Johari Ghani Tegas Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru Untuk Melayu Sahaja


JoKUALA LUMPUR – Pemaju yang terlibat membangunkan semula Kampung Sungai Baru digesa membina perumahan mampu milik khusus untuk orang Melayu memandangkan tanah tersebut asalnya diberikan oleh Sultan Selangor kepada kaum berkenaan ketika era British.
Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata pemaju perlu menghormati keunikan sejarah tanah Kampung Sungai Baru selain memastikan kepentingan penduduk asal tidak terpinggir.
Pemaju wajib jaga kepentingan Melayu
“Hari ini kita berdepan masalah yang sangat kronik dari segi pembangunan semula Kampung Sungai Baru dan saya tidak bersetuju perkara ini diteruskan.
“Tetapi disebabkan perkara ini sudah berlaku dan tidak mungkin boleh berpatah kembali, justeru pemaju perlu pastikan pembangunan di kawasan seluas 3.19 hektar itu mampu dibeli oleh orang Melayu,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Operasi pengosongan kecoh
Terdahulu, media melaporkan operasi pengosongan bangunan di kawasan berkenaan kecoh seketika apabila sekumpulan individu mendesak pihak berkuasa membenarkan mereka masuk ke rumah masing-masing, lapor Harian Metro. Operasi diketuai bailif mahkamah dengan kerjasama beberapa agensi berkaitan.
Johari turut menempelak tindakan pemaju yang menggunakan akta pengambilan secara paksa terhadap 14 pemilik rumah yang enggan keluar.
“Apabila kerajaan terdahulu ambil alih kawasan ini, tidak ada dalam kalangan mereka yang melihat isu pengusiran penduduk di situ beramai-ramai oleh pemaju.
“Jadi ini yang berlaku sekarang, di mana pemaju tidak bertanggungjawab melihat kepentingan orang Melayu secara keseluruhannya di tanah yang sememangnya untuk orang Melayu.
“Saya juga sedih apabila berlaku hingga ke tahap mencederakan kakitangan awam iaitu Ketua Polis Daerah (OCPD) Dang Wangi, Asisten Komisioner Suzilme Affendy Sulaiman,” katanya.
Hanya untuk orang Melayu
Beliau turut memaklumkan akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa bagi memastikan kediaman di kawasan itu hanya boleh dimiliki oleh orang Melayu.
“Sebab sejarah tanah ini adalah tanah Melayu, jadi hanya orang Melayu yang boleh beli produk daripada pemaju.
“Kalau tiada orang Melayu nak beli, pemaju kena tunggu sehingga orang Melayu dapat beli,” katanya.
Johari menegaskan, masa depan Kampung Sungai Baru mesti dipelihara dengan adil agar pembangunan yang dilaksanakan tidak merugikan penduduk asal, sebaliknya menjadi manfaat kepada generasi Melayu akan datang. – The Malaysian Update
The post Johari Ghani Tegas Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru Untuk Melayu Sahaja appeared first on The Malaysian Update.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2025/09/11/johari-ghani-tegas-pembangunan-semula-kampung-sungai-baru-untuk-melayu-sahaja/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Earn Residents Trust First Johari Ghani Tells Kg Sungai Baru Developer

Earn Residents Trust First Johari Ghani Tells Kg Sungai Baru Developer

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 1615 hits
Titiwangsa member of Parliament Datuk Seri Johari Abdul Ghani speaks during the Podcast Utama programme aired on TV3 tonight KUALA LUMPUR Titiwangsa member of Parliament Datuk Seri Johari Abdul Ghani has urged the company behind the redevel...
Kampung Sungai Baru Pemaju Bayar Lebih Rm60 Juta Pampasan Kepada Pemilik

Kampung Sungai Baru Pemaju Bayar Lebih Rm60 Juta Pampasan Kepada Pemilik

papar berkaitan - pada 13/9/2025 - jumlah : 7592 hits
Kampung Sungai Baru Pemaju Bayar Lebih RM60 Juta Pampasan Kepada Pemilik PUTRAJAYA 12 Sept Pihak pemaju projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru Kuala Lumpur telah membayar RM62 57 juta pampasan kepada pemilik dan pihak berkepentingan ...
Justice For Zara Qairina Kampung Sungai Baru

Justice For Zara Qairina Kampung Sungai Baru

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 7161 hits
JUSTICE FOR ZARA QAIRINA amp KAMPUNG SUNGAI BARU Dua isu tengah hangat sekarang ni di media sosial Aku membaca je semua isu yang berlegar di sosial media cuma tak semua isu aku akan komen Ada isu aku follow rapat tapi ambil pendekatan kunci...
Kampung Sungai Baru Bergolak

Kampung Sungai Baru Bergolak

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 7044 hits
CARI APA PUNCANYA Kecoh di Sg Baru Muka ketua polis Dang Wangi berlumuran darahKetua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Suzilme Affendy Sulaiman mengalami kecederaan ketika operasi pengosongan kediaman terhadap penduduk Kampung Sung...
Tujuh Suspek Ditahan Kes Kekecohan Di Kampung Sungai Baru

Tujuh Suspek Ditahan Kes Kekecohan Di Kampung Sungai Baru

papar berkaitan - pada 13/9/2025 - jumlah : 3808 hits
Tujuh Suspek Ditahan Kes Kekecohan Di Kampung Sungai Baru KUALA LUMPUR 13 Sept Polis menahan tujuh suspek berhubung insiden kekecohan ketika operasi pengosongan 37 unit rumah teres di Kampung Sungai Baru di sini pada Khamis lepas Ketua Poli...
Siti Kasim On Kampung Sungai Baru Laws Cannot Be Used As A Tool Of Injustice

Siti Kasim On Kampung Sungai Baru Laws Cannot Be Used As A Tool Of Injustice

papar berkaitan - pada 14/9/2025 - jumlah : 2556 hits
PROMINENT lawyer and activist Siti Kasim has cautioned against the misuse of state power in the ongoing controversy surrounding the Kampung Sungai Baru eviction stressing that legal instruments should never be weaponised against ordinary pe...
Kampung Sungai Baru Landowners Compensated Fairly At Market Value With Ancillary Claims Hafiz Hassan

Kampung Sungai Baru Landowners Compensated Fairly At Market Value With Ancillary Claims Hafiz Hassan

papar berkaitan - pada 15/9/2025 - jumlah : 3567 hits
In I shared the fact that the land acquisition was made pursuant to a declaration under Section 8 of the LAA vide Gazette Notification No 9412 dated June 21 2021 The acquisition was for the purpose of the Kampung Sungai Baru redevelopment p...
Kampung Sungai Baru Committee Chairman Claims Umbilical Cord Was Buried There Netizens Demand Prove Among Other Things

Kampung Sungai Baru Committee Chairman Claims Umbilical Cord Was Buried There Netizens Demand Prove Among Other Things

papar berkaitan - pada 15/9/2025 - jumlah : 4927 hits
THE violence and forced eviction at Kampiung Sungai Baru is certainly no substance for comedy where authorities could be seen clashing with the long standing residents who resisted the court order It has been a bitter back and forth battle ...
Kekecohan Berlaku Di Kampung Sungai Baru Ocpd Dang Wangi Cedera

Kekecohan Berlaku Di Kampung Sungai Baru Ocpd Dang Wangi Cedera

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 6336 hits
Nurul Hidayah Bahaudinnurul hidayah hmetro com myKuala Lumpur Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman cedera semasa rempuhan penduduk ketika operasi pemotongan bekalan elektrik di beberapa rumah di Kampung...
Armizan Replaces Ewon As Sabah Rep On Ma63 Technical Committee

Malaysianow Editor Seeks To Void Criminal Defamation Provisions

Produk Amazon Yang Boleh Dihantar Ke Malaysia Top Pilihan

Klia Bocor Hujan Mencurah Macam Air Terjun

Singah Mengalas Perut Di Tuk Tuk Tomyam Kota Kinabalu

Kajian Korea Dakwa Risiko Kanser Naik Selepas Vaksin Covid 19

Jalan Jalan Pagi Jumaat Memerhati Alam

Hari Perlawanan 8 Pertarungan Epik Menanti Di Arena


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tumbuk Rusuk Pengkisahan Dari Tirai Besi Part 1

Drama Bf Green Flag

Puding Tembikai Pencuci Mulut Comel Memikat Selera Yang Mengagumkan

Amad Dayyan Mendewasa Chord

Monolog Jiwa Sakit Dada Kiri Bila Tubuh Berbisik Jiwa Perlu Didengar

Hiburan Nubhan Seorang Abah Yang Baik Dr Afifah Tawfek