Khaled Bidas Tun Mahathir Gaji Penjawat Awam Naik Punca Harga Barang Naik


Khaled Nordin tidak setuju hujah PM Dr Mahathir bahawa kenaikan gaji penjawat awam era Pak Lah dan Najib menjadi punca kenaikan harga barang. – Foto Free Malaysia Today
oleh Mohamed Khaled Nordin 
Baru-baru ini, Dr Mahathir Mohamad mendakwa pentadbiran dahulu terlalu memanjakan penjawat awam sehingga perbelanjaan pengurusan negara meningkat berbanding era beliau sebelum ini.
Saya berpandangan beberapa perkara mesti diambil kira dengan teliti dan mendalam sebelum membuat penilaian yang terlalu umum dan bersifat pukul rata seperti itu.
Pertama, kita mesti melihat jumlah dan nisbah kakitangan awam berbanding penduduk negara ini.
Misalnya, pada 2003, dengan populasi kira-kira 25 juta orang, penjawat awam kita ialah kira-kira sejuta orang. Ini bermakna, nisbah penjawat awam kepada populasi penduduk adalah 1:25.
Kini – pada 2018 – jumlah saiz populasi kita ialah seramai 32.4 juta orang dengan kekuatan penjawat awam seramai 1.62 juta orang. Ini menjadikan nisbah penjawat awam kepada populasi penduduk adalah 1:20.
Lebih penting kita mesti melihat siapakah golongan atau sektor yang membentuk peratusan terbesar dalam keseluruhan komposisi penjawat awam di negara kita.
Mereka ialah dari sektor pendidikan seperti guru, anggota keselamatan seperti tentera, polis, pegawai kesihatan dan lain-lain.
Berbanding dengan negara di Eropah misalnya, jumlah kakitangan awam mereka didefinisikan dengan sangat spesifik sehingga dipecahkan kepada perkhidmatan awam, sektor kesihatan dan hospital serta keselamatan.
Jadi, jika digabungkan kesemuanya – seperti yang dilakukan oleh Malaysia – sudah pastilah jumlah mereka juga amat besar dengan anggaran nisbah kira-kira 1:10.
Jumlah ini hampir dua kali ganda lebih ramai berbanding Malaysia.
Begitu juga dengan nisbah perkhidmatan awam kepada populasi penduduk di negara lain seperti Jerman (1:16), UK (1:11), AS (1:14), Australia (1:12) dan New Zealand (1:13).
Ini bermakna jumlah kakitangan awam Malaysia sebenarnya tidak besar, sebaliknya berpadanan dengan keperluan dan nisbah populasi penduduk negara.
Sekali pun berlaku peningkatan jumlah kakitangan awam, ia tidak secara automatik bermaksud kita mempunyai lebihan kakitangan awam.
Zaman sudah berubah, populasi kita bertambah, orientasi dan bentuk kerja hari ini juga sudah tidak sama seperti dulu.
Kita tidak boleh bandingkan semua perkara dengan zaman silam. Seolah-olah sejak 10 hingga 15 tahun kebelakangan ini tidak ada apa-apa yang berlaku kepada negara kita.
Kedua, kita perlu bersetuju bahawa sumbangan kakitangan awam dalam pengurusan serta pembangunan negara sangat besar dan penting. Tidak ada kerajaan biar dari mana-mana parti sekalipun yang dapat menafikan perkara ini.
Jadi, saya bersetuju dengan pandangan yang melihat kenyataan perdana menteri sebagai tidak wajar. Sebaliknya, beliau perlu mengambil pendekatan untuk mengukuhkan keupayaan dan kecekapan perkhidmatan awam.
