Kesian Tengok Anak Sembelit Doktor Saran Cara Ini Kalau Nak Elak Guna Ubat


Ada sesetengah kanak-kanak memang ada masalah tiap kali nak buang air besar. Kadang sampai menangis-nangis meneran nak membuang. Tapi sudahnya gagal juga nak membuang. Kesian tengok si kecil yang ada masalah sebegini.
Dalam perkongsian yang dibuat oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad, perkara sebegitu sering menjadi persoalan yang diajukan kepadanya ketika bekerja di klinik mahupun ditanya di laman Facebook.
Menurut Dr Zubaidi sembelit bukanlah satu penyakit malah kalau si kecil anda membuang tiga hari sekali juga masih dikira normal. Dalam perkongsian tersebut, Dr Zubaidi turut memberi saranan kepada ibu ayah yang tidak mahu menggunakan ubatan sebagai solusi untuk masalah tersebut.
SEMBELIT DI KALANGAN BAYI DAN KANAK-KANAK “Doktor, anak saya sudah tidak buang air besar semenjak semalam. Saya risaulah..”
Itu adalah pertanyaan yang sering saya terima sama ada ketika bekerja di klinik, atau menjawab soalan-soalan di facebook.
Saya sering memberitahu ibubapa bahawa sembelit bukanlah penyakit, dan ia tidak didiagnosakan dengan mengira bilangan hari mereka tidak buang air besar. Malah kalau tiga hari sekali masih dikira normal jika tiada tanda-tanda bayi atau kanak-kanak itu mengalami sembelit.
Tanda-tanda anak sembelit Antara tanda-tanda itu ialah bayi atau kanak-kanak itu menangis dan menunjuk rasa resah atau tidak selesa ketika membuang besar. Bagi kanak-kanak yang lebih besar akan mengadu rasa sakit atau mereka kelihatan meneran ketika sedang membuang air besar. Selain itu najis mereka kelihatan kering, keras, berbiji-biji seperti biji kacang. Kentut dan najis juga mungkin berbau lebih busuk.
Dalam kebanyakan kes yang berlaku, sembelit mula disyaki apabila bayi atau kanak-kanak itu hanya membuang air besar sebanyak tiga kali dalam seminggu. Ini menyebabkan mereka tiada selera untuk makan dan perut menjadi kembung.
Sering kali juga saya ditanya mengenai punca berlaku sembelit. Antara punca utama berlakunya sembelit ialah susu formula. Bayi yang diberikan susu formula mudah mendapat sembelit berbanding bayi yang diberikan susu ibu kerana susu formula sukar dihadamkan dan diserap masuk ke dalam usus.
Begitu juga jika bayi yang mula diberikan makanan separuh pejal juga mudah sembelit. Usus mereka yang tidak matang belum dapat berfungsi sepenuhnya dengan baik. Jadi pastikan makanan separuh pepejal yang hendak diberikan adalah makanan yang lembut dan mudah dihadam. Banyak kandungan air dalam makanan itu ketika menyediakannya.
Bayi dan kanak-kanak yang tidak selera untuk minum susu kerana demam, selsema, jangkitan pada tekak dan mula tumbuh gigi mudah mengalami sembelit kerana sebab kekurangan air dalam badan atau disebut dehidrasi. Bagi mengelakkan dehidrasi yang berterusan, selalunya tubuh akan menyerap lebih banyak air dari najis bagi menampung kekurangan air dalam badan. Ini menyebabkan najis menjadi lebih kering dan keras, akhirnya menyebabkan najis disimpan lebih lama dalam usus besar dan menyebabkan sembelit.
