Kes Ltte Adun Gadek Dan Tiga Lelaki Didakwa Lagi


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek G. Saminathan dan tiga lelaki hari ini didakwa lagi di Mahkamah Sesyen berhubung kumpulan pengganas LTTE.
Saminathan, 34, pemandu teksi V. Balamurugan, 37, penghantar surat S. Teeran, 38, dan peniaga besi buruk A. Kalaimughilan, 28, masing-masing didakwa dengan pengetahuan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE menggunakan aplikasi sosial Facebook atas nama berlainan.

Loading… Saminathan didakwa menggunakan nama ‘Gsami Nanthan Siva’, Balamurugan atas nama ‘BALAMURUGAN VEERASAMY’, Teeran dengan nama ‘TAMMIL KANNAMAH’ dan Kalaimughilan dengan nama ‘Kalai Mugilan’.
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Pegawai Penyiasat Bahagian E8(M) Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, di sini pada 7 Okt dan 8 Okt 2019 pada masa berlainan iaitu 9 pagi, 10 pagi dan 9.30 malam.
Pertuduhan mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sepanjang hayat atau maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniat untuk digunakan untuk melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.
Teeran turut didakwa atas pertuduhan memiliki item berkaitan dengan kumpulan LTTE di kawasan letak kereta B2, Mandarin Pacific Hotel, Jalan Sultan di sini, pada 11.40 pagi 10 Okt lepas mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda dan dilucutkan mana-mana item itu, jika sabit kesalahan.
Kalaimughilan juga menghadapi pertuduhan memberi sokongan kepada LTTE dengan cara menggunakan aplikasi media sosial YouTube pada 10 pagi 2 Jun 2014 di lokasi sama.
Dia turut didakwa dengan pengetahuan telah memberi sokongan kepada kumpulan itu dalam satu majlis di Dewan Tan Sri Soma, Wisma Tun Sambanthan No 2, Jalan Sultan Sulaiman, Kampung Attap di sini pada 8 malam hingga 11. 30 malam, 17 Mac 2014.
Kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan.
Kesemua pertuduhan terhadap keempat-empat tertuduh dibacakan berasingan di hadapan Hakim Rozina Ayob.
Pada 29 Okt lepas, kesemua mereka didakwa di Mahkamah Sesyen di beberapa negeri berkaitan kumpulan LTTE.
Saminathan didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka atas pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan itu dalam satu majlis di Dewan Kasturi Ayer Keroh, Jalan Utama, Taman Ayer Keroh Heights di sini pada 8.30 malam hingga 10.50 malam, 28 Nov, 2018.
Di Kuala Kangsar, Perak, Balamurugan, menghadapi pertuduhan memberi sokongan kepada LTTE dalam majlis di Dewan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar Cawangan Sungai Siput (Utara) antara 6.30 petang sehingga 11.45 malam, 28 Dis, 2014.
Kalaimughilan, 28, dituduh di Mahkamah Sesyen Selayang di sini atas dua pertuduhan memiliki item-item berkaitan dengan kumpulan LTTE di sebuah rumah di Jalan Anggerik 5D, Bukit Sentosa, Rawang dan di dalam sebuah kereta di tempat sama, pada 9.30 pagi dan 12.35 tengah hari, 10 Okt lepas.
Teeran, didakwa di Segamat, Johor atas kesalahan sama di alamat 10M, Jalan Genuang, Kampung Paya Pulai kira-kira 6.30 petang, 10 Okt lepas. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/10/kes-ltte-adun-gadek-dan-tiga-lelaki-didakwa-lagi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adun Gadek Antara Sembilan Didakwa Berkaitan Ltte

Adun Gadek Antara Sembilan Didakwa Berkaitan Ltte

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 392 hits
Adun Gadek G Saminathan adalah antara sembilan lelaki yang hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berhubung kaitan mereka dengan kumpulan Harima Pembebasan Tamil Elam atau LTTE yang kini tidak lagi beroperasi Mereka dibawa ke dua ...
Senarai Pertuduhan Pengganas Ltte Adun Gadek

Senarai Pertuduhan Pengganas Ltte Adun Gadek

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 703 hits
Senarai Pertuduhan Pengganas LTTE ADUN Gadek Adun Gadek G Saminathan adalah antara sembilan lelaki yang hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berhubung kaitan mereka dengan kumpulan Harima Pembebasan Tamil Elam atau LTTE yang kin...
Lapan Lelaki Termasuk Dua Adun Didakwa Berkaitan Pengganas Ltte

Lapan Lelaki Termasuk Dua Adun Didakwa Berkaitan Pengganas Ltte

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 574 hits
KUALA LUMPUR 29 Okt Lapan lelaki termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di beberapa negeri hari ini bagi menghadapi pertuduhan berkaitan kumpulan pengganas LTTE Pendakwaan mengemukakan dua pertuduhan iaitu mem...
Dua Adun Ketua Pegawai Perbadanan Didakwa Beri Sokongan Kepada Ltte

Dua Adun Ketua Pegawai Perbadanan Didakwa Beri Sokongan Kepada Ltte

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 313 hits
THE MALAYSIAN TIMES MELAKA Dua Ahli Dewan Undangan Negeri dan seorang ketua pegawai perbadanan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE pada November tahun lepas Tertuduh G ...
Ltte 2 Adun Dap Antara 8 Didakwa Hari Ini

Ltte 2 Adun Dap Antara 8 Didakwa Hari Ini

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 700 hits
PETALING JAYA Dua Adun DAP P Gunasekaran dan G Saminathan dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan keganasan di bawah Seksyen 130JB Kanun Keseksaan kira kira tiga minggu selepas mereka ditahan dalam operasi ke atas penyokong kumpulan penggana...
Adun Gadek Seremban Jaya Hadapi Tuduhan Sokong Ltte

Adun Gadek Seremban Jaya Hadapi Tuduhan Sokong Ltte

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 462 hits
AYER KEROH Ahli Dewan Undangan Negeri Gadek G Saminathan 34 dan ADUN Seremban Jaya P Gunasekaran 60 antara tiga individu didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini di atas pertuduhan memberikan sokongan kepada kumpulan pengganas Harimau Pembebasan...
Dua Adun Antara 10 Didakwa Lagi Berkaitan Ltte

Dua Adun Antara 10 Didakwa Lagi Berkaitan Ltte

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 478 hits
MALAYSIAKINI Adun Gadek G Saminathan dan Adun Seremban Jaya P Gunasekaran adalah antara sepuluh lelaki yang hari ini didakwa lagi di beberapa Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur yang berasingan berhubung kaitan mereka dengan kumpulan Harimau Pe...
Ltte Tiada Tawaran Jaminan Untuk Adun Gadek

Ltte Tiada Tawaran Jaminan Untuk Adun Gadek

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 325 hits
Astro Awani Hakim Rozina Ayob berkata keputusan sama ada jaminan ke atas semua tertuduh dibenarkan atau tidak akan ditetapkan pada Jumaat Foto Astro AWANI KUALA LUMPUR Tiada sebarang tawaran jaminan diberikan kepada ADUN Gadek G Saminathan ...
Dua Adun Dap Terbabit Ltte Akan Didakwa Esok

Dua Adun Dap Terbabit Ltte Akan Didakwa Esok

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 365 hits
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri yang ditahan selepas dipercayai terbabit dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam akan didakwa di mahkamah esok Dua ADUN terbabit akan didakwa di Mahkamah Ayer Keroh Melaka pagi esok Peguam mer...
New Ai And Accessibility Updates Across Android Chrome And More

Pizza Time

Aktiviti Serahan Memorandum Bantahan Perjanjian Pandemik Dasar Digital Negara Kepada Suhakam Ppim 16 05 2025

Media Sosial Makin Toksik Apa Jadi Macam Mana Nak Handle

Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment

Perkara Yang Jangan Di Lakukan Ketika Bercuti Di China

Hari Guru 2025

Jangan Segala Hal Diceritakan Di Sosial Media Jangan Semua Perkara Diceritakan Di Live


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tahniah Anakanda Nur Aina Insyirah Binti Suhaimi

Keratan Anak Pokok Rose Jepun Dah Sampai

Mengapa Folder Hadiah Perpisahan Penting Untuk Acara Rasmi

Terengganu Satu Dari Tiga Remaja Alami Obesiti

Lawat Siti Jamumall Tindakan Rakan Diselar Netizen Yang Penting Rakam Dulu

Kpn Gerak Program Arkib Komuniti Mahu Masyarakat Jadi Penjaga Sejarah