Bn Dicabar 2 Calon Bebas Di Prk Slim


Mohamad Fadli
-August 15, 2020 10:53 AM
Zaidi Aziz (dari kiri), Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dan Santharasekaran Subramaniam akan berentap pada PRK Slim pada 29 Ogos ini.
TANJUNG MALIM: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada 29 Ogos ini akan menyaksikan pertembungan 3 penjuru antara Barisan Nasional dan 2 calon bebas, termasuk seorang wakil kumpulan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Pegawai Pengurus PRK Slim, Shamsul Ridzuan Idris mengumumkan Mohd Zaidi Aziz mewakili BN dan 2 calon bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi serta Santharasekaran Subramaniam.

“SPR menerima 3 borang pencalonan. Saya telah semak kertas penamaan tersebut, saya berpuas hati dan tiada kertas pencalonan ditolak,” katanya di pusat penamaan calon di Majlis Daerah Tanjung Malim hari ini.

Zaidi, 43, ialah pemangku ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, manakala Amir Khusyairi ialah peguam yang mewakili kem Mahathir.

Atas semangat Muafakat Nasional, Ketua PAS Tanjung Malim, Mohd Tarmizi Ab Rahman menjadi pencadang Zaidi.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu yang juga ketua PPBM Perak, parti sekutu dalam Perikatan Nasional akan mengerakkan jentera parti masing-masing untuk berkempen bagi calon BN.

“Kami percaya dengan kerjasama erat parti-parti yang ada ini, rakyat akan beri sokongan pada Zaidi.

“Saya yakin rakyat akan pilih untuk tidak berpolitik dan fokus isu tangani wabak Covid-19.”

Beliau juga berharap semua calon dan pihak yang terbabit dalam kempen PRK Slim tidak mengamalkan politik cacat cela.

PRK Slim diadakan berikutan kematian penyandang, Khusairi Abdul Talib, 59, akibat serangan jantung pada 15 Julai lalu.

Khusairi mempertahankan kerusi itu pada 2018 selepas mengalahkan calon PPBM, Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal dengan majoriti 2,183 undi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/08/bn-dicabar-2-calon-bebas-di-prk-slim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mungkinkah Calon Bebas Akan Hilang Wang Pertaruhan Prk Slim

Mungkinkah Calon Bebas Akan Hilang Wang Pertaruhan Prk Slim

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 977 hits
HAMDAN TAHACalun BEBAS yang mewakili parti baru Tun Dr M berumur 38 tahun Saya kenal atok dia dan aruah ayah dia Keluarga baik baik asal di Selabak di Teluk Intan atok dia Wak Maulut sahabat baik aruah ayah saya Ayah kepada calun muda ini u...
Amir Khusyairi Tanusi Calon Parti Baharu Dr M Prk Slim

Amir Khusyairi Tanusi Calon Parti Baharu Dr M Prk Slim

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 466 hits
August 12 2020 9 24 PMAmir Khusyairi Tanusi 38 anak jati Perak merupakan pemegang ijazah sarjana muda undang undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan fasih dalam 3 bahasa termasuk bahasa Arab PETALING JAYA Kumpulan bekas perdana me...
Prk Slim N58 Apa Tujuan Sebenar Pejuang Letakkan Calon Walau Pun Tahu Tiada Peluang Menang

Prk Slim N58 Apa Tujuan Sebenar Pejuang Letakkan Calon Walau Pun Tahu Tiada Peluang Menang

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 571 hits
Semalam 15 Ogos 2020 seperti yang telah diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya adalah hari penamaan calon bagi PRK Slim N58 Pegawai Pengurus Pilihanraya Shamsul Ridzuan Idris mengumumkan pertandingan 3 penjuru antara BN Muafakat Nasional Be...
Barisan Nasional Di Cabar Dua Calon Bebas Di Pilihan Raya Kecil Dun Slim

Barisan Nasional Di Cabar Dua Calon Bebas Di Pilihan Raya Kecil Dun Slim

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 377 hits
TANJUNG MALIM Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim pada 29 Ogos ini akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional dan dua calon bebas termasuk seorang yang mewakili kumpulan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathi...
Prk Slim Keadilan Sokong Calon Menentang Pn

Prk Slim Keadilan Sokong Calon Menentang Pn

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 408 hits
Pilihan Raya Kecil DUN Slim di Perak mungkin mencatat kontroversi apabila Pakatan Harapan tidak bertanding sebaliknya menyerahkan kerusi berkenaan kepada Parti Pejuang Tanah Air yang belum didaftarkan Terdapat pihak yang terkilan dengan kep...
Prk Slim Jentera Bersatu Bantu Kempen Calon Bn

Prk Slim Jentera Bersatu Bantu Kempen Calon Bn

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 324 hits
TAPAH Jentera parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia bergerak seiring bagi membantu perjalanan kempen calon Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim kata Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Fa
Mohamad Zaidi Aziz Calon Bn Prk Slim

Mohamad Zaidi Aziz Calon Bn Prk Slim

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 512 hits
August 12 2020 5 56 PMMohamad Zaidi Aziz dipilih sebagai calon BN bagi Pilihan Raya Kecil Slim yang akan diadakan pada 29 Ogos PETALING JAYA Barisan Nasional menamakan Mohamad Zaidi Aziz sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil Slim yang akan ...
Calon Prk Slim River Adalah

Calon Prk Slim River Adalah

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 487 hits
Calon PRK Slim River Adalah Pemangku Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim Mohd Zaidi Aziz dilihat sebagai individu yang kemungkinan akan dicalonkan BN dalam pilihan raya kecil DUN Slim akan datang Sumber dalam Umno memberitahu Zaidi adalah yan...
Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Manusia Pengkhianat Bongkar Datuk Dalang Kartel Pakistan Di Klia

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Jawatan Kogong Di Bahagian Marketing

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Difference Between Pickleball And Badminton