Mahkamah Tolak Permohonan Rosmah Batalkan Kes Hibrid Solar


malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Sep 24, 2021 10:34 AM
Dikemaskini: 11:36 AM

Rosmah Mansor gagal dalam permohonannya untuk membatalkan kes rasuahnya berkaitan projek tenaga hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah kawasan luar bandar di Sarawak.

Keputusan permohonan isteri Najib Razak itu dibuat Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Sebelum ini mahkamah menetapkan 9 Sept lalu untuk tarikh keputusan permohonan berkenaan namun ditangguhkan ke hari ini.

Asas permohonan Rosmah untuk membatalkan perbicaraan rasuahnya bergantung kepada kesahihan surat pelantikan bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram sebagai pegawai pendakwa.

Sri Ram - kini terbabit sebagai peguam persendirian - adalah pendakwa utama dalam perbicaraan rasuah terhadap Rosmah yang diarah mahkamah tinggi membela diri atas pertuduhan tersebut pada 18 Feb lalu.

Dalam prosiding hari ini hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan pelantikan Gopal oleh Tommy Thomas - yang menjadi peguam negara sebelum ini - dibuat mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah.

Kata hakim terbabit walaupun Gopal pada mulanya dilantik sebagai timbalan pendakwa raya (DPP) untuk menangani kes-kes jenayah berkaitan 1MDB ke atas Najib, Thomas kemudian secara lisan memberi kuasa kepada peguam terbabit untuk turut bertindak sama bagi kes Rosmah.

Menurut Mohamed Zaini, dia percaya kebenaran diberi Thomas kepada Gopal untuk bertindak sebagai DPP dalam kes Rosmah dilakukan secara sah mengikut seksyen 376 (3) itu.

Kata hakim itu lagi pelantikan Gopal selanjutnya disokong dua surat yang mengesahkan hal tersebut oleh peguam negara sekarang, Idrus Harun, masing-masing bertarikh 8 Julai tahun lalu dan 21 Mei tahun ini.

"Masalah yang berkaitan adalah apakah pelantikan Sri Ram dapat (dilakukan) secara retrospektif (untuk menjadi DPP dalam kes Rosmah).

"Saya setuju dengan pihak pendakwaan bahawa pendakwa raya mempunyai kuasa di bawah Seksyen 50 Akta Tafsiran, dan berhak membuat pelantikan Sri Ram secara retrospektif," katanya.

Seksyen 50 Akta Tafsiran 1948 (1967) menyatakan mana-mana pihak berkuasa - yang diberi kuasa oleh undang-undang bertulis - untuk melantik seseorang menjalankan apa-apa fungsi, dapat membuat pelantikan tersebut dengan kesan retrospektif.

[Baca berita penuh]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/09/mahkamah-tolak-permohonan-rosmah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Permohonan Rosmah Tangguh Bicara Kes Rasuah Didengar Isnin Depan

Permohonan Rosmah Tangguh Bicara Kes Rasuah Didengar Isnin Depan

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 206 hits
BERNAMA Mahkamah menetapkan 13 Oktober untuk pengurusan kes rayuan Rosmah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya bagi membatalkan perbicaraan kes rasuah projek solar hibrid Rosmah Mansor isteri bekas perdana menteri N...
Rentasan 965 Panas Kes Tuntutan Saman Cukai Mahkamah Rayuan Tolak

Rentasan 965 Panas Kes Tuntutan Saman Cukai Mahkamah Rayuan Tolak

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 253 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 9651 NAJIB DAN ANAK PERLU BAYAR CUKAI TERTUNGGAK 2 MASIH ADAKAH CAHAYA DI HUJUNG TEROWONG COVID 19 3 86 MATI KERANA COVID 19 DI LUAR HOSPITAL TANPA PEMANTAUAN 4 PAS ADALAH ZOMBIE AMANAH
Mahkamah Rayuan Batalkan Saman Peguam Persoal Pengampunan Diraja Terhadap Anwar

Mahkamah Rayuan Batalkan Saman Peguam Persoal Pengampunan Diraja Terhadap Anwar

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 319 hits
PUTRAJAYA Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan saman difailkan seorang peguam yang mempersoal kesahan pengampunan diraja yang diperoleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi sabitan kes liwatnya Semasa membatalkan saman oleh Mohd Khairul Azam Abdul...
Kes Bunuh Pemandu Grab Dibicarakan Di Mahkamah Tinggi

Kes Bunuh Pemandu Grab Dibicarakan Di Mahkamah Tinggi

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 640 hits
Kedua dua Arsit dan Amru didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawakan hukuman mati jika sabit kesalahan Duo minta dibicarakan dalam kes membunuh pemandu Grab KOTA KINABALU Dua pekerja mencuci kereta menuntut perbicaraan di M...
Sultan Johor Titah K Jaan Batal Rayu Keputusan Mahkamah Kes Status Kerakyatan

Sultan Johor Titah K Jaan Batal Rayu Keputusan Mahkamah Kes Status Kerakyatan

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 366 hits
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah supaya kerajaan persekutuan membatalkan rayuan keputusan hak kerakyatan anak kepada ibu warganegara Malaysia yang lahir di luar negara Sambil memetik ungkapan Keluarga Malaysia yang digun...
Court Throws Out Rosmah S Bid To Nullify Solar Project Corruption Trial

Court Throws Out Rosmah S Bid To Nullify Solar Project Corruption Trial

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 344 hits
Rosmah Mansor did not succeed in her application to nullify her corruption case linked to the RM1 25 billion solar hybrid energy project for 369 rural schools in Sarawak The Kuala Lumpur High Court this morning dismissed by Rosmah who is th...
Kes Pembunuhan Model Mongolia Keluarga Altantuya Berjaya Dalam Rayuan Di Mahkamah Rayuan

Kes Pembunuhan Model Mongolia Keluarga Altantuya Berjaya Dalam Rayuan Di Mahkamah Rayuan

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 208 hits
September 25 2021 Keluarga Altantuya Shaaribuu berjaya dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan hari ini untuk mendapatkan salinan kenyataan yang dirakamkan daripada individu disiasat polis dalam kes pembunuhan model Mongolia itu untuk diguna...
Kes Rasuah Rm1 25 Bilion Rosmah Gagal Gugurkan Sri Ram Batal Perbicaraan

Kes Rasuah Rm1 25 Bilion Rosmah Gagal Gugurkan Sri Ram Batal Perbicaraan

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 199 hits
Hasimi MuhamadSeptember 24 2021 Rosmah gagal dalam cubaan batalkan perbicaraan kes rasuah RM1 25 bilion terhadapnya serta menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai ketua pasukan pendakwaan kes itu Gambar failKUALA LUMPUR Datin Seri Rosm...
Rais Saran Gantung Ahli Dewan Rakyat Dewan Negara Hadapi Kes Mahkamah

Rais Saran Gantung Ahli Dewan Rakyat Dewan Negara Hadapi Kes Mahkamah

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 337 hits
freemalaysiatoday com September 12 2021 12 16 AMRais Yatim menyarankan kod etika penjawat awam turut dilaksanakan ke atas Ahli Dewan Negara Dewan Rakyat dan ADUN PETALING JAYA Yang Dipertua Dewan Negara Rais Yatim menyarankan ahli Dewan Neg...
Forest Fire Breaks Out In Kajang Prima

Jerebu Di Malaysia 2025 Status Terkini Dan Panduan Tindakan

Ayam Pentet Dora Mj Port Dickson A Must Try Culinary Gem For Foodies Travelers

Isnin Atau Selasa Ini Rakyat Bakal Terima Penghargaan Istimewa Pm Anwar Beri Bayangan

Syok Bersuka Ria Di Splash Carnival Legoland Johor

Umno Pahang Desak Prosiding Kes Perlaksanaan Titah Adendum Terhadap Najib Dijalankan Segera Secara Tertib

Pas Youth Unaware Of Muhyiddin S Meeting With Other Opposition Parties

Belajar Menerima Pandangan Mereka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ayam Sweet Sour Dan Bab Curang

Resepi Kari Ayam Tanpa Santan

Jho Low Kini Dikenali Sebagai Constantinos Achilles Veis Di China

Kenapa Lama Tak Update Blog

Imam Masjid Ar Rahmat Di Felda Lembah Klau Raub Meninggal Dunia Ketika Sedang Pimpin Solat Jumaat

Hantaran Memetik Titah Dan Menggunakan Gambar Ydpa Sultan Ibrahim Berhubung Dunia Islam Adalah Tidak Benar