsepalum dulcificum dari keluarga Sapotaceae ini adalah tumbuhan renek rimbun dan boleh ditanam dalam pasu besar atau di atas tanah dan boleh mencapai ketinggian diantara 2 – 5 meter. Mula berbuah selepas 3 – 4 tahun ditanam dan mengeluarkan buah sepanjang tahun. Bunganya kecil berwarna putih. buahnya yang berbentuk beri berwarna hijau ketika muda dan akan berubah menjadi merah terang apabila matang

Terdapat lapisan yang menyaluti biji yang hanya sebiji. Walaupun buahnya tidak mempunyai rasa manis, tetapi akan menghilangkan semua rasa masam pada benda yang dimakan dan menggantikannya dengan rasa manis.Kesan ini akan dirasakan selama sejam atau lebih
Pokok ajaib hidup subur di tanah yang agak berasid pada pH antara 3.5 hingga 5.8 dan memerlukan air yang mencukupi tetapi tidak berlebihan. Dibiakkan melalui biji atau keratan batang
Selain dari menukar rasa masam pada makanan lain kepada manis, buah ajaib ini dikatakan juga mampu mengawal penyakit kencing manis, darah tinggi dan mengurangkan kolestrol. Ianya juga mampu menahan kesakitan luka pada usus, kerana buahnya mampu menukar rembesan asid dari perut yang luka kepada alkali

Daun pokok ajaib juga boleh menyembuhkan sakit gigi dengan mengunyahnya, selain dari itu amalan meminum air rebusan dari daunnya setiap hari baik untuk mereka yang menghidapi penyakit kencing manis dan darah tinggi. Dikatakan juga mampu mengurangkan bisa gigitan serangga dan penyakit gatal kulit dan juga mamapu mengurangkan resdung, jerawat dan jeragat



Antara Khasiat Pokok Ajaib
>>>Pucuk muda berwarna merah tua digunakan utk sakit gigi (rasa kebas)

>>>Daun tua dan akarnya diracik dan dijemur kering digunakan sebagai teh bagi membantu mengubati penyakit Kencing Manis dan Darah Tinggi. Keistimewaan buahnya ialah bila seseorang memakan buahnya yang masak (buah sebesar buah Kemunting, merah) dan memakan pula buah limau kasturi, mempelam muda, jambu air atau apa saja buah yang bersifat masam, rasanya akan manis

>>>Bijinya pula boleh dijadikan campuran kopi bagi digunakan untuk meningkatkan Tenaga Batin.
>>>Daun tuanya juga boleh digunakan sebagai ubat sapu untuk melegakan sakit urat, lenguh-lenguh dan sakit sendi dengan mencampurkan bersama Menthol dan minyak kayu putih
Kini pokok ini telah menjadi sebahagian daripada pokok hiasan laman atau lanscape kerana ia sesuai dijadikan bonsai. Tumbuhan ini banyak terdapat di Kelantan dan buahnya yang masak menjadi kesukaan kanak-kanak. Daun dan buahnya boleh dijadikan gula-gula herba jika dicampurkan bersama gandum, jelly, perasa contohnya cengkih atau pudina, pewarna makanan dan sebagainya
“Spesis pokok ajaib ini memang banyak. Pokok ajaib sememangnya mempunyai nilai yang tinggi dalam perubatan apabila dapat menyembuhkan beberapa penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, gout, asid dalam badan, gastrik, sembelit, sakit gigi, merawat jantung dan kanser
Khasiat pada buah menandingi khasiat dalam daun. Ini kerana, apabila dimakan buahnya boleh menawarkan cuka dan mengurangkan rasa masam pada limau yang paling masam..Pokok ajaib itu hanya sesuai bagi individu yang betul-betul menghidap penyakit di mana khasiat yang ada pada pokok berkenaan akan bertindak terhadap penyakit, seterusnya akan dapat dirasai sama ada berkesan atau tidak dalam beberapa jam kemudian..Daun pokok tersebut tidak hanya direbus untuk mendapatkan airnya, malah daunnya boleh dimakan begitu sahaja.Lebih baik daun ini diamalkan segar dari diproses untuk dijadikan pil yang tentunya telah kehilangan banyak khasiatnya

sumber :  Ammar Zahraa Nursery
Sila Lawat Page services Untuk Melihat Promosi Terbaru Daripada Syarikat Kami

