Dua Kali Anak Kena Infuenza A Cara Ibu Ini Kuarantin Berjaya Elak Anak Lain Berjangkit


Kes-kes Infuenza yang semakin meningkat cukup membimbangkan. Hinggakan katil-katil di hospital penuh dengan pesakit positif Influenza. Lebih membimbangkan ia cukup mudah terdedah kepada kanak-kanak.
Pastinya keadaan ini merisaukan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih kecil. Kalau ada yang mula demam dan selesema perlu segera dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
Bagi Maryam Elyas atau mesra dipanggik CikYam, dua kali anak sulungnya disahkan positif Influenza membuatkan dia lebih bersedia dengan cara yang disarankan oleh doktor sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan ia berjangkit kepada anak yang lain di dalam rumah.
ANAK POSITIF INFLUENZA A, APA NAK BUAT & CARA ELAK BERJANGKIT KAT ADIK BERADIK LAIN KALAU KUARANTIN DI RUMAH CikYam ada pengalaman dua kali jaga anak diserang demam influenza A. Masa anak kena influenza A tahun 2017, masa tu dia belum ada adik lagi. So takde la bimbang jangkit kat adik. Bila tetiba dia sah influenza A kali kedua baru-baru ni, dia dah ada adik. Bila doktor kata anak boleh discaj walaupun dia masih demam, CikYam risau betul kalau demam tu berjangkit kat adik dia. Tapi alhamdulillah Salma sembuh dengan elok dan adik dia pun takde terjangkit. Sihat semuanya.
Musim virus influenza A sekarang ni kan? Rata-rata hospital dan klinik penuh dengan orang demam. Tak kira dewasa, warga emas atau kanak-kanak. Bayi pun ramai yang demam. CikYam nak share tip elak jangkitan influenza A bila pesakit kuarantin di rumah. Moga bermanfaat untuk mak ayah di luar sana.
1 Januari 2020 hari tu, anak CikYam yang sulung demam. Tapi demam dia on off. Siang nampak cam sihat. Malam layu je dia. Malam kedua, suhu badan dia panas menggila sampai menggigil. CikYam letak kain basah kat dahi, sekejap je kain tu kering sebab panas badan dia. Tapi dia nak berselimut sebab dia kata dia sejuk.

Esoknya pagi-pagi pegi klinik. Hajat hati CikYam nak cek darah sebab nak tahu ada influenza atau tak. Allahu, tak nak peristiwa tahun 2017 berulang lagi iaitu anak dijangkiti influenza A sampai lembik. Berdebar dup dap dup dap tunggu result cek darah. Dan debaran tu ada betulnya. Anak CikYam sah positif influenza A untuk kali kedua.
Memang ramai ibu bapa panik bila anak influenza A. Pengalaman dua kali anak kena influenza A, jadikan CikYam lebih rasional. Cool, relax. Haha. Nak tahu apa kena buat bila anak sah kena influenza A? Ini dia CikYam share.
DARI KLINIK TERUS RUJUK KE HOSPITAL Bila anak demam dan selepas doktor di klinik sahkan anak positif influenza A, sila terus dapatkan surat daripada doktor klinik untuk terus refer ke hospital. Masa kena influenza A tahun 2017 dulu, doktor hospital sarankan kena warded. Sebabnya anak CikYam memang dah lembik, demam suhu tinggi tak turun turun, tak nak makan, susu pun kurang berselera, batuk teruk, berkahak, selesema dan dia muntah. Lapan hari tau dia warded kat KPJ Selangor.

Masa kena tahun 2020 ni, anak CikYam sehari je kat hospital. Lepas tu doktor suruh habiskan ubat influenza dan ubat lain di rumah. Tapi WAJIB KUANRANTIN. Doktor bagi balik rumah sebab anak CikYam makan OK, susu OK, masih aktif walau demam, suhu badan OK bila makan ubat demam, selesema tak teruk, batuk tak berkahak sangat.
Jadi, parents, korang kena tahu tak semua kes inflenza A perlu warded tapi semua kes influenza wajib kena kuarantin. Walau anak nampak sihat, please jangan bawak keluar rumah jenjalan macam orang sihat. Sila duduk rumah.
Cara CikYam Kuarantin Anak: 1. BAGI AIR MASAK SEKERAP MUNGKIN
Budak yang demam influenza A kena kerap minum air. Biar suhu badan dia cepat turun dan tekak dia sentiasa basah. Jangan la sampai kering tekak tu. Budak ni kadang bila dia demam, dia tak nak minum. Kalau dia tak demam pun kadang air masak dia tak ingat nak minum, kan? So, korang sebagai mak ayah ni kena sentiasa readykan air masak dan bagi dia minum.
2. KENA BAGI MAKAN, CARI APA MAKANAN YANG DIA SUKA
Selera makan budak ni ikut apa makanan yang di suka. Masa anak CikYam kena influenza A teruk tahun 2017 dulu, memang dia tak lalu makan. Tapi CikYam cuba cari apa je makanan yang dia suka. Nasi memang dia tak nak. Bubur dia OK sikit. Last-last try bagi mihun sup dengan fish ball yang dihiris-hiris barulah dia nak makan.
Kalau tak makan, mana nak datang tenaga dia. So walaupun diorang ni susah nak makan, please bawak bersabar. Pujuk dan try cari apa dia nak makan. Masa tu umur anak CikYam 2 tahun lebih. Dia belum boleh bagitahu apa dia nak makan. Kitalah kena try n error cari apa agaknya yang dia suka makan.
Lagipun time demam kena makan ubat. So elok bagi ubat selepas makan. Kenalah pastikan anak kita makan walau sikit. Kalau dia tak nak susu, tu lagi susah. Kena cuba tackle selera dia untuk makan dan minum susu walau sikit.
3. ASING TEMPAT TIDUR
Masa anak CikYam kena influenza A tahun 2017, dia belum ada adik. So takdelah risau sangat. Bila dia kena tahun ni, dia dah ada adik. Memang agak susah la bila dia kena kuarantin kat rumah sebab adik dia ada. Nak suruh pakai mask pun, bebudak manalah nak pakai. Apa yang CikYam buat adalah, agak hadkan diorang ni main bersama. Memang susah, tapi try la.
Time tidur, adik tidur dengan papa. Yang demam ni tidur dengan CikYam. Jangan bagi dua beradik ni tidur bersama. CikYam bimbang kalau kakak batuk-batuk dan terjangkit virus tu kat si adik. So the best way, yang CikYam boleh buat adalah asingkan tempat tidur.
5. JANGAN KONGSI SUDU, CAWAN
Budak biasanya suka kongsi minum. Anak CikYam kat rumah minum air masak dalam botol air yang ada straw tu. So selalunya diorang ni share je botol air tu. Bila kakak ni sah influenza, CikYam buat 2 botol asing. Botol hijau adik punya, botol oren kakak punya. Jangan share. Time suap makanan pun kena asing. Tak boleh suap sekali makan macam biasa. Bimbang berjangkit.
Setakat ni, inilah amalan yang CikYam buat sepanjang jaga anak demam influenza A. Alhamdulillah tak berjangkit dengan adiknya walaupun duduk serumah.
Untuk mak ayah yang ada anak terkena Influenza A ini boleh cuba cara kuarantin seperti yang CikYam lakukan ini. Jangan lupa juga untuk ambil langkah-langkah pencegahan seperti yang disarankan oleh doktor bagi mengelakkan diri dari terkena jangkitan virus Influenza ini. Semoga penularan penyakit ini bakal berakhir tak lama lagi dan kita semua dilindungi, Aminn!
Sumber: Maryam Elyas
The post Dua Kali Anak Kena Infuenza A, Cara Ibu Ini Kuarantin Berjaya Elak Anak Lain Berjangkit appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/dua-kali-anak-kena-infuenza-a-cara-ibu-ini-kuarantin-berjaya-elak-anak-lain-berjangkit/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sering Kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah

Sering Kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 1034 hits
Anak sulung adalah insan pertama yang ada dalam rahim ibu menjadikan dia cukup istimewa berbanding anak anak lain Betulkah kenyataan tersebut Menurut Dato Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah anak pertama atau sulung mempunyai karektor yang tenang ...
Simple Je Cara Ibu Ini Buat Alhamdulillah Akhirnya Anak Sembuh Influenza

