Pengganas Ltte Katadua Patuh Atau Lepas Jawatan Peguam Negara



Tommy memberhentikan prosiding undang-undang terhadap 12 lelaki warga tempatan yang berdepan tuduhan menyokong kumpulan pengganas. - Astro AWANI / Shahir Omar  
Peguam Negara, lepas jawatan atau patuh dasar kerajaan - Maszlee Malik

KL: Bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik memberi dua pilihan kepada Tan Sri Tommy Thomas sama ada mahu mematuhi dasar kerajaan, atau melepaskan jawatannya sebagai Peguam Negara.

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata demikian susulan tindakan Tommy memberhentikan prosiding undang-undang terhadap 12 lelaki warga tempatan yang berdepan tuduhan menyokong kumpulan pengganas, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), pada Jumaat.


Jelas Maszlee, kegagalan Tommy mengambil kira dasar kerajaan bukan sahaja salah, malah ia jelas bertentangan dengan peranan Peguam Negara selaku Penasihat Undang-Undang utama kerajaan Persekutuan.

“Saya mengambil maklum terdapat peranan yang berbeza apabila Tan Sri Tommy Thomas menjalankan tugas sebagai pendakwa raya dan apabila beliau berperanan sebagai Peguam Negara iaitu Penasihat Undang-Undang.

“Namun, dalam menjalankan tugas sebagai pendakwa raya, Tommy tidak boleh sama sekali membelakangi dasar kerajaan,” demikian katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Mengulas lanjut kata Maszlee, kuasa untuk menyenaraikan sesuatu kumpulan sebagai kumpulan pengganas atau sebaliknya adalah terletak di bawah kuasa Menteri Dalam Negeri.

“Selagi mana ia tidak diubah oleh Menteri Dalam Negeri, maka ia kekal sebagai keputusan kerajaan yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan negara melalui agensi serta badan kerajaan seperti PDRM.

“Keputusan Peguam Negara untuk menarik balik pertuduhan ke atas 12 individu yang telah dituduh di mahkamah adalah disandarkan kepada keputusan kerajaan Australia dan Sri Lanka.

“Walau bagaimanapun, keselamatan negara adalah tanggungjawab kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri,” ujarnya.

Semalam, Jabatan Peguam Negara membuat keputusan memberhentikan prosiding undang-undang terhadap 12 tertuduh yang sedang berdepan pendakwaan menyokong LTTE selepas mendapati tiada prospek jelas untuk mensabitkan dengan mana-mana daripada 34 pertuduhan dihadapi mereka.

Antara yang dituduh sebelum ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek, G Saminathan, 34; ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaran, 60, mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Susulan itu, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, kumpulan militan LTTE masih dikategorikan sebagai kumpulan pengganas dan kerajaan tidak berhasrat untuk mengugurkan kedudukan kumpulan itu. (AA)


KENYATAAN MEDIA PAS SELANGORYB DATO DR AHMAD YUNUS HAIRI
PESURUHJAYA PAS SELANGORTINDAKAN PEGUAM NEGARA TIDAK MASUK AKAL, SILA LETAK JAWATANTindakan Peguam Negara, Tommy Thomas yang memberhentikan prosiding terhadap 12 individu tertuduh dalam mana-mana 34 pertuduhan berkaitan kumpulan militan, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) adalah satu tindakan yang tidak masuk akal dan mengejutkan semua pihak.Tindakan tersebut yang dilaksanakan atas budi bicaranya berkuat kuasa semalam, 21 Februari 2020 seakan mencabar kewibawaan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain agensi kawal selia atau pengawasan yang berkaitan. Ini kerana penahanan 12 individu tertuduh tersebut adalah berdasarkan dapatan bukti-bukti tertentu lagi dipercayai yang mengakibatkan mereka di tahan di bawah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan ditempatkan di Penjara Sungai Buloh sementara menunggu perbicaraan.Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri pada hari ini turut mempertikaikan tindakan Peguam Negara apabila mencampuri urusan dan bidang kuasa Menteri Dalam Negeri. Pihak KDN secara tegasnya memaklumkan bahawa, sehingga kini kumpulan militan, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) masih lagi dikategorikan sebagai kumpulan pengganas.Sikap Peguam Negara ini mesti diambil tindakan tegas. Jika dibiarkan begitu sahaja, dibimbangi Malaysia bakal menjadi sarang merekrut pengganas di masa hadapan. Kebimbangan ini adalah berasas kerana penahanan 12 individu tertuduh sebelum ini adalah berdasarkan pertuduhan mereka dalam memberikan sokongan kepada LTTE dalam suatu majlis, memberi sokongan kepada kumpulan itu dalam media sosial dan pertuduhan memiliki, mengedar dan memaparkan bahan-bahan berkaitan LTTE.Hakikatnya, tindakan pembebaskan 12 tertuduh yang penuh dengan bukti sokongan kepada LTTE tersebut telah pun mencalarkan imej negara Malaysia di mata dunia kerana secara tidak langsung menjadikan Malaysia sebagai “tempat berselindung dan pembiakan” sarang pengganas LTTE yang berbahaya. Sedangkan sebelum ini Malaysia merupakan negara yang kuat kempen dalam menentang kumpulan pengganas namun hanya indah khabar dari rupa apabila tuduhan berkaitan LTTE diberhentikan begitu sahaja.Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor (BPPNS) mengecam tindakan Peguam Negara yang tidak masuk akal tersebut. Demi menjaga keharmonian dan keselamatan serta undang-undang negara agar tidak dicabuli sewenang-wenangnya, BPPNS juga mendesak Peguam Negara untuk meletakkan jawatan dengan berundur secara hormat atas tindakannya yang mengundang bahaya besar terhadap negara Malaysia. Jika tidak, negara Malaysia akan terdedah kepada bahaya dan bakal menjadi sarang pengganas.28 Jamadul Akhir 1440H | 22 Februari 2020Lihat ini 'penyelewengan Peguam Negara'?
Pengganas LTTE: Katadua, Patuh Atau Lepas Jawatan Peguam Negara.Peguam Negara Robek Undang2, Pengecut! P/PAS Sokong KDN.Peguam Negara: 10 Sebab Tommy Tak Sesuai. -CEO IKSIM.Perlantikan Tommy, Bukti Mahathir, Tak Pertahan IslamKeadilan Masih Tertangguh, Peguam Negara Patut Dipecat. Ini 9 Perkara.Perlembagaan Negara Dicabul, Kata Rais YatimMengapa Lantik Peguam Cheng Peng? 12 Tunduk 42 Kerusi DAP..Sah, Campurtangan Tommy Thomas Dalam Prosiding Inkues Mohd. Adib.Percepatkan Pendakwaan Kes Allahyarham Adib. -Dr Mohd Khairuddin.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/02/pengganas-ltte-katadua-patuh-atau-lepas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Ltte Patuh Arahan Kerajaan Atau Letak Jawatan Peguam Negara Maszlee Beritahu Tommy Thomas

Kes Ltte Patuh Arahan Kerajaan Atau Letak Jawatan Peguam Negara Maszlee Beritahu Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 458 hits
Ahli Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik memberi kata dua kepada Peguam Negara Tommy Thomas berikutan tindakannya memberhentikan pertuduhan terhadap 12 individu dikaitkan dengan kumpulan militan Harimau Pembebasan Tamil Eelam Maszlee ber...
Peguam Negara Lepas Jawatan Atau Patuh Dasar Kerajaan Maszlee Malik

Peguam Negara Lepas Jawatan Atau Patuh Dasar Kerajaan Maszlee Malik

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 331 hits
Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Malik memberi dua pilihan kepada Tan Sri Tommy Thomas sama ada mahu mematuhi dasar kerajaan atau melepaskan jawatannya sebagai Peguam Negara Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata demikian susulan tindaka...
Tamatkan Prosiding Keatas 12 Penyokong Ltte Kredibilti Peguam Negara Dipersoal

Tamatkan Prosiding Keatas 12 Penyokong Ltte Kredibilti Peguam Negara Dipersoal

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 370 hits
Sumber gambar dari MalaysiaKiniSemalam kecoh didada akhbar mengenai tindakan peguam negara yang bertindak menamatkan prosiding keatas 12 tertuduh yang menyokong LTTE sekaligus membebaskan penyokong dari 34 pertuduhan di mahkamah Bagi yang t...
Apakah Peguam Negara Boleh Disabit Bersekongkol Dengan Ltte

Apakah Peguam Negara Boleh Disabit Bersekongkol Dengan Ltte

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 327 hits
Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Mohd Yassin berkata kumpulan militan Harimau Pembebasan Tamil Eelam masih dikategorikan sebagai kumpulan pengganas dan kerajaan tidak berhasrat untuk mengugurkan kedudukan kumpulan itu Muhyiddin berkata Peguam...
Ltte Peguam Negara Tiada Kuasa Muhyiddin

Ltte Peguam Negara Tiada Kuasa Muhyiddin

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 320 hits
Muhyiddin Yassin KUALA LUMPUR Penyenaraian Harimau Pembebasan Tamil Eelam sebagai kumpulan pengganas adalah tertakluk kepada kuasa Menteri Dalam Negeri yang diperuntukkan undang undang Lantaran itu kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddi...
Peguam Mahathir Bidas Peguam Negara Bebas 12 Individu Terlibat Ltte Merbahaya Kepada Negara

Peguam Mahathir Bidas Peguam Negara Bebas 12 Individu Terlibat Ltte Merbahaya Kepada Negara

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 712 hits
Tindakan Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas untuk menghentikan prosiding undang undang terhadap 12 individu yang didakwa terlibat dengan aktiviti Harimau Pembebasan Tamil Eelam sangat berbahaya untuk masa akan datang Peguam Haniff Khatri Ab...
Ltte Tindakan Peguam Negara Ancam Keselamatan Negara

Ltte Tindakan Peguam Negara Ancam Keselamatan Negara

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 302 hits
1 Dewan Ulamak PAS Pusat memandang serius isu berhubung Peguam Negara Tommy Thomas yang melaksanakan kuasa budi bicaranya untuk memberhentikan prosiding terhadap 12 individu dalam perbicaraan kerana didakwa terlibat dengan kumpulan Harimau ...
Ltte Parti Putra Akan Cabar Kuasa Budi Bicara Peguam Negara

Ltte Parti Putra Akan Cabar Kuasa Budi Bicara Peguam Negara

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 261 hits
Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia Mohd Khairul Azam Abdul Aziz bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Perkasa Kompleks Damai Kuala Lumpur foto SYAFIQ AMBAK PARTI Bumiputera Perkasa Malaysia dijangka akan mencabar kuasa budi...
Terkini Peguam Negara Tommy Thomas Letak Jawatan

Terkini Peguam Negara Tommy Thomas Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 493 hits
Berita terkini menurut laporan The Edge Market melaporkan Peguam Negara Tommy Thomas meletakkan jawatan beliau sebagai Peguam Negara Surat peletakan jawatan itu beliau sampaikan kepada Perdana Menteri Interim Tun Mahathir di Kompleks Perdan...
Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan

The Benefits And Considerations Of Whole Life Insurance

Claims Sarawak Seeks Stake In Ambank Mere Speculation Says Abang Jo

High Court Rules It Has Jurisdiction To Hear Lawsuit Against Raghad

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Pro Madani Cytro Gets Ticked Off For Over Eagerly Portraying Pmx As A Forgiving Compassionate Soul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Nak Anak Senyum Manis Sampai Besar Start Dengan 5 Tip Ni

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Kembara Ke Wilayah Yunnan Dan Wilayah Jiangsu Di China

Keluarga Dah Sayang Sophia Albarakbah Bakal Kahwin Jejaka Dikenali Sejak Usia 14 Tahun

The Mystery Of The Missing Moon Another Newspaper S Error With The Malaysian Flag