71 Port Geng Plastik Hitam Dikenal Pasti Di Kedah


 

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) mempergiatkan pemantauan di 71 restoran dan kedai makan di negeri ini yang dikenal pasti sering dikunjungi kaki ‘ponteng puasa’ pada bulan Ramadan.


Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia negeri Datuk Najmi Ahmad berkata sebanyak 200 anggota dan pegawai penguat kuasa JHEAIK akan melakukan penguatkuasaan bagi mengambil tindakan ke atas individu dan peniaga yang terlibat.


“Kebiasaannya, orang yang menjalankan perniagaan semasa bulan puasa ini adalah orang yang sama setiap tahun dan mungkin sudah menjadi tabiat mereka setiap kali menjelang Ramadan (menjual makanan dan minuman kepada individu yang tidak berpuasa).


“Bagi memastikan perkara ini tidak berlaku, pegawai dan anggota penguat kuasa JHEAIK akan memantau kegiatan di kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi golongan tidak berpuasa dari semasa ke semasa,” katanya pada sidang di Alor Setar hari ini.



Beliau berkata pemantauan turut dibuat ke atas premis makanan milik orang bukan Islam kerana ada peniaga Islam yang dikesan meletakkan makanan dan minuman untuk dijual kepada mereka yang tidak berpuasa di situ bagi mengaburi pihak penguat kuasa.


Najmi berkata bagi peniaga makanan yang beroperasi pada waktu tidak munasabah sepanjang Ramadan ini, pihak berkuasa tempatan akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peraturan ditetapkan.


“Waktu munasabah untuk menjual makanan pada bulan puasa adalah bermula 3 atau 4 petang dan kalau ada kedai yang menjual nasi campur pukul 10 pagi, itu memang tidak logik sama sekali,” katanya.


Dalam pada itu, beliau turut menyeru umat Islam di negeri ini supaya tidak terlibat dalam sebarang aktiviti perjudian dan berharap masyarakat dapat menyalurkan kepada pihak polis sekiranya mempunyai maklumat berkaitan perkara berkenaan agar tindakan sewajarnya dapat diambil.


Sementara itu di IPOH, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah mengesan sekurang-kurangnya tiga lokasi utama “geng plastik hitam” di bandar raya ini yang bakal digunakan sesetengah pihak untuk memonteng puasa sewaktu bulan Ramadan yang dijadual bermula Selasa ini .


Pengarah JAIPk Datuk Mohd Yusop Husin berkata pihaknya telah bersiap sedia dengan penglibatan 100 orang penguat kuasa untuk menyerbu lokasi berkenaan sekali gus menahan sesetengah pihak yang memonteng puasa dengan pelbagai alasan yang diberikan.


“Kadang-kadang individu geng plastik hitam ini akan memberi alasan kononnya membeli makanan untuk orang lain, keuzuran atau menjaga mak yang sakit (sebelum curi-curi makan).


Kebiasaannya, kita akan menasihatkan mereka terlebih dahulu kerana alasan yang paling popular digunakan ialah lapar dan ketagih rokok. Namun demikian, tindakan yang lebih tegas akan diambil sekiranya mereka ditahan kerana ponteng puasa," katanya selepas menyampaikan pakaian seragam sekolah kepada 100 murid dari keluarga B40 dalam satu program hari ini.


Menurutnya, mana-mana individu yang didapati bersalah boleh ditahan dan dikenakan denda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya jika didapati bersalah makan dan minum di khalayak ramai sepanjang Ramadan nanti.  


- Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2021/04/71-port-geng-plastik-hitam-dikenal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Geng Plastik Hitam Saya Puasalah Bell Ngasri

Geng Plastik Hitam Saya Puasalah Bell Ngasri

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 597 hits
KUALA LUMPUR Sering sahaja dikaitkan dengan gelaran geng plastik hitam setiap kali menjelang Ramadhan pelakon dan pelawak popular Bell Ngasri 40 tidak tersinggung dirinya menjadi bahan jenaka orang menerusi watak Barkoba dan Ngasri dalam dr...
Bermula Sebagai Jenaka Lokasi Popular Geng Plastik Hitam Akhirnya Diserbu Jabatan Agama Islam Perak

Bermula Sebagai Jenaka Lokasi Popular Geng Plastik Hitam Akhirnya Diserbu Jabatan Agama Islam Perak

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 431 hits
Setiap kali memasuki bulan puasa atau Ramadan pastinya telefilem arahan Mamat Khalid akan menemani kita Bermula dengan 15 Puasa sehinggalah kepada telefilem terbaru pada tahun ini iaitu 18 Puasa di Kampong Pisang Telefilem yang mengisahkan ...
Datuk Seri Nicky Terlepas Sebab Maklumat Operasi Bocor Pegawai Terlibat Dikenal Pasti Ayob Khan

Datuk Seri Nicky Terlepas Sebab Maklumat Operasi Bocor Pegawai Terlibat Dikenal Pasti Ayob Khan

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 251 hits
Oleh Ayob Khan menunjukkan gambar suspek Datuk Seri Nicky Liow yang sedang diburu Gambar FB Polis Johor KETUA Polis Johor Datuk Ayob Khan Ali Pitchay berkata beliau tidak akan melepaskan anggota atau pegawai polis yang bersekongkol dengan D...
Geng Plastik Ija Kekalkan Kebersihan Pantai Terengganu

Geng Plastik Ija Kekalkan Kebersihan Pantai Terengganu

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 138 hits
BH ONLINE Sukarelawan Geng Plastik Ija membawa sampah yang dikumpul ketika ditemui di Pantai Pandak Kuala Terengganu Foto BERNAMA KUALA TERENGGANU Keindahan kawasan pantai sepanjang 244 kilometer di Terengganu yang berlatarbelakangkan kepul...
Kenal Pasti Punca Kemajuan Singapura

Kenal Pasti Punca Kemajuan Singapura

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 361 hits
SAYA tertarik dengan artikel dalam kolum PM Tepi bertajuk Sakitnya tanah rizab Melayu yang disiarkan dalam ruangan Rencana Utusan Malaysia pada 1 Februari lalu Walaupun telah lama disiarkan saya rasa masih relevan untuk disentuh mengenai ar...
Maklumat Tentang Bernafas Yang Pasti Akan Membuatkan Anda Terkejut Bila Membacanya

Maklumat Tentang Bernafas Yang Pasti Akan Membuatkan Anda Terkejut Bila Membacanya

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 206 hits
Ada sekali dalam grup wasap seorang kawan kongsikan video lawak Dalam video tu kelihatan seorang lelaki tua yang nampak masih sihat dan tegap tubuh badanya sedang duduk atas pangkin Badannya tak kurus dan tak gemuk Kalau tengok secara kasar...
Tanamkan Dalam Fikiran Anak Autisme Normal Ini Tip Ujian Kenal Pasti Anak Ada Masalah Autisme

Tanamkan Dalam Fikiran Anak Autisme Normal Ini Tip Ujian Kenal Pasti Anak Ada Masalah Autisme

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 361 hits
Anak anak yang mengalami masalah autisme bukan kerana salah mak ayah Ia satu kurniaan Allah SWT Maka raikanlah mereka dengan layanan seikhlas mungkin buat anak dan keluarganya Perkongsian oleh mengenai ujian yang dilakukan untuk mengenal pa...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast

Rasuah Haram Hindarinya

Kitshafiq Rumah Tanpa Pintu Chord

Pyanhabib Kisah Sepotong Telur Dadar Dan Gulai Nangka Bulan Ramadan

Confirmed Ram Will Produce A Mid Size Pickup Truck In 2027

Breaking News Citroen May Reintroduce The 2cv