Ada Bukti Cukup Zahid Terima Rm21 25 Juta Dari Beberapa Entiti Pendakwaan


malaysiakini.com
Bernama
Diterbitkan: Oct 4, 2021 8:31 PM

Timbalan Pendakwa Raya Gan Peng Kun yang berhujah di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah berkata perkara itu didedahkan oleh saksi pendakwaan sebagaimana yang terdapat dalam lapan pertuduhan rasuah terhadap Ahmad Zahid.

Beliau berkata mengikut tiga pertuduhan yang dihadapi Ahmad Zahid, sejumlah RM13.25 juta telah diterima sebagai upah membantu Mastoro Kenny IT Consultant & Services untuk mendapatkan projek tertentu MyEG yang dikaitkan dengan Kementerian Dalam Negeri.

“Bagi lima lagi pertuduhan, terdapat keterangan yang mencukupi bagi membuktikan bahawa tertuduh telah menerima rasuah berjumlah RM8 juta daripada dua syarikat iaitu Datasonic Group Berhad (DGB) (RM6 juta) dan Profound Radiance Sdn Bhd (RM2 juta),” katanya semasa menyangkal hujah pembelaan berhubung kelapan-lapan pertuduhan rasuah yang dihadapi Ahmad Zahid.

Gan berkata bekas Timbalan Pengarah Urusan Datasonic Group Berhad iaitu Chew Ben Ben dan Abu Hanifah Noordin, yang merupakan bekas Pengarah Urusan DGB mendakwa bahawa wang RM6 juta itu adalah diberikan sebagai sumbangan politik kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum 2018.

“Jika benar RM6 juta itu diberikan sebagai sumbangan politik, mengapa ia diberikan kepada tertuduh yang juga adalah Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab menganugerahkan kerja dalam projek membekalkan cip pasport kepada Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB)?

“Dua cek yang dibayar kepada Tetuan Lewis & Co, sebuah firma guaman, tidak mempunyai kaitan dengan BN. Jika benar wang itu adalah sumbangan politik, cek terbabit sepatutnya dibayar kepada BN dan bukan Tetuan Lewis & Co,” katanya.

Berhubung pertuduhan rasuah berjumlah RM5 juta bagi membina sebuah masjid dan sekolah Tahfiz di Bagan Datuk, Perak, Gan berkata sumbangan itu adalah dalam bentuk 24 cek yang diterima oleh tertuduh adalah sebenarnya upah kerana membantu Mastoro Kenny dan Junaith Asharab Md Shariff mendapat projek MyEG di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Beliau berkata Ahmad Zahid ingin membina sebuah masjid serta sekolah Tahfiz dan meminta saksi penting pendakwaan iaitu Junaith Asharab menyumbang kepada kos pembinaan.

Gan berhujah bahawa tiga elemen yang perlu dibuktikan mengikut Seksyen 16(1)(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ialah tertuduh adalah seorang pegawai sebuah badan awam dan beliau secara rasuah menerima ganjaran untuk dirinya.

“Selain itu, ganjaran diterima sebagai dorongan atau upah untuk melakukan apa sahaja berkaitan sesuatu perkara atau urus niaga, secara benar atau dicadangkan atau mungkin berlaku, di badan awam terbabit.

"Ini bukan perkara biasa. Ia tidak melibatkan orang biasa yang sering berkunjung ke kedai mamak dan menikmati secawan teh tarik atau sepinggan of nasi lemak.

“Kes ini membabitkan bekas Menteri Dalam Negeri yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri iaitu orang kedua paling berkuasa di negara ini,” katanya sambil menambah oleh itu, bukti yang dikemuka harus diteliti dan diperhalusi oleh mahkamah.

Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 pecah amanah jenayah, lapan pertuduhah rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit milik Yayasan Akal Budi.

Pendakwaan akan menyambung hujahnya esok.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/10/ada-bukti-cukup-zahid-terima-rm2125.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahmad Zahid Atur Pengubahan Wang Haram Rm7 5 Juta Pendakwaan

Ahmad Zahid Atur Pengubahan Wang Haram Rm7 5 Juta Pendakwaan

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 281 hits
malaysiakini comDiterbitkan Oct 5 2021 7 45 PMMahkamah Tinggi hari ini diberitahu bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengatur skim pengubahan wang haram berjumlah RM7 5 juta menggunakan perkhidmatan pengurup wan...
Kes Rm25 Juta Duit Bahan Bukti Sprm Hilang Polis Tahan Penyamun Anak Emas

Kes Rm25 Juta Duit Bahan Bukti Sprm Hilang Polis Tahan Penyamun Anak Emas

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 206 hits
September 28 2021Salah seorang pegawai SPRM yang ditahan susulan kehilangan RM25 juta wang bahan bukti disifatkan sebagai bermasalah tetapi rapat dengan orang ternama Perkara ini disifatkan oleh sumber sumber termasuk bekas pegawai kanan ya...
Bukti Rm13 Juta Dipindah Ke Luar Negara Diserah Kepada Sprm

Bukti Rm13 Juta Dipindah Ke Luar Negara Diserah Kepada Sprm

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 309 hits
agendaily com23 9 2021Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor Dokumen dan slip yang didakwa bahan bukti berkaitan wang RM13 juta milik Menteri Besar Incorporated Kedah yang dikatakan dipindahkan ke akaun di luar negara sudah diserah kepa...
Selepas Lapor Sprm Terhadap Mb Kedah Ngo Terima Notis Tuntutan Rm10 Juta

Selepas Lapor Sprm Terhadap Mb Kedah Ngo Terima Notis Tuntutan Rm10 Juta

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 163 hits
September 24 2021 Sebuah syarikat swasta menghantar notis tuntutan RM10 juta terhadap setiausaha sebuah NGO yang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berhubung pro...
Kes Pengubahan Wang Haram Ahmad Zahid Sama Seperti Kes Src Najib Pendakwaan

Kes Pengubahan Wang Haram Ahmad Zahid Sama Seperti Kes Src Najib Pendakwaan

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 162 hits
Kedua dua gagal tentukan sama ada wang diterima adalah sumbangan dari sumber sah atau sebaliknya KUALA LUMPUR Pendakwaan dalam perbicaraan kes pengubahan wang haram Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi di sini hari ini menyif...
Umno Tahu Mana Intan Mana Kaca Hanya Terima Ahli Dan Pimpinan Bersatu Yang Jujur Kata Zahid

Umno Tahu Mana Intan Mana Kaca Hanya Terima Ahli Dan Pimpinan Bersatu Yang Jujur Kata Zahid

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 424 hits
October 6 2021 10 30 PMAhmad Zahid Hamidi berkata Umno tidak pernah lupa bagaimana sebahagian mereka meninggalkan perjuangan parti untuk bersama Bersatu PETALING JAYA Umno hanya akan menerima ahli dan pemimpin Bersatu yang benar benar ikhla...
Sanusi Tunjuk Bukti 4 Slip Bank Rm13 Juta Dipindah Ke Akaun Barclays

Sanusi Tunjuk Bukti 4 Slip Bank Rm13 Juta Dipindah Ke Akaun Barclays

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 211 hits
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mendedahkan dokumen berkaitan dakwaan pemindahan wang milik MBI ke akaun Barclays Bank Pemindahan keluar RM13 juta daripada akaun Menteri Besar Diperbadankan dibuat pada 2014 kata Menteri Besar Ked...
3 6 Juta Penerima Bpr Terima Bayaran Mulai 28 Sept

3 6 Juta Penerima Bpr Terima Bayaran Mulai 28 Sept

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 228 hits
PETALING JAYA Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat fasa 3 akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 28 Sept ini secara berperingkat kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Dalam satu kenyataan beliau berkata pembayaran membabitkan rayua...
Salah Potong Rambut Model Terima Pampasan Rm1 13 Juta

Salah Potong Rambut Model Terima Pampasan Rm1 13 Juta

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 199 hits
Salah potong rambut model terima pampasan RM1 13 juta NEW DELHI Seorang model menerima pampasan sebanyak 2 crore rupee hanya kerana tidak berpuas hati dengan gaya potongan rambutnya di sebuah salon terkemuka di India Lapor The Sun insiden i...
Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Utilizing Crowdfunding For Business

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq

How Much Longer For Mou On Allocations For Opposition Mps Says Syed Saddiq

Kemeriahan Aidilfitri Bila Anak Anak Pulang Beraya Bersama Keluarga

Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024