Rais Saran Gantung Ahli Dewan Rakyat Dewan Negara Hadapi Kes Mahkamah


freemalaysiatoday.comFaiz Zainudin
-September 12, 2021 12:16 AM
Rais Yatim menyarankan kod etika penjawat awam turut dilaksanakan ke atas Ahli Dewan Negara, Dewan Rakyat dan ADUN. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Yang Dipertua Dewan Negara, Rais Yatim menyarankan ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang menghadapi pendakwaan di mahkamah, digantung sementara menunggu kes mereka selesai.

Cadangan itu menyusul saranan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob untuk melakukan transformasi Parlimen.

Bagaimanapun, Rais mengakui langkah itu tidak mudah dilaksanakan kerana perbicaraan kes memakan masa lama.

“Kalau rayuan mahkamah memakan masa setahun lebih, macam mana kalau pilihan raya umum berlaku? Ini barangkali Perdana Menteri berfikir juga untuk masa depan negara,” katanya dalam program Ruang Bicara Bernama bertajuk “Transformasi Parlimen 62 tahun: Antara kenal huruf atau celik politik”.

Rais berkata, ia berbeza dengan penjawat awam akan digantung tugas jika mereka dihadapkan ke mahkamah.

Oleh itu, beliau menyarankan kod etika turut dilaksanakan ke atas Ahli Dewan Negara, Dewan Rakyat dan ADUN.

“Penting saya rasa kanun ini (kod etika) dijadikan satu perundangan dan dikenakan kepada yang menjadi YB, di mana hari pertama mereka mengangkat sumpah di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dikenakan syarat ini.”

Jumaat lalu, Ismail menawarkan tujuh cadangan transformasi Parlimen dan pentadbiran untuk mengembalikan kestabilan politik demi menangani Covid-19 serta memulihkan ekonomi negara.

Katanya, tawaran dan komitmen kerajaan itu sejajar titah Yang di-Pertuan Agong dan raja Melayu mengenai pentingnya pentadbiran stabil yang dapat berfungsi secara biasa dalam keadaan negara menghadapi pelbagai krisis.

Tawaran transformasi itu antara lain membabitkan jawatan Perdana Menteri dihadkan 10 tahun, menggubal rang undang-undang antilompat parti, pelaksanaan pindaan Undi18 dalam tempoh terdekat dan Ketua Pembangkang diberikan saraan serta kemudahan yang setara dengan menteri


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/09/rais-saran-gantung-ahli-dewan-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dewan Rakyat Dewan Negara Perlu Capai Persetujuan Had Umur Calon Pru Gerakan

Dewan Rakyat Dewan Negara Perlu Capai Persetujuan Had Umur Calon Pru Gerakan

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 360 hits
Dr Dominic Lau Hoe Chai KUALA LUMPUR Parti Gerakan Rakyat Malaysia mencadangkan kerajaan meminda Enakmen Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan agar selaras dengan persejutuan Dewan Rakyat untuk membenarkan calon Pilihan Raya Umum akan datang ...
Juhanis Ajis Sitin Di Lantik Ahli Dewan Negara Baharu Bagi Mewakili Negeri Pahang

Juhanis Ajis Sitin Di Lantik Ahli Dewan Negara Baharu Bagi Mewakili Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 554 hits
KUANTAN Dua orang Ahli Dewan Negara yang baharu dilantik oleh Dewan Negeri Pahang iaitu Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita Pahang Datuk Juhanis Abdul Aziz dan Bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Datuk Ajis Sitin Dato Juhanis a...
Kes Bunuh Pak Guard Ahli Perniagaan Berdepan Hukuman Gantung

Kes Bunuh Pak Guard Ahli Perniagaan Berdepan Hukuman Gantung

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 284 hits
AHMAD Noor Azhar Muhammad dibawa keluar selepas didakwa atas pertuduhan membunuh seorang pengawal keselamatan tahun lalu di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini UTUSAN ZULFACHRI ZULKIFLI Ahmad Noor Azhar berdepan pertuduhan bunuh pak guard IPOH...
Ahli Parlimen Jelutong Diarah Keluar Dewan Sebut Perkataan Memalukan

Ahli Parlimen Jelutong Diarah Keluar Dewan Sebut Perkataan Memalukan

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 247 hits
KUALA LUMPUR Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Mohd Rashid Hasnon mengarahkan RSN Rayer keluar Dewan Rakyat dan menggantung wakil rakyat DAP itu selama dua hari daripada menghadiri sidang Rashid membuat keputusan itu selepas Rayer enggan ...
Not For Ag To Dictate Motions In Dewan Rakyat Says Expert

Not For Ag To Dictate Motions In Dewan Rakyat Says Expert

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 417 hits
MPs may introduce any motion and it is left to the Speaker to allow it or not says Shad Saleem Faruqi PETALING JAYA A constitutional expert said it was not for the attorney general to decide on motions that could be tabled in the Dewan Raky...
Sprm Terkejut Mahkamah Gugurkan Kes Lim Guan Eng

Sprm Terkejut Mahkamah Gugurkan Kes Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 370 hits
Lim dituduh menyalahgunakan kedudukannya sebagai ketua menteri Pulau Pinang ketika meluluskan satu urus niaga tanah dan membeli sebuah banglo di bawah harga pasaran GEORGE TOWN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkata ia amat terkejut...
Kerajaan Yang Lemah Jadi Faktor Kes Covid 19 Terus Meningkat Analisa Negara Dunia Buktikannya

Kerajaan Yang Lemah Jadi Faktor Kes Covid 19 Terus Meningkat Analisa Negara Dunia Buktikannya

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 305 hits
Kerajaan yang lemah jadi faktor kes Covid 19 terus meningkat analisa negara dunia buktikannya Kenyataan Pakar penyakit berjangkit yang diiktiraf Badan Kesihatan Sedunia Dr Adeeba Kamarulzaman memberi gambaran yang tepat senario krisis Covid...
Pembangkang Calonkan Nga Jadi Timbalan Speaker Dewan Rakyat

Pembangkang Calonkan Nga Jadi Timbalan Speaker Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 337 hits
Malaysiakini Pakatan Harapan menamakan ahli parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming sebagai calon mereka untuk mengisi kekosongan jawatan timbalan speaker Dewan Rakyat Ketika dihubungi Nga mengesahkan dia adalah calon tunggal dinamakan pihak pemb...
Sprm Perlu Lebih Telus Dalam Kes Libat Ahli Politik Kata C4

Sprm Perlu Lebih Telus Dalam Kes Libat Ahli Politik Kata C4

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 376 hits
Parlimen dimaklumkan bahawa siasatan SPRM terhadap Rina Harun mendapati tiada elemen rasuah dalam penyelesaian hutangnya yang bernilai jutaan ringgit PETALING JAYA Sebuah NGO antirasuah menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia supaya...
Japan Honours Sarawak Premier With Order Of The Rising Sun

Sultan Ibrahim Leaves For Historic State Visit To Saudi Arabia First By A Malaysian Monarch In Decades

Jumlah Pekerja Asing Sah Di Malaysia Menurun 13 Peratus

Rahsia Bentuk Dan Warna Kulit Telur Panduan Bijak Pilih Telur Segar

Pau Sambal

Friends Will Not Get Offended Easily Says Indonesian Envoy After Rtm Broadcast Mix Up

Emirates Adds Another Best International Airline Award To Its Portfolio Of Accolades

Beli Minyak Masak Paket Dengan Ic


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Menginap 1 Malam Di The Katerina Hotel Batu Pahat

Ketegangan Antara Keluarga Prince Syed Dan Isteri Terus Memuncak Adik Fatin Buat Pendedahan Di Tiktok

Tambah Gas Dan Tukar Filter Kereta Dania

Muka Muka Yang Berbeza Punya Gigih Nak Anwar Yurun Ke Keh Keh

Suami Tidur Dalam Kereta Akhirnya Pergi Buat Selamanya

Cara Kira Harga Jual Makanan Delivery Supaya Tak Rugi Tapi Tetap Laku