Berbaloi Ahmad Maslan Bayar Rm1 1 Juta Selesai Kes Kata Najib


agendadaily.com29/9/2021
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dan bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak.
Langkah Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan membayar kompaun RM1.1 juta adalah berbaloi untuk menyelesaikan kes mahkamahnya, kata Datuk Seri Najib Razak.

Untuk rekod, Najib juga terpalit dalam kes melibatkan Ahmad yang dibebaskan Mahkamah Tinggi hari ini kerana isu pemberian wang RM2 juta tersebut.

Bekas Perdana Menteri itu berkata kompaun dibayar Ahmad itu berbaloi kerana dapat mengelakkan kos-kos lain yang hanya akan merugikan tertuduh disebabkan perjalanan perbicaraan kes yang memakan masa yang lama.

“Sebab itu sebagai seorang ahli politik, RM1.1 juta yang dibayar Ahmad Maslan untuk selesaikan kes mungkin dianggap berbaloi oleh dia sebab mampu mengelakkan kos guaman, kos masa mahkamah serta pencalaran imej bertahun-tahun lamanya untuk dilabel tuduhan ‘kluster mahkamah’.

“Berhubung perkara ini, bagi pertahankan keadilan terhadap tertuduh serta menjimat kos guaman kedua-dua pihak, pejabat peguam negara kerajaan BN masa dahulu hanya akan mendakwa sebarang kes sekiranya cukup bukti dan kebarangkalian untuk menang kes adalah setinggi 90 peratus,” katanya dalam hantara Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Najib juga mempersoalkan pertuduhan semasa pemerintahan Pakatan Harapan (PH) hampir semuanya kalah dan motif disebalik pendakwaan terhadap pemimpin UMNO.

“Jadi, persoalan paling mustahak ialah kenapa pula kes-kes yang dituduh peguam negara masa kerajaan PH hampir 100% kalah di mahkamah?

“Adakah mereka telah salah gunakan institusi kerajaan untuk melancarkan serangan politik?” ujarnya lagi.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Ahmad terhadap dua pertuduhan iaitu gagal mengisytiharkan wang RM2 juta diterima daripada Najib dan memberi pernyataan palsu.

Keputusan dibuat selepas Ahmad membayar kompaun sebanyak RM1.1 juta

Sebelum ini Ahmad mengaku tidak bersalah atas tuduhan gagal mengisytiharkan wang RM2 juta diterima daripada Najib dan memberi pernyataan palsu.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Ahmad, 55, didakwa menerima wang RM2 juta daripada Najib, yang dipercayai sebagai hasil aktiviti yang menyalahi undang-undang, melalui cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 November 2013, dan cek itu ditunaikan sendiri oleh Ahmad, pada hari yang sama.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 30 April 2014 di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Ahmad, dituduh memberi pernyataan palsu kepada SPRM ketika percakapannya dirakam oleh pegawai penyiasat iaitu Ketua Penolong Kanan Penguasa, Mohd Zairi Zainal, antara jam 2.45 petang hingga 3.30 petang pada 4 Julai 2019, di bilik sidang media, Bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, di sini berhubung cek itu.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 32(8)c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda kedua-duanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/09/berbaloi-ahmad-maslan-bayar-rm11-juta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Bebas Dengan Bayar Rm1 1 Juta Lekehlah Kalau Ahmad Maslan Masih Hadap Jawatan Timbalan Speaker

Selepas Bebas Dengan Bayar Rm1 1 Juta Lekehlah Kalau Ahmad Maslan Masih Hadap Jawatan Timbalan Speaker

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 169 hits
Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan adalah salah seorang pemimpin parti itu yang termasuk dalam kumpulan kluster mahkamah Begitu pun beliau dikira seorang yang hebat kerana ketika masih berdepan kes mahkamah pun Ismail Sabri Yaakob sebagai P...
Bayar Kompaun Rm1 1 Juta Ahmad Maslan Akhirnya Buka Mulut

Bayar Kompaun Rm1 1 Juta Ahmad Maslan Akhirnya Buka Mulut

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 169 hits
Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan hari ini menjelaskan sendiri alasan dia membayar kompaun RM1 1 juta yang dikenakan ke atasnya dan bukan semasa ia ditawarkan lebih awal oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Bercakap di Dewan Rakyat ...
Ahmad Maslan Pinjam Dari Kawan Rm1 100 000 00 Bayar Kompaun

Ahmad Maslan Pinjam Dari Kawan Rm1 100 000 00 Bayar Kompaun

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 343 hits
Ahmad Maslan hanya mampu menjelaskan kompaun sebanyak RM1 1 juta yang kemudian membawa kepada gugurnya kes mahkamah terhadap Setiausaha Agung Umno itu selepas membuat pinjaman kepada rakan rakannya Peguam yang mewakili Ahmad dalam perbicara...
Ahmad Maslan Bebas Tuduhan Gagal Isytihar Rm2 Juta Beri Penyataan Palsu

Ahmad Maslan Bebas Tuduhan Gagal Isytihar Rm2 Juta Beri Penyataan Palsu

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 171 hits
Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan dilihat di mahkamah di Kuala Lumpur pada 24 Ogos Foto Bernama Ahmad Maslan dibebaskan dengan tuduhan gagal mengisytiharkan RM2 juta kepada LHDN dengan membuat kenyataan palsu kepada SPRM KUALA L...
Ph Gesa Peguam Negara Beri Penjelasan Berkaitan Kes Ahmad Maslan

Ph Gesa Peguam Negara Beri Penjelasan Berkaitan Kes Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 181 hits
puteradaily comMajlis Presiden Pakatan Harapan menggesa Peguam Negara memberi penjelasan terhadap kes yang melibatkan Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan Menurutnya keputusan untuk mendakwa atau menarik pendakwaan terhadap seseora...
Ahmad Maslan Bebas Dua Tudvhan Ini Reaksi Win Najib

Ahmad Maslan Bebas Dua Tudvhan Ini Reaksi Win Najib

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 290 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak mempertahankan dana yang disalurkan kepada Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan adalah dari Kementerian Kewangan Arab Saudi dan bukannya dana haram
Kes Ahmad Maslan Adakah Ini Sop Baru Bagi Kes Berprofile Tinggi

Kes Ahmad Maslan Adakah Ini Sop Baru Bagi Kes Berprofile Tinggi

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 470 hits
Oleh MALAYSIA DATELINE October 2 2021Majlis Presiden Pakatan Harapan menggesa Peguam Negara memberi penjelasan terhadap kes yang melibatkan Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan Menurutnya keputusan untuk mendakwa atau menarik penda...
Selepas Sebulan Umno Jadi Pm Pendakwaraya Tarik Balik Kes Ke Atas Ahmad Maslan

Selepas Sebulan Umno Jadi Pm Pendakwaraya Tarik Balik Kes Ke Atas Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 228 hits
FAZLI RADZIAhli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini daripada tuduhan gagal mengisytiharkan wang RM2 juta diterima daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak d...
Ahmad Maslan Pays Rm1 1mil Compound Cleared Of Charges

Ahmad Maslan Pays Rm1 1mil Compound Cleared Of Charges

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 197 hits
Pontian MP and BN secretary general Ahmad Maslan had claimed trial to charges of failing to declare some RM2 million he received from Najib Razak to the Inland Revenue Board KUALA LUMPUR Pontian MP Ahmad Maslan has been acquitted by the Hig...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Ultimate Guide To Ghibli Park

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Pengasas Pbrs Joseph Kurup Meninggal Dunia

Gugurnya Dosa Waktu Solat



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Hawthorn Hood House By Bent Architecture In Victoria Australia

Clear Air Over Najib S Supplementary Order Anwar And Ag Told

De Fam S Popular Local Raya Tune Alamak Raya Lagi Finds Its Way To Nippon Via Social Media

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Tips For Achieving Your Saving Goals

Gunung Ruang Meletus Ini Senarai Penerbangan Mas Airasia Yang Dibatalkan