Ketahui Lima Kepentingan Gigi Susu Menurut Dr Yuliana Ayob Nombor 5 Melucukan
Apa kepentingan gigi susu? Ini dia lima kepentingan gigi susu menurut seorang doktor gigi, Dr. Yuliana Ayob yang dikongsikan melalui laman facebooknya Dr. Yuliana Ayob
Kepada ibu-ibu dan bapa-bapa, sila baca kepentingan gigi susu dibawah yang dikongsikan dengan begitu santai oleh Dr. Yuliana
GAMBAR hiasan
"Abang, tengoklah gigi anak kita. Makin kuning. Ada yang dah nampak macam berlubang!"
"Ish awak ni, gigi susu jek. Tak perlulah risau sangat. Nanti gigi tu longgar, ganti gigi baru."
Abang-abang,Kakak-kakak,Bapak-bapak,Mak-mak,
Meh sini saya nak habaq sikit..sikit je nak habaq..hangpa tau ka pasai pa gigi susu ni penting
Kepentingan gigi susu
1. Gigi susu ni, dia penting utk 'trigger' atau 'push' gigi kekal keluar. Contohnya, kalau gigi susu anak terpaksa dicabut awal (kerana berlubang besar-sakit), makanya ia mungkin membantutkan pengeluaran gigi kekal
2. Apa jadi bila gigi kekal lambat keluar? Itu pasai hang boleh nampak bila anak dah naik sekolah menengah, gigi dia berterabur, tak tersusun. Boleh jadi puncanya daripada gigi susu yang tak cun 'timing' tu. Senang cerita, gigi susu menyediakan ruang untuk gigi kekal tumbuh pada tempatnya
3. Anak mak pak bergantung kepada gigi susu sekurang-kurangnya enam tahun pertama dalam hidup dia (sebelum gigi kekal mula tumbuh). Cuba mak pak bayangkan, jika anak mengadu kesakitan, tak dapat makan, tak dapat tidur, demam, masuk hospital. Kesian ke tak kesian
4. Gigi susu ni bukan nak pakai sampai umoq enam tahun ja...sampai dua belas tahun! Pada usia ni, dalam mulut anak mak pak masih ada kombinasi gigi susu dan kekal. Lama kan nak pakai
5. Kalau anak mak pak tak dak gigi, kemungkinan percakapan pun boleh terganggu. Macam mana depa nak sebut huruf-huruf tertentu. Pelat bunyinya. Pasai pa? Tak dak gigi
Gigi susu. FOTO: Google Images
Penting ke tak penting gigi susu? Kalau penting, tolong ya tengok-tengok sikit gigi anak tu. Walaupun mak pak semua sibuk, sekurang-kurangnya bawa pi klinik sekali setiap enam bulan untuk pemeriksaan
Dr. Yuliana
Share artikel ini kepada rakan anda
Sharing is Caring
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sayakata.com/2018/11/ketahui-lima-kepentingan-gigi-susu.html