Kes Ltte Patuh Arahan Kerajaan Atau Letak Jawatan Peguam Negara Maszlee Beritahu Tommy Thomas




Ahli Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik memberi kata dua kepada Peguam Negara Tommy Thomas berikutan tindakannya memberhentikan pertuduhan terhadap 12 individu dikaitkan dengan kumpulan militan, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
Maszlee berkata, Tommy perlu memilih untuk kembali mematuhi dasar kerajaan persekutuan pimpinan Pakatan Harapan (PH) dan mengutamakan keselamatan negara dalam isu LTTE atau sebaliknya melepaskan jawatan sebagai peguam negara.
“Selagi mana ia tidak diubah menteri dalam negeri, maka ia kekal sebagai keputusan kerajaan yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan negara melalui agensi serta badan kerajaan seperti polis.
“Keputusan peguam negara untuk menarik balik pertuduhan ke atas 12 individu yang dituduh di mahkamah adalah disandarkan kepada keputusan kerajaan Australia dan Sri Lanka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Terdahulu, Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, kumpulan militan LTTE masih dikategorikan sebagai kumpulan pengganas dan kerajaan tidak berhasrat untuk mengugurkan kedudukan kumpulan itu.
Muhyiddin berkata, Tommy tidak mempunyai kuasa di bawah undang-undang untuk mencampuri urusan dan bidang kuasa menteri dalam negeri.
Thomas semalam, memutuskan tiada prospek yang jelas untuk sabitan terhadap mana-mana 12 tertuduh dalam mana-mana 34 pertuduhan terhadap mereka dan bertindak memberhentikan prosiding terhadap kesemua tertuduh berkuat kuasa serta-merta.
Maszlee berkata, kegagalan peguam negara mengambil kira dasar kerajaan sebelum membuat keputusan bukan sahaja salah, tetapi bertentangan dengan peranannya selaku penasihat undang-undang utama kerajaan Persekutuan.
“Keselamatan negara adalah tanggungjawab kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri. Dalam menjalankan tugas sebagai pendakwa raya, Tommy tidak boleh sama sekali membelakangi dasar kerajaan,” katanya.
12 tertuduh itu ialah ahli DAP, V Suresh Kumar, 44; ahli perniagaan, B Subramaniam, 58; penjaga stor, S Thanagaraj, 27; Saminathan, 35; Gunasekaren, 61; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau di Melaka, S Chandru, 39; juruteknik, S Arivainthan, 28; pengawal keselamatan, M Pumugan, 30; guru sekolah menengah di Telok Panglima Garang, Selangor, Sundram Renggan @ Rengasamy, 53; pemandu teksi V Balamurugan, 38; pengutip besi buruk A Kalaimughilan, 29; dan penghantar surat S Teeran, 39.
Semua mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan ditempatkan di Penjara Sungai Buloh sementara menunggu perbicaraan.
Di bawah Sosma mereka tidak dibenar diikat jamin.
Mereka antaranya menghadapi pertuduhan memberi sokongan kepada LTTE dalam suatu majlis, memberi sokongan kepada kumpulan itu dalam media sosial dan pertuduhan memiliki, mengedar dan memaparkan bahan-bahan berkaitan LTTE.
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/02/22/kes-ltte-patuh-arahan-kerajaan-atau-letak-jawatan-peguam-negara-maszlee-beritahu-tommy-thomas/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kes-ltte-patuh-arahan-ker

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peguam Negara Lepas Jawatan Atau Patuh Dasar Kerajaan Maszlee Malik

Peguam Negara Lepas Jawatan Atau Patuh Dasar Kerajaan Maszlee Malik

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 448 hits
Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Malik memberi dua pilihan kepada Tan Sri Tommy Thomas sama ada mahu mematuhi dasar kerajaan atau melepaskan jawatannya sebagai Peguam Negara Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata demikian susulan tindaka...
Tommy Thomas Letak Jawatan Peguam Negara

Tommy Thomas Letak Jawatan Peguam Negara

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 443 hits
KUALA LUMPUR Tan Sri Tommy Thomas meletakkan jawatan sebagai peguam negara Perkembangan mengejutkan itu dilaporkan media yang memetik sumber sebagai mengesahkan bahawa Tommy telah menghantar surat peletakan jawatan Bagaimanapun bila ditanya...
Peguam Negara Tommy Thomas Hantar Surat Letak Jawatan

Peguam Negara Tommy Thomas Hantar Surat Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 533 hits
KUALA LIMPUR Peguam Negara Tommy Thomas telah mengemukakan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menurut satu laporan berita Dihubungi oleh Malaysiakini untuk pengesahan itu beliau menjawab Ya Memetik sumber ...
Tommy Thomas Letak Jawatan Sebagai Peguam Negara

Tommy Thomas Letak Jawatan Sebagai Peguam Negara

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 657 hits
Peguam Negara Tommy Thomas telah mengemukakan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menurut satu laporan berita Memetik sumber The Edge berkata Thomas mahu meletak jawatan ketika Mahathir masih mengetuai nega...
Terkini Peguam Negara Tommy Thomas Letak Jawatan

Terkini Peguam Negara Tommy Thomas Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 613 hits
Berita terkini menurut laporan The Edge Market melaporkan Peguam Negara Tommy Thomas meletakkan jawatan beliau sebagai Peguam Negara Surat peletakan jawatan itu beliau sampaikan kepada Perdana Menteri Interim Tun Mahathir di Kompleks Perdan...
Pengganas Ltte Katadua Patuh Atau Lepas Jawatan Peguam Negara

Pengganas Ltte Katadua Patuh Atau Lepas Jawatan Peguam Negara

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 415 hits
Tommy memberhentikan prosiding undang undang terhadap 12 lelaki warga tempatan yang berdepan tuduhan menyokong kumpulan pengganas Astro AWANI Shahir Omar Peguam Negara lepas jawatan atau patuh dasar kerajaan Maszlee MalikKL Bekas Menteri Pe...
Jangan Pelik Bila Tommy Thomas Gugurkan Kes Ltte Bukankah Dia Dahulu Peguam Chin Peng

Jangan Pelik Bila Tommy Thomas Gugurkan Kes Ltte Bukankah Dia Dahulu Peguam Chin Peng

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 552 hits
Tommy Thomas tarik balik pertuduhan terhadap 12 tertuduh yang dikaitkan kumpulan pengganas LTTE berkuat kuasa serta merta Hal ini sekaligus melepaskan segala pertuduhan terhadap Exco Melaka G Saminathan dan ADUN Seremban Jaya P Gunasekaran ...
Maszlee Mahu Peguam Negara Letak Jawatan

Maszlee Mahu Peguam Negara Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 510 hits
MaszleeSHAH ALAM Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik meminta Tan Sri Tommy Thomas untuk kembali mematuhi dasar kerajaan dan mengutamakan keselamatan negara atau melepaskan terus jawatan sebagai Peguam Negara Jelas beliau kegagala...
Pertembungan Antara Muhyiddin Yassin Dan Anwar Ibrahim Untuk Pm Ke 8 Bila Tommy Thomas Letak Jawatan Apa Petandanya

Pertembungan Antara Muhyiddin Yassin Dan Anwar Ibrahim Untuk Pm Ke 8 Bila Tommy Thomas Letak Jawatan Apa Petandanya

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 910 hits
Kenyataan Media rasmi yang dikeluarkan Istana Negara lewat petang semalam jelas menunjukkan kemelut politik tanah air masih belum dapat diselesaikan SPB YDP Agong masih lagi belum lagi dapat memutuskan siapa yang akan dilantik sebagai Perda...
Rm250k Penalty Per Aerotrain Breakdown Should Have Been Imposed From Outset Not After Almost 2 Dozen Disruptions

Singapore S Success A Lesson Malaysia Can No Longer Ignore

Malaysia Needs To Adapt To Hybrid Security Threats Immediately

Klgcc Mall Milik Sime Darby Property Kini Dibuka

September 2025 A Great Increase In Sales Of New Cars In Europe

Hiburan Kes Adik Dikel R Abang Sendiri Suspek Mungkin Terpengaruh Video Game Alami Halusinasi Polis

Kenapa Setiap Isnin Rasa Tak Bermaya Nak Ke Ofis

Buat Balik Raised Bed Tebu Kuning


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rahsia Peniaga Bundle Untung Besar Dari Lubuk Supplier Hingga Ke Kedai Online

Sofea Jane Kembali Ke Genre Seram Selepas 17 Tahun Melalui Malam Terlarang

Memupuk Keseimbangan Sistem Pencernaan Dalam Kehidupan Yang Sibuk

Bukit Uhud Atau Jabal Uhud Tempat Berlakunya Perang Uhud

10 Kafe Terbaik Di Kuala Lumpur Yang Disyorkan Untuk Pengembara Digital

Jalan Jalan Di Wuhua District Kunming