Kes Pembunuhan Model Mongolia Keluarga Altantuya Berjaya Dalam Rayuan Di Mahkamah Rayuan


 


September 25, 2021 Keluarga Altantuya Shaaribuu berjaya dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan hari ini, untuk mendapatkan salinan kenyataan yang dirakamkan daripada individu disiasat polis dalam kes pembunuhan model Mongolia itu, untuk digunakan dalam saman sivil mereka.
Hakim Datuk Nor Bee Ariffin, yang mengetuai panel tiga hakim berkata kenyataan yang akan diserahkan kepada keluarga Altantuya termasuk kenyataan yang diambil daripada individu sama ada mereka dipanggil sebagai saksi pendakwaan, kenyataan dua bekas anggota polis, Azilah Hadri, Sirul Azhar Umar dan penganalisis politik Abdul Razak Baginda.
“Kami memerintahkan salinan kenyataan di bawah Seksyen 112 (Kanun Prosedur Jenayah) diberikan kepada perayu (keluarga Altantuya) dalam tempoh dua minggu dari tarikh perintah ini,” katanya.
Hakim Nor Bee berkata kenyataan polis yang digunakan dalam perbicaraan kes jenayah itu bukannya dokumen yang dilindungi.
Beliau berkata mahkamah tidak melihat bahaya mengganggu saksi dalam kes ini kerana kes jenayah Azilah dan Sirul Azhar telah lama diselesaikan.
Panel itu turut dianggotai Hakim Datuk Supang Lian dan Hakim Datuk Seri Mariana Yahya yang sebulat suara membenarkan rayuan oleh keluarga Altantuya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan mereka untuk memperoleh kenyataan yang dirakamkan daripada individu disiasat polis dalam kes jenayah itu untuk digunakan dalam saman sivil mereka.
Bapa dan ibu Altantuya, Dr Shaariibuu Setev dan Altantsetseg Sanjaa serta anak lelaki Altantuya iaitu Mungunshagai Bayarjargal memfailkan saman RM100 juta itu terhadap Azilah, Sirul Azhar, Abdul Razak dan Kerajaan Malaysia pada 4 Jun 2007 untuk menuntut ganti rugi teladan dan teruk.
Dalam penyataan tuntutan, keluarga itu mendakwa kematian Altantuya telah menyebabkan mereka mengalami kejutan mental dan trauma psikologi, yang melayakkan mereka menerima ganti rugi.
Dalam keputusan mahkamah yang disampaikan secara dalam talian, Hakim Nor Bee berkata Seksyen 124 Akta Keterangan 1950 berkaitan kenyataan yang tidak didedahkan, tidak terpakai dalam kes keluarga Altantuya.
Beliau berkata kenyataan Seksyen 112 itu perlu kerana maklumat yang terkandung dalam kenyataan itu akan membantu keluarga tersebut untuk meneruskan kes mereka bagi membuktikan pembunuhan itu.
Beliau berkata mahkamah harus sedar tentang realiti praktikal bahawa perubahan boleh berlaku sejak itu dan kemungkinan orang yang dirujuk tidak dapat dikesan atau ada yang mungkin telah meninggal dunia, tidak boleh dinafikan.
“Saksi mungkin enggan ditemu bual dan sebahagian lagi mungkin sukar untuk mengingati semula kejadian itu,” kata Hakim Nor Bee.
Abdul Razak didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul Azhar untuk membunuh Altantuya, 28, pada 2006 namun beliau telah dibebaskan daripada pertuduhan pada Oktober 2008 tanpa dipanggil membela diri manakala Azilah dan Sirul Azhar didapati bersalah pada 2009.
Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Azilah dan Sirul Azhar serta membebaskan mereka daripada pertuduhan namun keputusan itu telah diubah oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari 2015 susulan rayuan pendakwaan.
Peguam Sangeet Kaur Deo mewakili keluarga itu manakala Peguam Kanan Persekutuan Azliza Ali bertindak bagi pihak kerajaan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/kes-pembunuhan-model-mongolia-keluarga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sultan Johor Titah K Jaan Batal Rayu Keputusan Mahkamah Kes Status Kerakyatan

Sultan Johor Titah K Jaan Batal Rayu Keputusan Mahkamah Kes Status Kerakyatan

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 342 hits
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah supaya kerajaan persekutuan membatalkan rayuan keputusan hak kerakyatan anak kepada ibu warganegara Malaysia yang lahir di luar negara Sambil memetik ungkapan Keluarga Malaysia yang digun...
Kes Bunuh Pemandu Grab Dibicarakan Di Mahkamah Tinggi

Kes Bunuh Pemandu Grab Dibicarakan Di Mahkamah Tinggi

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 633 hits
Kedua dua Arsit dan Amru didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawakan hukuman mati jika sabit kesalahan Duo minta dibicarakan dalam kes membunuh pemandu Grab KOTA KINABALU Dua pekerja mencuci kereta menuntut perbicaraan di M...
Menteri Bersatu Akan Cadang Kerajaan Batal Rayuan Keputusan Mahkamah Berhubung Kewarganegaraan

Menteri Bersatu Akan Cadang Kerajaan Batal Rayuan Keputusan Mahkamah Berhubung Kewarganegaraan

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 192 hits
Cadangan itu diutarakan ketika keputusan untuk merayu pembatalan keputusan 9 September lepas dilihat hanya mendapat sedikit sokongan menteri Kabinet Beberapa orang wanita menunggu giliran untuk melakukan urusan di Jabatan Pendaftaran Negara...
Rais Saran Gantung Ahli Dewan Rakyat Dewan Negara Hadapi Kes Mahkamah

Rais Saran Gantung Ahli Dewan Rakyat Dewan Negara Hadapi Kes Mahkamah

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 329 hits
freemalaysiatoday com September 12 2021 12 16 AMRais Yatim menyarankan kod etika penjawat awam turut dilaksanakan ke atas Ahli Dewan Negara Dewan Rakyat dan ADUN PETALING JAYA Yang Dipertua Dewan Negara Rais Yatim menyarankan ahli Dewan Neg...
Keluarga Allahyarham Adib Masih Berharap Pihak Berkuasa Teruskan Siasatan Kes Arwah

Keluarga Allahyarham Adib Masih Berharap Pihak Berkuasa Teruskan Siasatan Kes Arwah

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 286 hits
ALOR SETAR Keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim tetap berharap pihak berkuasa meneruskan siasatan insiden kematian ahli bomba itu Bapa Muhammad Adib Mohd Kassim Abdul Hamid 65 berkata sehingga kini pihaknya merasakan kematian anak...
Mahkamah Tolak Permohonan Rosmah Batalkan Kes Hibrid Solar

Mahkamah Tolak Permohonan Rosmah Batalkan Kes Hibrid Solar

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 233 hits
malaysiakini comRosmah Mansor gagal dalam permohonannya untuk membatalkan kes rasuahnya berkaitan projek tenaga hibrid solar bernilai RM1 25 bilion untuk 369 sekolah kawasan luar bandar di Sarawak Keputusan permohonan isteri Najib Razak itu...
Keluarga Altantuya Shaaribuu Di Benar Dapat Salinan Kenyataan Individu Di Siasat Dek Polis

Keluarga Altantuya Shaaribuu Di Benar Dapat Salinan Kenyataan Individu Di Siasat Dek Polis

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 349 hits
PUTRAJAYA Keluarga Altantuya Shaaribuu berjaya dalam rayuan di Mahkamah Rayuan hari ini untuk mendapatkan salinan kenyataan yang dirakamkan daripada individu disiasat polis dalam kes pembunuhan model Mongolia itu untuk digunakan dalam saman...
Sumpah Laknat Keluarga Mangsa Serangan Seksual Tak Laku Di Mahkamah Peguam

Sumpah Laknat Keluarga Mangsa Serangan Seksual Tak Laku Di Mahkamah Peguam

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 415 hits
KUALA LUMPUR Lafaz sumpah laknat oleh seseorang tidak diterima di mahkamah kata peguam Asiah Abd Jalil Asiah berkata sesiapa sahaja boleh mengemukakan aktiviti sumpah laknat namun ia tidak mempunyai merit di sisi undang undang sivil di mahk...
Aktivis Buat Rayuan Keputusan Mahkamah Isu Lanjutan Lesen Tol Kepada Lynas Corporation

Aktivis Buat Rayuan Keputusan Mahkamah Isu Lanjutan Lesen Tol Kepada Lynas Corporation

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 255 hits
KUALA LUMPUR Sekumpulan aktivis mengajukan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mengetepikan saman mereka bagi membatalkan pelanjutan Lesen Pengendalian Sementara kepada Lynas Corporation Saman yang diajukan kumpulan yang dikenali seba...
Tetamu Complain Majlis Akikah Anak Nabila Razali Sempit Amp Khemah Kecil Netizen Sound Kau Kebulur Nak Datang Apehal

Traffic Reported Smooth On Major Highways

Negara Ini Akan Lebih Aman Jika Mereka Ini Tidak Lagi Dalam Politik Negara

Menjelang Muktamar Pas Geng Ustaz Nak Langgar Geng Publika Dalam Pas

Sammy Simorangkir Daripada Menyiksa Diri Chord

Pemberhentian Pekerja Petronas Disebabkan Cabaran Global Bukan Isu Petros Fadillah

Yung Kai Sunkis 88rising Take Me Where The Sunlight Glows Chord

Jenazah Lima Sekeluarga Nahas Di Jerantut Selamat Dikebumikan Dalam Satu Liang Awal Pagi Tadi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


D N 65 S Chi N L C Ch I X S Hi U Qu Nh T T I Da88

L Tr T L G Kh M Ph C Ch Ch I T I Nh C I Da88

Siapa Akan Ganti Rafizi Dan Nik Nazmi

Pagi Raya Pertama Aidiladha Di Tempat Kerja

Why Terpene Purity Is The Unsung Hero In Premium Cannabis Products

Duit Bulanan Bantu Selesai Hutang Amp Modal Berniaga Diberikan Kepada Keluarga Wanita Itu Sejak Tahun 2018 Maiwp