Kes Pengubahan Wang Haram Ahmad Zahid Sama Seperti Kes Src Najib Pendakwaan


Ainul Illia

Kedua-dua gagal tentukan sama ada wang diterima adalah ‘sumbangan’ dari sumber sah atau sebaliknya KUALA LUMPUR – Pendakwaan dalam perbicaraan kes pengubahan wang haram Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi di sini hari ini menyifatkan bahawa kes terhadap Presiden Umno itu adalah sama seperti kes Datuk Seri Najib Tun Razak yang membabitkan syarikat SRC International Sdn Bhd.
Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffery Ong berkata, ini kerana kedua-dua tertuduh gagal menentukan sama ada wang yang mereka terima sebagai ‘sumbangan’ adalah dari sumber yang sah atau sebaliknya. 
Beliau turut membacakan sebahagian penghakiman dalam kes Najib yang menyaksikan bekas Perdana Menteri itu didapati bersalah atas pertuduhan melakukan pecah amanah jenayah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram membabitkan RM42 juta dana SRC International.
Katanya, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali telah memutuskan bahawa sukar untuk dipercayai bahawa Najib tidak tahu atau tidak mengesyaki bahawa wang yang didepositkan ke dalam akaun banknya adalah hasil aktiviti haram. 
Harris Ong berkata, pertuduhan pengubahan wang haram terhadap Ahmad Zahid turut berkongsi fakta yang sama dengan kes Najib, contohnya berhubung pemindahan berjuta-juta ringgit daripada akaun Yayasan Akalbudi (YAB) ke akaun pemegang amanahnya iaitu Tetuan Lewis & Co.         
Beliau berkata, tertuduh juga tidak pernah mengadu mengenai tindakan pengurup wang Omar Ali Abdullah yang menukarkan sejumlah RM7,511,250.20 kepada 35 keping cek.
Semalam, Harris Ong berhujah bahawa Omar Ali sebagai ejen, telah menerima arahan daripada Ahmad Zahid untuk menukarkan wang terbabit dalam bentuk cek dan selepas itu, menyerahkan cek terbabit kepada Tetuan Lewis & Co.
Beliau juga berkata, Ahmad Zahid mempunyai kuasa untuk mengurus dan memanfaatkan wang terbabit dengan membeli saham serta beberapa banglo di Country Height Kajang, Selangor. 
“Yang Arif, tindakan membeli banglo terbabit tidak ada kena-mengena dengan amal jariah seperti yang didakwa oleh pembelaan.  
“Tidak ada keterangan yang menunjukkan bahawa wang terbabit telah dibelanjakan untuk tujuan amal kecuali demi kepentingan tertuduh,” katanya ketika menyangkal hujah pembelaan berkaitan 27 pertuduhan pengubahan wang haram terhadap Ahmad Zahid di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.
Menyentuh penglibatan firma guaman yang digunakan untuk ‘mengubah wang’ terbabit, Timbalan Pendakwa Raya itu berkata ia adalah isu yang serius dan tidak hanya berlaku di negara ini. 
Harris Ong berkata, pendakwaan telah mengemukakan bukti boleh dipercayai bagi setiap elemen dalam pertuduhan pengubahan wang haram yang tidak goyah meskipun ketika soalan balas. 
“Keterangan secara langsung, berdasarkan keadaan persekitaran dan berdokumen yang dikemukakan dalam perbicaraan kes ini mewajarkan tertuduh diperintah membela diri atas semua pertuduhan pengubahan wang haram,” katanya.
Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah jenayah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit milik YAB.
Pendakwaan akan menyambung hujahnya pada 11 Oktober ini. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/kes-pengubahan-wang-haram-ahmad-zahid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahmad Zahid Atur Pengubahan Wang Haram Rm7 5 Juta Pendakwaan

Ahmad Zahid Atur Pengubahan Wang Haram Rm7 5 Juta Pendakwaan

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 281 hits
malaysiakini comDiterbitkan Oct 5 2021 7 45 PMMahkamah Tinggi hari ini diberitahu bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengatur skim pengubahan wang haram berjumlah RM7 5 juta menggunakan perkhidmatan pengurup wan...
Berbaloi Ahmad Maslan Bayar Rm1 1 Juta Selesai Kes Kata Najib

Berbaloi Ahmad Maslan Bayar Rm1 1 Juta Selesai Kes Kata Najib

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 258 hits
agendadaily com29 9 2021Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dan bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak Langkah Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan membayar kompaun RM1 1 juta adalah berbaloi untuk menyelesaikan kes m...
Zahid S Money Laundering Case Similar To Najib S Src Case Prosecution

Zahid S Money Laundering Case Similar To Najib S Src Case Prosecution

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 180 hits
The prosecution team in Ahmad Zahid Hamidi s money laundering trial at the High Court in Kuala Lumpur today described the case against the Umno president as similar to Najib Abdul Razak s SRC International Sdn Bhd case Deputy public prosecu...
Ahmad Maslan Bebas Dua Tudvhan Ini Reaksi Win Najib

Ahmad Maslan Bebas Dua Tudvhan Ini Reaksi Win Najib

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 290 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak mempertahankan dana yang disalurkan kepada Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan adalah dari Kementerian Kewangan Arab Saudi dan bukannya dana haram
Ada Bukti Cukup Zahid Terima Rm21 25 Juta Dari Beberapa Entiti Pendakwaan

Ada Bukti Cukup Zahid Terima Rm21 25 Juta Dari Beberapa Entiti Pendakwaan

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 190 hits
malaysiakini comTimbalan Pendakwa Raya Gan Peng Kun yang berhujah di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah berkata perkara itu didedahkan oleh saksi pendakwaan sebagaimana yang terdapat dalam lapan pertuduhan rasuah terhadap Ahmad Za...
Selepas Sebulan Umno Jadi Pm Pendakwaraya Tarik Balik Kes Ke Atas Ahmad Maslan

Selepas Sebulan Umno Jadi Pm Pendakwaraya Tarik Balik Kes Ke Atas Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 229 hits
FAZLI RADZIAhli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini daripada tuduhan gagal mengisytiharkan wang RM2 juta diterima daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak d...
Pembantu Peribadi Geng Nicky Didakwa Ubah Wang Haram

Pembantu Peribadi Geng Nicky Didakwa Ubah Wang Haram

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 169 hits
Nicky dengan bangganya bergambar dengan sejumlah besar Ringgit Malaysia di sebuah bilik KUALA LUMPUR Seorang wanita yang didakwa mempunyai kaitan dengan ahli kumpulan jenayah terancang Geng Nicky didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas 6 pe...
Mn Ahmad Zahid Terus Berkias Tak Kan Pas Tak Faham Faham Lagi

Mn Ahmad Zahid Terus Berkias Tak Kan Pas Tak Faham Faham Lagi

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 145 hits
PENULIS amat memahami usaha Pas untuk mewujudkan perpaduan ummah melibatkan tiga parti Melayu iaitu UMNO Pas dan Bersatu ia satu hasrat yang murni Lanjutan itu Pas menjadi anggota rasmi Perikatan Nasional dan pada masa sama menjalin hubunga...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

The Evolution Of Adult Entertainment

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Sarapan Apom Manis Bubur Campur Di Padang Speedy Teluk Intan

Apakah Berhijab Harus Dari Hati

Cerita Hari Jumaat

Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms

Kedah Akan Cipta Rekod Dengan Penutupan Mbi Kedah Melalui Saman

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe