Cara Buat Dan Masak Resepi Mee Goreng Basah Sedap Dan Mudah
Cara Buat Dan Masak Resepi Mee Goreng Basah Sedap Dan Mudah. Berikut dikongsikan panduan dan langkah satu per satu untuk menyediakan resepi yang diperkatakan ini. semoga ianya mudah untuk difahami dan senang dipelajari. Olahan Cik Puan Hajar..
Cara Buat Dan Masak Resepi Mee Goreng Basah Sedap Dan Mudah
Berikut dikongsikan cara menyediakan Resepi Mee Goreng Basah untuk memudahkan anda memahami resepi tersebut..
Bahan bahan
1 pack mee kuning
isi ayam potong kecil ( ambil bhagian kepak,peha n campur sikit dada)
daun kucai
1 biji buah tomato – potong kasar
8-9 ulas bawang putih – ditumbuk
segenggam cili kering ( potong , rendam , kisar (time kisar letak air lebih sikit)
kicap manis mudim
1 sudu besar Garam
5 sudu besar gula
5 sudu besar Minyak masak
Cara Buat Dan Masak Resepi Mee Goreng Basah Sedap Dan Mudah
Langkah 1
Tumis bawang putih yang ditumbuk sehingga wangi, selepas itu masukkan ayam. Goreng sekejab bagi isi ayam nampak putih.
Langkah 2
Selepas itu masukkan cili kering yg dkisar tadi, masuk gula ,garam dan kicap. Nak bagi warna cantik kicap jangan kedekut sangat.
Langkah 3
Tunggu sampai mendidih dan campuran bahan tadi seakan-akan pekat. Rasa sikit samada okey atau sebaliknya. Ngam dengan selera, masukkan mee dan gaul sebati.
Langkah 4
Sampai kuah agak2 nak kering, boleh masukkan tomato dan daun kucai yang dah di potong.
Langkah 5
Gaul dalam 2 minit, tutup api dan siap
p/s… jangan sampai kuah kering..
Resepi Lain > Cara Buat Dan Masak Resepi Roti Goreng Kelantan (Pau Goreng)
Semoga anda mendapat manfaat dengan resepi yang dikongsikan ini..
The post Cara Buat Dan Masak Resepi Mee Goreng Basah Sedap Dan Mudah appeared first on Eresepi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://eresepi.net/2019/12/16/cara-buat-dan-masak-resepi-mee-goreng-basah-sedap-dan-mudah/