Kes Src Esok Hari Penting Buat Saya Najib Razak



(Astro Awani) – Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan rayuan akhir yang dijadualkan berlangsung di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya esok adalah hari penting buatnya.
Bekas Perdana Menteri itu akan cuba mengetepikan sabitan, hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik Syarikat SRC International Sdn Bhd dalam prosiding selama sembilan hari bermula 15 hingga 26 Ogos ini.
Berucap pada Konvensyen dan Pelancaran Jentera Wanita Barisan Nasional (BN), Najib menegaskan, walau apapun berlaku, beliau akan tetap meneruskan perjuangan bersama parti.
“Walaupun hari ini saya patut sibuk dengan peguam-peguam saya, tetapi saya pilih untuk bersama dengan Wanita.
“Ini yang saya buat kerana saya nak Wanita memahami sebagai seorang pemimpin, saya tetap bersama-sama berjuang bersama Wanita.
“Biarpun apa mereka buat, biarpun kezaliman kepada saya, isteri saya, keluarga saya, (tetapi) saya tetap istiqamah tidak akan undur seinci pun.
“Saya akan tetap berjuang bersama-sama wanita BN, dan kita pastikan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) milik BN,” katanya ketika berucap di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Ahad.
Prosiding esok dijangka dimulakan dengan pendengaran permohonan Najib untuk memasukkan bukti baharu membabitkan hakim bicara, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali (kini Hakim Mahkamah Rayuan).
Sekiranya permohonan itu gagal, prosiding akan diteruskan dengan rayuan akhir itu.
Pada 25 Julai lalu, Ahli Parlimen Pekan itu melalui sepucuk surat telah menamatkan perkhidmatan firma guaman, Tetuan Shafee & Co, peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan seluruh pasukan pembelaannya.
Najib kemudian melantik firma guaman, Tetuan Zaid Ibrahim, Suflan TH Liew & Partners (ZIST) bagi menggantikan Tetuan Shafee & Co. manakala Hisyam Teh Poh Teik dilantik bagi menggantikan peguam, Muhammad Shafee.
Pada 29 April lalu, Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 hari pada bulan Ogos iaitu pada 15 hingga 25 Ogos ini untuk mendengar rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara bagi kesalahan penyelewengan dana syarikat itu.
Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi di sini mensabitkan Najib bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan kesalahan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.
Pada 8 Disember 2020, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan salah serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Najib.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/08/14/kes-src-esok-hari-penting-buat-saya-najib-razak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebab Apa Kes Src Najib Penting Bagi Seluruh Malaysia

Sebab Apa Kes Src Najib Penting Bagi Seluruh Malaysia

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 196 hits
Butterfly Effect A very small change in conditions can create a significantly different outcome Ini bermakna satu peristiwa kecil akan membawa implikasi yang besar Jadi keputusan kes Najib esok membawa kesan kepada seluruh Malaysia
Mahkamah Persekutuan Di Jadual Mendengar Rayuan Akhir Najib Kes Src International Esok

Mahkamah Persekutuan Di Jadual Mendengar Rayuan Akhir Najib Kes Src International Esok

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 204 hits
PUTRAJAYA Mahkamah Persekutuan dijadual mendengar rayuan bekas Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak terhadap sabitan dan hukuman atas kesalahan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd esok Ia adalah rayuan terakhir Najib sel...
Pendedahan Strategi Sebenar Najib Razak Tukar Peguam Dalam Kes Src

Pendedahan Strategi Sebenar Najib Razak Tukar Peguam Dalam Kes Src

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 1058 hits
Assalamualaikum Apa khabar semua Ramai yang menyangka tindakan Najib menukar peguam pada saat akhir adalah strategi terbaharunya untuk memenangi kes sekaligus dibebaskan Ini salah sama sekali Najib bukanlah hendak memenangi kesnya Bekas peg...
Nizar Layak Tanding Di Pekan Tatkala Najib Kemuka Rayuan Akhir Kes Src

Nizar Layak Tanding Di Pekan Tatkala Najib Kemuka Rayuan Akhir Kes Src

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 258 hits
agendaily com12 08 2022Datuk Mohd Nizar bersama bapanya Datuk Seri Najib Razak Nizar kini adalah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan Gambar BernamaAnak sulung Datuk Seri Najib Razak dengan bekas isteri pertamanya Datuk Mohd Nizar dikatakan lay...
Ketua Hakim Negara Pengerusi Panel Dengar Rayuan Akhir Najib Kes Penyelewengan Src

Ketua Hakim Negara Pengerusi Panel Dengar Rayuan Akhir Najib Kes Penyelewengan Src

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 190 hits
PUTRAJAYA Rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd dihadapi Datuk Seri Najib Razak akan didengar panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat Turut b...
Langsung Pendengaran Rayuan Terakhir Kes Src Najib Bermula

Langsung Pendengaran Rayuan Terakhir Kes Src Najib Bermula

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 180 hits
malaysiakini comSelepas dua hari pendengaran Mahkamah Persekutuan akhirnya akan mendengar rayuan terakhir bekas perdana menteri Najib Razak untuk mengetepikan sabitan dan hukuman terhadapnya dalam kes rasuah SRC International berjumlah RM42...
Kebakaran Paip Gas 112 Mangsa Cedera 49 Rumah Terjejas

Kejadian Kebakaran Pipeline Gas Di Petaling Usaha Menyelamat Masih Berjalan

When Audio Isn T An Afterthought Why Riders Choose Cicada Systems First

Update Kebakaran Saluran Gas Di Putra Heights

Building An Online Marketing Plan

Pondok Abuya Lakonan Faizal Hussein Vanidah Imran

Konsert Energy Ryan B Dan Banyak Lagi Aktiviti Menarik Dalam Lembah Klang Minggu Ini

Masak Makan Di Pagi Raya Pertama


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Zafrul As Bam President Filling Big Shoes Or A Risky Gamble

What We Know So Far About The Putra Heights Inferno

What Are The Benefits Of Chiku Fruit

Perempuan Melawan Lara

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

Berdentum Gegaran Disangka Pesawat Terhempas Mangsa Kebakaran