Khaled Pertahankan Penjawat Awam Anggap Tun M Menghina



PETALING JAYA: Di sebalik kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad, pemimpin Umno tampil mempertahankan perkhidmatan awam dan menyifatkan kenyataan perdana menteri sebagai “menghina” sektor itu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, Dr Mahathir sepatutnya mengambil kira dengan teliti sebelum membuat penilaian terlalu umum dan bersifat pukul rata apabila mendakwa Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib meninggalkan perkhidmatan awam “gemuk” yang menyebabkan perbelanjaan mengurus negara meningkat.

Khaled berkata, era pentadbiran bekas perdana menteri Najib Razak dan Abdullah tidak sama dengan era Dr Mahathir kerana masa berubah dan kini sumbangan kakitangan awam dalam pengurusan serta pembangunan negara sangat besar.

“Saya bersetuju dengan pandangan yang melihat kenyataan perdana menteri ini sebagai tidak wajar dan boleh dianggap menghina kakitangan awam.

“Saya lebih bersetuju jika perdana menteri mengambil pendekatan mahu mengukuhkan keupayaan dan kecekapan perkhidmatan awam.

“Janganlah perkhidmatan awam dilabel dan dicanangkan sebagai satu sektor yang tidak berprestij dan tidak penting,” katanya kepada FMT sekali gus mengakui memang terdapat kakitangan awam yang lemah, tetapi ia tidak menafikan sumbangan sektor itu kepada pembangunan negara.

Dalam satu temubual bersama FMT baru-baru ini, Dr Mahathir berkata, beliau tidak meminati perkhidmatan awam yang besar dan percaya gaji tidak wajar dinaikkan terlalu kerap.

Beliau menolak kenaikan gaji sedemikian dengan berkata, ia merupakan antara faktor kenaikan kos sara hidup.

“Anda naikkan gaji, sektor swasta akan ikut sekali dan kos semua benda akan naik. Bukan begitu caranya mengurus organisasi,” katanya dalam temubual itu.

Dr Mahathir juga tidak gembira bahawa falsafah pentadbiran beliau tidak diikuti 2 pengantinya, iaitu Abdullah dan Najib sepanjang tempoh 15 tahun ketiadaannya dalam kerajaan.

“Mereka menambah bilangan pekerja, daripada 1 juta ketika saya berundur kepada 1.6 juta orang.

“Tambahan sebanyak 600,000 gaji untuk dibayar, dan mereka naikkan gaji kadang-kadang 2 kali setahun. Mula-mula 10% dan kemudian 10% lagi.” katanya lagi.

Tolak dakwaan kenaikan gaji punca kos sara hidup meningkat

Khaled pada masa sama menolak dakwaan Dr Mahathir kononnya kenaikan gaji penjawat awam menyebabkan kos sara hidup meningkat.

Katanya, tanpa kenaikan gaji sekalipun, harga barang tetap akan naik.

“Inilah kali pertama saya mendengar rungutan tentang mengapa gaji tidak dinaikkan. Kalau kita semak semula, salah satu naratif Pakatan Harapan (PH) sewaktu kempen pilihan raya ialah gaji pekerja Malaysia rendah dan tidak kompetitif.

“Malah mereka (PH) menjanjikan had gaji minimum sebanyak RM1,500, walaupun selepas menang mereka menetapkan gaji minimum sebanyak RM1,050.

“Kerajaan sebelum ini mengambil langkah proaktif dan adil dengan menaikkan gaji perkhidmatan awam. Ini langkah baik yang wajar disokong dan ditambah baik, bukannya dipertikaikan tanpa asas jelas.

“Sebelum ini kenaikan harga barang dikatakan berpunca daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST), tetapi sekarang kenaikan tersebut dikatakan berpunca daripada kenaikan gaji pekerja awam pula. Saya tidak pasti formula dan sifir mana yang kerajaan gunakan,” kata Khaled.

Tambah penjawat awam berdasarkan nisbah penduduk

Mengulas mengenai dakwaan Dr Mahathir tentang jumlah kakitangan awam yang bertambah mendadak ketika era Abdullah dan Najib, Khaled berkata, ia dibuat berdasarkan kedudukan semasa jumlah penduduk Malaysia.

“Misalnya pada tahun 2003, dengan populasi kira-kira 25 juta orang, penjawatawam kita adalah kira-kira 1 juta orang. Ini bermakna, nisbah penjawat awam kepada populasi penduduk adalah 1:25.

“Sedangkan pada 2018, saiz populasi kita seramai 32.4 juta orang dengan kekuatan penjawat awam seramai 1.62 juta. Ini menjadikan nisbah penjawat awam kepada populasi penduduk adalah 1:20.

“Ini bermakna, nisbah penjawat awam kepada populasi rakyat hanya meningkat dalam jumlah yang kecil,” katanya.

Khaled berkata, pertambahan anggota perkhidmatan awam sebahagian besarnya berlaku dalam sektor sektor pendidikan, keselamatan dan kesihatan.

Beliau turut memberi contoh nisbah perkhidmatan awam kepada populasi penduduk di negara lain seperti Jerman sebanyak 1:16, United Kingdom 1:11, Amerika Syarikat 1:14, Australia 1:12 dan New Zealand 1:13.

Katanya, jika dibandingkan dengan Malaysia jumlah anggota perkhidmatan awam di negara berkenaan juga agak besar.

“Ini bermakna jumlah kakitangan awam Malaysia sebenarnya tidaklah besar. Sebaliknya ia berpadanan dengan keperluan dan nisbah populasi. Sekali pun berlaku peningkatan kakitangan awam, ia tidak dibuat secara automatik.

“Zaman sudah berubah, populasi kita bertambah. Orientasi dan bentuk kerja hari ini juga sudah tidak sama seperti dahulu. Janganlah semua perkara hendak dibandingkan dengan zaman silam.

“Seolah-olah sejak 10 hingga 15 tahun kebelakangan ini tidak ada apa-apa yang berlaku kepada negara kita,” katanya. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2018/12/khaled-pertahankan-penjawat-awam-anggap.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khaled Bidas Tun Mahathir Gaji Penjawat Awam Naik Punca Harga Barang Naik

Khaled Bidas Tun Mahathir Gaji Penjawat Awam Naik Punca Harga Barang Naik

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 498 hits
Khaled Nordin tidak setuju hujah PM Dr Mahathir bahawa kenaikan gaji penjawat awam era Pak Lah dan Najib menjadi punca kenaikan harga barang Foto Free Malaysia Today oleh Mohamed Khaled Nordin Baru baru ini Dr Mahathir Mohamad mendakwa pent...
Penjawat Awam Gemuk Tun M Keliru Atau Terlupa

Penjawat Awam Gemuk Tun M Keliru Atau Terlupa

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 545 hits
Gambar Hiasan Jika Tidak jadi Penjawat Awam Mungkin Mereka akan menoreh getahPERKHIDMATAN AWAM GEMUK Dr Mahathir yang meletak jawatan pada 2003 selepas 22 tahun memerintah tidak gembira falsafahnya tidak diikuti oleh pengganti beliau dalam ...
Tun M Minta Penjawat Awam Bersabar Dengan Menteri Mereka Masih Baru Tiada Pengalaman

Tun M Minta Penjawat Awam Bersabar Dengan Menteri Mereka Masih Baru Tiada Pengalaman

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 369 hits
LANGKAWI Pegawai kanan kerajaan diminta bersabar dengan sikap menteri timbalan menteri dan pegawai lantikan politik yang mungkin tidak sependapat dalam cara kerajaan baharu ditadbir Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad berkata kebanyaka...
Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam Tahun 2019

Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam Tahun 2019

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 2191 hits
Berikut adalah Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji bulanan bagi tahun 2019 untuk rujukan serta semakan Penjawat Awam atau Kakitangan Awam seluruh negeri Di Malaysia Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2019 yang disertakan ini adalah ras...
Jadual Gaji 2019 Penjawat Awam

Jadual Gaji 2019 Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 2355 hits
Jadual Gaji 2019 Penjawat Awam Jadual Gaji 2019 dah keluar Inilah masa yang ditunggu tunggu oleh penjawat awam Bolehlah lepas ini rancang perbelanjaan harian Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil 9 2018 Tarikh dan Peraturan Pembayar...
Penjawat Awam Terima Bayaran Khas Rm500 Pada 18 Disember

Penjawat Awam Terima Bayaran Khas Rm500 Pada 18 Disember

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 712 hits
Penjawat Awam Terima Bayaran Khas RM500 pada 18 Disember Assalamualaikum dan selamat sejahtera Terkini berkaitan status pembayaran Bayaran Khas kepada penjawat awam Bayaran Khas berjumlah RM500 akan dibayar kepada penjawat awam pada 18 Dise...
Pm Hairan Penjawat Awam Masih Tertunggak Gaji Empat Bulan

Pm Hairan Penjawat Awam Masih Tertunggak Gaji Empat Bulan

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 457 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Foto The StarLANGKAWI 25 Nov Budaya mensabotaj pelaksanaan dasar dasar kerajaan masih wujud dalam kalangan kakitangan perkhidmatan awam namun jumlahnya sudah berkurangan Perdana Menteri Tun Dr Mahathi...
4722 Konvensyen Pertahankan Wilayah Islam Anjuran Isma Dewan Tun Dr Ismail Pwtc 24 11 18

4722 Konvensyen Pertahankan Wilayah Islam Anjuran Isma Dewan Tun Dr Ismail Pwtc 24 11 18

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 526 hits
Ketua Aktivis PPIM toqqi menghadiri Konvensyen Pertahankan Wilayah Islam Anjuran ISMA di Dewan Tun Dr Ismail PWTC
Bayaran Khas Penjawat Awam 2018 Dibayar 18 Disember Ini

Bayaran Khas Penjawat Awam 2018 Dibayar 18 Disember Ini

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 436 hits
PUTRAJAYA Bayaran khas 2018 sebanyak RM500 untuk setiap penjawat awam dalam kumpulan pengurusan dan profesional dan kumpulan pelaksanaan serta RM250 untuk pesara kerajaan akan dibayar pada 18 Disember ini Loading Jabatan Perkhidmatan Awam m...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi

Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Tips Dapur Buat Pesakit Sle

Dunia Masih Perlukan Hadi Awang Bukan Pas Sahaja Sanusi Nafi Dakwaan Presiden Pas Bakal Berundur