Perancangan Pergi Bercuti Ke Lexis Hibiscus Port Dickson


Perancangan Pergi Bercuti Ke Lexis Hibiscus Port Dickson| Lama betul tak pergi bercuti, kali terakhir pergi bercuti ke Thailand dan Singapura pada tahun 2018. Kemudian tak pergi ke mana-mana dah sebab yop susah nak dapat cuti selepas pindah di tempat kerja baru. Kalau pergi berjalan pun, hanyalah disebabkan ada urusan di luar daerah. Di tambah pula dengan wabak pandemik yang melanda negara kita sejak setahun yang lalu, memang duduk terperap di rumah je la tak ke mana.


Kami ni tak kisah tak pergi bercuti pun, tapi kesian dekat Thahirah la. Selalu sangat bertanya bila lah nak bawak dia mandi laut seperti sebelum ni. Kita bukan tak nak bawa, cuma masa dan keadaan yang tak sesuai buat masa ni. Tambah pula dengan adanya Lulu, imunisasinya masih lemah. Bila dah kerap kali tanya, kita ni pun faham la dia dah mula rasa bosan dan kalau kita berada di tempat dia pun, kita akan alami perasaan yang sama jugak.


Jadi, disebabkan kami ni pun dah lama tak merasa vitamin "sea" dan Thahirah duk tanya bila nak pergi mandi laut, ada la juga plan lepas boleh merentas negeri nanti cadangnya nak la bawak kakak bercuti ke tepi laut untuk tunaikan hajat si kakak Thahirah ni. Lagipun, sektor pelancongan pun dah mula dibuka semula. Jadi, selepas perbincangan, staycation kami kali ni ke Port Dickson. Lama betui tak jalan-jalan ke sana.


Pemilihan Hotel Untuk PenginapanSeperti biasa bila kita dah plan nak pergi bercuti, perkara utama yang kita perlu cari semestinya hotel untuk menginap di sana. Walaupun sekarang ni masih lagi dalam PKP, boleh je kita senarai dulu hotel yang menjadi pilihan. Apa yang penting, hotel tu mesti dekat dengan tepi pantai. Kata nak vitamin "sea" kena la cari tempat yang dekat dengan laut.


Selepas google hotel Port Dickson di tepi pantai, akhirnya kinah jumpa jugak hotel yang boleh kami menginap sepanjang berada  di sana nanti dan semestinya hotel ni betul-betul dekat dengan laut. Nak tahu hotel apa yang menjadi pilihan? Semestinya Lexis Hibiscus Port Dikcson. 




Mengapa Lexis Hibiscus Port Dickson Menjadi PilihanCredit to : lexis.myDah lama teringin nak ke sini sebenarnya selepas kinah baca beberapa review kawan-kawan yang pernah menginap di sini. Keunikan susun atur bilik Lexis Hibiscus seperti kelopak bunga raya dan setiap biliknya dilengkapi dengan kolam mandi menjadikan percutian kami kali ni betul-betul orang kata "curlas gitew". Lagipun bukannya selalu nak berjimba bagai macam ni. Kata nak bercuti kan. Kalaulah si kakak tahu pasal ni, dialah orang pertama yang excited sekali. 
Credit to : lexushibiscuspd.comMana taknya, setiap bilik ada private pool, mau dia nak berkubang je dalam tu. Dah alang-alang nak bercuti ni, nampaknya kena la ambik bilik yang menghadap seaview, sambil berkubang dalam kolam dengan anak-anak boleh menikmati pemandangan laut, kot ada rezeki boleh tengok matahari terbit esok paginya aci dak?
Credit to : lexishibiscuspd.comDitambah pula, Lexis Hibiscus Port Dickson telah menerima dua rekod dunia Guiness World of Records iaitu most overwater villa in a single resort dan most swimming pool in a resort sejak tahun 2016 lagi. Fuhhhh bertambah excited la kami nak ke sana.