Misalnya, memberikan lebih banyak ruang untuk mereka menerima latihan dan kursus khas yang berkualiti, meletakkan indeks prestasi utama (KPI) dan sasaran yang jelas serta mengubah suai sistem yang ada dengan menjadikannya lebih bersifat teknologi terkini, mesra pengguna dan mudah.
Malah, kerajaan mesti menawarkan insentif yang menarik untuk menggalakkan bakat-bakat terbaik bangsa kita menyertai perkhidmatan awam.
Ketiga, perdana menteri mendakwa kenaikan gaji dua kali setahun juga menyebabkan penjawat awam dimanjakan dan ia menyebabkan kos sara hidup meningkat dan perbelanjaan negara tinggi.
Kalau kita semak semula, salah satu naratif kerajaan semasa kempen PRU ialah gaji kepada tenaga kerja Malaysia yang rendah dan tidak kompetitif.
Sebab itulah had gaji minimum sebanyak RM1,500 antara perkara utama yang mereka tawarkan sebelum ini, walaupun selepas menang PH hanya menetapkan gaji minimum sebanyak RM1,050 dan kemudiannya disemak semula kepada RM1,100.
Jadi, jika kerajaan sebelum ini telah mengambil langkah proaktif dan adil dengan menaikkan gaji perkhidmatan awam, ia suatu langkah baik yang wajar disokong dan terus ditambah baik. Bukannya dipertikaikan tanpa asas yang jelas.
Lebih penting, tanpa kenaikan gaji sekali pun harga barang akan tetap naik.
Hujah yang menuduh bahawa kenaikan gaji kaki tangan awam adalah faktor yang menyumbang kepada kenaikan harga barang adalah sangat tidak tepat dan tidak logik.
Ia ibarat satu naratif dan alasan baharu yang dikeluarkan oleh kerajaan semasa akibat kegagalan mereka untuk mengawal harga barang.
MOHAMED KHALED NORDIN ialah bekas Menteri Besar Johor dan kini adalah naib presiden Umno.
Nota Ana Ghoib: Badigol – Kau bukan tak tahu zaman TDM gaji naik 45 ringgti esok teh tarik roti naik 10 sen. Kau hidup zaman TDM.
Tapi zaman Bijan dia main naik suka2 bagi dedak – bila org swasta melopong tak dapat apa tegur – ko diam.
Inilah padahnya tak pandai balancing skills berjalan sebab asyik kepit je ko ikut. – Susunan risalah Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB
KLIK BACA: Rafizi: Terbukti, saya sanggup ke penjara kerana Tabung Haji
KLIK BACA: Tabung Haji palsukan akaun, dana kurang 4 bilion dari 64 bilion yang dideposit
KLIK BACA: Seleweng dana Tabung Haji, Asyraf Wajdi pergi mana? soal ARMADA Bersatu
KLIK BACA: Jho Low kaya raya kini hidup macam TIKUS – Dr Mahathir
KLIK BACA: Razak Baginda lindungi Najib dalam kes Altantuya kenapa, soal peguam Americk Sidhu
KLIK BACA: Wahai Tun Mahathir, maafkanlah Najib dan Rosmah berdamailah
KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah
The post Khaled bidas Tun Mahathir gaji penjawat awam naik punca harga barang naik appeared first on Malaysian Review.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/190568/khaled-bidas-tun-mahathir-gaji-penjawat-awam-naik-punca-harga-barang-naik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tuduh Kenaikan Gaji Punca Harga Barang Naik Amat Tak Logik Khaled Tempelak Mahathir

