Kg Sungai Baru Jawab Isham Jalil Salah Muhyddin Ismail

1. Titik kritikal isu ini adalah tarikh warta Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960, tanah rakyat diambil secara PAKSA, iaitu Jun 2021
• Warta Seksyen 8 dikeluarkan pada 21 Jun 2021, ketika PN berkuasa (PM Muhyiddin, Menteri Wilayah Annuar Musa).
• Selepas Seksyen 8 → undang-undang APT 1960 terpakai secara automatik.
• Pada titik ini, kerajaan mana-mana pun tidak boleh buat apa-apa melainkan teruskan proses.
• Jadi, “point of no return” bukan Dis 2023, tetapi Jun 2021.
Rujukan: FAQ PKB Kg Sungai Baru (m/s 3, para 3.2).
2. Tanah Mula Di Bayar Pampasan di Era PN
• Feb 2022 – Jan 2023 → pampasan dibayar berperingkat bagi bagi 110 unit (37 lot teres, 72 unit flat, 1 lot pencawang elektrik TNB). Majoriti zaman PN.
• Mac 2022 – Ogos 2023 → Borang K dikeluarkan (Notis Milikan Diambil).
• Majoriti pembayaran pampasan berlaku sebelum Anwar jadi PM (Dis 2022).
Rujukan: FAQ PKB Kg Sungai Baru (m/s 4, para 3.
3. Tarikh 11 Dis 2023 & 27 Mac 2024 Hanya Tarikh Serah Geran, Bukan Keputusan Politik Kerajaan Semasa, tapi meneruskan prosedur pengambilan tanah selepas dibuat zaman PN!
• Tarikh ini hanya urusan pendaftaran hak milik kepada pemaju selepas kerajaan sudah pun ambil alih tanah.
• Ia prosedur teknikal → Pejabat Tanah & Mahkamah laksanakan, bukan kabinet buat keputusan baru.
• Kerajaan Perpaduan tiada kuasa nak hentikan kerana kalau batal → kerajaan disaman (pemaju + pemilik yang sudah terima pampasan).
4. PN jangan baling bantu sembunyi tangan!
• PN yang wartakan Seksyen 8 → PN yang “mengikat” rakyat Kg Sungai Baru.
• Zaman PN yang start bayar pampasan → PN yang mengesahkan pengambilan sah.
• Borang K terpaksa dikeluarkan lepas bayaran pampasan dibuat → PN yang “menutup pintu” untuk tarik balik selepas warta Seksyen 8 dan bayaran dibuat.
• Jadi, PN jangan lepas tangan sekarang bila rakyat marah.
5. Kerajaan PN tebuk atap 33 bulan dan Isham Jalil jangan putar belit!
• Hakikatnya, tanah Kg Sungai Baru sudah ‘dikunci’ sejak 21 Jun 2021 — zaman Muhyiddin & Annuar Musa.
Bila Seksyen 8 diwartakan, kerajaan selepas itu cuma warisi, tak boleh undur lagi.
Pampasan tanah majoriti dibayar zaman PN. Jadi kalau nak salahkan, salahkanlah kerajaan 33 bulan PN, bukan zaman Kabinet Anwar jadi PM yang cuma urus kesan keputusan lama.
Kerajaan Perpaduan melalui Menteri Wilayah Dr Zaleha hari ini sekurang-kurangnya ambil tanggungjawab — sedia berunding untuk dapatkan yang terbaik kepada rakyat, penempatan sementara, pastikan pampasan sampai, dan cari jalan sebaik mungkin untuk kurangkan beban rakyat.
PN pula lari dari tanggungjawab, kejap Shahidam cuba salahkan KSN, kejap Tuan Ibrahim suruh batalkan pengambilan tanah semula walaupun bayaran sudah dibuat.
Kini hakmilik tanah sudah diperoleh pemaju, padahal majoriti bayaran pampasan waktu mereka (PN) jadi PM dan Menteri, zaman 33 masa tu pun rakyat Kg Sungai Baru sudah bangkit suarakan. Tapi mereka buat pekak badak!
PN cuba cuci tangan seolah-olah tak pernah wartakan tanah itu dan salahkan Kerajaan sekarang.
Jika saya jadi Kerajaan sekarang, saya cadangkan Kerajaan sekarang;
1. Buka fail SPRM kenapa Seksyen 4 kepada Seksyen 8 hanya berlaku 3 hari sahaja.
2. Siasat semua akaun, perjanjian, transaksi kewangan Perdana Menteri, Menteri Wilayah dan Kerajaan Tempatan, KSN, KSU, PTG, JPPH, Pemaju dan PKB masa tu.
3. Siasat daya saing syarikat pemaju, adakah seperti Johari Ghani katakan?
4. Jika pemaju tidak competance, Kerajaan batalkan semua perjanjian, bagi GLC ambil alih penuh selepas laporan SPRM, audit forensik kewangan dan siasatan penuh dibuat. Ambil dengan harga rasional dan berbaloi, bukannya untungkan pemaju sahaja, tapi win win. Disini Kerajaan Madani pimpinan PMX Anwar Ibrahim boleh membina model BANDARAYA MADANI mengikut selera rakyat Malaysia di Kg Baru. Sejarah tercipta!
5. Mohon Reformasi Akta Pengambilan Tanah 1960 yang sudah lapuk dan drakonian, PINDA;
▪️3(1)(b) = kepentingan syarikat swasta → inilah yang jadi masalah (pemaju dapat untung, rakyat kena korban).
▪️3(1)(c) = diperluas lagi untuk kediaman, pertanian, perniagaan — banyak disalahguna untuk projek komersial.
▪️Perketat Seksyen 8 → beri ruang rakyat cabar bukan sahaja nilai pampasan, tetapi juga keperluan sebenar pengambilan.
▪️Kaji semula Seksyen 68 → supaya ada semakan kehakiman bebas (judicial review) terhadap keputusan kerajaan.
Semoga rakyat Malaysia sedar siapa yang nak berpolitik dalam isu Kg Sungai Baru ni, PN nak sapu ‘najis’ yang mereka buat kepada Kerajaan Madani.
Berkaitan Akta URA mohon tidak bagi kuasa penuh kepada Menteri Kerajaan Tempatan, tapi mesti duduk dibawah Parlimen ataupun Kabinet.
Syam Ghaz
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/09/kg-sungai-baru-jawab-isham-jalil-salah.html