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ammarzahraa.blogspot.com/2015/05/khasiat-pokok-ajaib-buah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khasiat Pokok Pegaga Cina Nyonya

Khasiat Pokok Pegaga Cina Nyonya

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 532 hits
Assalamualaikum dan Salam SejahteraDi laman rumah noe yang kecil ni noe ada juga tanam pokok pegaga cina atau dipanggil juga sebagai pegaga nyonya Noe ambil anak pokok ni di Kuang Sungai Buloh tempat mak mertua belajar agama Pokok ni banyak...
Khasiat Buah Teen Dan Kesihatan

Khasiat Buah Teen Dan Kesihatan

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 123 hits
KHASIAT BUAH TEEN DAN KESIHATANBuan Teen adalah salah satu keajaiban alam kepada manusia Rasa buahnya yang tiada tandingan buah Teen telah menyumbang kebaikan yang banyak kepada manusia sejak beribu tahun yang lampau Ia tidak lokek untuk me...
Khasiat Dan Kelebihan Buah Oren

Khasiat Dan Kelebihan Buah Oren

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 186 hits
Anda suka makan buah oren atau minum jus oren Kalau ya artikel ini pasti menggembirakan anda Oren merupakan buah yang sangat popular mudah diperolehi dan harganya juga tidak terlalu mahal Buah yang memiliki warna menarik ini selain daripada...
Kenapa Biarkan Pokok Keriang Buah Anggur Malaya Pupus

Kenapa Biarkan Pokok Keriang Buah Anggur Malaya Pupus

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 237 hits
Kenapa biarkan pokok keriang buah anggur Malaya pupus BUAH keriang atau disebut juga sebagai anggur Malaya mungkin kedengaran agak pelik dalam kalangan anak anak kota namun anggur Malaya ini sebenarnya penuh nostalgia dalam kalangan kanak k...
Khasiat Herba Pokok Dukung Anak

Khasiat Herba Pokok Dukung Anak

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 404 hits
Salah 1 khasiat yang ramai orang tak tahu adalah air rebusan dia kalau minum bagus untuk orang perempuan yang tengah ikhtiar untuk hamil atau merawat masaalah sukar dapat zuriat Khasiat This is a content summary only Visit my website for fu...
Belajarlah Dari Fitrah Buah Buahan

Belajarlah Dari Fitrah Buah Buahan

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 164 hits
Jadilah buah jagung jangan jadi buah gajus Jagung membungkus bijinya yang banyak sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yang cuma ada satu Maksudnya Jangan suka menunjuk nunjuk harta ilmu dan sebagainya Jadilah Pokok pisang Pokok pisang k...
Resepi Koktail Buah

Resepi Koktail Buah

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 194 hits
Assalamualaikum hai semua Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Koktail Buah pencuci mulut yang mudah dan ringkas pula dengan korang Bahan pun senang sangat nak cari sangat sesuai kalau nak makna kalau cuaca panas memang menyegarkan chewahh He...
Kebaikkan Buah Manga Kepada Manusia

Kebaikkan Buah Manga Kepada Manusia

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 180 hits
Di dalam ayat ayat Al Qur an Allah menyuruh manusia supaya memperhatikan keberagaman dan keindahan disertai seruan agar merenungkan ciptaan ciptaan Nya yang amat menakjubkan Al Qur an menyebutkan sejumlah buah buahan yang oleh ilmu pengetah...
7 Bau Yang Tidak Disukai Kucing Dari Buah Hingga Kotak Pasir Yang Kotor

7 Bau Yang Tidak Disukai Kucing Dari Buah Hingga Kotak Pasir Yang Kotor

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 217 hits
Pantesan kucingmu BAB sembarangan kotak pasirnya nggak kamu bersihin sih Kucing nggak suka baunya lo
Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi

Saya Harap Isu Aliff Aziz Tak Jejaskan Saya Cari Rezeki Di Malaysia Aaron Aziz

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Sarapan Pagi

Pas Quashing Of Zafrul S Affidavit Raises Concerns About Govt S Integrity

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Prudence

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Rumah Terbuka