Waktu Terbaik Memberi Nama Kepada Bayi Yang Baru Lahir



Soalan:
Saya baru sahaja dikurniakan cahaya mata. Bilakah waktu yang sesuai untuk saya menamakan anak saya yang baru lahir ini? Saya ada terdengar, elok dinamakan pada hari yang hendak dilaksanakan aqiqah, ada juga yang mengatakan selepas seminggu. Mohon penjelasan.

Jawapan:
Mengenai waktu yang sesuai untuk memberikan nama kepada anak, para ulama’ bersepakat bahawa harus diberikan nama kepada bayi yang baru lahir pada bila-bila masa sahaja selepas bayi tersebut dilahirkan. Tiada waktu tertentu yang dilarang untuk memberikan nama kepada bayi yang telah dilahirkan. [Rujuk Mughni al-Muhtaj (4/294), al-Majmuk Syarh al-Muhazzab (8/435), Hasyiyah ibn ‘Abidin (5/213), Mawahib al-Jalil fi Syarh Mukhtasar al-Khalil (3/256), Kasyaf al-Qina’ (3/25), Tuhfat al-Maudud bi Ahkam al-Maulud (hlm.71)]

Namun begitu, para ulama’ berbeza pandangan mengenai waktu yang disunatkan untuk memberikan nama kepada anak yang baru dilahirkan kepada tiga pendapat, iaitu:

Pendapat Pertama

Sunat diberikan nama kepada anak yang baru dilahirkan pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya. Ini adalah pendapat jumhur (majoriti) ulama’-ulama’ dalam mazhab asy-Syafi’e, Hanafi, Maliki dan Hanbali. [Rujuk Mughni al-Muhtaj (4/294), Hasyiyah ibn ‘Abidin (5/213), al-Tamhid (4/320), Hasyiyah ar-Raudh al-Murbi’ Syarh Zad al-Mustaqni’ (4/245-246)]

Mereka berhujah dengan beberapa hadith Nabi SAW, antaranya:

أنَّ النبيَّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم أَمَر بِتَسمِيةِ المَولودِ يومَ سابِعِه
“Sesungguhnya Nabi SAW memerintahkan untuk memberikan nama kepada bayi yang baru dilahirkan pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya.” [Riwayat al-Tirmidzi (2832)]

قالت عائشة رضي الله عنها: عقَّ رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم عن حسَن وحُسين يومَ السَّابعِ وسمَّاهما
Aisyah RA telah berkata: “Nabi SAW telah melakukan aqiqah untuk Hasan dan Husain pada hari ketujuh daripada hari kelahiran mereka dan memberi nama kepada mereka berdua.” [Riwayat ibn Hibban (5311)]

Telah berkata Imam Ibn Qudamah Rahimahullah: “Jumhur (majoriti) ulama berpendapat bahawa waktu yang terbaik untuk menamakan anak adalah pada hari yang ketujuh, manakala hadith Anas bin Malik RA (وُلِدَ لي اللَّيْلَةَ غُلَامٌ، فَسَمَّيْتُهُ باسْمِ أَبِي إِبْرَاهِيمَ) pula menunjukkan bahawa harus memberikan nama pada hari kelahiran bayi, dan bukannya sunat untuk memberikan nama pada hari kelahiran bayi tersenut.” [Rujuk al-Mughni (9/356)]

Pendapat Kedua

Sunat diberikan nama kepada anak yang baru dilahirkan pada hari kelahiran anak tersebut. Ini adalah pendapat sebahagian ulama’-ulama’ dalam mazhab asy-Syafi’e dan Hanbali. [Rujuk Mughni al-Muhtaj (4/294), Fath al-Wahhab bi Syarh Minhaj at-Tullab (2/190), Kasyaf al-Qina’ (3/25)]

Mereka berhujahkan dengan dalil-dalil daripada al-Qur’an dan hadith SAW. Di antaranya ialah:

وَإِنِّي سَمَّيْتُهَا مَرْيَمَ
“Dan Aku (Allah) telah menamakannya Maryam.” [Surah Ali Imran: 36]

