Kenapa Biarkan Pokok Keriang Buah Anggur Malaya Pupus
Kenapa biarkan pokok keriang, buah anggur Malaya pupus?
BUAH keriang atau disebut juga sebagai anggur Malaya mungkin kedengaran agak pelik dalam kalangan anak-anak kota namun anggur Malaya ini sebenarnya penuh nostalgia dalam kalangan kanak-kanak yang pernah membesar di kampung dan kawasan-kawasan sawah.
Anggur Malaya buahnya yang bersaiz kecil serta berwarna hitam berkilat ini sedap dimakan kerana rasanya manis. Bagaimananapun jika dimakan dalam kuantiti yang banyak, warna lidah akan berubah menjadi ungu kehitam-hitaman.
Pokok anggur Malaya atau keriang biasanya tumbuh atau ditanam di tepi sawah. Untuk makluman, pokok keriang ini mempunyai pelbagai nama mengikut tempat masing-masing. Justeri ada yang menamakan pokok ini sebagai keriang kecil.
Ada juga yang menamakannya sebagai keriang lada kerana saiznya yang hampir sebesar lada dan ada yang menamakannya sebagai keriang burung disebabkan buahnya menjadi kegemaran burung.
Bagi kalangan kanak-kanak yang tinggal berhampiran sawah, inilah antara pokok yang popular sebagai tempat “melepak” di atas dahannya sambil menikmati buah keriang.
Jika pokok ini dipanjat, mudah mencapai dahan yang dipenuhi dengan tangkai buah-buah keriang yang masak ranum.
Untuk menurunkan buah keriang daripada dahan, ada juga cara lain iaitu dengan menggunakan galah buluh atau merentangkan kain besar bagi menadah buah-buah sebelum digugurkan dengan cara mengoncang dahan yang dipenuhi dengan buah-buah yang masak.
Penulis juga baru-baru ini secara kebetulan menemui pokok keriang yang hampir pupus di tepi sawah di Kampung Belat Batu, Arau, Perlis.
Jawahir Jaafar menunjukkan buah keriang dari pokok yang ditanam arwah ayahnya di Kampung Belat Batu, Arau, Perlis.
Mengikut Jawahir Jaafar, 65, pokok keriang yang berada berdekatan rumahnya itu telah ditanam oleh arwah ayahnya lebih kurang 40 tahun lalu.
Beliau berkata, sudah menjadi kebiasaan pokok keriang ditanam di tepi sawah untuk kemudahan berteduh atau berehat selepas mengerjakan bendang.
“Pada zaman dahulu, buah keriang memang menjadi kegemaran kanak-kanak. Bagaimanapun, sekarang ini, buah keriang sudah tidak diminati lagi oleh generasi muda dan ia menjadi makanan burung,” katanya.
Sementara itu, seorang ahli grup berkebun dalam laman sosial Facebook (FB), Farhan Hakimi menulis dalam komennya, beliau menanam pokok keriang didalam pasu.
Katanya, setakat ini, percubaannya itu berjaya kerana pokok keriang yang ditanamnya telah mengeluarkan buah.
Ini membuktikan pokok keriang boleh diselamatkan dari terus pupus jika ada individu atau pihak yang berusaha untuk menanamnya agar generasi akan datang kenali pokok dan buah keriang atau anggur Malaya. SM
Keriang sebnarnya ada dua jenis, yang di atas ini buahnya bulat dan kecil, manakala satu lagi ialah dikenali sebagai keriang dot dan saiz buahnya lebih besar. Ada yang menggelarkannya sebagai jambu arang.
Pokok Keriang Dot atau nama sainsnya (Eugenia claviflora Roxburgh.) merupakan sejenis pokok saka berkayu yang tumbuh tinggi. I ajuga dikenali sebagai pokok Buah Jambu Arang.Terdapat 1,000 spesies dalam kawasan tropika dan 150 darinya terdapat di Malaysia
Menghasilkan buah yang berbentuk panjang bujur dengan isi yang boleh dimakan dengan satu biji benih ditengah-tengahnya. Buahnya mempunyai banyak air dan mampu meninggalkan warna merah pada baju.
Berbunga merah jambu atau merah. Buah ungu merah sehingga hitam, bujur atau berbentuk pasu panjang.Berbunga antara Mar-Apr, berbuah antara May-Jun.
Bagi mereka yang tinggal di kawasan utara tanah air sudah pasti mengenali buah ini. Namun, ramai lagi generasi masa kini tidak lagi mengenali pokok dan buah keriang dot kerana pokok ini semakin sukar diperoleh. Jika dahulu ia mudah didapati di kawasan hutan dan pinggir kampung, kini buah ini semakin lama semakin berkurangan.
Kenapa biarkan pokok keriang, buah anggur Malaya pupus?
Baca Artikel Menarik :
Muhyiddin masih jaja cerita dongeng – Najib
PRN Melaka: Hentam Umno fokus kempen Muhyiddin
‘Sotong Kayangan’ muncul dahulu sebelum Siakap
Maya Karin dibayar RM2 ribu untuk filem Hollywood
Jangan sampai kita hempas makanan – Rider
Suami Nynaa Harizal failkan permohonan supaya isteri kembali taat
Muhyiddin dan Hadi ‘hentam’ Barisan Nasional
Kakaktua bongkar suami curang dengan pembantu rumah
‘Letupan’ enjin sebuah pesawat Malaysia Airlines 50 penumpang ‘cedera’
Amaran Allah dalam 10 Ayat Pertama Surah al-Kahfi
Dah Masuk 5 Series, Nasha Aziz masih ‘bergetah’
Layari Laman Facebook MYKMU
Myvi baharu lebih sporty
Kilang roti penuh najis tikus dan lipas
The post Kenapa biarkan pokok keriang, buah anggur Malaya pupus? appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/11/12/kenapa-biarkan-pokok-keriang-buah-anggur-malaya-pupus/