Simple Je Cara Ibu Ini Buat Alhamdulillah Akhirnya Anak Sembuh Influenza

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 436 hits
Sekarang musim Influenza sudah banyak kes yang menyerang bayi kanak kanak bahkan orang dewasa Kes smakin meningkat dan paling menyedihkan turut melibatkan penghidapnya meninggal dunia Di dalam perkongsian ibu anak 5 ini melalui akaun Facebo...
Guna Cara Tradisional Orang India Doktor Pun Puji Cara Ibu Ini Rawat Anak Kena Hfmd

Guna Cara Tradisional Orang India Doktor Pun Puji Cara Ibu Ini Rawat Anak Kena Hfmd

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 331 hits
Penyakit kaki tangan dan mulut atau HFMD memang sering menjangkiti anak anak yang masih kecil Gejala termasuk demam hilang selera makan ruam kulit yang tidak gatal dan selalunya sakit tekak antara tanda si kecil menghidapi penyakit berjangk...
Ibu Bapa Kena Amalkan Doa Doa Ini Jika Mahu Anak Anak Berjaya Dunia Akhirat

Ibu Bapa Kena Amalkan Doa Doa Ini Jika Mahu Anak Anak Berjaya Dunia Akhirat

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 728 hits
Setiap ibu bapa mengimpikan untuk mendapat anak yang soleh dan solehah Anak yang baik dan mendengar kata kata ibu bapanya Kebanyakan ibu bapa sentiasa mahu memberikan didikan dan ajaran yang terbaik untuk anak mereka Bagi yang beragama Isla...
Kesian Tengok Anak Sembelit Doktor Saran Cara Ini Kalau Nak Elak Guna Ubat

Kesian Tengok Anak Sembelit Doktor Saran Cara Ini Kalau Nak Elak Guna Ubat

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 371 hits
Ada sesetengah kanak kanak memang ada masalah tiap kali nak buang air besar Kadang sampai menangis nangis meneran nak membuang Tapi sudahnya gagal juga nak membuang Kesian tengok si kecil yang ada masalah sebegini Dalam perkongsian yang dib...
Anak 8 Bulan Usap Wajah Ibu Kali Terakhir Selepas 52 Hari Bertarung Nyawa Akibat Diragut

Anak 8 Bulan Usap Wajah Ibu Kali Terakhir Selepas 52 Hari Bertarung Nyawa Akibat Diragut

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 453 hits
Hanya mampu merenung jenazah ibunya seolah olah faham ibu dah meninggal buatkan ramai yang menitiskan air mata melihat gelagat anak kecil berusia 8 bulan di sisi jenazah ibunya Nurfaradhila Zulkifli Amin 32 yang bertarung nyawa selama 52 ha...
Tak Sempat Bawa Anak Jumpa Ibu Bapa Maut Dua Anak Cedera Selepas Motosikal Terbabas

Tak Sempat Bawa Anak Jumpa Ibu Bapa Maut Dua Anak Cedera Selepas Motosikal Terbabas

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 353 hits
BINTANGOR 23 Jan Hasrat seorang bapa untuk membawa dua orang anaknya untuk berjumpa ibu mereka yang bekerja di Bandar Sibu sempena cuti Tahun Baru Cina tidak kesampaian apabila beliau maut dalam satu nahas jalan raya dekat sini malam tadi S...
Ibu Tunggal Didakwa Bunuh Anak Sendiri Boleh Dihukum Gantung Jika Sabit Kesalahan

Ibu Tunggal Didakwa Bunuh Anak Sendiri Boleh Dihukum Gantung Jika Sabit Kesalahan

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 383 hits
JOHOR BAHRU Seorang ibu tunggal didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap anak kandungnya yang berusia dua tahun 10 bulan pada 13 Januari lepas Suspek 21 bagaimanapun...
Detik Detik Seorang Ibu Melempar 2 Anak Keluar Jendela Apartemen Agar Selamat Dari Kebakaran

Detik Detik Seorang Ibu Melempar 2 Anak Keluar Jendela Apartemen Agar Selamat Dari Kebakaran

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 566 hits
Pengorbanan orang tua untuk anaknya tidak mengenal batas apapun dilakukan bila si anak dalam bahaya termasuk mengorbankan diri sendiri Sebuah pengorbanan orang tua yang mengharukan terekam dalam kamera pengawas saat sebuah gedung apartemen ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids