Staycation Di Grand Lexis Port Dickson Dengan Privite Pool Yang Menyeronokkan


Dah lama tak pergi bercuti sejak PKP, lepas tu pula berlaku banjir besar dekat tempat zaza. Tapi Kawasan area rumah zaza alhamdulillah selamat. Cuma ruang hadapan dalam rumah je masuk air sikit. Apa pun syukur sekarang ni dah boleh jalan-jalan walaupun hanya dalam negeri je kan.


Tapi sebelum PKP dulu, zaza nak throwback lah pengalaman zaza staycationdekat Hotel Grand Lexis Port Dickson. Alhamdulillah merasa lah staycation kat hotel ni dengan tajaan dari abang ipar zaza. Biasa kalau hujung tahun kakak, suami dan anak-anak dia akan bercuti. So zaza yang bujang dan adik yang belum kahwin ni memang dia akan bawa sekali.  Jimat duit kan..just bawa duit nak berbelanja je hehe.

Sebelum ke destinasi tu, kami singgah makan dekat Pantai Teluk Kemang untuk makan tengahari. Selepas tu dalam jam 2.15 petang barulah bergerak ke Grand Lexis Port Dickson.

Sampai je hampir nak jam 3 petang. So tepatlah dengan waktu untuk check in pukul 3 petang tu. Kami tempah bilik Premium Pool Villa yang mana menyediakan private pool dalam bilik. Harga dalam satu malam tu dapatlah RM700+

Premium Pool Villa ini mempunyai 2 katil king dan ruang yang luas dan kemudahan yang ada pun memang sangat baik. Puaslah menginap kat sini. Ruang tidur pun syok je dan sangat selesa.




Photo 1 - Ruang tidur nampak mewah, luas dan cukup selesa
Photo 2 - Privite Pool dengan beberapa hiasan pokok dan ukiran dinding yang mengasyikkan.
Sampai-sampai je tak pergi mana dah, Siap solat je terus terjun dalam private pool dia tu. Seronok sangat dapat mandi kolam haha. Bagi zaza memang sesuai sangat untuk family atau korang yang nak suasana privasi terutama kalau nak mandi kolam. Maklumlah kalau kolam terbuka ni rasa macam malu juga kan nak mandi manda kalau ada orang ramai.

Kat sini zaza lepak dengan anak-anak buah. Sambil mandi tu dapatlah feeling-feeling sambil menikmati jus minuman. Selepas puas mandi tu, kami bersiap-siap nak keluar tengok pemandangan disekitar hotel.
Photo 3 - Sebelum mandi kolam, macam biasalah ambil gambar dulu hehe
Photo 4 - Kawasan hadapan bilik. Memang cantik. Sesuai juga untuk port ootd.

 

Photo 5 - Kawasan penginapan atas air
Antara kemudahan yang terdapat dalam Premium Pool Villa seperti bilik mandi yang luas dengan pancuran yang berasingan, penyaman udara, kipas syiling, dapur kecil, cerek elektrik, pengering rambut, kemudahan alat mandi, kopi dan teh percuma, servis bilik, internet wireless percuma, TV skin rata, telefon IDD, alatan seterika, dan peti simpanan keselamatan.
Photo 6 - Bahagian bilik mandi

Photo 7- Bahagian dapur
Disebabkan masa datang sini, kami tak google dulu tempat-tempat yang ada disekitar Grand Lexis, Jadinya kami hanya berjalan dikawasan tempat penginapan je macam dekat hadapan bilik tu dengan area bilik atas air. Selebihnya lepak dekat bilik dan sambung mandi manda. Time malam keluar kejap tengok pemandangan lampu lip lap pada bangunan Grand Lexis Port Dickson ni. Lepas tu untuk dinner, kami pilih makan dekat luar.

 


Pemandangan lampu bangunan yang bertukar warna..
Btw, gambar photo 1, photo 2, photo 5 dan photo 6 adalah dari website Grand Lexis. Lain-lain tu gambar zaza sendiri. Nak share banyak tak ada sebab gambar masa ni simpan dalam laptop. Laptop pula baru  rosak hari tu. Ada yang share dalam facebook pun gambar pecah-pecah tak jelas.

Oklah, itu je yang zaza boleh share pasal staycation zaza kat sini sebab stay pun satu malam je. Keesokannya kami tuju ke negeri lain pula.

