Penduduk Trolak Pekan Harap Isu Banjir 52 Tahun Selesai Prk Kali Ini


B Nantha Kumar

  PRK SLIM | Setiap kali berlaku hujan lebat, Trolak Pekan akan dilanda banjir kilat.Terletak lebih kurang 7 km dari pusat bandar Slim River, isu banjir di kawasan perumahan dengan 907 pengundi itu belum mendapat suatu penyelesaian muktamad.
Bagi penduduk pekan ini yang kini dibanjiri oleh pemimpin tempatan dan menteri persekutuan, mereka mengharapkan akan ada satu penyelesaian penuh dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim kali ini.
Menurut Kuan Ah Song, 72 yang lahir di pekan ini berkata isu banjir dihadapi penduduk di situ sejak tahun 1968.
"Saya masih ingat, tahun 1968 kali pertama kami dilanda banjir yang besar.
"Sejak itu, tidak ada penyelesaian. Setiap kali hujan lebat akan melanda banjir kilat. Malah sejak beberapa tahun kekerapan dilanda banjir menjadi lebih teruk," katanya kepada wartawan Malaysiakini yang membuat tinjauan di kawasan tersebut hari ini.
Kuan (gambar, atas) menunjukkan rumah kedai miliknya di mana masih terdapat barang-barang yang rosak akibat banjir, sambil mengeluh dirinya berasa malas dan menyampah untuk membersihkannya.
"Saya malas membersihkan rumah saya selepas melanda banjir. Sebab, hari ini kita bersihkan, esok hujan lagi akan melanda semula.
"Lagi baik tidak buat apa-apa," katanya.
Menjelaskan lagi, Kuan memberitahu pembinaan landasan keretapi salah satu punca pekan itu dilanda banjir.
"Mereka ketika buat landasan keretapi, menutup banyak longkang dan paritan menyebabkan air sungai di pekan kami melimpah keluar," katanya.
Ramai pindah sebab banjir
Sementara itu, seorang warga emas mendakwa ramai penduduk pekan ini sudah berpindah ke kawasan lain kerana masalah banjir.
"Adik nampak tak banyak rumah terbengkalai di sini? Ini sebab mereka sudah pindah kerana isu banjir," kata Pathma Munusamy.
Ibu tunggal berusia 68 tahun itu (gambar atas), yang turut tinggal di rumah kedai jalan besar pekan tersebut berkata segala usaha mengadu isu ini kepada pihak kerajaan atau parti politik tidak membuahkan hasil.
"Setiap kali dilanda banjir, mereka datang memberi makanan. Lepas itu tidak balik ke sini.
"Malah, kami pernah buat laporan polis berhubung masalah banjir ini. Masih tidak ada sebarang penyelesaian," katanya.

Pathma turut menolak dakwaan jumlah penduduk terjejas akibat banjir sangat rendah menyebabkan isu ini tidak mendapat perhatian sewajarnya.
"Sebenarnya dulu banyak keluarga terjejas. Tapi, kebanyakan mereka sudah pindah. Sekarang masih sekurang-kurangnya 25 rumah sering terjejas akibat banjir.
"Jadi, kenapa kami tidak diberi perhatian?" tanya lagi.
Sungai Trolak perlu didalamkan
Secara umum kesemua penduduk di sana mengakui bahawa Sungai Trolak yang sangat cetek di pekan itu menjadikan banjir kilat sering berlaku.
"Dulu, orang panggil Sungai Trolak. Sekarang mereka panggil 'Sungai Trolak Banjir' kerana kekerapan banjir berlaku di kawasan kami," kata Ramesh Ramachandran.

Berusia 50 tahun, pemandu jentera berat itu berkata Sungai Trolak perlu didalamkan untuk menyelesaikan isu ini.
"Pembinaan rumah di kawasan sekeliling dan pembangunan lain menyebabkan sungai ini menjadi satu-satunya saluran untuk mengeluarkan air dari kawasan ini ketika hujan.
"Tetapi, ia tidak diselenggara dengan baik menjadi punca banjir. Sungai ini sangat cetek. Hujan sedikit jambatan dinaiki air," kata dia sambil menunjukkan jambatan yang dibina pada tahun 1939 itu.
"Kami dah jumpa semua orang termasuk bekas Yb Datuk Khusairi. Tiada siapa bantu kami.
"Harap kali ini yang datang (calon atau menteri) ke kawasan kami untuk meraih undi naik jentolak (supaya mendalamkan sungai)," katanya secara berseloroh.
Tambah kapsyen

Trolak Pekan salah satu daripada 13 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di DUN Slim.
Dengan jumlah 907 pengundi, sebanyak 239 adalah Melayu, 83 Cina, 389 India dan lain-lain sebanyak 196.
PRK Dun Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya allahyarham Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai.
Pengundian ditetapkan pada 29 Ogos.
Pada PRU14, Mohd Khusairi yang mewakili BN menang dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Bersatu yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/penduduk-trolak-pekan-harap-isu-banjir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Perak Jamin Selesai Isu Banjir

Kerajaan Perak Jamin Selesai Isu Banjir

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 332 hits
TANJUNG MALIM Kerajaan Perak memberi jaminan masalah banjir yang berlaku di kawasan Dewan Undangan Negeri Slim dapat diselesaikan dalam masa terdekat Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata Pejabat Tanah dan Daerah serta J...
Covid 19 Kerana Tauke Nasi Kandar Ingkar 3 000 Penduduk Pekan Napoh Perlu Jalani Saringan

Covid 19 Kerana Tauke Nasi Kandar Ingkar 3 000 Penduduk Pekan Napoh Perlu Jalani Saringan

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 403 hits
Kerana keingkaran pengusaha kedai nasi kandar di Napoh di Jitra mematuhi perintah kuarantin seramai 3 000 penduduk di kawasan itu serta kontak rapat kluster PUI Sivagangga dijangka melakukan saringan Covid 19 Setakat ini lebih 700 individu ...
Isu Goldman Sachs Tommy Thomas Nafi Cadang Selesai Luar Mahkamah

Isu Goldman Sachs Tommy Thomas Nafi Cadang Selesai Luar Mahkamah

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 373 hits
Bekas Peguam Negara Tommy Thomas menafikan dakwaan bahawa beliau bersetuju supaya kerajaan Pakatan Harapan menyelesaikan tuntutan dana dan aset milik Malaysia daripada bank pelaburan global Goldman Sachs Dalam satu surat tulisan tangan Tomm...
Nikahi Perawan 19 Tahun Ternyata Kakek 68 Tahun Ini Seorang Mualaf Dan Pernah Nikah 9 Kali

Nikahi Perawan 19 Tahun Ternyata Kakek 68 Tahun Ini Seorang Mualaf Dan Pernah Nikah 9 Kali

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 563 hits
Kho Gondo Jayadi kakek berusia 68 tahun yang menikahi gadis perawan berumur 19 tahun di Pangkalan Bun Kabupaten Kotawaringin Barat Kalimantan Tengah pada Selasa 18 Agustus 2020 diketahui sudah menikah 9 kali dan punya empat anak Sehari hari...
Pendapatan Imam Muda Syed Faris Jadi Isu Bekas Isteri Mahu Proses Tuntutan Nafkah Anak Selesai Luar Mahkamah

Pendapatan Imam Muda Syed Faris Jadi Isu Bekas Isteri Mahu Proses Tuntutan Nafkah Anak Selesai Luar Mahkamah

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 693 hits
Memandangkan kedua dua belah pihak masih belum bertemu kata putus proses tuntutan nafkah anak oleh bekas isteri kepada pendakwah bebas Imam Muda Syed Mohd Faris Syed Roslan iaitu Nur Hidayu dikhabarkan bakal mengambil masa panjang Menurut F...
9 Tahun Menuntut Di Sekolah Perubatan Tiga Gadis Yang Berkawan Dari Zaman Sekolah Akhirnya Bergelar Doktor

9 Tahun Menuntut Di Sekolah Perubatan Tiga Gadis Yang Berkawan Dari Zaman Sekolah Akhirnya Bergelar Doktor

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 374 hits
Adakah anda masih berhubung dengan rakan sekolah anda dan sering bertanya khabar Waktu yang diluangkan bersama ketika di bangku sekolah dengan waktu setiap individu sudah mula melebarkan sayap untuk membina kehidupan sendiri pastinya berkur...
9 Artis Malaysia Yang Mula Bertudung Sepanjang Tahun 2020

9 Artis Malaysia Yang Mula Bertudung Sepanjang Tahun 2020

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 1219 hits
Tak sangka kan kejap je masa berlalu dan sekarang dah memasuki bulan Julai tahun 2020 Tahun ni juga ramai sebenarnya artis wanita Malaysia yang mula bertudung Tahniah admin ucapkan buat mereka ni kerana bukan satu keputusan yang mudah ye 1 ...
Lelaki Dipercayai Dibunuh Lima Tahun Lepas Hidup Semula

Lelaki Dipercayai Dibunuh Lima Tahun Lepas Hidup Semula

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 245 hits
Richard Puisys seorang pekerja ladang dipercayai telah dibunuh kira kira 5 tahun lepas dikatakan hidup semula Kisah ini sekaligus merungkai kehilangannya sebelum ini Dia ditemui tinggal bersendirian di kawasan hutan di Cambridgeshire dan ti...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini