Kesilapan Biasa Orang Buat Bila Melawat Bayi Baru Lahir Jangan Sampai Ibu Dan Bayi Stres


Dengar sahaja berita kelahiran sama ada ahli keluarga atau rakan, setiap daripada kita mesti teruja untuk melawat bayi baru lahir.
Walaubagaimanapun, kita perlu tahu bayi yang baru lahir amat sensitif kerana mereka sedang membiasakan diri kepada dunia baru yang sangat berbeza daripada keadaan dalam rahim.
Selain adab melawat bayi baru lahir, banyak lagi faktor yang melibatkan kesihatan serta keadaan emosi ibu atau keluarga yang perlu dipertimbangkan.

Antara kesalahan yang biasa orang buat bila melawat baby baru lahir yang dikongsikan di Facebook Akhtar Syamir adalah:
1. Datang melawat masa diri sendiri sedang tak sihat, dengan batuknya, demamnya, selesema lagi. Baby ni punya antibodi tak sama macam orang besar, bukan kuat mana pun. Bahaya kalau berjangkit.
2. Ambil gambar anak tanpa izin. Siap pakai flash lagi. Terkebil-kebil anak terkejut. Lepas tu siap upload kat media sosial terus. Mak ayah sendiri pun tak upload gambar anak lagi, dia yang rasmi dulu. Seronok tak bertempat.
3. Pegang-pegang, dukung-dukung baby. Tangan bersih tak bersih pun kita tak tahu. Entah-entah baru lepas buang sampah ke, berkebun ke, buang air besar ke. Lepas tu siap cium-cium lagi. Siap cakap sedapnya bau baby. Kat mulut dengan tangan kita ni banyak sangat bakteria, sangatlah bahaya kat bayi. Harap faham.

4. Datang melawat, tapi duduknya lama sungguh. Sampai orang lain dah datang dengan pergi pun dia ada lagi. Kesian kat mak baby nak rehat ke, nak tidur ke. Jadi penat pulak melayan awak bercerita, bergosip bagai. Nak menyusu baby pun naik segan. Boleh pulak cakap “ala serupa je kita punya pun”. Awak tu tak segan takpelah, padahal aurat jugak tu.
5. Asyik-asyik komen anak kecik la, anak besar la, kulit gelap la, cerah tak macam bapak dia la, hidung kemek la, tak ikut mak dia la. Baby ni baru keluar berapa hari dah kena kecam. Sedih la..
6. Bising nama anak yang kita bagi tu tak sedap, kenapa tak bagi nama yang dia suka? Hahaha..
7. Bercakap punya la kuat. Baby baru nak tidur terus cerah mata saiz sepuluh sebab terkejut. Gelak pun serupa nak makan orang.
8. Mengajar macam-macam petua. Itu tak boleh, ini tak boleh. Itu salah, ini salah. Duduk bersimpuh tak boleh, melunjur tak boleh. Maknye pun jadi tekanan dibuatnya. Semua nak ikut cara dia. Dia je yang betul. Dia je yang hebat.

9. Melawat bawa anak buas yang amat. Anaknye pun tak dilarang usik barang orang, barang baby. Maknye dah susun elok senang nak capai, habis dialih-alihnye. Bila tegur, kita pulak kena sound “biasalah budak-budak, nanti baby ni besar taulah macam mana”. Payahh..
10. Khas untuk kaki merokok. Janganlah nak menyibuk pegang baby. Beribu benda tak elok kat jari jemari dengan mulut tu. Tak sayang nyawa sendiri takpe, jangan bahayakan nyawa anak orang lain.
11. Tanya bersalin kat mana, lepas tu canang dia bersalin kat hospital swasta. “Murah je” katenye.

12. Membanding-bandingkan kesakitan bersalin. Dia je yang paling sakit, orang lain tak sakit. Dia je yang kena gunting, dia je yang operate, dia je yang normal, dia je yang susah 24 jam dalam labour room. Aduh..
Bukan tak bagi melawat sebenarnya. Cuma nak bagi faham kesalahan-kesalahan atau benda yang selama ini kita tak sedar, tapi kita buat. Ini pun salah satu punca ibu boleh stress tau.
Semoga dapat memberi manfaat kepada bakal pengunjung ibu dan anak yang baru lahir ni. Silakan kongsi maklumat ini supaya tiada lagi ibu-ibu stress bila orang datang berkunjung tanpa adab.
Jangan lupa bawak hadiah. Kalau tak bawak pun hulur la sikit untuk baby. Boleh bantu beli-beli pampers nanti. Hehe..
Anda setuju tak?
Penulisan ini diilhamkan dari Faraascha Nunu setelah diolah dan dialihbahasakan dari bahasa Kelantan.
Sumber: Akhtar Syamir
The post Kesilapan Biasa Orang Buat Bila Melawat Bayi Baru Lahir. Jangan Sampai Ibu Dan Bayi Stres appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kesilapan-biasa-orang-buat-bila-melawat-bayi-baru-lahir-jangan-sampai-ibu-dan-bayi-stres/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Waktu Terbaik Memberi Nama Kepada Bayi Yang Baru Lahir

