Kampung Sungai Baru Pemaju Bayar Lebih Rm60 Juta Pampasan Kepada Pemilik


Kampung Sungai Baru: Pemaju Bayar Lebih RM60 Juta Pampasan Kepada Pemilik
PUTRAJAYA, 12 Sept (Bernama) — Pihak pemaju projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur telah membayar RM62.57 juta pampasan kepada pemilik dan pihak berkepentingan setakat ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu Dr Khairul Nizam Othman.
Beliau berkata penentuan jumlah pampasan dibuat Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) Wilayah Persekutuan berdasarkan Jadual Pertama Akta Pengambilan Tanah 1960.
“Menerusi tawaran usaha sama, pemilik rumah pangsa akan memperoleh sebuah rumah ganti dengan anggaran tawaran antara RM884,000 hingga RM1 juta.
“Pemilik rumah teres pula akan memperoleh antara tiga hingga sembilan unit rumah ganti dengan anggaran tawaran antara RM2.7 juta hingga RM8.1 juta,” katanya ketika menyampaikan taklimat berhubung pembangunan Kampung Sungai Baru di sini hari ini.
Beliau berkata pembayaran nilai pampasan itu melibatkan nilai hartanah, kos selenggara, penambaikan, kos pindah, kos sewa, kos sewa sementara, kos kehilangan pendapatan, kos hadir bicara dan fi penilaian.
Khairul Nizam berkata bagi pemilik rumah pangsa, tawaran yang diberikan ialah seunit rumah pada harga berpatutan berkeluasan 900 kaki persegi bernilai RM300,000 yang boleh dimiliki pada harga separuh daripada jumlah pampasan yang diterima.
“Sebagai contoh, pemilik yang menerima tawaran pampasan RM250,000 boleh memiliki tawaran menerusi Pakej Harmoni pada harga RM125,000,” katanya.
Beliau berkata tawaran berkenaan telah dikemukakan oleh pemaju kepada pemilik yang memohon pada 16 Mei 2022 dengan 11 pemilik rumah pangsa menerima tawaran berkenaan.
Katanya, sehingga kini 72 peratus atau 236 daripada 328 pemilik kediaman telah bersetuju dengan pelan pembangunan semula, manakala 28 peratus masih membantah.
Khairul Nizam berkata baki pemilik yang masih belum menyatakan persetujuan adalah atas faktor tidak berpuas hati dengan pampasan yang diberikan pemaju.
Projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru itu dijangka memberi peluang kepada penduduk untuk memiliki kediaman lebih selesa dan moden, selain pampasan yang dianggarkan mencecah jutaan ringgit bagi sesetengah pemilik rumah.
Sumber: BERNAMA
The post Kampung Sungai Baru: Pemaju Bayar Lebih RM60 Juta Pampasan Kepada Pemilik appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/12/kampung-sungai-baru-pemaju-bayar-lebih-rm60-juta-pampasan-kepada-pemilik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Johari Ghani Tegas Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru Untuk Melayu Sahaja

Johari Ghani Tegas Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru Untuk Melayu Sahaja

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 8056 hits
JoKUALA LUMPUR Pemaju yang terlibat membangunkan semula Kampung Sungai Baru digesa membina perumahan mampu milik khusus untuk orang Melayu memandangkan tanah tersebut asalnya diberikan oleh Sultan Selangor kepada kaum berkenaan ketika era B...
Kampung Sungai Baru Bergolak

Kampung Sungai Baru Bergolak

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 6933 hits
CARI APA PUNCANYA Kecoh di Sg Baru Muka ketua polis Dang Wangi berlumuran darahKetua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Suzilme Affendy Sulaiman mengalami kecederaan ketika operasi pengosongan kediaman terhadap penduduk Kampung Sung...
Pengusiran Dan Perobohan Rumah Kampung Sungai Baru

Pengusiran Dan Perobohan Rumah Kampung Sungai Baru

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 5941 hits
Pengusiran dan Perobohan Rumah Kampung Sungai BaruProses pengusiran dan kerja kerja perobohan 15 buah rumah sedang dijalankan oleh pihak berwajib ketika di Kampung Sungai Baru Kuala Lumpur KampungSungaiBaru MalaysiaGazette Foto adzlansidek
Kekecohan Berlaku Di Kampung Sungai Baru Ocpd Dang Wangi Cedera

