Penjawat Awam Terima Bayaran Khas Rm500 Pada 18 Disember


Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - "SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"
 

Penjawat Awam Terima Bayaran Khas RM500 pada 18 Disember. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terkini berkaitan status pembayaran Bayaran Khas kepada penjawat awam.
Bayaran Khas berjumlah RM500 akan dibayar kepada penjawat awam pada 18 Disember 2018 ini. Informasi ini terkini daripada Buletin TV3.
Bayaran Khas 2018 sebanyak RM500 untuk setiap penjawat awam dalam kumpulan pengurusan dan profesional serta kumpulan pelaksanaan dan RM250 untuk pesara kerajaan akan dibayar pada 18 Disember ini.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2018 berkata, bayaran RM500 itu akan diberi dengan syarat pegawai masih berkhidmat sehingga 18 Disember ini dan berada dalam perkhidmatan sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.
Pekeliling itu menyenaraikan pegawai yang layak mendapat bayaran khas adalah pegawai lantikan tetap, sementara dan kontrak, pegawai yang bercuti separuh gaji atau tanpa gaji tetapi tidak sepanjang tempoh 1 Januari hingga 18 Disember 2018 dan pegawai yang dipinjamkan ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya, badan antarabangsa atau syarikat swasta tetapi tidak sepanjang tempoh tersebut.
Menurut pekeliling yang dimuat naik di laman sesawang JPA itu, bayaran khas juga dipanjangkan kepada guru interim, pemandu yang dilantik oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak mendapat pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya dan pemandu yang dilantik sendiri oleh anggota pentadbiran serta hakim dan pesuruhjaya kehakiman berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 dan Akta Saraan Hakim 1971.
Pekeliling itu juga menjelaskan pegawai yang tidak layak menerima bayaran itu adalah pegawai dalam kumpulan pengurusan tertinggi dan setaraf termasuk yang memangku, dipinjam atau ditukar sementara dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama atau Gred Khas.
Turut tidak layak menerima bayaran itu ialah pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib sepanjang tahun 2018, ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari hingga 18 Disember 2018 dan meletak jawatan dalam tempoh yang sama.
Sementara itu, pegawai yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib akan ditangguhkan bayaran tersebut dan hanya layak menerimanya jika Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati pegawai tersebut tidak bersalah.
Bagi pegawai lantikan kontrak (COS) yang berkhidmat melebihi satu kontrak dalam tahun 2018, bayaran khas itu akan dibayar oleh jabatan terkini pegawai berkhidmat tertakluk jika masih berkhidmat pada 18 Disember 2018 dan memenuhi syarat berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut dalam tempoh bermula 1 Januari.
Bayaran khas sebanyak RM500 juga dipanjangkan kepada Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang masih berkhidmat pada 18 Disember 2018 dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut sejak 1 Januari 2018.
Pekeliling itu turut menjelaskan pesara kerajaan yang telah menerima pencen dan penerima pencen terbitan pada atau sebelum 18 Disember 2018 di bawah undang-undang pencen akan dibayar sebanyak RM250 oleh JPA.
Pesara perkhidmatan awam yang dilantik semula secara COS dan masih berkhidmat pada 18 Dis 2018 layak diberi bayaran khas sebanyak RM500 tertakluk memenuhi syarat berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut dalam tempoh 1 Januari hingga 18 Disember 2018.
Katanya, pembayaran sebanyak RM250 akan dibuat oleh JPA dan baki sebanyak RM250 akan dibayar oleh jabatan di mana pegawai sedang berkhidmat.
Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang meninggal dunia pada 18 Disember 2018 juga layak diberi bayaran khas sebanyak RM500 dengan syarat pegawai telah berada dalam perkhidmatan sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut dalam tempoh 1 Januari hingga 18 Disember 2018.
SUMBER: ISMAWEB dan BERNAMA
Penutup Sekian, semoga perkongsian informasi kali ini iaitu Penjawat Awam Terima Bayaran Khas RM500 pada 18 Disember memberikan informasi terkini kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.
 
 
Penjawat Awam Terima Bayaran Khas RM500 pada 18 Disember
Mohd Suhaimin Isnen


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2018/12/penjawat-awam-terima-bayaran-khas-rm500-pada-18-disember.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayaran Khas Penjawat Awam 2018 Dibayar 18 Disember Ini

Bayaran Khas Penjawat Awam 2018 Dibayar 18 Disember Ini

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 423 hits
PUTRAJAYA Bayaran khas 2018 sebanyak RM500 untuk setiap penjawat awam dalam kumpulan pengurusan dan profesional dan kumpulan pelaksanaan serta RM250 untuk pesara kerajaan akan dibayar pada 18 Disember ini Loading Jabatan Perkhidmatan Awam m...
Spa8i Semakan Temuduga Result Panggilan Temuduga Untuk Penjawat Awam

Spa8i Semakan Temuduga Result Panggilan Temuduga Untuk Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 1482 hits
Spa8i Semakan Temuduga spa Result Panggilan Temuduga untuk Penjawat Awam Mypt3 difahamkan sangat sangat ramai yang hantar permohonan online untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar penjawat awam di Malaysia yang berjumlah lebih 1 6 ...
Berang Diberi Markah Skt Rendah Penjawat Awam Cuba Serang Penyelia Dengan Parang

Berang Diberi Markah Skt Rendah Penjawat Awam Cuba Serang Penyelia Dengan Parang

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 580 hits
Berang diberi markah SKT rendah penjawat awam cuba serang penyelia dengan parangBerang diberi markah Sasaran Kerja Tahunan rendah berbanding tahun lalu mendorong seorang lelaki cuba menyerang penyelia wantia dengan parang lapor Dalam kejadi...
Tarikh Bayaran Gaji Kakitangan Awam 2019

Tarikh Bayaran Gaji Kakitangan Awam 2019

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 2328 hits
kebanyakannya jatuh pada 25hb tapi jadual pembayaran pencen pesara untuk 2019 nampaknya belum ada Jangan bayaran pencen dimansuhkan sudahlah
Ptptn Sedia Geran Sepadan Rm500 Kepada Murid Berumur 7 12 Tahun Sehingga 31 Disember

Ptptn Sedia Geran Sepadan Rm500 Kepada Murid Berumur 7 12 Tahun Sehingga 31 Disember

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 280 hits
PADANG BESAR Seramai 133 049 kanak kanak berumur 7 hingga 12 tahun di seluruh negara menerima insentif Geran Sepadan sumbangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional berjumlah RM66 524 juta sehingga 31 Oktober lepas Loading Pengerusin...
Tun M Minta Penjawat Awam Bersabar Dengan Menteri Mereka Masih Baru Tiada Pengalaman

Tun M Minta Penjawat Awam Bersabar Dengan Menteri Mereka Masih Baru Tiada Pengalaman

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 337 hits
LANGKAWI Pegawai kanan kerajaan diminta bersabar dengan sikap menteri timbalan menteri dan pegawai lantikan politik yang mungkin tidak sependapat dalam cara kerajaan baharu ditadbir Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad berkata kebanyaka...
Jadual Gaji 2019 Penjawat Awam

Jadual Gaji 2019 Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 2321 hits
Jadual Gaji 2019 Penjawat Awam Jadual Gaji 2019 dah keluar Inilah masa yang ditunggu tunggu oleh penjawat awam Bolehlah lepas ini rancang perbelanjaan harian Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil 9 2018 Tarikh dan Peraturan Pembayar...
Khaled Pertahankan Penjawat Awam Anggap Tun M Menghina

Khaled Pertahankan Penjawat Awam Anggap Tun M Menghina

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 387 hits
PETALING JAYA Di sebalik kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad pemimpin Umno tampil mempertahankan perkhidmatan awam dan menyifatkan kenyataan perdana menteri sebagai menghina sektor itu Naib Presiden UMNO Datuk Seri Khaled Nordin berkata Dr Mah...
Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam Tahun 2019

Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam Tahun 2019

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 2153 hits
Berikut adalah Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji bulanan bagi tahun 2019 untuk rujukan serta semakan Penjawat Awam atau Kakitangan Awam seluruh negeri Di Malaysia Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2019 yang disertakan ini adalah ras...
Madani Kiosk With 100 Govt Services To Set Up In One Utama

Jam Galaksi Buruj X Didi Friends Jam Tangan Digital Menarik Untuk Kanak Kanak

Khasiat Air Kelapa Untuk Puasa Yang Bertenaga

Waktu Operasi Utc Pasir Gudang

Is The Law And Order System Waning

Which Nano Reef Tank Is Best For A Bedroom Practical Fishkeeping

Shipowners File Police Report After Vehicles Stolen From Storage Facility

Teknik Simple Tulis Iklan Tingkatkan Jualan Di Facebook


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tiga Adab Dalam Menulis Menyampaikan Berita

Ziell Ferdian Namun Semu Chord

Mi Goreng Mamak Basah Dan Pedas Guna Teknik Ini Baru Menjadi

Jemputlah Aku Disaat Aku Sedang Beribadah Kepada Mu

Eur Usd 13 Mac Pergerakan Menaik Letih Bermain Mengikut Rentak Trump

Puteri Balqis Biodata Fakta Menarik