Tuduh Kenaikan Gaji Punca Harga Barang Naik Amat Tak Logik Khaled Tempelak Mahathir

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 317 hits
Kritikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa tindakan kerajaan terdahulu menaikkan gaji kakitangan awam menyumbang kepada kenaikan kos sara hidup disanggah oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Khaled Nordin Menyifatkan hujah perdan...
Najib Pak Lah Naikkan Gaji Kakitangan Awam Punca Kenaikan Kos Sara Hidup Kata Dr Mahathir

Najib Pak Lah Naikkan Gaji Kakitangan Awam Punca Kenaikan Kos Sara Hidup Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 286 hits
Suara Tanpa SempadanDr MahathirPUTRAJAYA Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menolak kenaikan gaji dengan berkata bahawa itu antara faktor kenaikan kos sara hidup Anda naikkan gaji sektor swasta akan ikut sekali dan kos semua benda akan...
Khaled Pertahankan Penjawat Awam Anggap Tun M Menghina

Khaled Pertahankan Penjawat Awam Anggap Tun M Menghina

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 328 hits
PETALING JAYA Di sebalik kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad pemimpin Umno tampil mempertahankan perkhidmatan awam dan menyifatkan kenyataan perdana menteri sebagai menghina sektor itu Naib Presiden UMNO Datuk Seri Khaled Nordin berkata Dr Mah...
Sebenarnya Punca Kos Sara Hidup Naik Di Malaysia Adalah Kerana Kenaikan Gaji Atuk Mahathir

Sebenarnya Punca Kos Sara Hidup Naik Di Malaysia Adalah Kerana Kenaikan Gaji Atuk Mahathir

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 685 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menolak kenaikan gaji dengan berkata bahawa itu antara faktor kenaikan kos sara hidup Anda naikkan gaji sektor swasta akan ikut sekali dan kos semua benda akan naik Bukan begitu caranya mengurus organ...
Tun M Minta Penjawat Awam Bersabar Dengan Menteri Mereka Masih Baru Tiada Pengalaman

Tun M Minta Penjawat Awam Bersabar Dengan Menteri Mereka Masih Baru Tiada Pengalaman

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 280 hits
LANGKAWI Pegawai kanan kerajaan diminta bersabar dengan sikap menteri timbalan menteri dan pegawai lantikan politik yang mungkin tidak sependapat dalam cara kerajaan baharu ditadbir Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad berkata kebanyaka...
Pm Hairan Penjawat Awam Masih Tertunggak Gaji Empat Bulan

Pm Hairan Penjawat Awam Masih Tertunggak Gaji Empat Bulan

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 389 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Foto The StarLANGKAWI 25 Nov Budaya mensabotaj pelaksanaan dasar dasar kerajaan masih wujud dalam kalangan kakitangan perkhidmatan awam namun jumlahnya sudah berkurangan Perdana Menteri Tun Dr Mahathi...
Terkini Tun Dr Mahathir Dedah Punca Sebenar Isu Rusuhan Kuil Seafield Di Sidang Media

Terkini Tun Dr Mahathir Dedah Punca Sebenar Isu Rusuhan Kuil Seafield Di Sidang Media

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 948 hits
Terkini Tun Dr Mahathir Dedah Punca Sebenar Isu Rusuhan Kuil Seafield Di Sidang Media
Penjawat Awam Gemuk Tun M Keliru Atau Terlupa

Penjawat Awam Gemuk Tun M Keliru Atau Terlupa

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 448 hits
Gambar Hiasan Jika Tidak jadi Penjawat Awam Mungkin Mereka akan menoreh getahPERKHIDMATAN AWAM GEMUK Dr Mahathir yang meletak jawatan pada 2003 selepas 22 tahun memerintah tidak gembira falsafahnya tidak diikuti oleh pengganti beliau dalam ...
Jadual Gaji 2019 Penjawat Awam

Jadual Gaji 2019 Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 2206 hits
Jadual Gaji 2019 Penjawat Awam Jadual Gaji 2019 dah keluar Inilah masa yang ditunggu tunggu oleh penjawat awam Bolehlah lepas ini rancang perbelanjaan harian Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil 9 2018 Tarikh dan Peraturan Pembayar...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Buat Apa Jika Terseliuh

Lafaz Zikir Hari Jumaat Dan Selawat Nabi Serta Fadhilatnya

Apa Itu Istighfar

21 Amazing Mother S Day Gifts For The Food Lover

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia

Doktor Kongsi Tip Cepatkan Proses Bersalin Elok Buat Bila Dah Hujung Hujung Kehamilan