Kekecohan Berlaku Di Kampung Sungai Baru Ocpd Dang Wangi Cedera

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 6194 hits
Nurul Hidayah Bahaudinnurul hidayah hmetro com myKuala Lumpur Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman cedera semasa rempuhan penduduk ketika operasi pemotongan bekalan elektrik di beberapa rumah di Kampung...
Anak Hidup Dengan Tiub Sepanjang Hayat Kerajaan Diperintah Bayar Pampasan Rm2 28 Juta

Anak Hidup Dengan Tiub Sepanjang Hayat Kerajaan Diperintah Bayar Pampasan Rm2 28 Juta

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 3107 hits
Anak Hidup Dengan Tiub Sepanjang Hayat Kerajaan Diperintah Bayar Pampasan RM2 28 Juta Kisah ini benar benar meruntun hati setiap ibu bapa kerana ia melibatkan seorang anak yang terpaksa menanggung derita sepanjang hayat akibat kecuaian keti...
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Cedera Ketika Operasi Di Kampung Sungai Baru

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Cedera Ketika Operasi Di Kampung Sungai Baru

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 7507 hits
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Cedera Ketika Operasi Di Kampung Sungai Baru KUALA LUMPUR 11 Sept Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman cedera di kepala dipercayai terkena balingan batu oleh individu tidak dikenali ketik...
Tujuh Suspek Ditahan Kes Kekecohan Di Kampung Sungai Baru

Tujuh Suspek Ditahan Kes Kekecohan Di Kampung Sungai Baru

papar berkaitan - pada 13/9/2025 - jumlah : 3701 hits
Tujuh Suspek Ditahan Kes Kekecohan Di Kampung Sungai Baru KUALA LUMPUR 13 Sept Polis menahan tujuh suspek berhubung insiden kekecohan ketika operasi pengosongan 37 unit rumah teres di Kampung Sungai Baru di sini pada Khamis lepas Ketua Poli...
Justice For Zara Qairina Kampung Sungai Baru

Justice For Zara Qairina Kampung Sungai Baru

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 7079 hits
JUSTICE FOR ZARA QAIRINA amp KAMPUNG SUNGAI BARU Dua isu tengah hangat sekarang ni di media sosial Aku membaca je semua isu yang berlegar di sosial media cuma tak semua isu aku akan komen Ada isu aku follow rapat tapi ambil pendekatan kunci...
Kampung Sungai Baru Landowners Compensated Fairly At Market Value With Ancillary Claims Hafiz Hassan

Kampung Sungai Baru Landowners Compensated Fairly At Market Value With Ancillary Claims Hafiz Hassan

papar berkaitan - pada 15/9/2025 - jumlah : 3443 hits
In I shared the fact that the land acquisition was made pursuant to a declaration under Section 8 of the LAA vide Gazette Notification No 9412 dated June 21 2021 The acquisition was for the purpose of the Kampung Sungai Baru redevelopment p...
Sheraton Johor Bahru Opens A New Luxury Landmark For Families Foodies Weekend Getaways

Sungguh Allah Mengampuni Seluruh Dosa

Sapp Defers Response On Expulsion From Grs Pending Party Meet

Murid Tahun Empat Meninggal Dunia Selepas Pengsan Dalam Tandas Sekolah Di Seremban Pada 1 10 2025

Asia S Brightest Young Builders Crowned At Legoland School Challenge 2025

Illegal Tyre Imports Exposed During Raids On 3 Shah Alam Outlets

Hunter Nabbed In Bangkok Says Thai Cops Don T Know Why They Were Arresting Him

Lirik Lagu Sampaikan Rindu Ippo Hafiz


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sejarah Dan Asal Usul Flotilla Ke Gaza

Greta Thunberg Dan Krisis Iklim Dari Mogok Sekolah Ke Gerakan Dunia

Salah Faham Tentang Prosedur Biopsi

Kotak Packaging Minuman F B Custom Pilihan Tepat Untuk Usahawan Baru

Proded888 5 September Proded888 Top 90 By Ona

Trim Rambut Anak Lelaki