Dalam menafsirkan ayat ini, Imam Ibn Kathir Rahimahullah telah berkata: “Ayat ini menjadi dalil bahawa diharuskan untuk memberi nama kepada bayi yang baru dilahirkan pada hari kelahiran bayi tersebut seperti mana yang terzahir daripada konteks ayat ini.” [Lihat Tafsir al-Qur’an al-‘Azim (2/33)]

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رضي الله عنه, قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى الله عليه وسلم: وُلِدَ لي اللَّيْلَةَ غُلَامٌ، فَسَمَّيْتُهُ باسْمِ أَبِي إِبْرَاهِيمَ 
Daripada Anas bin Malik RA, Nabi SAW telah bersabda: “Aku telah dikurniakan seorang anak lelaki pada satu malam, maka aku menamakannya dengan nama bapaku, Ibrahim.” [Riwayat Muslim (2315)]

قال أبو موسى الأشعري رضي الله عنه: وُلِدَ لي غُلَامٌ فأتَيْتُ به النبيَّ صَلَّى اللَّهُ عليه وسلَّمَ فَسَمَّاهُ إبْرَاهِيمَ وَحَنَّكَهُ بتَمْرَةٍ
Abu Musa al-Ash’ari RA telah berkata: “Aku telah dikurniakan seorang anak lelaki, maka aku membawanya kepada Rasulullah SAW. Maka Baginda SAW menamakannya Ibrahim dan mentahniknya dengan sebiji kurma.” [Riwayat al-Bukhari (5467) dan Muslim (2145)]

Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani Rahimahullah telah berkata: “Pada hadith ini terdapat padanya petunjuk bahawa tahnik dilakukan selepas diberikan nama kepada bayi tersebut, maka hendaklah dipercepatkan pemberian nama kepada bayi yang baru lahir dan tidak perlu menunggu sehingga hari yang ketujuh.” [Rujuk Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari (9/588-589)]

Terdapat kisah bayi-bayi lain seperti al-Munzir bin Abu Usaid, Abdullah bin Abu Tolhah, dan Abdullah bin az-Zubair yang telah dibawakan kepada Nabi SAW dan diberikan nama pada hari kelahiran mereka.

Pendapat Ketiga

Sunat diberikan nama kepada anak yang baru dilahirkan pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya jika anak tersebut hendak dilaksanakan aqiqah untuknya pada hari ketujuh. Jika tidak, disunatkan anak tersebut diberikan nama sebelum hari yang ketujuh. Ini adalah pendapat sebahagian daripada ulama-ulama’ yang bermazhab asy-Syafi’e, Maliki dan pendapat yang dipilih oleh Imam al-Bukhari Rahimullah. [Rujuk Mawahib al-Jalil fi Syarh Mukhtasar Khalil (5/362), Hasyiyah Qalyubi dan ‘Umairah (4/256)]

Mereka berhujah bahawa hadith-hadith yang menyebut berkenaan dengan pemberian nama pada hari yang ketujuh, ia memberi makna bahawa tidak boleh melewatkannya lebih daripada hari yang ketujuh dari hari kelahiran bayi tersebut. Ini kerana jika dinamakan sebelum hari yang ketujuh, ia masih dinamakan hari yang ketujuh (مسمى يوم السابع), maka ia menepati makna hadith. Adapun selepas hari ketujuh, ia tidak lagi dinamakan sebagai hari ketujuh.

Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani Rahimahullah telah berkata: “Jika tidak berhasrat untuk melaksanakan aqiqah ke atas bayi yang dilahirkan pada hari ketujuh kelahirannya, maka tidak boleh melewatkan pemberian nama kepadanya sehingga hari ketujuh sepertimana dalam kisah Ibrahim bin Abu Musa, Abdullah bin Abu Talhah, Ibrahim anak kepada Nabi SAW dan Abdullah bin az-Zubair. Tidak ada riwayat yang mengatakan bahawa aqiqah telah dilaksanakan untuk mereka pada hari ketujuh kelahiran mereka. Oleh sebab itu, mereka diberikan nama sebelum hari yang ketujuh.” [Rujuk Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari (9/588)]

Kesimpulan

Secara umumnya, harus untuk memberikan nama kepada bayi yang baru dilahirkan pada bila-bila masa sahaja selepas kelahirannya. Tiada waktu tertentu yang dilarang untuk memberikan nama kepada bayi yang telah dilahirkan.

Imam Ibn al-Qayyim al-Jauziah Rahimahullah telah berkata: “Sesungguhnya pemberian nama pada hakikatnya adalah untuk mengenali sesuatu yang dinamakan ke atasnya. Ini kerana jika terdapat seseorang yang tidak diketahui namanya, maka tiada siapa yang dapat mengenalinya. Maka, harus untuk memberikan nama pada hari kelahirannya, atau diberikan nama pada hari ketiga daripada hari kelahirannya, atau diberikan nama pada hari aqiqahnya, atau sebelum daripada itu mahupun selepasnya. Perkara ini terdapat keluasan padanya.” [Rujuk Tuhfat al-Maudud bi Ahkam al-Maulud (hlm.111)]

Berkenaan dengan waktu yang terbaik untuk memberikan nama kepada bayi, kami cenderung untuk memilih pendapat bahawa bayi yang baru dilahirkan adalah sebaiknya diberikan nama pada hari kelahirannya. Hari ketujuh pula boleh dijadikan hari pengisytiharan nama bayi tersebut kepada sanak-saudara dan orang lain, dan ia sangat bersesuaian jika pada hari tersebut juga diadakan majlis aqiqah untuk bayi tersebut.

Kami menyeru agar dapat dihidupkan sunnah-sunnah Nabi SAW yang berkaitan dengan bayi yang baru dilahirkan. Bermula dengan adab menyambut kelahiran bayi, memberi nama, mentahnik, membuang kotoran (mencukur rambut), bersedekah sehinggalah mengadakan aqiqah. Semua sunnah ini sangatlah dituntut untuk diamalkan dan dihidupkan dalam masyarakat.

Semoga Allah SWT memberikan kita kebaikan dan kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya seterusnya memberikan kekuatan kepada kita untuk mengamalkannya. Amiin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/03/waktu-terbaik-memberi-nama-kepada-bayi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menjenguk Bayi Baru Lahir Ada Aturannya Lo Biar Si Bayi Dan Ibunya Tetap Nyaman

Menjenguk Bayi Baru Lahir Ada Aturannya Lo Biar Si Bayi Dan Ibunya Tetap Nyaman

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 243 hits
Pasti sering gemas lihat bayi baru lahir kan Jadi ingin ngapa ngapain bayinya Eits tapi nggak boleh
Begini Cara Sederhana Untuk Tes Pendengaran Bayi Yang Baru Lahir

Begini Cara Sederhana Untuk Tes Pendengaran Bayi Yang Baru Lahir

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 322 hits
Pada bayi yang baru lahir orangtua bisa mengetes dan mengobservasi pendengaran yang mereka miliki Untuk mengetes hal ini caranya adalah dengan melihat refleks bayi ketika mendengar suara keras yang disebut refleks moro
Bayi Baru Lahir Dapat Kolustrum Walau Abang Kakak Menyusu Masa Ibu Hamil Nak Putuskan Perlu Ikut Stepnya

Bayi Baru Lahir Dapat Kolustrum Walau Abang Kakak Menyusu Masa Ibu Hamil Nak Putuskan Perlu Ikut Stepnya

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 455 hits
Risaunya bila bayi baru lahir tidak mendapat kolustrum sebab abang kakak menyusu masa ibu hamil Jangan bimbang mama si kecil tetap ada bahagiannya Ada situasi ibu sedang hamil dan dalam proses nak hentikan penyusuan anak kedua Sudah bermaca...
Nvidia Geforce Mx110 Nama Baru Demi Keberuntungan Baru

Nvidia Geforce Mx110 Nama Baru Demi Keberuntungan Baru

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 350 hits
NVIDIA GeForce MX110 adalah kartu grafis entry level untuk laptop yang dirilis pada akhir 2017 lalu Pada dasarnya GeForce MX110 adalah penamaan ulang dari GeForce 920MX yang dibangun dengan dasar chip Maxwell GM108 Yang agak mengejutkan dib...
Bayi Tak Dapat Tidur Yang Cukup Boleh Ganggu Proses Tumbesaran Nak Bagi Anak Tidur Lena Waktu Malam Ikuti Panduan Ini

Bayi Tak Dapat Tidur Yang Cukup Boleh Ganggu Proses Tumbesaran Nak Bagi Anak Tidur Lena Waktu Malam Ikuti Panduan Ini

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 517 hits
Tangisan bayi di tengah malam bukanlah suatu perkara asing buat ibu bapa baharu Jika bayi terjaga di tengah malam bukan ibu bapa sahaja yang akan merasa kesannya Bahkan juga si manja turut merasai kesan akibat tidak mendapat tidur yang lena...
Lahir Kembar Tiga Dalam Kereta Avanza Semua Di Beri Nama Avanza

Lahir Kembar Tiga Dalam Kereta Avanza Semua Di Beri Nama Avanza

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 515 hits
Lahir Kembar Tiga Dalam Kereta Avanza Semua Di Beri Nama Avanza Tiga tiga kembar perempuan diberi nama Avanza Seorang wanita selamat melahirkan anak kembar 3 dalam sebuah kenderaan jenis Toyota Avanza Mumun Muafiyah yang berasal dari Jakart...
Madu Bukan Untuk Bayi Elakkan Memberi Madu Pada Bayi Kurang 1 Tahun Boleh Menyebabkan Punca Botulisme

Madu Bukan Untuk Bayi Elakkan Memberi Madu Pada Bayi Kurang 1 Tahun Boleh Menyebabkan Punca Botulisme

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 494 hits
Bermula dari pertengahan August sehingga Oktober 2018 terdapat 4 kes jangkitan Botulisme melibatkan bayi di laporkan Jangkitan yang menyerang saraf ini JARANG berlaku dan menimbulkan tanda tanya bagi anggota kesihatan ALERT MADU BUKAN UNTUK...
Baru Tiga Hari Kerja Dah Buat Hal Pembantu Rumah Sanggup Tinggalkan Bayi Berikat Di Kerusi Lebih Tiga Jam

Baru Tiga Hari Kerja Dah Buat Hal Pembantu Rumah Sanggup Tinggalkan Bayi Berikat Di Kerusi Lebih Tiga Jam

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 622 hits
Baru Tiga Hari Kerja Dah Buat Hal Pembantu Rumah Sanggup Tinggalkan Bayi Berikat Di Kerusi Lebih Tiga Jam Baru saja tiga hari bekerja tetapi pembantu rumah warga asing ini tergamak melakukan onar dengan merembat barangan berharga milik maji...
Bersihkan Gigi Bayi Bila Gigi Tumbuh Sahaja Cara Tersebut Salah Penjagaan Oral Bayi Perlu Dilakukan Sejak Lahir Lagi

Bersihkan Gigi Bayi Bila Gigi Tumbuh Sahaja Cara Tersebut Salah Penjagaan Oral Bayi Perlu Dilakukan Sejak Lahir Lagi

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 357 hits
Ibu bapa sering menganggap bahawa penjagaan gigi anak hanya bermula selepas gigi mereka tumbuh Salah tanggapan tersebut Penjagaan oral dan gigi bayi khususnya mesti bermula sejak awal iaitu daripada si manja lahir lagi Masalah kerosakan gig...
Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing

Wisma Putra Confirms 8 Students Hurt In Egypt Road Crash

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

The Tyranny Of Excuses Why We Must Question Power

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Is Our Tap Water So Bad That We Need Third Party Filtration Systems


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Lewat Malam Di Bahagian Kecemasan Hospital

Why Content Marketing Is A Priority

Keanggotaan Dalam Who Dasar Yang Tidak Bijak Ppim Malaysia Gazette Tv 24 01 2025

Aftershine Feat Dinda Teratu Matursuwun Gusti Chord

Resipi Kari Daging Perap Lagi Lama Perap Lagi Sedap

Bapa Borek Anak Rintik Maksud Contoh Peribahasa