Waktu Terbaik Memberi Nama Kepada Bayi Yang Baru Lahir

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 339 hits
Soalan Saya baru sahaja dikurniakan cahaya mata Bilakah waktu yang sesuai untuk saya menamakan anak saya yang baru lahir ini Saya ada terdengar elok dinamakan pada hari yang hendak dilaksanakan aqiqah ada juga yang mengatakan selepas seming...
Menjenguk Bayi Baru Lahir Ada Aturannya Lo Biar Si Bayi Dan Ibunya Tetap Nyaman

Menjenguk Bayi Baru Lahir Ada Aturannya Lo Biar Si Bayi Dan Ibunya Tetap Nyaman

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 232 hits
Pasti sering gemas lihat bayi baru lahir kan Jadi ingin ngapa ngapain bayinya Eits tapi nggak boleh
Begini Cara Sederhana Untuk Tes Pendengaran Bayi Yang Baru Lahir

Begini Cara Sederhana Untuk Tes Pendengaran Bayi Yang Baru Lahir

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 314 hits
Pada bayi yang baru lahir orangtua bisa mengetes dan mengobservasi pendengaran yang mereka miliki Untuk mengetes hal ini caranya adalah dengan melihat refleks bayi ketika mendengar suara keras yang disebut refleks moro
Bayi Breastmilk Jaundice Kuning Lambat Turun Teruskan Susu Ibu Jangan Panik Bagi Susu Formula

Bayi Breastmilk Jaundice Kuning Lambat Turun Teruskan Susu Ibu Jangan Panik Bagi Susu Formula

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 627 hits
Breastmilk jaundice atau kuning kerana susu ibu terus susukan dengan susu ibu Jangan panik terikut cadangan orang lain untuk tukar ke susu formula Perkongsian Pakar Pediatrik ini memberikan panduan kepada ibu bapa yang baru menyambut cahaya...
Bocoran Jadwal Tidur Minum Asi Dan Ganti Popok Untuk Bayi Berusia 1 4 Minggu Calon Ibu Wajib Tahu

Bocoran Jadwal Tidur Minum Asi Dan Ganti Popok Untuk Bayi Berusia 1 4 Minggu Calon Ibu Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 352 hits
Jangan bingung apalagi panik baca dulu sontekan jadwal tidur pup dan mimik ASI bayi di masa awal hidupnya ini Meski lelah jangan lupa bahagia ya Mama
Ajaibnya Bayi Lahir Dengan Usus Diluar Perut 5 Bulan Di Hospital Kini Masih Survive

Ajaibnya Bayi Lahir Dengan Usus Diluar Perut 5 Bulan Di Hospital Kini Masih Survive

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 699 hits
Ujian imbasan menunjukkan sesuatu abnormal tetapi bayi ini lahir dan berkembang dengan sihat Dilahirkan dengan usus diluar perut dia terus bertahan dan hidup hingga kini Mustahil tetapi benar Lily Rae Lawrence dari Sheffield South Yorkshire...
Seorang Ibu Mendadak Melahirkan Bayi Perempuan Di Pasar Bogor

Seorang Ibu Mendadak Melahirkan Bayi Perempuan Di Pasar Bogor

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 254 hits
Seorang ibu mendadak melahirkan ketika sedang berada di Pasar Bogor Kota Bogor Jawa Barat Rabu Sejumlah pengunjung pasar pun kaget melihat kejadian itu
Kelahiran Pengaruhi Bentuk Kepala Bayi Bulat Atau Sedikit Lonjong Mama Jangan Risau

Kelahiran Pengaruhi Bentuk Kepala Bayi Bulat Atau Sedikit Lonjong Mama Jangan Risau

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 703 hits
Apabila melihat bayi baru lahir tentu anda pernah tertanya tanya mengapa bentuk kepala bayi semuanya berbeza Ada yang berbentuk bulat dan ada yang lonjong Benarkah proses bersalin mempengaruhi bentuk kepala bayi Sememangnya bentuk kepala ba...
Bayi Tak Boleh Berpisah Dengan Ibu Ayah Atau Penjaga

Bayi Tak Boleh Berpisah Dengan Ibu Ayah Atau Penjaga

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 526 hits
Apa nak buat Situasi bayi tak boleh berpisah dengan ibu ayah ni memang agak berat sikit nak dihadapi Selalunya perkara ini berlaku apabila bayi dah mula kenal orang Boleh terjadi seawal usia 7 bulan Keadaan paling kritikal adalah di antara ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall