Ketua Penerangan Wanita Umno Pula Gesa Pemilihan Segera




Setelah beberapa tokoh Umno, termasuk Khairy Jamaluddin Abu Bakar meminta agar pemilihan parti diadakan segera, Ketua Penerangan Wanita Umno pula tampil membuat gesaan serupa.
Norshida Ibrahim, berkata pemilihan itu perlu diadakan seperti yang dijadualkan bagi membolehkan perpaduan dalam parti dikembalikan.
“Saya setuju dengan kenyataan Khairy mengatakan kita kena adakan pemilihan dalam masa terdekat untuk kita kembalikan semula kemuafakatan di dalam parti.
“Benda itu (pemilihan), kita nak ke tak nak, suka atau tak suka, kita kena buat. Mungkin pihak presiden atau pihak parti boleh memohon untuk kita tangguh, tetapi kita tak tahu apa jangkaan yang akan berlaku.
“Sebab kita ini adalah kerajaan campuran (bukan kerajaan utama). Jadi yang sebaiknya, saya rasa lebih elok kita fokuskan kepada pemilihan untuk kita pilih pemimpin-pemimpin baru.
“Kita mahukan seseorang yang betul-betul berkaliber untuk menjadi ketua kita, pemimpin kita di dalam parti,” katanya kepada media ketika ditemui semalam.
Sebelum ini, beberapa tokoh di dalam Umno, seperti Khairy, Shahidan Kassim dan Annuar Musa membuat gesaan agar pemilihan Umno tidak ditangguhkan, sebaliknya dijalankan mengikut jadual asal, iaitu Jun ini.
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan pula berkata pemilihan Umno akan dilaksanakan sekiranya tiada pilihan raya umum (PRU) diadakan tahun ini.
Bekas presiden Umno, Najib Razak pula berpendapat pemilihan sebelum PRU-15 boleh membawa keretakan dan memecah-belahkan parti selain membolehkan calon yang kalah ‘dicuri’ oleh parti lain.
Untuk rekod, pemilihan Umno perlu diadakan setiap tiga tahun dengan kali terakhir Umno mengadakan pemilihan ialah pada 30 Jun 2018. Tempoh mandat kepimpinan Umno sekarang akan tamat pada 30 Jun 2021.
Bagaimanapun, Perlembagaan Umno juga membenarkan Majlis Teringgi (MT) untuk menangguhkan pemilihan bagi tempoh tidak lebih daripada 18 bulan daripada tarikh pemilihan sepatutnya diadakan.
Norshida berkata, bagi membolehkan pemilihan diadakan pada Jun ini, cawangan-cawangan sepatutnya sudah boleh menjalankan mesyuarat pada bulan ini bagi menamatkan konflik dalaman dan ketidakpuasan hati di peringkat cawangan.
“Pemilihan ini adalah di tangan perwakilan-perwakilan di setiap cawangan. Kita bagi mandat kepada mereka untuk memilih calon yang kita rasa boleh memegang parti kita,” katanya lagi.
Katanya, pemimpin yang dipilih haruslah boleh membawa suara rakyat dan suara serta kepercayaan anak muda, bagi menarik sokongan golongan itu untuk menyokong Umno.
Sebelum ini, desas-desus timbul bahawa Umno dijangka menangguhkan pemilihan partinya sebagai persediaan mengahadapi PRU-15 yang diramal sesetengah pihak akan berlaku selepas tamat darurat 1 Ogos nanti.
Usul itu dikatakan telah dibawa ke mesyuarat MT pada Februari lalu, namun, keputusan mengenainya dikatakan ditangguhkan sehingga selepas PAU 2020 yang baru melabuhkan tirai Ahad lalu.
Umno dilihat menghadapi kemelut dalaman antara dua kumpulan berhubung hala tuju parti itu.
Ia mencetuskan istilah 'kluster mahkamah' - pemimpin yang berdepan pertuduhan di mahkamah, termasuk presiden Ahmad Zahid Hamidi - dan 'kluster menteri' - yang berada di dalam kabinet Muhyiddin Yassin dan dikatakakan menyokong kerjasama dengan Bersatu di dalam PN.
Bagaimanapun, PAU 2020 telah memutuskan untuk menolak kerjasama dengan Bersatu dalam PRU-15 dan untuk keluar daripada kerajaan PN, tetapi menyerahkan kepada Ahmad Zahid untuk menentukan garis masanya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/04/ketua-penerangan-wanita-umno-pula-gesa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gesa Serah Kerusi Ketua Puteri Umno Sg Siput Tak Berjiwa Parti Saravanan

Gesa Serah Kerusi Ketua Puteri Umno Sg Siput Tak Berjiwa Parti Saravanan

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 173 hits
Timbalan Presiden MIC M Saravanan membidas kenyataan Puteri Umno Sungai Siput Norazura Abdul Karim yang menggesa agar MIC memberi laluan kepada Umno untuk bertanding di kerusi Parlimen itu pada PRU akan datang Menyifatkan Norazura sebagai t...
Segera Adakan Pemilihan Umno Tahun Ini Sebelum Umno Makin Parah Kj

Segera Adakan Pemilihan Umno Tahun Ini Sebelum Umno Makin Parah Kj

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 347 hits
Hanya ada satu cara untuk menyelesaikan kemelut dalaman Umno iaitu dengan mengadakan pemilihan parti pada tahun ini kata Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar Katanya pemilihan Umno perlu dilaksanakan mengikut jadual sebelum P...
Ketua Pemuda Pontian Gesa Zahid Undur Diri Dulu Jika Mahu Menteri Umno Letak Jawatan

Ketua Pemuda Pontian Gesa Zahid Undur Diri Dulu Jika Mahu Menteri Umno Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 281 hits
KUALA LUMPUR Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi digesa berundur dari jawatannya jika mahu menteri menteri UMNO meletak jawatan atas dasar kepentingan parti Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pontian Mohd Helmi Buang berkata Ahmad Zahid ...
Melihat Reaksi Marah Umno Terhadap Kenyataan Hadi Ketua Penerangan Pas Cuba Cover Line Balik

Melihat Reaksi Marah Umno Terhadap Kenyataan Hadi Ketua Penerangan Pas Cuba Cover Line Balik

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 221 hits
April 3 2021 Kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu menolak muafakat yang berpecah dan menyeleweng daripada matlamat asal Muafakat Nasional tidak membawa maksud mereka menolak muafakat bersama UMNO Menurut Lapor...
Naib Presiden Mic Pula Kritik Umno

Naib Presiden Mic Pula Kritik Umno

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 334 hits
PETALING JAYA Naib Presiden MIC Sivarraajh Chandran mendakwa Umno kini mahu mengambil kerusi tradisi rakan rakan komponen Barisan Nasional selepas perbincangan kerusi dengan PAS dan PPBM tidak menepati kemahuan parti Melayu itu Beliau mengu...
Jika Umno Tidak Segera Keluar Kerajaan Dibimbangi Zahid Hamidi Dan Najib Masuk Penjara Dulu Sebelum Tibanya Pru

Jika Umno Tidak Segera Keluar Kerajaan Dibimbangi Zahid Hamidi Dan Najib Masuk Penjara Dulu Sebelum Tibanya Pru

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 234 hits
Apa akan berlaku pada Perhimpunan Agung UMNO atau PAU esok Berdasarkan sentimen semasa PAU kali ini dijangka tidak berdepan banyak masalah untuk memuktamadkan usul putus hubungan dengan Bersatu yang telah diluluskan oleh sebahagian besar UM...
Awani 7 45 01 04 2021 Interpol Bantu Kesan Nicky Sekiranya Berlaku Pemilihan Agung Umno

Awani 7 45 01 04 2021 Interpol Bantu Kesan Nicky Sekiranya Berlaku Pemilihan Agung Umno

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 273 hits
Saksikan AWANI745 untuk berita terkini dalam dan luar negara bersama penyampai Dzulfitri Yusof dan Essan Yahya Fokus AWANI745 malam ini Apa kata Khairy Jamuluddin bila ditanya mahu lawan atau tidak Annuar Musa beri cadangan calon Perdana
Ketua Pemuda Pas Yang Berjiwa Besar Cool Walaupun Dihentam Dalam Majlis Umno

Ketua Pemuda Pas Yang Berjiwa Besar Cool Walaupun Dihentam Dalam Majlis Umno

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 379 hits
Saya belum berkesempatan menonton ucapan dalam Perhimpunan Agung Pemuda UMNO hari ini tetapi jika benarlah ia menghentam seolah mahukan hubungan muafakat diruntuh segera seperti yang dinukilkan oleh sahabat saya Zurk Ahmad selaku Timbalan K...
2018 Tangguh Pemilihan Selepas Pru Umno Lingkup Juga Khairy

2018 Tangguh Pemilihan Selepas Pru Umno Lingkup Juga Khairy

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 265 hits
DAHULU kedua duanya sama sama dilihat lepak mamak Namun selepas kekalahan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke 14 hampir tiga tahun lalu senarionya sudah berbeza Biarpun masih dalam satu parti namun Khairy Jamaluddin tidak lagi teraga...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


M U S M

Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools