Pakaikan Alisa Mitten Cara Hanis Zalikha Elak Anaknya Menggaru Hingga Luka
Memandangkan anak kedua kepada pelakon dan pengacara Hanis Zalikha, Alisa Aisyah mengalami kulit sensitif di bahagian muka, Hanis akui kena sentiasa menitik beratkan penjagaan kebersihan dan pemakanan untuk anaknya.
Terbaru Hanis berkongsi cara untuk anak kecil yang mengalami gatal kulit dan mengelakkan anak menggaru hingga boleh melukakan bahagian yang gatal selain untuk mengelakkan rasa ketidakselesaan pada si kecil.
View this post on Instagram
Bila kulit kering, Alisa asyik nak menggaru. Jadi Mommy cari ‘teething glove/mitten’ yang hujung full getah macam ni supaya dia tak ralit sangat garu dan kalau garu pun kulit merah tu sekata, tapi takkan luka. Teething glove ni sebenarnya untuk bayi gatal gusi, jadi dia sedap buat gigit2. Tapi nak halang Alisa directly touch her skin, Mommy pun cuba beli ni. Tambahan, teething glove jenis ni bila kena air liur dia cepat kering sebab materialnya bukan cotton macam sarung tangan biasa. Boleh search dekat Shopee je.
A post shared by Alisa Aisyah Hairul Azreen (@thealisaaisyah) on Jan 12, 2020 at 5:17am PST
Hanis berkongsi tips tersebut menerusi akaun Instagram anak perempuannya, @thealisaaisyah.
Menurut Hanis, dia mempraktikkan cara dengan memakai sarung tangan untuk anak keduanya, Alisa bagi menggelakkan luka pada kulit apabila menggaru.
“Bila kulit kering, Alisa asyik nak menggaru. Jadi Mommy cari ‘teething glove/mitten’ yang hujung full getah macam ni supaya dia tak ralit sangat garu.
“Kalau garu pun kulit merah tu sekata, tapi takkan luka. Teething glove ni sebenarnya untuk bayi gatal gusi, jadi dia sedap buat gigit-gigit.
“Tapi nak halang Alisa directly touch her skin, Mommy pun cuba beli ni. Tambahan, teething glove jenis ni bila kena air liur dia cepat kering sebab materialnya bukan cotton macam sarung tangan biasa,” kongsinya.
Selain memakaikan sarung tangan pada waktu tertentu, Hanis juga mengesyorkan ibu untuk membersihkan muka bayi dengan kapas dan air atau henti basuh muka bayi dengan sabun.
Sekiranya perlu berjumpa doktor untuk rawatan susulan serta pastikan ibu menyusu jaga diet kerana mungkin pemakanan ibu jadi punca anak mengalami kulit sensitif atau gatal.
Sumber: ig Alisa Aisyah & Hanis Zalikha
The post Pakaikan Alisa Mitten, Cara Hanis Zalikha Elak Anaknya Menggaru Hingga Luka appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/pakaikan-alisa-mitten-cara-hanis-zalikha-elak-anaknya-menggaru-hingga-luka/