Keluarga Altantuya Shaaribuu Di Benar Dapat Salinan Kenyataan Individu Di Siasat Dek Polis




PUTRAJAYA - Keluarga Altantuya Shaaribuu berjaya dalam rayuan di Mahkamah Rayuan hari ini untuk mendapatkan salinan kenyataan yang dirakamkan daripada individu disiasat polis dalam kes pembunuhan model Mongolia itu untuk digunakan dalam saman sivil mereka.
Hakim Datuk Nor Bee Ariffin yang mengetuai panel tiga hakim, berkata kenyataan yang akan diserahkan kepada keluarga Altantuya, termasuk yang diambil daripada individu sama ada mereka dipanggil sebagai saksi pendakwaan, kenyataan dua bekas anggota polis, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar serta penganalisis politik, Abdul Razak Baginda.
"Kami memerintahkan salinan kenyataan di bawah Seksyen 112 (Kanun Prosedur Jenayah) diberikan kepada perayu (keluarga Altantuya) dalam tempoh dua minggu dari tarikh perintah ini," katanya.
Hakim Nor Bee berkata kenyataan polis yang digunakan dalam perbicaraan kes jenayah itu bukannya dokumen yang dilindungi dan mahkamah tidak melihat bahaya mengganggu saksi dalam kes itu kerana kes jenayah Azilah serta Sirul Azhar telah lama diselesaikan.
Panel itu turut dianggotai Hakim Datuk Supang Lian dan Hakim Datuk Seri Mariana Yahya yang sebulat suara membenarkan rayuan oleh keluarga Altantuya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelum ini menolak permohonan mereka.
Bapa dan ibu Altantuya, Dr Shaariibuu Setev dan Altantsetseg Sanjaa serta anak lelaki Altantuya, Mungunshagai Bayarjargal memfailkan saman RM100 juta terhadap Azilah, Sirul Azhar, Abdul Razak dan Kerajaan Malaysia pada 4 Jun 2007 untuk menuntut ganti rugi teladan dan teruk.
Dalam pernyataan tuntutan, keluarga itu mendakwa kematian Altantuya telah menyebabkan mereka mengalami kejutan mental dan trauma psikologi, yang melayakkan mereka menerima ganti rugi.
Dalam keputusan mahkamah yang disampaikan secara dalam talian, Hakim Nor Bee berkata, Seksyen 124 Akta Keterangan 1950 berkaitan kenyataan yang tidak didedahkan, tidak terpakai dalam kes keluarga Altantuya.
Beliau berkata, kenyataan Seksyen 112 itu perlu kerana maklumat yang terkandung dalam kenyataan berkenaan akan membantu keluarga terbabit meneruskan kes mereka bagi membuktikan pembunuhan itu.
Katanya, mahkamah harus sedar realiti praktikal bahawa perubahan boleh berlaku sejak itu dan kemungkinan orang yang dirujuk tidak dapat dikesan atau ada yang mungkin telah meninggal dunia, tidak boleh dinafikan.
"Saksi mungkin enggan ditemubual dan sebahagian lagi mungkin sukar untuk mengingati semula kejadian itu," kata Hakim Nor Bee.
Abdul Razak didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul Azhar untuk membunuh Altantuya, 28, pada 2006, namun beliau dibebaskan daripada pertuduhan pada Oktober 2008 tanpa dipanggil membela diri, manakala Azilah dan Sirul Azhar didapati bersalah pada 2009.
Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Azilah dan Sirul Azhar serta membebaskan mereka daripada pertuduhan, namun keputusan itu telah diubah oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Jan 2015 susulan rayuan pendakwaan.
Peguam, Sangeet Kaur Deo mewakili keluarga Altantuya, manakala Peguam Kanan Persekutuan, Azliza Ali bertindak bagi pihak kerajaan. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/09/keluarga-altantuya-shaaribuu-di-benar.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bercuti Tanpa Surat Kebenaran Polis Siasat Vie Shantie

Bercuti Tanpa Surat Kebenaran Polis Siasat Vie Shantie

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 281 hits
Tular gambar Vie Shantie yang memaparkan gambarnya sedang beriadah di Rimba Valley di Janda Baik Dakwa Pergi Janda Baik Tak Perlu Surat Rentas Negeri Polis Nafi Siasat Kenyataan Vie Shantie Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai kenyata...
Polis Siasat Alphard Potong Kenderaan Di Garisan Berkembar

Polis Siasat Alphard Potong Kenderaan Di Garisan Berkembar

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 263 hits
Polis mengesahkan ada menerima laporan berkaitan video tular di Facebook yang memaparkan sebuah kenderaan dipercayai milik seorang timbalan menteri melanggar peraturan jalan raya Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan Sup...
Polis Siasat Laporan Kebocoran Data Peribadi Dari Jpn

Polis Siasat Laporan Kebocoran Data Peribadi Dari Jpn

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 383 hits
BERNAMA Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997 Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Mohd Kamarudin Md Din di sidang media hari ini Gambar Bernama Polis Diraja Malaysia membuka kertas siasatan ...
Polis Siasat Laporan Najib Berkaitan Lhdn Masa Zaman Lim Guan Eng

Polis Siasat Laporan Najib Berkaitan Lhdn Masa Zaman Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 284 hits
Polis Diraja Malaysia mengesahkan satu kertas siasatan dibuka terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri susulan laporan yang dibuat bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Mohd...
Polis Dedah Salinan Kad Unhcr Sajat

Polis Dedah Salinan Kad Unhcr Sajat

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 204 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Polis mendedah dan mengedarkan salinan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu Bagi Pelarian milik usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat Pen...
3 Hari Tinggal Dalam Kereta Tersadai Polis Cari Mana Keluarga Sarah

3 Hari Tinggal Dalam Kereta Tersadai Polis Cari Mana Keluarga Sarah

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 249 hits
Seorang kanak kanak perempuan berusia dalam lingkungan 10 tahun telah diselamatkan oleh orang awam selepas dipercayai tinggal bersendirian di dalam sebuah kenderaan sejak tiga hari lalu Memetik laporan Free Malaysia Today kanak kanak yang d...
Pahang Benar Individu Belum Vaksin Hadir Solat Jumaat Fardu

Pahang Benar Individu Belum Vaksin Hadir Solat Jumaat Fardu

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 321 hits
Oleh GAMBAR Abd Razak Aid KERAJAAN Negeri Pahang membenarkan individu yang belum lagi menerima vaksin untuk hadir mengerjakan aktiviti ibadah solat fardu dan Jumaat di masjid negeri masjid daerah masjid kariah dan surau kebenaran Jumaat neg...
5944 Benar Individu Enggan Divaksin Masuk Ke Premis Ppim Beritahu Kerajaan Free Malaysia Today 21 09 2021

5944 Benar Individu Enggan Divaksin Masuk Ke Premis Ppim Beritahu Kerajaan Free Malaysia Today 21 09 2021

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 331 hits
PETALING JAYA Persatuan Pengguna Islam Malaysia memohon kerajaan menyemak semula syarat kebenaran memasuki premis tanpa mengambil kira status vaksinasi Ia termasuk kebenaran memasuki tempat kerja sekolah rumah ibadat dan pusat membeli belah...
Susu Snek Padu Buat Hari Lebih Gembira

Not By Accident

Cemburu Dengan Hasil Usaha Orang Lain

Pn Dan Pas Nak Halang Apa Yang Mereka Dah Luluskan

Isu Petronas Dan Buang Pekerja

Agen Mesin Laundry Pontianak Berikan Layanan Pendampingan Dan Purna Jual Ke Para Pelanggan

Why Terpene Purity Is The Unsung Hero In Premium Cannabis Products

Tips Menang Di Gudangtoto


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Air Asam Perut Lembu

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan

Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Penunggang Motosikal Maut Langgar Tembok Batu Tercampak Sebelum Jatuh Parit

Daqmie Korbankanlah Chord

Father S Day Chocolate Treats By Elevete You Can T Miss