Mn Ahmad Zahid Terus Berkias Tak Kan Pas Tak Faham Faham Lagi



(Warta Rakyat) – PENULIS amat memahami usaha Pas untuk mewujudkan perpaduan ummah melibatkan tiga parti Melayu iaitu UMNO, Pas dan Bersatu – ia satu hasrat yang murni.
Lanjutan itu Pas menjadi anggota rasmi Perikatan Nasional (PN) dan pada masa sama menjalin hubungan dengan UMNO melalui Piagam Muafakat Nasional (MN) yang ditandatangani pada 14 September 2019. Tetapi niat baik Pas itu hakikatnya meletakkan parti itu dalam satu situasi janggal dalam percaturan politik.
Mungkin atas sebab itulah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi terus memperkatakan soal Muafakat Nasional selepas bertanya adakah Muafakat Nasional masih wujud. Kali ini hujah Presiden UMNO itu melalui catatan Facebooknya dianggap ‘lebih pedas’.
Kalau diteliti setiap para catatan beliau itu, ia jelas menunjukkan Ahmad Zahid seolah-olah tidak kisah sama ada Pas mahu bekerjasama dengan UMNO atau tidak. Beliau juga terus membangkitkan soal tindakan Pas menganggotai PN dengan berkata,;
‘’…Akar umbi UMNO mempunyai sebab yang wajar berhubung ketetapan itu (tidak bekerjasama dengan Bersatu) kerana semua maklum apakah agenda terselindung penubuhan PBBM sejak September 2016. Manakala pimpinan Pas pula ‘mengisytiharkan’ kesetiaan kepada PPBM dan Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassi selepas menyertai Perikatan Nasional.
‘’Sedangkan mereka juga tahu dengan jelaskan apakah agenda terselindung penubuhan PPBM seperti yang mereka tahu tentang agenda penubuhan Parti Amanah Negara (PAN).’’
Kenyataan itu menunjukkan Ahmad Zahid tidak boleh menerima tindakan Pas menjadi anggota PN. Justeru beliau berhujah,’’ UMNO tidak boleh berdepan dengan ketidak ketentuan tentang MN dalam persiapan dan persediaannya menghadapi PRU-15.’’
Soalnya siapa sebenarnya berada dalam ‘ketidaktentuan’ itu Ahmad Zahid atau pemimpin-pemimpin UMNO yang sebahagiannya masih bergantung harap agar Muafakat Nasional dikekalkan dan sebahagian lagi mahu ketiga-tiga parti Melayu itu bergabung tenaga?
Dan kata Ahmad Zahid dalam hujah ketiganya,’’..ramai pihak termasuk dalam kalangan pengundi atas pagar berpandangan UMNO telah dikhianati maka jika benar begitu tidak mengapa. UMNO kekal bertanding di bawah panji Barisan Nasional bersama parti komponen dan rakannya yang masih etia kepada perjuangan gabungan ini’’.
Manakala dalam hujah keempatnya beliau menegaskan, ‘’PN yang dibarisi PPBM dan Pas telahpun mengumumkan mereka telah mencapai kata sepakat. Kata sepakat antara mereka untuk menyelesaikan pembahagian kerusi yang akan ditandingi di peringkat Parlimen dan DUN pada PRU-15.’’
‘’Justeru sudah terang lagi bersuluh UMNO perlu ‘move on’ dan melangkah ke hadapan dengan segera. UMNO tidak boleh terus dalam ‘uncertainty’ (ketidaktentuan),’’ kata beliau.
Penegasan Ahmad Zahid itu seolah-olah membayangkan beliau semakin menjauhkan UMNO daripada Pas memandangkan Pas sudah sepakat dengan Bersatu dan PN. Jadi soalnya kenapakah kepemimpinan Pas masih mahu terhengeh-hengeh mengharapkan kerjasama dengan UMNO?
Tambahan pula dalam hujah kelima melalui catatan itu Presiden UMNO tersebut bagaikan memberi pilihan kepada Pas.
Beliau berkata, ‘’adakah UMNO tidak berusaha menyelamatkan ‘The Real Muafakat Nasional’ yang dimeterai antara UMNO dan Pas pada 2019. ‘The Real Muafakat Nasional’ yang merupakan suatu kerjasama yang wajib bersandarkan kepada penyatuan ummah yang jujur lagi ikhlas. Jawapannya UMNO sentiasa berusaha. Namun tiada guna bertepuk sebelah tangan. Justeru biarlah demokrasi yang menentukan sehingga tiba PRU-15. Ini bukan manifestasi ketamakan sebaliknya biarlah ia ‘free for all’’.
‘’Tetapi UMNO tidaklah ‘rigid’. Masih ada ruang untuk mempertahankan ‘The Real Muafakat Nasional’ jika Pas bersedia. Ramai berharapkan begitu namun dalam keadaan sekarang UMNO perlu berdepan dengan realiti semasa.’’
Walaupun dilihat cuba berlapik tetapi Ahmad Zahid sebenarnya sudah memberi isyarat kepada Pas bahawa jika Pas mahu bekerjasama dengan UMNO atau mahu mengembalikan ‘The Real Muafakat Nasional’, mereka perlu meninggalkan PN atau lebih tepat lagi jangan berkawan dengan Bersatu.
Justeru apa pilihan Pas? Tak kan Pas begitu terdesak sangat mahu menyatukan ummah sehingga membiarkan Ahmad Zahid berkata apa sahaja terhadap parti tersebut? Dan adakah niat Pas mahu menyatukan ummah itu benar-benar difahami oleh orang Melayu?
Pas perlu faham dengan pelbagai hujah Ahmad Zahid yang seolah-olah melihat Pas ‘sebelah mata’ sedangkan Pas masih terus bercakap soal Muafakat Nasional, orang melihat Pas mahu ‘bermain di dua kolam’ dan lebih buruk lagi mahu mewujudkan situasi ‘siapa pun menang mereka akan untung’ – adakah itu yang Pas mahukan?
Bagaimanapun pada masa sama Ahmad Zahid pun cukup-cukuplah berkias-kias dalam soal hubungan dengan Pas dalam Muafakat Nasional. Kalau beliau sebagai Presiden UMNO tidak mahu lagi parti itu meneruskan kerjasama buatlah kenyataan secara rasmi.
Ia bagi memudahkan pemimpin dan ahli UMNO di semua peringkat membuat tindakan lanjut. Pada masa ini, mereka keliru, di sesetengah negeri kepemimpinan UMNO terus tabah mempertahankan Muafakat Nasional tetapi di peringkat pusat pucuk pimpinan membuat kenyataan yang mengelirukan mereka.
Begitu juga dengan pemimpin dan ahli Pas, mereka pun keliru juga bila kepemimpinan Pas dok bercakap soal penyatuan ummah tetapi Ahmad Zahid tak habis-habis ‘berkias-kias’ seolah-olah Pas ibarat ‘hidung tak mancung pipi tersorong-sorong’. Mereka juga tidak mungkin lupa bagaimana ketika Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, Ahmad Zahid yang berucap di hadapan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagaikan memberi kata dua kepada Pas bersama MN atau PN.
Penulis faham ada dalam kalangan pemimpin dan ahli Pas dikatakan ‘lebih selesa’ dengan UMNO berbanding Bersatu. Tetapi dahulupun Pas boleh bekerjasama dengan parti serpihan UMNO iaitu Semangat 46 sehingga berjaya merampas Kelantan pada 1990 dan membantu PKR memenangi lima kerusi Parlimen dan empat kerusi DUN dalam PRU 1999.
Pencapaian itu menunjukkan Pas mempunyai kekuatan dan keupayaan sendiri biarpun bekerjasama dengan parti mana sekalipun, jadi kenapa Pas masih mahu dilayan bagaikan ‘melukut di tepi gantang’ semata-mata mahu mempertahankan Muafakat Nasional.
Kalau Ahmad Zahid bercakap ‘Free For All’ dan Pas pula pernah melantunkan slogan ‘’ Pas For All’ lebih baik Pas pertahankan kerjasama dengan Bersatu dalam Perikatan Nasional kerana di situ mereka lebih dihargai. Selepas PRU-15, berbincanglah bagaimana mahu menubuhkan kerajaan, inshaallah ketika itu perpaduan ummah dalam erti kata sebenarnya akan tercapai.
Kerana apa? Sebab ketika itu soal siapa mahu menjadi dominan sudah tidak timbul lagi kerana rakyat sudahpun membuat keputusan. Sekarang UMNO mahu menjadi dominan sebab itulah mereka menolak gagasan penyatuan ummah melibatkan Bersatu oleh Pas. Tak kan Pas tidak faham-faham lagi?
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/10/06/mn-ahmad-zahid-terus-berkias-tak-kan-pas-tak-faham-faham-lagi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Sahkan Tiada Mn Umno Bakal Bertanding Solo Pas Gayut Pada Bersatu