Seperti biasa, tugas kinah semestinya akan buat research terlebih dahulu segala kemudahan yang ada di sini supaya bila dah sampai ke sana nanti, senang kami nak rancang aktiviti apa yang nak dibuat terlebih dahulu sama ada indoor ataupun outdoor. Nanti pergi menonong saja, dah bazir masa kat sana. Masa itu emas tau..


Rupanya banyak kemudahan dan aktviti yang ada di Lexis Hibiscus ni. Antaranya ialah menyediakan perkhidmatan buggy bagi memudahkan pergerakan tetamu dari lobi ke tempat penginapan. Itu sangat bagus, tak payah la kita bersusah payah nak berjalan kaki nak hangkut beg, dengan pikul anak lagi. Kalau dapat bilik yang jauh, pecah lemak uiii. 


Selain itu, bagi yang meminati aktiviti outdoor, turut disediakan jet ski, banana boat mahupun berkayak. Hat ni mungkin tak berapa sesuai nak bawak dua orang askar ni kang mak paknya sibuk berkayak sapa nak jaga budak-budak ni. Tapi takpe la ada lagi aktiviti lain yang sesuai untuk kami sekeluarga.
Credit to : lexishibiscuspd.comJika ingin aktiviti santai bersama keluarga, turut disediakan basikal. Hah nanti boleh sewa basikal bawak kakak pusing-pusing kat dalam tu  Lama sangat aih tak bawak basikal ni. Ehh, boleh lagi ke nak kayuh gerek tu haha. Takpe kita cuba dulu ye, tak cuba mana la tahu kan. Itupun, kalau cuaca mengizinkan. 
Credit to:  lexishibiscuspd.comKalau tak boleh, nampaknya kena bawak kakak main di tempat permainan kanak-kanak la. Tapi musim Covid ni, tak pasti la pulak boleh ke tidak main kat situ.
Credit to : sunahsukasakura.comKalau tak boleh main di taman permainan tu, boleh bawak kakak melepak di Hibiscus Walk yang mana kita perlu berjalan kaki menuju ke pantai di resort ni. Mmm mesti best kan sambil berjalan tu bolehla tangkap gambar buat kenangan. Dah penat berjalan, confirm lapar, di Hibiscus Walk ada macam-macam jenis makanan yang boleh kita nikmati. Sejenis perut yang lapar pada waktu malam, nampaknya kena tapau la makanan siap-siap ni. Hmm, macam banyak pulak aktiviti yang boleh kita buat kat sini, rasanya tak cukup sehari nak explore semua dalam tu. 


Kiranya memang lengkap segala kemudahan dan aktiviti yang ada di sini. Memang berbaloi la jika korang ada plan nak bercuti di sini. Lexis Hibiscus, mu tunggu kami datang ye.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apekinah.com/2021/03/perancangan-bercuti-ke-lexis-hibiscus-pd.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Staycation Di Grand Lexis Port Dickson Dengan Privite Pool Yang Menyeronokkan

Staycation Di Grand Lexis Port Dickson Dengan Privite Pool Yang Menyeronokkan

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 749 hits
Dah lama tak pergi bercuti sejak PKP lepas tu pula berlaku banjir besar dekat tempat zaza Tapi Kawasan area rumah zaza alhamdulillah selamat Cuma ruang hadapan dalam rumah je masuk air sikit Apa pun syukur sekarang ni dah boleh jalan jalan ...
Pengalaman Menginap Di Akar Beach Resort Port Dickson

Pengalaman Menginap Di Akar Beach Resort Port Dickson

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 586 hits
Pengalaman menginap di Akar Beach Resort Port DicksonLamanya dah tak menulis blog Sejak musim PKP ni takde mood dah nak menulis walaupun banyak je bahan untuk dikongsikan Saya nak kongsi pengalaman menginap di Akar Beach Resort Port Dickson...
255 Tapak Bazar Ramadan Di Port Dickson

255 Tapak Bazar Ramadan Di Port Dickson

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 254 hits
Oleh Mohd Amin JalilPort Dickson Majlis Perbandaran Port Dickson sudah mengenal pasti sebanyak 255 tapak bazar Ramadan akan dibuka di seluruh daerah ini bagi memberi peluang peniaga kecil menjalankan perniagaan Yang Dipertua MPPD Zamri Mohd...
Kegembiraan 11 Calon Spm Pergi Bercuti Bertukar Tragedi

Kegembiraan 11 Calon Spm Pergi Bercuti Bertukar Tragedi

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 560 hits
Kegembiraan 11 calon SPM pergi bercuti bertukar tragedi Kini baru faham kenapa arwah ulang 2 kali ungkapan sekarang ni happy selepas ni tak ada dah Rabu 24 Mac 2021 7 00 AMOleh MstarKenangan 11 sahabat sebelum rakan mereka Muhammad Asyraf m...
Setia Sampai Ke Tua Selama Tiga Puluh Tahun Suami Kumpul Duit Demi Pergi Naik Haji Bersama

Setia Sampai Ke Tua Selama Tiga Puluh Tahun Suami Kumpul Duit Demi Pergi Naik Haji Bersama

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 443 hits
Haji adalah impian setiap muslim Tidak kira kaya atau miskin tua atau muda Namun untuk mewujudkannya memerlukan keinginan yang kuat Bila ada keinginan semuanya nampak dimudahkan oleh ilahi Juga dengan Ahmadi seorang pesara berusia 91 tahun ...
Bila Pergi Ke Kedai Gambar

Bila Pergi Ke Kedai Gambar

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 400 hits
Assalammualaikum Dunia Huhuuu lama giler tak pi kedai gambau Kalau lar tak der keperluan memang tak lar nak bertapa kat kedai gambau Background merah beb Mak ai serius nyer 3 begadik nie Dah sama warna baju ngan background Sebab dah lama ta...
Setahun Lebih Tak Pergi Ikea 2021 Baru Dapat Jejak Ikea

Setahun Lebih Tak Pergi Ikea 2021 Baru Dapat Jejak Ikea

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 457 hits
hai assalammualaikum Setahun Lebih Tak Pergi Ikea 2021 Baru Dapat Jejak Ikea Mesti tertanya tanya kenapa 2020 tak pergi Ikea kan boleh pergi Hah masa tu kan kes banyak lagi ada dekat Mytown pastu dengar macam ada dekat Ikea juga Pastu sekej...
Jika Umur Lebih 20 Tahun Elok Pergi Buat Pemeriksaan Kesihatan Secara Berkala

Jika Umur Lebih 20 Tahun Elok Pergi Buat Pemeriksaan Kesihatan Secara Berkala

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 302 hits
Bila kali akhir anda pergi buat pemeriksaan kesihatan yang lebih lengkap Lebih lengkap maknanya buat sekali pemeriksaan ambil darah untuk semak semua bacaan penting tentang kesihatan tubuh badan anda Bukan sekadar baca tekanan darah dan kir...
Tips Bercuti Di Turki Ketika Musim Sejuk

Tips Bercuti Di Turki Ketika Musim Sejuk

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 239 hits
Artikel ini menceritakan tips dari seorang pelajar yang berpengalaman bercuti di Turki pada musim sejuk selama 6 minggu Turki adalah salah sebuah dari negara yang mempunyai empat musim iaitu musim sejuk musim luruh musim panas dan musim bun...
Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Rare Footage Of Fish Rescuing Friend From Snake Catches Netizens Attention

Kacang Pool Roti Rentung Pertama Kali Merasainya

Resepi Tenggiri Masak Sambal Ala Arab Zigni Yemeni

Pengalaman Naik Mahkamah Saman Jpj Bila Kereta Tiada Roadtax Dan Insuran