Segera Adakan Pemilihan Umno Tahun Ini Sebelum Umno Makin Parah Kj




Hanya ada satu cara untuk menyelesaikan kemelut dalaman Umno iaitu dengan mengadakan pemilihan parti pada tahun ini, kata Anggota Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Katanya, pemilihan Umno perlu dilaksanakan mengikut jadual sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 diadakan.
“Hanya satu cara untuk menyelesaikan kemelut dalaman Umno. Segerakan pemilihan parti. Jangan tangguhkan sehingga selepas PRU.
“Sepatutnya pemilihan diadakan tahun ini,” katanya menerusi Instagram Story hari ini.
Umno kini dilihat menghadapi kemelut dalaman antara dua kumpulan berhubung hala tuju parti itu sehingga tercetusnya istilah 'kluster mahkamah' dan 'kluster menteri'.
'Kluster mahkamah' merujuk kepada pemimpin Umno yang berdepan pertuduhan di mahkamah, termasuk presidennya, Ahmad Zahid Hamidi.
Manakala 'kluster menteri' membabitkan pemimpin Umno yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan mahukan parti itu kekal menjalinkan kerjasama dengan Bersatu.
Pada masa yang sama, 'kluster menteri' - yang turut dikaitkan dengan bekas setiausaha agung BN, Annuar Musa - menentang usaha Umno menjalinkan kerjasama dengan PKR dan DAP.
Bagaimanapun, Zahid dalam Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini sekali lagi menafikan parti itu mahu mengadakan sebarang rundingan dengan mana-mana pihak.
Perhimpunan Agung Umno yang berlangsung hujung minggu lalu juga memberikan mandat kepada Zahid untuk menentukan tempoh masa yang sesuai bagi menarik sokongan kepada kerajaan PN.
Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Mohamad Hasan baru-baru ini berkata, pemilihan Umno akan dilaksanakan sekiranya tiada PRU tahun ini.
“Kalau PRU tidak ada dalam tahun ini, kita akan adakan pemilihan. Kita sedang meneliti apa akan jadi selepas tempoh darurat tamat. 
"Pada bulan Ogos, kita sudah merancang untuk mengadakan pemilihan di peringkat cawangan. Selepas dua bulan, kita juga akan buat pemilihan di peringkat bahagian dan pusat, serentak di seluruh negara,” katanya seperti dipetik wawancara eksklusif Sinar Harian.
'Perlu dapat mandat yang jelas'
Sementara itu, Khairy yang juga merupakan menteri sains, teknologi dan inovasi berpandangan, Umno harus menghadapi PRU dengan kepimpinan yang mempunyai sokongan rakyat serta mandat yang jelas.
“Umno mesti menghadapi PRU dengan kepimpinan yang mempunyai mandat yang jelas dan yang mendapat sokongan rakyat. Segerakan pemilihan parti.
“Buatlah perkara yang betul Majlis Tertinggi (MT). Kalian tahu kita tak boleh berterusan begini,” tambahnya.
Untuk rekod, pemilihan Umno perlu diadakan setiap tiga tahun.
Kali terakhir parti itu mengadakan pemilihan adalah pada 30 Jun 2018.
Tempoh matang kepimpinan Umno sekarang akan tamat pada 30 Jun 2021. Jika tiada penangguhan, proses pemilihan perlu dilakukan sebelum Julai 2021.

MR: Desak Muhyiddin adakan PRU, kata Muhyiddin takut, Tapi dalam UMNO pemilih selepas tangguh, tangguh. Cis cakap aje bergegar


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/03/segera-adakan-pemilihan-umno-tahun-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Tiada Masalah Adakan Pru15 Segera Kerana Adanya Sop Covid 19

Umno Tiada Masalah Adakan Pru15 Segera Kerana Adanya Sop Covid 19

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 192 hits
KUALA LUMPUR UMNO memahami negara masih mendepani pandemik COVID 19 justeru ia bersedia menunggu tarikh yang sesuai untuk Pilihan Raya Umum ke 15 diadakan kata Timbalan Presidennya Mohamad Hasan Namun katanya UMNO juga tidak mempunyai masal
Jika Umno Tidak Segera Keluar Kerajaan Dibimbangi Zahid Hamidi Dan Najib Masuk Penjara Dulu Sebelum Tibanya Pru

Jika Umno Tidak Segera Keluar Kerajaan Dibimbangi Zahid Hamidi Dan Najib Masuk Penjara Dulu Sebelum Tibanya Pru

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 297 hits
Apa akan berlaku pada Perhimpunan Agung UMNO atau PAU esok Berdasarkan sentimen semasa PAU kali ini dijangka tidak berdepan banyak masalah untuk memuktamadkan usul putus hubungan dengan Bersatu yang telah diluluskan oleh sebahagian besar UM...
Umno Perlu Berani Adakan Pemilihan Parti Penganalisis

Umno Perlu Berani Adakan Pemilihan Parti Penganalisis

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 274 hits
KUALA LUMPUR UMNO perlu berani membuat pemilihan parti sebelum Pilihan Raya Umum ke 15 bagi membentuk kematangan dan menunjukkan kepada pengundi luar makna sebuah perjuangan dalam parti kata penganalisis politik Ab Jalil Backer Menurut Ab J...
Pemilihan Umno Perlulah Disegerakan Serta Diadakan Sebelum Pilihan Raya Umum Ke 15

Pemilihan Umno Perlulah Disegerakan Serta Diadakan Sebelum Pilihan Raya Umum Ke 15

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 245 hits
PUTRAJAYA Pemilihan UMNO perlu disegerakan dan diadakan sebelum Pilihan Raya Umum ke 15 selaras ikrar supaya tiada penangguhan bagi pemilihan berikutnya yang disebut berulang kali dalam pemilihan 2018 Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk ...
Ketua Penerangan Wanita Umno Pula Gesa Pemilihan Segera

Ketua Penerangan Wanita Umno Pula Gesa Pemilihan Segera

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 235 hits
Setelah beberapa tokoh Umno termasuk Khairy Jamaluddin Abu Bakar meminta agar pemilihan parti diadakan segera Ketua Penerangan Wanita Umno pula tampil membuat gesaan serupa Norshida Ibrahim berkata pemilihan itu perlu diadakan seperti yang ...
Pemilihan Umno Sebelum Pru15 Boleh Cetus Keretakan Pecah Belah Parti Najib

Pemilihan Umno Sebelum Pru15 Boleh Cetus Keretakan Pecah Belah Parti Najib

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 248 hits
227 total views 196 views today KUALA LUMPUR 30 Mac Pemilihan UMNO sebelum Pilihan Raya Umum ke 15 boleh membawa keretakan dan memecah belahkan parti selain membolehkan calon yang kalah dicuri oleh parti lain kata Ketua Bahagian UMNO Pekan ...
Mohon Doa Kalian Detik Kelahiran Makin Dekat Tasha Shila Adakan Solat Hajat Doa Selamat

Mohon Doa Kalian Detik Kelahiran Makin Dekat Tasha Shila Adakan Solat Hajat Doa Selamat

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 378 hits
Menanti detik melahirkan bayi sulung sememangnya cukup mendebarkan namun hati pastinya begitu teruja untuk melihat wajah si comel Pelakon cantik Tasha Shila kini juga sedang menanti detik kelahiran bayi sulungnya sedikit masa lagi Tasha di ...
Tun Faisal Digantung 6 Tahun Dari Umno Kerana Tak Setuju Presiden Umno Bekerjasama Dengan Pkr Dap

Tun Faisal Digantung 6 Tahun Dari Umno Kerana Tak Setuju Presiden Umno Bekerjasama Dengan Pkr Dap

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 436 hits
Bekas pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Tun Faisal Ismail Aziz digantung dari Umno selama enam tahun Surat penggantungan itu dikeluarkan semalam selepas Majlis Kerja Tertinggi Umno mengesahkan keputusan yang dibuat oleh lembaga disiplin parti...
Ibm Tinggalkan Malaysia Ekonomi Makin Parah

Ibm Tinggalkan Malaysia Ekonomi Makin Parah

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 338 hits
Krisis keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia semakin parah apabila pelabur yang telah bertapak berdekad dekad lamanya seperti International Business Machines Corporation mengumumkan akan menutup pusat operasinya di Cyberjaya pada 31 Mei...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai