Ketetapan Port Dickson






9 April 2021


MENGINSAFI bahawa pandemik COVID-19 telah mendatangkan dampak yang cukup mendalam kepada Rakyat, Ekonomi dan Negara, dan Dasar-Dasar Perikatan Nasional jelas gagal menangani sepenuhnya;


MENYESALI bahawa Demokrasi di Malaysia telah parah akibat malapetaka pengkhianatan dan pembelotan politik yang terkutuk sehingga menyebabkan kepercayaan Rakyat terhadap Demokrasi itu sendiri luntur dan terhakis;


MEYAKINI bahawa Rakyat mengharapkan suara, harapan, kegusaran dan rintihan mereka difahami, dijuarai dan diperjuang, termasuk dalam isu kehilangan pekerjaan dan pendapatan;


MEMAHAMI bahawa usaha memulihkan Negara terletak pada kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-15, justeru usaha menggembleng seluruh kekuatan perlu berasaskan Prinsip dan Agenda Reformasi, manakala kelangsungan Kerajaan bergantung kepada kestabilan dan keutuhan Politik;


MENYEDARI bahawa Pakatan Harapan adalah sebuah pakatan politik yang dinamik, demokratik dan pragmatik yang bersedia menggalas tanggungjawab besar memulihkan Negara;


MAKA PEMUKIMAN PIMPINAN Pakatan Harapan di Port Dickson pada 8 dan 9 April 2021 memutuskan bahawa:


1) Pengerusi Pakatan Harapan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengetuai kempen Pilihan Raya Umum ke-15 dan seterusnya diangkat sebagai calon Perdana Menteri Malaysia;


2) Kami mendesak Perdana Menteri untuk segera menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil sidang Parlimen dan senafas dengan itu menamatkan Darurat;


 3) Kami mengulangi ikrar, tekad dan iltizam untuk terus memperkukuh Pakatan Harapan dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 dan seterusnya memaparkan upaya untuk mentadbir dan memerintah Negara dengan amanah, demokratik dan adil;


4) Kami mengiktiraf potensi dan kepentingan Wilayah Sabah dan Sarawak sebagai enjin pertumbuhan ekonomi yang baharu dalam memacu pembangunan negara, dengan jaminan pengagihan sumber yang lebih saksama, seiring dengan sinergi pembangunan ibukota baharu Indonesia di Kalimantan;


5) Kami akan menggerakkan semua wakil rakyat dan pimpinan negeri untuk memerah seluruh potensi dan keupayaan bagi menangani isu-isu dasar berkait pemulihan Ekonomi dan kesejahteraan Rakyat. Kami juga akan meneruskan proses libat urus bersama semua pemegang taruh untuk membentuk manifesto Pakatan Harapan;


6) Kami mengambil pendirian yang terbuka untuk berunding dan bekerjasama dengan mana-mana pihak, berdasarkan Prinsip dan Agenda Reformasi demi kepentingan Rakyat; dan


7) Kami akan memulakan siri jelajah ke negeri-negeri untuk memberikan penerangan kepada Rakyat berkait pendirian dan tawaran Pakatan Harapan menyentuh isu Ekonomi Rakyat, Kestabilan Politik dan Krisis Pandemik COVID-19.


-tamat-








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/04/ketetapan-port-dickson.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perancangan Pergi Bercuti Ke Lexis Hibiscus Port Dickson

Perancangan Pergi Bercuti Ke Lexis Hibiscus Port Dickson

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 466 hits
Perancangan Pergi Bercuti Ke Lexis Hibiscus Port Dickson Lama betul tak pergi bercuti kali terakhir pergi bercuti ke Thailand dan Singapura pada tahun 2018 Kemudian tak pergi ke mana mana dah sebab yop susah nak dapat cuti selepas pindah di...
Bestnya Bercuti Di Hotel Grand Lexis Port Dickson

Bestnya Bercuti Di Hotel Grand Lexis Port Dickson

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 449 hits
BESTNYA BERCUTI DI HOTEL GRAND LEXIS PORT DICKSON Dah Setahun asyik berkurung dalam rumah sahaja Baru baru ni kerajaan mengumumkan untuk rentasan negeri makin diperketatkan Tapi diberi kelonggaran pada mereka yang nak melancong sahaja Rasan...
Staycation Di Grand Lexis Port Dickson Dengan Privite Pool Yang Menyeronokkan