Saya tidak menafikan ada beberapa kes di mana punca sembelit disebabkan oleh penyakit kecacatan semasa lahir (congenital disease)yang disebut Hirschprung's disease apabila lubang dubur agak ketat dan sukar membuang air besar. Begitu juga jika lubang dubur tidak dibentuk dengan sempurna seperti dalam kes penyakit anorectal malformation, spinal bifida dan cystic fibrosis.
Bagi bayi atau kanak-kanak yang sering mengalami sembelit, saya cadangkan dibawa untuk pemeriksaan doctor agar penyakit kecacatan semasa lahir seperti Hirchprung’s disease dapat dikenalpasti dengan lebih awal. Penyakit-penyakit seperti ini mungkin memerlukan rawatan yang lebih agresif seperti pembedahan, jika tidak masalah sembelit akan berulang, sehingga ada kalanya mereka tidak boleh membuang air besar untuk beberapa bulan dan menyebabkan abdomen mereka kembung.
Cadangan untuk mak ayah yang nak elak pemberian ubat Bagi ibu bapa yang mahu mengelakkan pemberian ubat, saya cadangkan melakukan beberapa cara :
1. Baringkan bayi dengan kaki ke atas dan cuba lakukan pergerakan seolah-olah sedang mengayuh basikal di udara. Ini akan merangsangkan pergerakan najis dalam usus.
2. Jika bayi yang berusia lebih enam bulan ke atas dan menyusu susu formula, boleh berikan makanan separuh pepejal seperti lobak yang dikisar dan disediakan secara segar. Berikan pada kadar yang berpatutan dan minta nasihat doctor. Ini akan menambah kandungan serat dalam pemakanan mereka dan memudahkan mereka buang najis dengan lebih mudah.
3. Bagi kanak-kanak yang berumur satu tahun ke atas boleh diberikan air buah-buahan seperti tembikai atau air mineral suam dalam kadar yang berpatutan. Memberikan jus betik yang dikisarkan juga sangat baik untuk mereka, kerana selain mempunyai banyak serat, betik juga mengandungi bahan semulajadi yang dapat merangsang pergerakan usus.
Jika ibubapa telah mencuba langkah-langkah tersebut tetapi tidak berjaya, maka bolehlah menggunakan ubat-ubat yang diberikan doctor. Antara ubat yang selamat digunakan untuk bayi enam bulan ke atas ialah Lactulose, kecuali bagi mereka yang mempunyai masalah galactose intolerant. Lactulose dijual sebagai ubat ‘over the counter’ iaitu pembeliannya tidak memerlukan preskripsi.
Lactulose boleh diambil sebanyak dua atau tiga kali sehari, dan selalunya mengambil masa empat jam untuk mendapat kesannya.
Bagi kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas, ubat Lactulose 3.1-3.7g/5ml oral solution diberikan 5-10 ml dua kali sehari.
Bagi bayi berumur 11 bulan hingga ke 5 tahun, ubat Lactulose 3.1-3.7g/5ml oral solution diberikan 2.5-5 ml dua kali sehari.
Bagi bayi berumur kurang dari setahun, perlukan pendapat ahli farmasi atau doctor kerana dosenya bergantung kepada berat bayi itu. Tanda sembelit bayi atau kanak-kanak itu telah pulih apabila mereka mengeluarkan najis yang lembut 2 atau 3 kali sehari. Bagi ubat-ubat lain yang lebih ‘kuat’ memerlukan pandangan doctor sebelum diberikan. Jika masalah sembelit masih tidak reda, dapatkan nasihat doctor.
sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
The post Kesian Tengok Anak Sembelit, Doktor Saran Cara Ini Kalau Nak Elak Guna Ubat appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kesian-tengok-anak-sembelit-doktor-saran-cara-ini-kalau-nak-elak-guna-ubat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guna Cara Tradisional Orang India Doktor Pun Puji Cara Ibu Ini Rawat Anak Kena Hfmd

Guna Cara Tradisional Orang India Doktor Pun Puji Cara Ibu Ini Rawat Anak Kena Hfmd

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 331 hits
Penyakit kaki tangan dan mulut atau HFMD memang sering menjangkiti anak anak yang masih kecil Gejala termasuk demam hilang selera makan ruam kulit yang tidak gatal dan selalunya sakit tekak antara tanda si kecil menghidapi penyakit berjangk...
Doktor Ini Tunjuk Cara Betul Pakai Topeng Elak Wabak Coronavirus

Doktor Ini Tunjuk Cara Betul Pakai Topeng Elak Wabak Coronavirus

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 923 hits
Wabak misteri coronavirus kini semakin membimbangkan apabila empat warga China yang datang ke Malaysia disahkan positif wabak tersebut Seperti diketahui wabak tersebut merebak melalui batuk selesema dan juga sentuhan Bagi mengelakkan daripa...
Kkm Minta Orang Ramai Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Guna Ubat Antiviral

Kkm Minta Orang Ramai Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Guna Ubat Antiviral

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 438 hits
KUALA LUMPUR 14 Jan Pesakit yang dijangkiti virus influenza disaran mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang ubat ubatan antiviral kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Beliau berkata penggunaan ubat antiv...
Banyak Bertanya Tu Cara Anak Bina Kemahiran Pemikiran Kekuatan Minda Mak Ayah Jangan Pula Serik Nak Jawab

Banyak Bertanya Tu Cara Anak Bina Kemahiran Pemikiran Kekuatan Minda Mak Ayah Jangan Pula Serik Nak Jawab

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 439 hits
Adik jom mandi Kenapa kena mandi Sebab badan adik dah kotor seharian dah ke sana ke mari Macam mana badan boleh kotor mama terkadang tertekan mama melayan soalan soalan si kecil yang tidak berkesudahan Tak tahu apa yang patut anda respon ma...
Nak Mulakan Cara Hidup Sihat Kena Mula Dari Kecil Ini Sukan Sesuai Ikut Umur Anak

Nak Mulakan Cara Hidup Sihat Kena Mula Dari Kecil Ini Sukan Sesuai Ikut Umur Anak

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 572 hits
Bersukan memang perlu dipupuk sejak dari kecil lagi Malah kanak kanak memang sudah azalinya sentiasa aktif dan cergas Namun mungkin yang ibu bapa kurang arif tentang sukan yang bersesuaian dengan usia si kecil anda Ternyata memang banyak je...
Dua Kali Anak Kena Infuenza A Cara Ibu Ini Kuarantin Berjaya Elak Anak Lain Berjangkit

Dua Kali Anak Kena Infuenza A Cara Ibu Ini Kuarantin Berjaya Elak Anak Lain Berjangkit

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 366 hits
Kes kes Infuenza yang semakin meningkat cukup membimbangkan Hinggakan katil katil di hospital penuh dengan pesakit positif Influenza Lebih membimbangkan ia cukup mudah terdedah kepada kanak kanak Pastinya keadaan ini merisaukan ibu bapa yan...
Pakaikan Alisa Mitten Cara Hanis Zalikha Elak Anaknya Menggaru Hingga Luka

Pakaikan Alisa Mitten Cara Hanis Zalikha Elak Anaknya Menggaru Hingga Luka

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 623 hits
Memandangkan anak kedua kepada pelakon dan pengacara Hanis Zalikha Alisa Aisyah mengalami kulit sensitif di bahagian muka Hanis akui kena sentiasa menitik beratkan penjagaan kebersihan dan pemakanan untuk anaknya Terbaru Hanis berkongsi car...
Cara Nak Buat Dan Jenis E Book

Cara Nak Buat Dan Jenis E Book

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 252 hits
Bismillah Entri yang saya buat kali ni juga adalah satu permintaan dari pembaca blog ini Saya merasakan masih ramai yang tidak tahu cara nak buat e book dan mungkin masih ramai yang tidak tahu apa itu e book Seperti saya dahulu ketika saya ...
8 Tips Cara Nak Hilangkan Parut Jerawat

8 Tips Cara Nak Hilangkan Parut Jerawat

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 490 hits
Macamana cara nak hilangkan parut jerawat Mau makan masa nak hilangkan parut jerawat ni weiii jom kita kupas sikit macamana cara nak hilangkan parut jerawat ni Jerawat bila naik kat muka bukan main sakan kita picit dengan jari jemari akibat...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara