Lapan Lelaki Termasuk Dua Adun Didakwa Berkaitan Pengganas Ltte


KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) — Lapan lelaki termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di beberapa negeri hari ini bagi menghadapi pertuduhan berkaitan kumpulan pengganas LTTE.
Pendakwaan mengemukakan dua pertuduhan iaitu memberi sokongan kepada kumpulan LTTE mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sepanjang hayat atau maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniat untuk digunakan untuk melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.
Juga pertuduhan memiliki item berkaitan dengan kumpulan itu di bawah Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda dan dilucutkan mana-mana item itu, jika sabit kesalahan.
Di Mahkamah Sesyen Melaka, dua ADUN itu, G. Saminathan, 34; P. Gunasekaran, 60, dan ketua pegawai perbadanan S. Chandru, 38, didakwa memberi sokongan kepada kumpulan itu dalam satu majlis di Dewan Kasturi Ayer Keroh, Jalan Utama, Taman Ayer Keroh Heights di sini pada 8.30 malam hingga 10.50 malam, 28 Nov, 2018.
Saminathan turut didakwa dengan satu lagi pertuduhan memiliki item berkaitan dengan kumpulan pengganas LTTE di dalam sebuah telefon bimbit di Pejabat Exco Perpaduan Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna, Jabatan Ketua Menteri, Kompleks Seri Negeri pada 10.25 pagi, 10 Okt lepas.
Di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar, Perak, juruteknik S. Arivainthan, 27, dan pemandu teksi V. Balamurugan, 37, menghadapi pertuduhan memberi sokongan kepada LTTE dalam majlis di Dewan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar Cawangan Sungai Siput (Utara) antara 6.30 petang sehingga 11.45 malam, 28 Dis, 2014.
Di Mahkamah Sesyen Selayang di sini, pengutip besi buruk A. Kalaimughilan, 28, didakwa atas dua pertuduhan memiliki item-item berkaitan dengan kumpulan LTTE di sebuah rumah di Jalan Anggerik 5D, Bukit Sentosa, Rawang dan di dalam sebuah kereta di tempat sama, pada 9.30 pagi dan 12.35 petang, 10 Okt lepas.
Antara item itu ialah cakera padat (CD), video cakera padat (VCD), dan pelekat berkaitan kumpulan pengganas LTTE.
Di Segamat, Johor, penghantar surat S.Teran, 38, didakwa melakukan kesalahan sama di alamat 10M, Jalan Genuang, Kampung Paya Pulai kira-kira 6.30 petang, 10 Okt lepas.
Seorang guru sekolah menengah kebangsaan di Telok Panglima Garang, Selangor, Sundram Renggan @ Rengasamy, 52, pengajar subjek bahasa Inggeris dan fizik, didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor atas kesalahan serupa di No 21, Jalan 6, Taman Telok, Telok Panglima Garang dalam daerah Kuala Langat pada 2.30 petang, 12 Okt lepas.
Kesemua mahkamah menetapkan 18 Nov dan 16 Dis untuk sebutan semula kes.
Tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh kerana mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan kes-kes di bawah SOSMA akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
Pengakuan tertuduh akan direkodkan di Mahkamah Tinggi kemudian.
Di bawah SOSMA juga mereka tidak dibenarkan diikat jamin sementara menunggu perbicaraan atau kes selesai.- BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/10/29/lapan-lelaki-termasuk-dua-adun-didakwa-berkaitan-pengganas-ltte/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Adun Antara 10 Didakwa Lagi Berkaitan Ltte

Dua Adun Antara 10 Didakwa Lagi Berkaitan Ltte

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 406 hits
MALAYSIAKINI Adun Gadek G Saminathan dan Adun Seremban Jaya P Gunasekaran adalah antara sepuluh lelaki yang hari ini didakwa lagi di beberapa Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur yang berasingan berhubung kaitan mereka dengan kumpulan Harimau Pe...
Dua Adun Ketua Pegawai Perbadanan Didakwa Beri Sokongan Kepada Ltte

Dua Adun Ketua Pegawai Perbadanan Didakwa Beri Sokongan Kepada Ltte

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 244 hits
THE MALAYSIAN TIMES MELAKA Dua Ahli Dewan Undangan Negeri dan seorang ketua pegawai perbadanan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE pada November tahun lepas Tertuduh G ...
Dua Adun Dap Terbabit Ltte Akan Didakwa Esok

Dua Adun Dap Terbabit Ltte Akan Didakwa Esok

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 255 hits
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri yang ditahan selepas dipercayai terbabit dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam akan didakwa di mahkamah esok Dua ADUN terbabit akan didakwa di Mahkamah Ayer Keroh Melaka pagi esok Peguam mer...
Adun Gadek Antara Sembilan Didakwa Berkaitan Ltte

Adun Gadek Antara Sembilan Didakwa Berkaitan Ltte

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 320 hits
Adun Gadek G Saminathan adalah antara sembilan lelaki yang hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berhubung kaitan mereka dengan kumpulan Harima Pembebasan Tamil Elam atau LTTE yang kini tidak lagi beroperasi Mereka dibawa ke dua ...
Ltte Mahkamah Tinggi Akan Putuskan Isu Jaminan Dua Adun 10 Lelaki

Ltte Mahkamah Tinggi Akan Putuskan Isu Jaminan Dua Adun 10 Lelaki

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 246 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Sama ada dua Ahli Dewan Undangan Negeri dan 10 lelaki yang berdepan pertuduhan berkaitan kumpulan pengganas LTTE dibenarkan diikat jamin atau sebaliknya ianya akan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Ini berikut...
Ltte 2 Adun Dap Antara 8 Didakwa Hari Ini

Ltte 2 Adun Dap Antara 8 Didakwa Hari Ini

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 518 hits
PETALING JAYA Dua Adun DAP P Gunasekaran dan G Saminathan dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan keganasan di bawah Seksyen 130JB Kanun Keseksaan kira kira tiga minggu selepas mereka ditahan dalam operasi ke atas penyokong kumpulan penggana...
Pengutip Besi Buruk Turut Didakwa 2 Pertuduhan Miliki Barangan Berkaitan Ltte

Pengutip Besi Buruk Turut Didakwa 2 Pertuduhan Miliki Barangan Berkaitan Ltte

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 337 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Kes Ltte Adun Gadek Dan Tiga Lelaki Didakwa Lagi

Kes Ltte Adun Gadek Dan Tiga Lelaki Didakwa Lagi

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 274 hits
Ahli Dewan Undangan Negeri Gadek G Saminathan dan tiga lelaki hari ini didakwa lagi di Mahkamah Sesyen berhubung kumpulan pengganas LTTE Saminathan 34 pemandu teksi V Balamurugan 37 penghantar surat S Teeran 38 dan peniaga besi buruk A Kala...
Senarai Pertuduhan Pengganas Ltte Adun Gadek

Senarai Pertuduhan Pengganas Ltte Adun Gadek

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 612 hits
Senarai Pertuduhan Pengganas LTTE ADUN Gadek Adun Gadek G Saminathan adalah antara sembilan lelaki yang hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berhubung kaitan mereka dengan kumpulan Harima Pembebasan Tamil Elam atau LTTE yang kin...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls

Wee Barking Up The Wrong Tree

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Lelaki Bunuh Bakar Saudara Sendiri

Filem Reversi

Pucuk Manis Khasiat Dan Kesan Sampingan

Arief Apa Salahku Chord

8 Tanda Tanda Buasir Berdarah Mungkin Sebenarnya Kanser Usus

Afidivit Sokong Tahanan Rumah Najib Razak Ada Kesilapan