Staycation Di Grand Lexis Port Dickson Dengan Privite Pool Yang Menyeronokkan

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 769 hits
Dah lama tak pergi bercuti sejak PKP lepas tu pula berlaku banjir besar dekat tempat zaza Tapi Kawasan area rumah zaza alhamdulillah selamat Cuma ruang hadapan dalam rumah je masuk air sikit Apa pun syukur sekarang ni dah boleh jalan jalan ...
Bekas Penyerang Berbisa Tok Gajah Dickson Nwakaeme Seru Sri Pahang Lakukan Sesuatu

Bekas Penyerang Berbisa Tok Gajah Dickson Nwakaeme Seru Sri Pahang Lakukan Sesuatu

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 497 hits
KUALA LUMPUR Bekas Penyerang berbisa Sri Pahang Dickson Nwakaeme menyifatkan pasukan itu sebagai tidak sepatutnya terhimpit dengan situasi penyingkiran Tok Gajah menduduki tangga ke 11 selepas lapan perlawanan dengan mencetak satu kemenanga...
Rm3 23m In Coffee Beans Seized At Port Klang

Rm3 23m In Coffee Beans Seized At Port Klang

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 235 hits
The Malaysian Quarantine and Inspection Services Department Department seized 173 074 kilogrammes of coffee beans from Colombia valued at RM3 23 million at the North Port Klang for breach of the import permit Acting Selangor Maqis director ...
Cops Seize Rm221m Worth Of Amphetamines In Port Klang Swoop

Cops Seize Rm221m Worth Of Amphetamines In Port Klang Swoop

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 275 hits
The Narcotic Crime Investigation Department has seized 650 kg of Captagon pills an amphetamine drug known as Jihad drug worth a whooping RM221 86 million here last Monday NCID director Razarudin Husain the seizure the second involving Capta...
Muafakat Nasional Retak Disebabkan Kelemahan Zahid Berdolak Dalik Terhadap Segala Ketetapan Parti Nazri Aziz

Muafakat Nasional Retak Disebabkan Kelemahan Zahid Berdolak Dalik Terhadap Segala Ketetapan Parti Nazri Aziz

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 249 hits
PETALING JAYA Perpecahan gabungan Muafakat Nasional susulan percanggahan pendapat sesama pemimpin UMNO dan Pas berpunca daripada kegagalan serta kelemahan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Bercakap kepada Utusan Malaysia Ketua ...
71 Port Geng Plastik Hitam Dikenal Pasti Di Kedah

71 Port Geng Plastik Hitam Dikenal Pasti Di Kedah

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 356 hits
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah mempergiatkan pemantauan di 71 restoran dan kedai makan di negeri ini yang dikenal pasti sering dikunjungi kaki ponteng puasa pada bulan Ramadan Pengerusi Jawatankuasa Agama Pendidikan dan Sumber M...
Covid 19 Bazar Ramadan Di Kedah Dibuka Ikut Ketetapan Sop

Covid 19 Bazar Ramadan Di Kedah Dibuka Ikut Ketetapan Sop

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 279 hits
Kebenaran untuk Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri kembali beroperasi tahun ini selepas kali terakhir pengoperasiannya pada 2019 memberi makna besar kepada pelbagai pihak terutamanya golongan peniaga di Stadium Darul Aman Alor Setar Tinjaua...
As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient

Speed Read A Sparkling Yamaha Xs650 Chopper And Three Harleys

Bekas Kp Sprm Sekolahkan Azam Suntingan Video Rasuah Sabah Adalah Bukti

Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Verandas Outdoor Living Creating A Relaxing Space In Your Garden

Ramadan 2025 Malaysia

Gbp Usd 24 Februari Berita Baik Lagi Untuk Pound British

Hiburan Suka Cakap Pasal Orang Jaga Tepi Kain Lu Sendiri Sudah Lah Aaron Aziz


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Minum Teh Semasa Haid Ini Nasihat Doktor

Bid Farewell To Sja

Drama Manuskrip Cinta Ayaana Lakonan Reen Rahim Zaki Azeman

Template Digital Paling Laris Tahun 2025

Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat Guru Pegawai Kpm Tahun 2023

How To Set Up A Low Maintenance Aquascape At Home Practical Fishkeeping