Ajaibnya Bayi Lahir Dengan Usus Diluar Perut 5 Bulan Di Hospital Kini Masih Survive
Ujian imbasan menunjukkan sesuatu abnormal tetapi bayi ini lahir dan berkembang dengan sihat. Dilahirkan dengan usus diluar perut, dia terus bertahan dan hidup hingga kini. Mustahil tetapi benar!
Lily-Rae Lawrence dari Sheffield, South Yorkshire lahir dengan usus di luar perut terpaksa berada 150 hari di hospital sejak lahir. Kisah bayi ini mendapat perhatian ramai dan Rae bakal menyambut ulang tahun kelahiran pertamanya.
Si kecil ini melalui pembedahan pertamanya hanya selepas 4 jam dilahirkan. Rae tidak pernah pulang sehinggalah usianya kira-kira 5 bulan pada September 2018 lalu.
IMBASAN 12 MINGGU NAMPAK SESUATU DI LUAR PERUT
Ibu bapanya Melissa Thompson & Richard Lawrence sebelum ini sudah mengetahui kelainan pada janin semasa ujian imbasan ketika kandungan 12 minggu. Dari imbasan itu, kelihatan segumpal asap pada luar perut janin. Perut janin kelihatan rata dan sesuatu terbentuk di luar perut.
DIAGNOSIS ALAMI GASTROCHISIS
Rae ini didiagnosis mengalami gastroschisis selepas dilahirkan iaitu keadaan di mana ususnya terbentuk di keluar melalui lubang daripada perut. Keadaan ini membimbangkan kerana ia boleh menyebabkan tekanan dan usus boleh pecah.
13CM USUS MATI TERPAKSA DIBUANG
Awalnya, ibu bapa Rae ingin meletakkan plastik dan berharap ususnya akan masuk semula ke perut. Tetapi keadaan yang sebenar adalah rumit dan memerlukan banyak pembedahan.
Rae yang dilahirkan pada usia kehamilan 36 minggu 5 hari seberat 2.7kg melalui pembedahan untuk memotong kira-kira 13sm dari 30sm usus kecilnya yang berada di luar perut di kerana mati dan kehitaman. Pembedahan seterusnya ialah untuk mewujudkan 2 stoma.
PANJANG UMURMU NAK!
Si kecil ini akhirnya discaj dan pulang ke rumah pada hari ke-149 kelahirannya dan hidup seperti bayi yang sihat. “Kami bersyukur akhirnya Rae sudah pulang ke rumah bersama kami. Ulang tahun kelahiran yang pertama ini sangat istimewa selepas pelbagai kegetiran yang terpaksa dilalui,” kata Melissa.
Sumber: Mirror
The post Ajaibnya! Bayi Lahir Dengan Usus Diluar Perut 5 Bulan Di Hospital, Kini Masih ‘Survive’ appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/ajaibnya-bayi-lahir-usus-luar-perut-dibedah-3-kali-5-bulan-di-hospital-survive-sambut-ulangtahun-pertama/