Zahid Sahkan Tiada Mn Umno Bakal Bertanding Solo Pas Gayut Pada Bersatu

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 240 hits
Ketika host my online TV menanyakan soalan sekiranya BN bertanding bersama Muafakat Nasional berapa kerusi parlimen dijangka boleh dimenangi dan berapa negeri dapat diperintah oleh gabungan itu Dengan selambanya Presiden UMNO menjawab Saya ...
Kes Pengubahan Wang Haram Ahmad Zahid Sama Seperti Kes Src Najib Pendakwaan

Kes Pengubahan Wang Haram Ahmad Zahid Sama Seperti Kes Src Najib Pendakwaan

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 161 hits
Kedua dua gagal tentukan sama ada wang diterima adalah sumbangan dari sumber sah atau sebaliknya KUALA LUMPUR Pendakwaan dalam perbicaraan kes pengubahan wang haram Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi di sini hari ini menyif...
Keh Keh Serammmm Habis Siapa Yang Cakap Tak Kan La Hantu Manusia La Cakap Orang Pas La Tuuuu

Keh Keh Serammmm Habis Siapa Yang Cakap Tak Kan La Hantu Manusia La Cakap Orang Pas La Tuuuu

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 170 hits
Buktikan dulu kesahihan rakaman audio tular pertikai Hadi kata Takiyuddin October 10 2021 Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata rakaman audio mengandungi suara mirip seorang pemimpin PAS mempertikai kepimpinan Presiden Abdul Hadi A...
Ada Pulak Yang Sama Kan Dap Dan Pas

Ada Pulak Yang Sama Kan Dap Dan Pas

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 117 hits
RA S AL GHULTapi Lebih PAS tunggang Ugama tambah sekarang siap tunggang Bangsa DAP tak
After Repeated Betrayals Zahid Calls For Re Evaluation Of Pas Ties

After Repeated Betrayals Zahid Calls For Re Evaluation Of Pas Ties

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 124 hits
As Muafakat Nasional never registered with RoS party to contest solo under BN flag says party chief Umno president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi has raised questions over the Umno PAS cooperation under Muafakat Nasional as the Melaka electi...
Ahmad Zahid Atur Pengubahan Wang Haram Rm7 5 Juta Pendakwaan

Ahmad Zahid Atur Pengubahan Wang Haram Rm7 5 Juta Pendakwaan

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 281 hits
malaysiakini comDiterbitkan Oct 5 2021 7 45 PMMahkamah Tinggi hari ini diberitahu bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengatur skim pengubahan wang haram berjumlah RM7 5 juta menggunakan perkhidmatan pengurup wan...
Pas Nak Gayut Pada Bersatu Pula Demi Kuasa Zahid Tak Mahu Lagi Bersama Mn

Pas Nak Gayut Pada Bersatu Pula Demi Kuasa Zahid Tak Mahu Lagi Bersama Mn

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 170 hits
Ada lagi ke Muafakat Nasional Zahid cadang semua tanding soloOleh MD OKTOBER 1 2021Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menegaskan parti itu akan bertanding secara solo bawah panji BN dan hanya akan berunding dengan parti lain selepas pilihan r...
Jika Zahid Tidak Mahu Pas Pun Tak Payahlah Terhegeh Hegeh

Jika Zahid Tidak Mahu Pas Pun Tak Payahlah Terhegeh Hegeh

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 218 hits
satuberita myBy October 1 2021 Saya nak tanya balik adakah Muafakat Nasional ini lagi Kalau kita apa ni yang dipanggil netizen bahawa UMNO ini dikhianati saya fikir elok kalau UMNO terus bertanding cara solo dengan menggunakan panji panji B...
Zahid Tidak Nampak Cahaya Kem Tok Mat Minum Petang Dengan Pas

Zahid Tidak Nampak Cahaya Kem Tok Mat Minum Petang Dengan Pas

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 190 hits
FAZLI RADZIKetika Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan parti itu tidak akan bekerjasama dengan Pas atau Bersatu dalam Pilihan Raya Negeri Melaka lain pula halnya dengan kem Datuk Seri Mohamad Hasan Timbalan Presiden Umn...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

Diabetes Bayi Pun Boleh Kena Jenis Penyakit Yang Tak Kenal Usia

How Did Afif Know Of Alleged Rm100m Payment For Pjd Link Asks Pj Mp

Produk Nestle Naik Harga Harga Milo Dan Nescafe Akan Meningkat Ikuti Senarai Produk Nestle Malaysia

Memikirkan The Unknown

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman



Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik

Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan


Ulangtahun Kelahiran Nagamanja

How To Be Happy

Pre Season Perlawanan Ud Castellonense Vs Jdt

Melaksanakan Perintah Allah Itu Bagaikan Obat Pahit Tetapi

Warrant Woes In El Paso An Attorney Can Help You Get Back On The Road

Media Orang Ramai Diingatkan Tidak Sebar Video Nahas Helikopter Tldm