Peguam Negara Lepas Jawatan Atau Patuh Dasar Kerajaan Maszlee Malik



(Astro Awani) – Bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik memberi dua pilihan kepada Tan Sri Tommy Thomas sama ada mahu mematuhi dasar kerajaan, atau melepaskan jawatannya sebagai Peguam Negara.
Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata demikian susulan tindakan Tommy memberhentikan prosiding undang-undang terhadap 12 lelaki warga tempatan yang berdepan tuduhan menyokong kumpulan pengganas, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), pada Jumaat.
Jelas Maszlee, kegagalan Tommy mengambil kira dasar kerajaan bukan sahaja salah, malah ia jelas bertentangan dengan peranan Peguam Negara selaku Penasihat Undang-Undang utama kerajaan Persekutuan.
“Saya mengambil maklum terdapat peranan yang berbeza apabila Tan Sri Tommy Thomas menjalankan tugas sebagai pendakwa raya dan apabila beliau berperanan sebagai Peguam Negara iaitu Penasihat Undang-Undang.
“Namun, dalam menjalankan tugas sebagai pendakwa raya, Tommy tidak boleh sama sekali membelakangi dasar kerajaan,” demikian katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Mengulas lanjut kata Maszlee, kuasa untuk menyenaraikan sesuatu kumpulan sebagai kumpulan pengganas atau sebaliknya adalah terletak di bawah kuasa Menteri Dalam Negeri.
“Selagi mana ia tidak diubah oleh Menteri Dalam Negeri, maka ia kekal sebagai keputusan kerajaan yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan negara melalui agensi serta badan kerajaan seperti PDRM.
“Keputusan Peguam Negara untuk menarik balik pertuduhan ke atas 12 individu yang telah dituduh di mahkamah adalah disandarkan kepada keputusan kerajaan Australia dan Sri Lanka.
“Walau bagaimanapun, keselamatan negara adalah tanggungjawab kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri,” ujarnya.
Semalam, Jabatan Peguam Negara membuat keputusan memberhentikan prosiding undang-undang terhadap 12 tertuduh yang sedang berdepan pendakwaan menyokong LTTE selepas mendapati tiada prospek jelas untuk mensabitkan dengan mana-mana daripada 34 pertuduhan dihadapi mereka.
Antara yang dituduh sebelum ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek, G Saminathan, 34; ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaran, 60, mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Susulan itu, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, kumpulan militan LTTE masih dikategorikan sebagai kumpulan pengganas dan kerajaan tidak berhasrat untuk mengugurkan kedudukan kumpulan itu.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/02/22/peguam-negara-lepas-jawatan-atau-patuh-dasar-kerajaan-maszlee-malik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Ltte Patuh Arahan Kerajaan Atau Letak Jawatan Peguam Negara Maszlee Beritahu Tommy Thomas

Kes Ltte Patuh Arahan Kerajaan Atau Letak Jawatan Peguam Negara Maszlee Beritahu Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 925 hits
Ahli Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik memberi kata dua kepada Peguam Negara Tommy Thomas berikutan tindakannya memberhentikan pertuduhan terhadap 12 individu dikaitkan dengan kumpulan militan Harimau Pembebasan Tamil Eelam Maszlee ber...
Pengganas Ltte Katadua Patuh Atau Lepas Jawatan Peguam Negara

Pengganas Ltte Katadua Patuh Atau Lepas Jawatan Peguam Negara

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 472 hits
Tommy memberhentikan prosiding undang undang terhadap 12 lelaki warga tempatan yang berdepan tuduhan menyokong kumpulan pengganas Astro AWANI Shahir Omar Peguam Negara lepas jawatan atau patuh dasar kerajaan Maszlee MalikKL Bekas Menteri Pe...
Maszlee Mahu Peguam Negara Letak Jawatan

Maszlee Mahu Peguam Negara Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 569 hits
MaszleeSHAH ALAM Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik meminta Tan Sri Tommy Thomas untuk kembali mematuhi dasar kerajaan dan mengutamakan keselamatan negara atau melepaskan terus jawatan sebagai Peguam Negara Jelas beliau kegagala...
Tommy Thomas Letak Jawatan Sebagai Peguam Negara

Tommy Thomas Letak Jawatan Sebagai Peguam Negara

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 709 hits
Peguam Negara Tommy Thomas telah mengemukakan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menurut satu laporan berita Memetik sumber The Edge berkata Thomas mahu meletak jawatan ketika Mahathir masih mengetuai nega...
Maszlee Gesa Ag Akur Dasar K Jaan Atau Undur

Maszlee Gesa Ag Akur Dasar K Jaan Atau Undur

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 380 hits
BERITABekas menteri pendidikan Maszlee Malik menggesa Peguam Negara Tommy Thomas supaya mematuhi dasar kerajaan atau meletakkan jawatan Ini selepas lebih sebulan dulu Maszlee sendiri diminta melepaskan jawatan menteri kerana didakwa tidak m...
Terkini Peguam Negara Tommy Thomas Letak Jawatan

Terkini Peguam Negara Tommy Thomas Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 656 hits
Berita terkini menurut laporan The Edge Market melaporkan Peguam Negara Tommy Thomas meletakkan jawatan beliau sebagai Peguam Negara Surat peletakan jawatan itu beliau sampaikan kepada Perdana Menteri Interim Tun Mahathir di Kompleks Perdan...
Tommy Thomas Letak Jawatan Peguam Negara

Tommy Thomas Letak Jawatan Peguam Negara

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 465 hits
KUALA LUMPUR Tan Sri Tommy Thomas meletakkan jawatan sebagai peguam negara Perkembangan mengejutkan itu dilaporkan media yang memetik sumber sebagai mengesahkan bahawa Tommy telah menghantar surat peletakan jawatan Bagaimanapun bila ditanya...
Peguam Negara Tommy Thomas Hantar Surat Letak Jawatan

Peguam Negara Tommy Thomas Hantar Surat Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 588 hits
KUALA LIMPUR Peguam Negara Tommy Thomas telah mengemukakan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menurut satu laporan berita Dihubungi oleh Malaysiakini untuk pengesahan itu beliau menjawab Ya Memetik sumber ...
Jangan Sebar Video Lama Atau Luar Negara Teo

Jangan Sebar Video Lama Atau Luar Negara Teo

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 354 hits
BENTONG 17 FEB Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching menggesa masyarakat untuk tidak menyebarkan klip video masalah disiplin pelajar yang sudah lama berlaku atau di luar negara Beliau berkata tindakan itu boleh menyebabkan pelaku kes ya...
Giddy Up Galloping Motorcyclist Mimicking Horse Ride Goes Viral

Commando Badly Injured After Parachute Landing Goes Wrong

Zakat Pendapatan Cara Kira Bayar Zakat Ikut Negeri

Murid Sekolah Tidak Wajib Pakai Tali Leher Mulai 2026 Kpm

Malaysia Gemilang Meraih Kemenangan Yang Membanggakan

Sprm Rakam Keterangan Bekas Menteri Disyaki Terima Rasuah Rm5 Juta Lamborghini

Kalendar Akademik 2026 Versi Kartun Kumpulan A Dan B

Unboxing Series Ikea Hauga Storage Cabinet


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Majlis Walimatulurus Anak Saudara

13 Jam Transit Di Singapura

Podcast Ppim Cabaran Pasti Berganda Kupasan Podcast Ppim Bersama Toqqi Ppim 30 12 2025

Di Sebalik Kehidupan Mengapa Bentuk Molekul Menentukan Segalanya

Anak Dara Ke Janda Baik

Destinasi Rasa 3 0 Bila Tradisi Rasa Ramadan Bertemu Di Shah Alam