Untuk korang yang terfikir nak datang ke Negeri Sembilan dan mencari hoteluntuk menginap, boleh la booking dekat Hotel Grand Lexis Port Dickson ni. Tapi pastikan korang search la dulu tempat yang korang boleh jalan dalam kawasan ni..jangan jadi macam kami, dah balik dari bercuti barulah search balik..sekali tengok banyak tempat yang indah tak jejak.. menyesal betul haha.. next time boleh pergi lagi..memang berbaloi dan sangat menyeronokkan.

 







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.zazaiman.com/2021/03/staycation-di-grand-lexis-port-dickson.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perancangan Pergi Bercuti Ke Lexis Hibiscus Port Dickson

Perancangan Pergi Bercuti Ke Lexis Hibiscus Port Dickson

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 459 hits
Perancangan Pergi Bercuti Ke Lexis Hibiscus Port Dickson Lama betul tak pergi bercuti kali terakhir pergi bercuti ke Thailand dan Singapura pada tahun 2018 Kemudian tak pergi ke mana mana dah sebab yop susah nak dapat cuti selepas pindah di...
Pengalaman Menginap Di Akar Beach Resort Port Dickson

Pengalaman Menginap Di Akar Beach Resort Port Dickson

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 593 hits
Pengalaman menginap di Akar Beach Resort Port DicksonLamanya dah tak menulis blog Sejak musim PKP ni takde mood dah nak menulis walaupun banyak je bahan untuk dikongsikan Saya nak kongsi pengalaman menginap di Akar Beach Resort Port Dickson...
255 Tapak Bazar Ramadan Di Port Dickson

255 Tapak Bazar Ramadan Di Port Dickson

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 260 hits
Oleh Mohd Amin JalilPort Dickson Majlis Perbandaran Port Dickson sudah mengenal pasti sebanyak 255 tapak bazar Ramadan akan dibuka di seluruh daerah ini bagi memberi peluang peniaga kecil menjalankan perniagaan Yang Dipertua MPPD Zamri Mohd...
Rm3 23m In Coffee Beans Seized At Port Klang

Rm3 23m In Coffee Beans Seized At Port Klang

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 226 hits
The Malaysian Quarantine and Inspection Services Department Department seized 173 074 kilogrammes of coffee beans from Colombia valued at RM3 23 million at the North Port Klang for breach of the import permit Acting Selangor Maqis director ...
Why U S Cruises Are Still Stuck In Port

Why U S Cruises Are Still Stuck In Port

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 271 hits
By BY CEYLAN YEGINSU from NYT Travel https ift tt 2OQyb0D
18 Magnificent Farmhouse Swimming Pool Designs You Will Fall In Love With

18 Magnificent Farmhouse Swimming Pool Designs You Will Fall In Love With

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 269 hits
If your home has access to a backyard space then it would be a shame not to dedicate at least a small part of that outdoor space for a swimming pool Of course the location The post appeared first on
Unggulkan Akses Transportasi Grand Wisata Hadir Sebagai Kota Baru Di Timur Jakarta

Unggulkan Akses Transportasi Grand Wisata Hadir Sebagai Kota Baru Di Timur Jakarta

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 308 hits
Sinar Mas Land tengah menjadikan kota mandiri Grand Wisata Bekasi layaknya kota mandiri BSD
Keriang Hill Resort Staycation Rasa Macam Duduk Rumah Kampung Sendiri

Keriang Hill Resort Staycation Rasa Macam Duduk Rumah Kampung Sendiri

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 408 hits
Keriang Hill Resort Staycation Rasa Macam Duduk Rumah Kampung Sendiri Hi korang Lama nau tak update Rindu nak update tetapi idea asyik tenggelam tak timbul timbul jer Hihi Alang alang tengah ada idea ni moh ler kita update tentang penginapa...
Bilut Hills Homestay Yang Menenangkan Untuk Staycation Hujung Minggu

Bilut Hills Homestay Yang Menenangkan Untuk Staycation Hujung Minggu

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 373 hits
Penat bekerja seminggu dan ingin release stress jauh dari kesibukan bandar Ingin menyorok menjauhkan diri dari manusia lain Tak perlu risau Rileklah nak share satu lokasi homestay yang dekat dengan nature di Bentong Pahang Homestay yang dim...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas