Ketahui 12 Tips Ini Untuk Menghasilkan Biskut Yang Sedap


Ketahui 12 Tips Ini Untuk Menghasilkan Biskut Yang Sedap | Salam semua, sebut sahaja tentang biskut. Ada penyediaan nak buat biskut ni mudah dan ada yang susah. Ada setengah biskut bila makan gebu cair dan ada setengah biskut bila makan rangup. Ke semuanya bergantung kepada bahan yang digunakan. Lagi sekali nak tekankan, nak sedap ke tak ?. Kalau nak sedap gunalah bahan yang berkualiti untuk menghasilkan biskut pun yang sedap bila kita makan kan.


Tapi, tahu tak semua nak hasilkan biskut yang sedap ada petua dan tips tertentu yang boleh kita ikut.
Kepada sesiapa yang berjinak - jinak nak  buat biskut, jom sis kongsikan tips untuk membuat biskut yang sedap. Sis sendiri akui mengalami masalah yang sama terutamanya dari segi doh terlebih lembik

Kalau tengok bonda sis buat biskut masa zaman kanak - kanak dulu bonda tambah tepung tapi tambah tepung seperti tepung jagung. Itulah yang sis buat sampai sekarang. Semoga tips ini dapat membantu. Info ini diambil dari dapur Kak Wan. Sis banyak belajar tentang tips nak buat biskut dan kek di blog Kak Wan. Seorang yang tak kedekut ilmu.

Membuat biskut tidaklah begitu rumit, ikutlah  sukatan dan cara yang betul jika tersalah adunan pun masih lagi boleh di perbaiki jika terlebih tepung tambahkan mentega dan jika terlebih mentega pula tambahkan saja tepung mengikut keperluan.

 Tips Penting Untuk Menghasilkan Biskut Yang Sedap
1. Mentega
Bahan asas utama dalam membuat biskut mestilah mentega. Sebaiknya gunalah mentega asli seperti Tatura Butter, SCS, Anchor dan jenama yang tertulis "Pure Butter" atau lepa susu seperti Buttercup.  Menggunakan majerin memberi rasa yang masin dan kurang enak, selain itu biskut cepat berbau hamis.
2. Kekacang 



Sekiranya adunan biskut yang ingin dimasukkan dengan kekacang seperti almond, hazelnut, kacang tanah mestilah di bakar terlebih dahulu atau di goreng tanpa minyak. Dengan cara ini biskut lebih rangup dan tahan lebih lama. Bagi kekacang seperti walnut, pecan, pistachio,macadamia tak perlu di bakar kerana kekacang jenis ini agak berminyak apabila di bakar.  Boleh terus di campurkan ke dalam adunan biskut. 
3. Menggaul dan menguli adunan
Untuk mendapat hasil yang baik, biarkan mentega dan telur pada suhu bilik. Jangan pukul mentega dan gula berlebihan, cukup hingga berkrim sahaja (apabila mentega bertukar warna lebih cerah).  Terlebih pukul menyebabkan adunan menjadi lembut dan biskut mengembang apabila di bakar.Seeloknya, tepung dan bahan-bahan kering di letakkan dalam satu mangkuk besar berasingan.  Apabila siap memukul mentega, masukkan ke dalam bahan-bahan kering tadi dan gaul  ringan menggunakan tangan hingga menjadi doh.

Betul tu, sepanjang sis try dan error dalam buat biskut, belajar dari kesilapan kan. Nak terlebih pukul untuk adunan biskut ni tak boleh nanti, biskut kembang selepas bakar tak cantik. 



4. Merehatkan adunan
Apabila adunan biskut telah siap, simpan dulu di dalam peti sejuk sekurang-kurang 3-4 jam atau semalaman. Dengan cara ini menjadikan biskut lebih rangup. Setelah dikeluarkan dari peti sejuk adunan mungkin agak kering sedikit tetapi jangan risau, tambahkan sedikit mentega dan uli semula hingga lembut.
5.  Lain- lain bahan untuk merangupkan biskut 

Tahu tak yang tepung jagung, tepung kastard, tepung ubi, tepung kentang juga memainkan peranan dalam merangupkan biskut, jika ingin menambahkan tepung-tepung ini kurangkan sukatan pada tepung gandum. Serbuk Emplex dan Crisco (lemak sayuran,shortening) juga berfungsi merangupkan biskut tetapi jangan guna terlalu banyak, ikut sukatan pada resipi.
6. Adunan yang menggunakan bijirin 
Bagi adunan yang menggunakan bijirin seperti oats, nestum, cornflakes, wheat,  adunannya  mestilah lembut kerana bijirin ini akan menyerap lelemak dan akan mengeras setelah di rehatkan, menambahkan tepung boleh menjadikan adunan bijirin menjadi keras. Terlebih tepung, boleh jadi punca biskut menjadi keras. 


7.   Adunan yang menggunakan nozzle 

Adunan yang menggunakan nozzle mestilah lembut dan senang di picit.  Gunakan piping bag yang tebal dan muncung nozzle yang sesuai untuk menekan adunan keluar.  Hanya adunan yang lembut dan kosong, tidak bercampur kekacang, kismis dan bahan lain yang mudah di picit keluar.
8. Dulang pembakar 
Guna dulang pembakar dengan tepinya yang rendah untuk memudahkan aliran haba dari oven ke atas biskut.


9. Menguji biskut
Untuk menguji biskut sama ada telah masak atau tidak, tolak biskut dengan garpu dan jika boleh bergerak, tidak melekat di dulang pembakar dan tidak pecah bolehlah di angkat, biskut agak lembik apabila baru di keluarkan dari oven tetapi akan mengeras dan ranggup apabila telah sejuk.
10. Cara menyimpan biskut

Biarkan biskut betul-betul telah sejuk, baru di masukkan ke dalam bekas kedap udara, biskut juga boleh di bekukan di tempat freezer dengan membalutnya dengan aluminium foil dan menyimpannya dalam bekas kedap udara. Apabila hendak di gunakan lembutkan dahulu pada suhu bilik dan bakar semula selama 5-8 minit.

Jangan menyimpan biskut yang berlainan dalam satu bekas kerana biskut akan menyerap antara satu dengan yang lain.  Guna satu jenis untuk satu bekas. Jika biskut menjadi lembut, bakar semula pada suhu 150C selama 5-8 minit.
11.  Jangka hayat biskut 

Biskut tanpa pengawet boleh bertahan selama 3 bulan. Biskut yang menggunakan pengawit seperti Potasium Sorbate dan Sodium Benzoil boleh tahan sehingga setahun.


12. Penggunaan pengawet dalam resepi 
Sukatan pengawet bergantung kepada berat bahan dalam resipi.  Setiap Kg bahan guna hanya 10 miligram pengawet atau secubit saja. Penggunaan yang tidak betul dan berlebihan boleh memudaratkan kesihatan. Bagi peniaga atau pengilang, biasanya mereka meletakkan pengawet untuk memastikan produk lebih tahan lama. 
Sekiranya produk tersebut di jual dalam tempoh kurang dari jangka hayat biskut atau untuk kegunaan sendiri, tidak perlulah di masukkan bahan pengawet.  Pengawet di masukkan sekirannya kuantiti produk yang dihasilkan banyak dan di jual melebihi tempoh jangka hayat.
Sebagai alternatif, anda boleh menggunakan oxygen absorber dan anti mold sticker (anti kulat) yang boleh di dapati di kedai bekalan bakery. Oxygen absorber biasa di jual dalam bentuk pack kecil dan anti kulat  dalam bentuk sticker atau kepingan. Ia akan di letak dalam bungkusan atau bekas yang mengandungi bahan mentah atau produk yang telah siap.
Itu lah saja 12 tips untuk menghasilkan biskut yang sedap. InsyaAllah ikut tips ini, biskut akan sedap. Nak hasilkan biskut yang sedap, kena ambil kira dari bahan asas sehinggalah penyediaannya macam mana. Salah pilih atau penyediaan tak betul, rasa dan tekstur biskut pun akan lari. 

Terima kasih sudi baca dan jemput follow blog ini ya. 
Baca sini : 5 Tips Untuk Potongan Kek Batik Kemas Dan Cantik Baca sini : 15 Tips Penting Untuk Yang Baru Belajar Nak Buat Kek Baca sini : Petua Mudah Untuk Menyimpan Daun Limau Purut



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2019/12/tips-untuk-biskut-yang-sedap-dan-rangup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biskut Bipang

Biskut Bipang

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 356 hits
Korang pernah makan Bipang Kjee panggil biskut kacang sebelum tahu nama sebenarnya Tak pernah buat dan tak pernah terbayang akan buat Tetapi apabila UnclePali beli satu peket kat Hero Market tetiba tergerak nak terai buat Eh susah nak buat ...
Cara Buat Dan Masak Resepi Mee Goreng Basah Sedap Dan Mudah

Cara Buat Dan Masak Resepi Mee Goreng Basah Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 802 hits
Cara Buat Dan Masak Resepi Mee Goreng Basah Sedap Dan Mudah Berikut dikongsikan panduan dan langkah satu per satu untuk menyediakan yang diperkatakan ini semoga ianya mudah untuk difahami dan senang dipelajari Olahan Cik Puan Hajar Cara Bua...
Biskut Gula Icing

Biskut Gula Icing

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 507 hits
Biskut gula icing ni mengingatkan nostalgia kenangan lama zaman budak budak dulu Mari kita back to 90 s Ke sebelum tu dah ada biskut gula icing ni ye Sebenarnya tak berapa pasti nama sebenar biskut gula icing ni Ada juga orang panggil bisku...
Lelaki Dipenjara Gara Gara Makan Biskut Tanpa Izin

Lelaki Dipenjara Gara Gara Makan Biskut Tanpa Izin

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 437 hits
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan selepas ditangkap kerana makan biskut tanpa izin Ketika kejadian Gregory Fields 42 dari San Francisco yang merupakan pesalah bagi pertuduhan vandalisme 2017 sedang menghidangkan maka...
Jerryrigeverything Dbrand Bekerjasama Menghasilkan Pelekat Vinil Teardown Yang Menjadikan Peranti Lutsinar

Jerryrigeverything Dbrand Bekerjasama Menghasilkan Pelekat Vinil Teardown Yang Menjadikan Peranti Lutsinar

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 307 hits
Zack Nelson dari saluran YouTube JerryRigEverything telah mempopularkan peranti dengan rekaan panel belakang lutsinar HTC dan Xiaomi turut memperkenalkan peranti mercu mereka dengan panel belakang yang lutsinar Bagi peranti lain pula setiap...
Tempat Makan Sedap Di Kota Samarahan Kuching Sarawak

Tempat Makan Sedap Di Kota Samarahan Kuching Sarawak

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 1593 hits
Tempat Makan Sedap Di Kota Samarahan Kuching Sarawak Assalamualaikum hai Salam hujung minggu semua Dah lama sebenarnya terperam dalam draf dashboard Baru harini terperasan Huhu Encik suami sebenarnya berasal dari Samarahan So bila cuti je C...
Cara Buat Popcorn Karamel Sedap Dan Manis

Cara Buat Popcorn Karamel Sedap Dan Manis

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 584 hits
Cara Buat Popcorn Karamel Bahan bahan popcorn Jagung kering Minyak masak marjerin Bahan bahan karamel Gula kastor gula perang Butter Marjerin Garam Light Corn Syrup Baking Soda Cara Panaskan kuali atau periuk bertutup masukkan 2 sudu besar ...
Resepi Donut Kentang Yang Mudah Sedap Lembut Dan Menjadi Gebu

Resepi Donut Kentang Yang Mudah Sedap Lembut Dan Menjadi Gebu

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 982 hits
As Salam Resepi Donut Kentang Yang Mudah Sedap Lembut Dan Menjadi Gebu Bersyukur dengan cuti sekolah yang sedang saya nikmati moment yang paling saya suka ialah apabila saya boleh 24 jam dalam rumah sendiri dan boleh buat apa sahaja yang sa...
Pulut Wajik Aka Pulut Kacau Utara Yang Sangat Sedap

Pulut Wajik Aka Pulut Kacau Utara Yang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 962 hits
Kuliah Maghrib Surau Ad Dhuha oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Ikhwan bin Ali berkenaan Penawar bagi Hati bab fungsi lidah Kebanyakan dosa adalah datangnya dari lidah dari perkataan yang keluar dari mulut Menyebut engkau akan saudara engkau yang j...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon