Perang Poster Bendera Kurang Menyengat Di Prk Slim



TANJUNG MALIM: Bila sebut kempen pilihan raya, ramai pasti membayangkan perang poster dan bendera yang cukup meriah menghiasi kawasan sekeliling.
Namun, suasana pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim kelihatan agak ‘suam-suam kuku’ walaupun kempen sudah masuk hari kelapan hari ini.
Pesta poster dan bendera dilihat kurang menyengat sama ada di pihak Barisan Nasional (BN) yang diwakili calon Mohd Zaidi Aziz mahupun dua lagi calon bebas iaitu peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dan bekas guru S.Santharasekaran.
Ketiga-tiga calon dilihat lebih cenderung mengadakan ceramah dalam skala kecil, tinjuan mesra dan ziarah kasih dari satu kawasan ke kawasan lain di samping memanfaatkan teknologi menerusi media sosial seperti Facebook, Instagram serta aplikasi WhatsApp.
Pendekatan itu juga sebagai menyahut saranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya semua pihak bertanding dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Kartini Aboo Talib, menyifatkan perang poster dan bendera sebagai sesuatu yang agak ketinggalan zaman kerana kedua-dua material itu kini boleh ditonjolkan secara digital dengan lebih hebat.
“Tanpa perang poster, kesedaran tetap ada bahawa kempen sedang berjalan, pengundian akan berlaku, gambaran mungkin kurang meriah tapi meriah dalam bentuk digital dan ini kita kena terima selari dengan kebiasaan baharu,” katanya kepada Bernama.
Berdasarkan pemerhatian, pemasangan bendera serta poster kebanyakannya tertumpu di kawasan pekan Slim River, Felda Besout dan Trolak dengan didominasi BN.
Manakala bahan kempen Amir Khusyairi yang menggunakan simbol pokok agak kurang, sementara tiada poster dan bendera di pihak Santharasekaran yang menggunakan simbol buku.
Santharasekaran ketika ditemui media mengakui tidak menaikkan bendera atau poster kerana menumpukan terhadap kempen digital selain mahu mengelak pembaziran.
Dari segi gerak kerja kempen, Mohd Zaidi lebih rancak dengan dibantu kepimpinan tertinggi BN dan UMNO yang turun padang antaranya Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Ketua Wanita UMNO Datuk Dr Noraini Ahmad selain Timbalan Presiden UMNO Datuk Mohamad Hasan.
Kempen Amir Khusyairi pula dibantu beberapa penyokong bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad misalnya Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Dr Maszlee Malik dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selain pemimpin PH termasuk Naib Presiden Amanah Dr Mujahid Yusof.
Santharasekaran pula hanya bergerak dalam skala kecil melibatkan bantuan daripada rakan-rakannya.
Kerusi DUN Slim kosong selepas penyandang selama empat penggal daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia akibat serangan jantung pada 15 Julai.
SPR menetapkan Selasa depan sebagai hari pengundian awal membabitkan 277 pengundi terdiri daripada polis dan pasangan, manakala 22,815 lagi pengundi biasa akan menunaikan tanggungjawab pada 29 Ogos.
Kawasan DUN Slim yang berkeluasan 510 kilometer persegi mempunyai 13 Pusat Daerah Mengundi (PDM).
– BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mediaterjah.com/2020/08/perang-poster-bendera-kurang-menyengat-di-prk-slim/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wakil Calon Bebas Prk Slim Buat Laporan Polis

Wakil Calon Bebas Prk Slim Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 359 hits
15 total views 15 views today TANJUNG MALIM Seorang wakil kepada calon Bebas Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim hari ini membuat laporan polis berkaitan sebuah pameran kerjaya yang berlangsung di kawasan itu semalam Amirul Fairuz...
Prk Slim 267 Anggota Polis Mengundi Awal Esok

Prk Slim 267 Anggota Polis Mengundi Awal Esok

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 381 hits
TANJUNG MALIM Seramai 267 anggota polis akan mengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim esok Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Ikmalrudin Ishak berkata kesemua pengundi awal itu akan menunaikan tanggungjawab mereka d...
Kesan Prk Slim Kepada Politik

Kesan Prk Slim Kepada Politik

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 337 hits
Kawasan Dewan Undangan Negeri Slim yang terletak dalam kawasan Parlimen Tanjung Malim Perak menjadi tumpuan selepas pemergian penyandangnya Allahyarham Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib daripada Barisan Nasional pada 15 Julai lalu Keunikannya...
Bn Guna Persatuan Mencegah Dadah Malaysia Kempen Prk Dun Slim

Bn Guna Persatuan Mencegah Dadah Malaysia Kempen Prk Dun Slim

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 309 hits
PENTADBIR BN telah menggunakan platform Persatuan Mencegah Dadah Malaysia untuk berkempen di DUN Slim Dalam satu muatnaik di laman Facebook rasmi PEMADAM Negeri Perak pertubuhan yang bernaung di bawah kerajaan itu telah mengadakan program H...
Prk Slim Adalah Pertandingan Antara Mentor Dan Protege

Prk Slim Adalah Pertandingan Antara Mentor Dan Protege

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 284 hits
Sepanjang 5 hari mengikuti pergerakan calon BN Saudara Mohd Zaidi Aziz bolehlah saya katakan ia adalah pertandingan adik abang Mohd Zaidi Aziz adalah abang dan mentor kepada calon bebas lambang pokok no 1 yang boleh disebut sebagai protege ...
Prk Slim Jentera Bersatu Bantu Kempen Calon Bn

Prk Slim Jentera Bersatu Bantu Kempen Calon Bn

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 313 hits
TAPAH Jentera parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia bergerak seiring bagi membantu perjalanan kempen calon Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim kata Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Fa
Pengundian Awal Prk Slim Hari Ini

Pengundian Awal Prk Slim Hari Ini

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 431 hits
TANJUNG MALIM Satu saluran di Ibu Pejabat Polis Daerah Muallim di sini mula dibuka 8 pagi ini bagi membolehkan 267 pengundi awal melibatkan anggota polis menunaikan hak mereka pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim Pusat pengund...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization