Kerana Prk Slim Orang Asli Dapat Bekalan Elektrik Lepas 60 Tahun


Faisal Asyraf
 PRK SLIM | Masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Teras barangkali kumpulan pertama yang mendapat manfaat daripada PRK ini, dengan bekalan elektrik akhirnya samapi ke rumah mereka pada 22 Ogos.
Pemasangan itu dibuat tujuh hari sebelum hari mengundi pada 29 Ogos ini.
Menurut Tok Batin di situ, Kuloh Bah Rinteh, kampung itu, yang diduduki kira-kira 226 orang, tiada bekalan elektrik sejak awal 1960-an.
Ditanya bagaimana penduduk kampung menggunakan elektrik - untuk cas telefon misalnya - Kuloh berkata mereka bergantung kepada penjana di depan rumahnya, yang dibukanya bermula pukul tujuh petang sehingga tengah malam.
Lelaki berusia 62 tahun itu memberitahu Malaysiakini bahawa mendiang bapanya, juga tok batin, telah berusaha agar kampungnya mendapat bekalan elektrik tetapi tidak berjaya. Usaha itu kemudian diteruskan Kuloh.
Dua tahun lalu, Kuloh mendapat harapan apabila TNB memasang tiang elektrik di kampung itu.
Malangnya ia tidak disambungkan dengan sistem wayar. Projek itu terabai dan penduduk kekal bergelap.
Tahu bahawa PRK Slim dapat menarik perhatian terhadap perkara itu, aktivis Orang Asli Ramesh Arumugam Chettiar membangkitkan masalah yang dihadapi penduduk kampung ke perhatian media selepas pengumuman PRK.
 Kini isu yang berlanjutan semalam bertahun itu telah diselesaikan kurang 10 hari.
Menurut Kuloh, sambutan kemerdekaan akan menjadi lebih bermakna dengan kampung mula disinari cahaya lampu. Malam-malam menggunakan lilin dan lampu minyak tanah telah berlalu.
"Saya memang bersyukur sebab sudah lama saya mohon. SAya ucapkan tahniah kepada Ramesh yang membantu kami.
"Saya tengok mereka (penduduk kampung seronok...Sudah 62 tahun bergelap.
"Kanak-kanak seronok sebab boleh belajar dengan lampu, tidak lagi bergantung kepada lilin.Hati seronok tengok mereka.
"Sekarang saya rasa (penduduk kampung) tidak terpinggir," katanya ketika ditemui di rumahnya.
'Peluang selesai masalah'
Kata Kuloh lagi, PRK kali ini membuka peluang untuk menyelesaikan beberapa masalah dan menyuarakan harapannya agar calon yang menang akan menjaga Orang Asli di DUN itu.
"Jangan bagi kehidupan kami susah. Harap tanah (untuk Orang Asli) diwartakan agar penduduk tak perlu pindah," katanya.
Dia berkata TNB kini merancang untuk memasang lampu jalan di sepanjang 500 meter jalan di kampung menuju jalan utama, yang menghubungkan mereka dengan Pekan Slim.
Ramesh pula memaklumkan dia kini membantu masyarakat di situ mendapat bekalan air yang stabil.
"Ada masalah dengan tapisan air. Selepas ini, saya harap (agensi berkaitan) akan dapat menambah baik sistem tapisan," katanya yang menambah penduduk kampung biasanya menggunakan air sungai.
"Ada kala kulit kami gatal sebab guna air dari sungai," tambah Kuloh pula.
Ramesh menyuarakan penghargaan kepada media kerana membangkitkan isu yang telah bertahun dihadapai penduduk kampung itu.
"Saya sudah hantar surat tapi 'tak jalan'. Kerana media, isu ini diselesaikan.
"Orang Asli telah dipinggirkan," katanya lagi.
PRK Slim menjadi pertembungan tiga penjuru antara calon BN Mohd Zaidi Aziz dengan dua alon bebas - peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, yang disokong Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan PH, serta bekas guru S Santharasekaran.
Penduduk kampung gembira
Seorang penduduk Kampung Sungai Teras, Johan jelas gembira setelah akhirnya mendapat bekalan elektrik.
Sebelum ini, lelaki berusia 30 tahun itu akan bangun di tengah malam untuk mengipas dirinya dengan empat anaknya.
JohanJohan memberitahu Malaysiakini dia telah membuang 'kipas' itu.
"Saya tinggal dengan isteri, empat anak dan seorang adik ipar. Selama ini jika panas di tengah malam, saya akan bangun dan guna pinggan plastik sebagai kipas. Kalau hujan kami bernasib baik.
"Dengan bekalan elektrik kini, senang untuk memasak di waktu malam sebab ada lampu. Anak-anak juga gembira.
"Selepas ini jika ada wang, saya akan beli televisyen," katanya lagi.
Silhat, 66, pula memberitahu Malaysiakini yang dia masih takut untuk menekan suis kerana bimbang terkena renjatan elektrik.
Silhat"Memang seronok sudah ada elektrik, tapi takut nak pasang, takut kena shock. Jadi saya harap anak untuk pasang kipas...Mungkin nanti akan berani (untuk buat sendiri).
"Kalau penjana saya berani sebab sudah biasa guna, bertahun-tahun," katanya lagi.
AsimAsim, 46, pula berkata dia bersyukur apabila anak-anaknya kini boleh belajar dengan baik di waktu malam.
"Dulu tak ada lampu, anak nak buat kerja sekolah susah, pakai pelita tak berapa terang.
"Sekarang saya rasa gembira, senang sebab ada lampu untuk mereka buat kerja sekolah," katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/kerana-prk-slim-orang-asli-dapat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Slim Kempen Bn Masuk Quot Gear Lima Quot Zahid Hamidi

Prk Slim Kempen Bn Masuk Quot Gear Lima Quot Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 279 hits
TANJUNG MALIM Kempen Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Slim kini memasuki gear lima kata Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Beliau berkata calon BN Mohd Zaidi Aziz 43 telah diminta mempergiatkan
Prk Slim Adalah Pertandingan Antara Mentor Dan Protege

Prk Slim Adalah Pertandingan Antara Mentor Dan Protege

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 284 hits
Sepanjang 5 hari mengikuti pergerakan calon BN Saudara Mohd Zaidi Aziz bolehlah saya katakan ia adalah pertandingan adik abang Mohd Zaidi Aziz adalah abang dan mentor kepada calon bebas lambang pokok no 1 yang boleh disebut sebagai protege ...
Prk Slim Jentera Bersatu Bantu Kempen Calon Bn

Prk Slim Jentera Bersatu Bantu Kempen Calon Bn

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 313 hits
TAPAH Jentera parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia bergerak seiring bagi membantu perjalanan kempen calon Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim kata Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Fa
Prk Slim River Bn Salah Guna Sekolah Untuk Berkempen

Prk Slim River Bn Salah Guna Sekolah Untuk Berkempen

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 302 hits
PRK Slim River BN Salah Guna Sekolah Untuk Berkempen Kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Slim yang masuk hari ketiga menyaksikan pengerusi Umno Perak Saarani Mohammad berkempen bagi pihak calon BN Mohd Zaidi Aziz dalam satu majl...
Penduduk Trolak Pekan Harap Isu Banjir 52 Tahun Selesai Prk Kali Ini

Penduduk Trolak Pekan Harap Isu Banjir 52 Tahun Selesai Prk Kali Ini

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 502 hits
PRK SLIM Setiap kali berlaku hujan lebat Trolak Pekan akan dilanda banjir kilat Terletak lebih kurang 7 km dari pusat bandar Slim River isu banjir di kawasan perumahan dengan 907 pengundi itu belum mendapat suatu penyelesaian muktamad Bagi ...
Bn Dicabar 2 Calon Bebas Di Prk Slim

Bn Dicabar 2 Calon Bebas Di Prk Slim

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 417 hits
August 15 2020 10 53 AMZaidi Aziz Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dan Santharasekaran Subramaniam akan berentap pada PRK Slim pada 29 Ogos ini TANJUNG MALIM Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim pada 29 Ogos ini akan menyaksikan perte...
Prk Slim N58 Apa Tujuan Sebenar Pejuang Letakkan Calon Walau Pun Tahu Tiada Peluang Menang

Prk Slim N58 Apa Tujuan Sebenar Pejuang Letakkan Calon Walau Pun Tahu Tiada Peluang Menang

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 558 hits
Semalam 15 Ogos 2020 seperti yang telah diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya adalah hari penamaan calon bagi PRK Slim N58 Pegawai Pengurus Pilihanraya Shamsul Ridzuan Idris mengumumkan pertandingan 3 penjuru antara BN Muafakat Nasional Be...
Prk Slim Keadilan Sokong Calon Menentang Pn

Prk Slim Keadilan Sokong Calon Menentang Pn

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 396 hits
Pilihan Raya Kecil DUN Slim di Perak mungkin mencatat kontroversi apabila Pakatan Harapan tidak bertanding sebaliknya menyerahkan kerusi berkenaan kepada Parti Pejuang Tanah Air yang belum didaftarkan Terdapat pihak yang terkilan dengan kep...
Perang Poster Bendera Kurang Menyengat Di Prk Slim

Perang Poster Bendera Kurang Menyengat Di Prk Slim

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 321 hits
TANJUNG MALIM Bila sebut kempen pilihan raya ramai pasti membayangkan perang poster dan bendera yang cukup meriah menghiasi kawasan sekeliling Namun suasana pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim kelihatan agak suam suam kuku wa...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia