Pembantu Peribadi Geng Nicky Didakwa Ubah Wang Haram


Nicky dengan bangganya bergambar dengan sejumlah besar Ringgit Malaysia di sebuah bilik. (Gambar WhatsApp)
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang didakwa mempunyai kaitan dengan ahli kumpulan jenayah terancang “Geng Nicky” didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas 6 pertuduhan pengubahan wang haram dan mengemukakan borang nyata cukai pendapatan secara tidak betul, antara 2018 dan 2020.

Bagaimanapun tertuduh Lim Kang Li, 31, yang merupakan pembantu peribadi kepada ahli perniagaan dalam buruan Nicky Liow Soon Hee mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Kamar Jamaludin.

Mencari publisiti, Nicky (kiri) dalam keadaan ceria ketika 2 pekerja (kanan) meletakkan timbunan bil RM di mesin pengira wang. (Tangkap Layar video)
Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, Kang Li didakwa telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi hasil daripada aktiviti haram berjumlah keseluruhan RM119,826.72 mengikut Perenggan 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta sama.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.


Bagi pertuduhan keempat dan kelima Kang Li didakwa mengemukakan borang nyata cukai pendapatan secara tidak betul dengan meninggalkan pendapatan berjumlah RM440,250 yang boleh dikenakan cukai sebanyak RM104,018.72 bagi tahun taksiran 2017 dan 2018.

Pendakwaan bagi kes tersebut dilakukan mengikut Perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 dan dikenakan penalti khas sebanyak dua kali ganda daripada amaun, jika sabit kesalahan.


Sementara pertuduhan keenam wanita itu didakwa gagal mengemukakan borang nyata cukai pendapatan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 77(1) akta sama bagi tahun taksiran 2019 tanpa alasan yang munasabah mengikut subseksyen 112(1) akta sama (Akta Cukai Pendapatan) yang boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara yang boleh sampai enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Cawangan Duta (Penggajian), Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini antara 4 Mei 2018 hingga pada 16 Mei 2020. – K! ONLINE.

SOURCE: Kosmo!

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/09/pembantu-peribadi-geng-nicky-didakwa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Geng Nicky 14 Individu Dilepaskan Tanpa Dibebaskan Oleh Mahkamah Tinggi

Geng Nicky 14 Individu Dilepaskan Tanpa Dibebaskan Oleh Mahkamah Tinggi

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 227 hits
SHAH ALAM 30 Sept Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas tanpa membebaskan 14 individu termasuk empat warganegara China serta dua adik kepada ahli perniagaan yang masih diburu Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee daripada tuduhan terbabit dalam...
Ahmad Zahid Atur Pengubahan Wang Haram Rm7 5 Juta Pendakwaan

Ahmad Zahid Atur Pengubahan Wang Haram Rm7 5 Juta Pendakwaan

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 286 hits
malaysiakini comDiterbitkan Oct 5 2021 7 45 PMMahkamah Tinggi hari ini diberitahu bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengatur skim pengubahan wang haram berjumlah RM7 5 juta menggunakan perkhidmatan pengurup wan...
Penembusan Harga Palsu Pasangan Mata Wang Usd Cad Melalui Kawasan Pertemuan Mendorong Kepada Penurunan Harga

Penembusan Harga Palsu Pasangan Mata Wang Usd Cad Melalui Kawasan Pertemuan Mendorong Kepada Penurunan Harga

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 231 hits
Pasangan mata wang USD CAD membuat penurunan harga yang ketara dan penembusan palsu melalui kawasan pertemuan yang memberikan isyarat bahawa kenaikannya adalah terhad dan aliran menuru cnederung untuk mengawal sepenuhnya Pasangan mata wang ...
Pembalikan Pasangan Mata Wang Eurnzd Bersedia Untuk Penurunan Berpotensi

Pembalikan Pasangan Mata Wang Eurnzd Bersedia Untuk Penurunan Berpotensi

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 189 hits
Pasangan mata wang EURNZD berpotensi untuk diturunkan dari rintangan pertama pada tahap 1 67908 sejajar dengan Anjakan Semula Fibonacci 38 2 dan Lanjutan Fibonacci 50 ke sokongan pertama pada tahap 1 64878 sejajar dengan Anjakan Semula Fibo...
Pasangan Mata Wang Audusd Terus Mempunyai Harapan

Pasangan Mata Wang Audusd Terus Mempunyai Harapan

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 145 hits
Pasangan mata wang AUDUSD diperdagangkan sekitar tahap 0 7290 Harga menunjukkan isyarat pembalikan kerana harga telah mencapai tahap rendah yang penting pada Anjakan Semula Fibonacci 61 8 dari keseluruhan pergerakan menaik dari 0 71 hingga ...
Idea Dagangan Untuk Pasangan Mata Wang Gbp Usd

Idea Dagangan Untuk Pasangan Mata Wang Gbp Usd

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 246 hits
Seperti yang telah menguji Anjakan Semula kemudian terus menurun ke tahap 1 35700 Ini membentuk bar dalaman yang menunjukkan potensi penurunan harga yang selanjutnya di pasaran Bagi mereka yang telah terlepas peluang untuk membuka pesanan m...
Wang Rm13 Juta Mungkin Dipindah Bagi Penyelidikan Kanser Mukhriz

Wang Rm13 Juta Mungkin Dipindah Bagi Penyelidikan Kanser Mukhriz

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 267 hits
Wang RM13 juta mungkin dipindah bagi penyelidikan kanser Mukhriz Pemindahan wang milik Menteri Besar Incorporated Kedah berjumlah RM13 juta ke satu akaun di luar negara seperti didakwa mungkin berkaitan pelaburan ke dalam sebuah syarikat bi...
Isu Wang 1mdb Di Akaun Suami Zeti Di Singapura Kembali Viral Umno Harus Buat Tekanan

Isu Wang 1mdb Di Akaun Suami Zeti Di Singapura Kembali Viral Umno Harus Buat Tekanan

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 237 hits
Oleh Sirajuddin AhmadSemalam telah viral kembali kisah wang milik 1MDB masuk kedalam akaun suami Bekas Gabenor Bank Negara di Singapura Selain ada portal bermain kembali isu ini yang sedang disiasat oleh Polis berpuluh puluh facebooker juga...
Pembalikan Kenaikan Akan Datang Bagi Pasangan Mata Wang Aud Usd

Pembalikan Kenaikan Akan Datang Bagi Pasangan Mata Wang Aud Usd

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 200 hits
Penurunan Pasangan AUD USD Tidak Sah Pasangan mata wang AUD USD menemui sokongan permintaan yang kuat pada tahap 0 7231 dan sekarang telah melonjak di atas garis aliran menurun yang menandakan pembalikan kenaikan Seperti yang anda ketahui d...
Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

Lumira Eka Heights Seremban Perumahan Gaya Hidup Moden

Plaza Premium Group Expands Flight Club Dining Brand At Kuala Lumpur International Airport Terminal 1

Ustadz Yang Membodoh Bodohi Jemaahnya Kata Frans Donal Di Bali By Dr H

Dap S Dilemma Red Lines And Kuala Kubu Baharu

Splash Out Langkawi Awarded Gold Rating By Malaysia Tourism Quality Assurance

Lahirkan Generasi Fasih Digital Kpm Mahu Guru Jauhari Digital Jadi Pembimbing



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Sultan Pahang Mohon Mendoakan Tengku Hassanal Segera Mendirikan Rumah Tangga

Stay Gold Purpose Built Moto S Effortlessly Cool Yamaha Xt500

Ibu Meraung Luluh Hati Lihat Kaki Anak Putus Akibat Kemalangan Motorsikal Depan Sekolah

Makanan Jamuan Raya Tak Habis Anak Tapau Semua Makanan Bawa Balik Bijak

Keupayaan Memahami Konsep Semalam Hari Ini Dan Esok Yang Permudah Dan Menyusahkan Hidup Manusia

Foto Menggencarkan Perekaman Ktp Elektronik Dengan Jemput Bola Ke Sekolah Sekolah